Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Pada abad ke-21 yang disifatkan sebagai zaman teknologi di hujung jari ini,
teknologi sudah lama sebati dalam kehidupan manusia. Hampir semua urusan
dalam kehidupan seharian tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan teknologi.
Malaysia sebagai negara yang pesat membangun turut tidak ketinggalan dalam arus
perdana perkembangan teknologi.

Bagi membina masyarakat modal insan kelas pertama, kemahiran TMK


merupakan pelengkap kepada seseorang individu. Tanpa kemahiran ini, seseorang
itu sukar untuk bersaing dalam alam pekerjaan, apatah lagi di persada
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak
memandang enteng terhadap kepentingan teknologi dalam pendidikan. Segalanya
perlu bermula dari bangku sekolah. Maka, bahasa Melayu turut memperlihat sifat
dinamiknya yang menerima penggunaan teknologi untuk diajar kepada murid-murid
sekolah rendah.

Memandangkan PdP bahasa Melayu kini lebih bersifat teknologi, para


pendidik perlu berikhtiar dan melakukan anjakan paradigma seterusnya
mentransformasikan pendidikan dari kaedah konvensional kepada kaedah
berteraskan teknologi. Bahasa Melayu yang merupakan alat perpaduan kaum lebih
mudah ditingkatkan martabatnya sekiranya diterapkan dengan teknologi. Hal ini
demikian kerana teknologi menjadikan dunia ini tanpa sempadan. Maka,
penggunaan teknologi ini boleh dilihat sebagai satu platform untuk bahasa Melayu
diantarabangsakan di samping menerapkan kemahiran berbahasa dalam sanubari
murid.