Anda di halaman 1dari 9

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi

muda.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi
memartabatkan permainan tradisional di negara kita.
Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang
pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang
enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan
tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa
lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional
tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-
teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada
permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan
bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada
usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai
khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya
mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan
tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan
tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh
modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah
lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar
bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh
dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan
dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional
yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai
maklumat berkenan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali.
Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan
permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin
popular dalam kalangan remaja.
Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan
permainan tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan
rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi
menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada
golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi
membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif
ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh
mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala
negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik.
Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan
tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.
Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai
pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar
permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum.
Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar
memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti
kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan
permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan
tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum
dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi
permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat
pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat
dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula
diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat
terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani
membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.
Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan
semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah
kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak
dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang.
Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai
dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah
kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu
mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa
kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu
dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan
tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan
cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional
terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan
terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara
Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan
tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati
masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan
muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar
permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai
situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi
menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan
menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Contoh 1
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang
digarapdaripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu
kebudayaan yangunik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat
sehingga membentukkebudayaan Melayu. Lantaran resam yang majmuk
ini, maka banyak permainantradisional yang dipertandingkan. Permainan
tradisional telah berupaya membentuksebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang kita. Tonggak pentingyang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialahkeseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan merekabekerja dan
berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi
merekamembiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila sesuatu
permainandiadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut
berkunjung untukmengambil bahagian atau sekadar memberi semangat.
Suasana pesta di padangpermainan boleh mewujudkan interaksi sosial di
antara kampung-kampung yangmengambil bahagian. Oleh hal yang
demikian permainan tradisional juga dikenalisebagai permainan rakyat
antaranya termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepakraga, gasing dan
lain-lain. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia dalampelbagai
skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh masyarakatkita.
Oleh itu, pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan dalam
usahamenggiatkan permainan tradisional pada hari ini. Keluarga
mendukung obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkanpermainan
tradisional tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menghadiahi anak-anak
dengan set-set permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir iaitu congkak
dangasing. Melalui langkah ini, ternyata anak-anak akan berasa terhibur dan teruja
selaindapat mengenali warisan nenek moyang kita .Pada waktu senggang, ibu bapa
bolehmembawa setiap ahli keluarga mereka bermain permianan tradisional ini agar
anak-anak akan mempunyai semangat untuk bermain permainan ini
memandangkan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bahkan,ibu bapa
juga mampu menyerapkanminat terhadap permainan ini dalam kalangan
anak-anak dengan menggalakkanmereka menyertai pertandingan permainan
tradisional di peringkat sekolah mahupunanjuran badan-badan bebas. Hal ini dapat
mencambahkan minat generasi muda untukterus berkecimpung dalam tradisi
permainan ini. Golongan pascamerdeka khususnyagenerasi baru sepatutnya
menyanjung dan menjunjung warisan budaya kita persisperibahasa Melayu
yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu,setiap ahlikeluarga
terutamanya ibu bapa memikul tanggungjawab murni untuk
mempopularkanpermainan tradisional negara kita.
Selain itu,permainan tradisonal juga dapat digiatkan dengan adanya
peranandaripada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan peranan
denganmenganjurkan kelab permainan tradisional dalam aktiviti
kokurikulum. Dalam halini,pihak sekolah perlu memastikan kelab ini
bergerak secara aktif bukan sekadarmelepaskan batuk di tangga. Pelajar
sekolah perlu diberi galakkan untuk menyertaikelab ini kerana dapat didedahkan
dengan pelbagai jenis permainan tradisional yangboleh menjadi salah satu hobi
mereka. Sebagai contoh, permainan congkak,permainangasing dan permainan batu
