Anda di halaman 1dari 6

ASAS PENDIDIKAN

MATEMATIK
2017
STAND AND DELIVER

SITI NURHANI BINTI ABDUL P84335


GHANI
Dewasa ini kita sering di sajikan dengan berita-berita mengenai konflik antara
guru dan pelajar. Di alaf yang serba moden di mana segala maklumat boleh diperoleh
daripada hujung jari menjadikan guru ataupun pelajar menyalahgunakan dan menular
perbuatan yang enak mahupun kurang enak didengar secara sesuka hati. Ini
menjadikan hubungan guru dengan pelajar menjadi renggang dan guru perlu mencari
jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

Disebabkan arus pemidenan yang telah melupakan adat-adat ketimuran, guru


dan pelajar perlu mengambil iktibar daripada sebuat cerita Stand and Deliver. Ianya
merupakan kisah sebenar Jaime Escalante, seorang guru Matematik yang baru
diarahkan untuk mengajar matapelajaran Kalkulus di sebuah sekolah menengah di
Garfield. Beliau merupakan seorang yang komited dan menunjukkan kasih sayang
sebenar serang guru kepada anak murid. Beliau merupakan individu yang telah
berkeluarga serta penghidap sakit jantung.

Kisah certa ini bermula dengan konfik antara para guru yang berbincang
mengenai pelajar mereka yang malas dan tidak mempunya motivasi untuk belajar.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru tersebut (watak utama) secara
sukarela untuk memikul tanggungjawab mengajar pelajar-pelajar tersebut. Namun,
perkara ini tidak dipersetujui oleh guru lain kerana mereka merasakan pelajar tersebut
tiada harapan untuk menguasai tajuk kalkulus yang dianggap satu matapelajaran sukar
di negara tersebut.

Mereka akan hilang harapan apabila belajar dan masih tidak menguasainya
kata yang telah dilontarkan oleh seorang guru wanita kepada apabila En.Jaime
mengharapkan peluang dan harapan diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Namun, tanpa putus asa En.Jaime menganggap kata-kata tersebut sebaga cabaran dan
ingin membuktikan bahawa pelajarnya mampu untuk berjaya. Ini menunjukkan ciri
sebenar muallim dimana isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu
yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

En.Jaime juga telah mengalami serangan jantung dan doktor telah


menyarankan dirinya untuk berehat. Namun, demi tanggungjawab yang diamanahkan
kepada dirinya, serta kasih sayang kepada para pelajarnya, En.Jaime tanpa gagal
menghadirkan diri ke sekolah untuk mengajar dan terus mengajar tanpa jemu. Guru
tersebut juga menunjukkan sikap tidak putus asa agar pelajarnya juga tidak berputus
asa dengan diri sendiri.

Konflik terjadi sekali lagi apabila para pelajar tersebut telah membuktikan
bahawa usaha guru mereka tidak sia-sia tetapi tidak dipercayai oleh guru-guru lain
dan menuduh mereka meniru dalam perperiksaan. Jadi, guru lain telah mengagalkan
pelajar-pelajar tersebut dengan alasan untuk mereka menduduki kembali perperiksaan
dimana mereka akan diawasi oleh para guru. Ternyata, pelajar tersebut mampu
membuktikan bahawa mereka mampu untuk berjaya dan akhirnya pihak sekolah telah
mengaku bahawa kejayaan para pelajar tersebut hasil titik peluh usaha En.Jaime.

Kekuatan yang diperoleh daripada cerita ini adalah guru harus memberikan
kepercayaan kepada setiap pelajarnya. Mereka bukan bodoh tetapi mereka tidak tahu
apa-apa (Jaime Escalante,1988). Motivasi perlu diberikan kepada pelajar agar mereka
sedar dengan keupayaan diri dan berusaha untuk