seremban.Bahkan, pelajar juga dapat mendominasi teknikbermain permainan
warisan ini dengan tepat dan betul. Dengan itu, mereka akan lebihmenguasai
permainan ini kerana mereka telah belajar dengan orang
yangberpengalaman dan profesional kerana jauhari jua yang mengenal
manikam. Pihaksekolah boleh menjemput pihak luar seperti orang
perseorangan yang mahir dalamsesuatu permainan tradisonal untuk mengajar asas
dan teknik permainan. Pelajar akandibimbing secara efektif dengan pihak yang
berkemahiran itu.Sebagai contoh, dalampermainan congkak, pelajar dapat
mengetahui tentang guli yang dikenali sebagai buahdan kawasan pemain dikenali
sebagai rumah. Pihak sekolah juga boleh menggiatkanpermainan tradisional
dalam kalangan pelajar sekolah dengan menyediakan lebihbanyak alatan
permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan jelas sekiranya merekasukar
mendapatkan permainan ini,minat mereka mulai pudar dan beranggapan
peluanguntuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis. Alatan permainan
tradisonal jugasukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya amat terhad.
Pelajar akan menemuikesukaran untuk membeli alatan permainan pusaka nenek
moyang ini. Dengan caramembeli alatan permainan ini terus daripada
kilang,kos untuk membelinya menjadibertambah murah. Dengan itu, pihak
sekolah dapat membelinya dalam kuantiti borongyang banyak. Dengan adanya
pelbagai permainan tradisional yang dibekalkan olehpihak sekolah,pelajar
akan berminat untuk bermain permainan ini. Bukan sahajapelajar yang
menyertai kelab ini,bahkan semua pelajar boleh mencuba untuk bermainpermainan
tradisional ini. Masalah seperti kekurangan peralatan untuk bermain tidakakan
timbul lagi. Pihak sekolah juga boleh menjadi pendukung utama
dalammempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan pelajar sekolah
denganmenyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan memudahkan
mereka untukbermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Mereka
menyediakan padang untukbermain gasing dan kawasan yang luas untuk bermain
wau. Oleh hal yang demikian,usaha-usaha untuk menggiatkan permainan
dalam kalangan masyarakat dapatdilaksanakan dengan adanya peranan pihak
sekolah dalam memikul obligasi tersebutkerana kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.
Dalam fasa itu,masyarakat memainkan peranan yang tidak kurang
pentingnyadalam menjayakan usaha ini. Pihak masyarakat wajar memberikan
sokongan terhadappermainan tradisional dengan menubuhkan kelab
permainan tradisonal di tempattinggal. Dengan wujudnya kelab-kelab
seperti ini seperti kelab sepak raga,kelabcongkak dan kelab wau, usaha untuk
membaja kembali permainan ini akan menjadilebih mapan. Hal ini demikian kerana
dengan adanya kelompok besar masyarakat yangmemperjuangkan warisan ini,
permainan tradisional tidak akan lapuk dek hujan,tidakakan lekang dek panas.
Hal ini berbeza sekiranya perjuangan mempertahankanpermainan hanya
mengharapkan sebilangan kecil rakyat Malaysia kerana sebatang lidiamat mudah
dipatah-patahkan berbanding seberkas lidi. Pastinya,dengan penglibatanbilangan
komuniti yang ramai,usaha untuk mempopularkan permainan nenek moyangini
tidak akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tambahan lagi,
masyarakatperlu berusaha untuk mewujudkan tapak permainan tradisional di
kawasan perumahanmereka. Hal ini dapat menarik perhatian penduduk sekitar
beriadah sambil memainkanpermainan ini. Pelbagai pertandingan berkisarkan
permainan tradisional dapatdianjurkan di tapak itu bagi mengelakkan permainan
ini daripada terus berkubur begitusahaj tanpa mendapat sebarang pembelaan. Oleh
hal yang demikian, pihak masyarakatperlu berganding bahu dalam
mengetengahkan permainan tradisional agar permainanini akan terus utuh berdiri
dalam arus perdana.Langkah yang paling afdal bagi memajukan permainan
tradisional ialah kerajaanhendaklah mengadakan lebih banyak lagi kempen
dan promosi yang progresifmenerusi media massa serta media cetak bagi
mendedahkan masyarakat tentang peripentingnya kita menjaga warisan nenek
moyang kita iaitu permainan tradisional yangsudah lama wujud di negara kita
ini. Kita acap kali diperdengarkan mengenaiperibahasa yang berbunyi sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Janganlah kita merindui
permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelanzaman. Dengan
itu, Kementerian Warisan dan Kebudayaan telah mengambil langkahbagi
mempopularkannya dengan mengadakan kempen seperti kempen Jom
MainPermainan Tradisional dan pertandingan Festival Layang Layang
Antarabangsayang merupakan rencah maslahat untuk memajukannya.
Langkah tersebut pentingsupaya ahli masyarakat tidak kira dari dalam negara
mahupun luar negara mendapatpendedahan dan mempelajari permainan
tradisional sepanjang kempen danpertandingan dijalankan kerana tak kenal,
maka tak cinta. Bukan itu sahaja, kerajaanjuga boleh menetapkan satu bulan
sebagai Bulan Permainan tradisional.Oleh hal yangdemikian,dengan adanya
langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainantradisional mampu
menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti
wau,layang-layang,sepak raga, gasing dan sebagainya tidak mencukupi
sekiranya tiadakemudahan untuk memainkannya.Bagi menangani isu ini,
kerajaan haruslahmenyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang
permainan tradisional untukmemudahkan rakyat bermain permainan ini.
Pembinaannya pula hendaklah di tempat-tempat yang strategik seperti di
sekitar taman perumahan supaya setiap lapisanmasyaarkat lebih-lebih lagi
golongan belia dapat menghabiskan waktu senggangmereka dengan bermain
permainan tradisional. Selain itu,jurulatih yang terlatih jugapatut disediakan di
setiap gelanggang bagi mendidik para pemain tentang cara-carasebenar untuk
memainkannya. Gandingan kedua-dua ini dapat menambahkan bilanganpeminat
permainan tradisional di seluruh negara sekali gus mempopularkannya di
matadunia. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam memajukan
permainantradisional ini. Oleh itu, kerajaan boleh menetapkan pemainan tradisional
sebagai salahsatu aktiviti kokurikulum di sekolah. Kelab Permainan Tradisional juga
boleh ditubuhkanserta pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional
sebagai salah satu acaradalam sukan. Kerjasama yang erat antara kaum
ibarat aur dengan tebing dalampermainan ini dapat meningkatkan perpaduan
dan merapatkan hubungan silaturahimantara satu sama lain sekali gus visi
kudsi 1 Malaysia untuk menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara perpaduan
dapat digarap sepenuhnya. Secara tuntas, pelbagai pihak memainkan
peranan yang sepada dalam usahamempopularkan permainan tradisional. Oleh itu,
mereka perlulah mengambi langkahyang vital,imperatif ,kritis dan pragmatik
supaya dapat memanifestasikan generasipelapis negara yang tidak akan lupa
akan warisan mereka ibarat kacang lupakan kulit.Generasi pada hari ini perlu
digarap agar menghargai dan menjunjungi pusaka warisanmereka sejak dari rebung
lagi. Barulah warisan permainan tradisional akan terus hidupsubur dalam kehidupan
masyarakat kita. Generasi muda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
memastikan warisan ini tidak hanyut ditelan zaman. Sekarang tibalahwaktunya
anak-anak remaja yang merupakan generasi penggerak wawasan
menimbasebanyak ilmu pengetahuan agar dapat digunakan dalam usaha
memelihara permainantradisional ini pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak
perlulah berganding bahubagai lebah menghimpun madu,agar impian ini tidak akan
dipersia-siakan begitu sahajadan terus dapat dihidupkan dari semasa ke semasa.

Contoh 3

Usaha-usaha untuk mempopularkan


permainan tradisional di Malaysia.
Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan
oleh masyarakat dahulupada masa lapang. Antara
permainan tradisional yang mendapat sambutan
masyarakat ialah layang-layang, congkak dan batu
seremban. Namun demikian, permainan tradisional
semakin dilupakan oleh generasi muda. Oleh sebab
itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
mempopularkan permainan tradisional ini.
Antara cara mempopularkan permainan tradisional
ini ialah kita perlu mencari maklumat tentang permainan
tradisional tersebut. Setelah maklumat diperoleh , kita
perlu mencuba permainan tersebut dengan ahli keluarga.
Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan
permainan tradisional yang dianjurkan oleh mana-mana
pihak. Sebagai contoh pertandingan permainan congkak.
Dengan ini, jelaslah bahawa generasi muda perlu
mempopularkan permainan tradisional negara kita.
Ibu bapa pula, perlu memberi sokongan kepada
anak-anak dengan membelikan peralatan permainan
tradisional. Ibu bapa juga boleh membawa anak-
anak menyaksikan pertandingan permainan
tradisional ini. Selain itu, ibu bapa boleh
membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri seni
untuk melihat dengan lebih dekat peralatan permainan
tradisional ini di samping memahami cara-cara
permainan ini dimainkan. Usaha-usaha yang dilakukan
oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan permainan
tradisional.
Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab
permainan tradisional. Dengan tertubuhnya kelab
permainan tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat
menganjurkan pertandingan. Sekolah juga boleh
menghantar ahli-ahli kelab mengikuti kursus
permainan tradisional bagi menarik minat pelajar
melibatkan diri dalam permainan ini. Peserta yang
mengikuti kursus hendaklah diberi sijil penyertaan dan
penghargaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak
sekolah berperanan penting untuk mempopularkan
permainan tradisional.
Kerajaan perlu mempromosikan permainan
tradisional melalui televisyen dan surat khabar.
Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen yang
berterusan. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan
karnival pertandingan tradisional seperti Pesta Layang-
layang yang diadakan di Pasir Gudang, Johor setiap
tahun. Melalui Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan
boleh mengadakan kursus permainan tradisional ini
untuk golongan belia. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja.
Usaha kerajaan ini dapat menarik kedatangan pelancong
asing kenegara kita sekali gus dapat mempopularkan
permainan tradisional ini.
Sementara pihak swasta pula boleh
menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini.
Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan
yang dianjurkandengan menyediakan hadiah yang
lumayan. Sebagai contoh, penganjur menyediakan
hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara
kepada para pemenang. Hal ini dapat menarik
penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk
menyertainya. Pendek kata, jelaslah bahawa pihak
swasta juga memainkan peranan penting dalam
mempopularkan permainan tradisional negara ini.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu
bekerjasama dalam mempopularkan permainan
tradisional ini . Usaha yang berterusan penting
supaya generasi akan datang dapat mengenali dan
meminati permainan tradisional. Kesannya, permainan
tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
NOVEL 6.20
Latar Masyarakat
Masyarakat yang berpendidikan tinggi Sukma dan kawan-kawannya
penuntut universiti, Pn. Delia lulusan universiti luar negara, begitu juga
Rafiq.
Masyarakat yang bertanggunjawab Sukma mengambil berat tentang
kehadiran tetamu walaupun dihalang oleh ibunya. Begitu juga dengan bapa
Sukma yang bertanggungjawab terhadap masyarakat di kawasannya.
Masyarakat yang prihatin Sukma dan ayahnya amat prihatin
terhadap penderitaan yang terpaksa dilalui oleh Ehsan yang menghidap sakit
jantung dan kulit.

DESTINASI PELANCONGAN MENARIK DI MALAYSIA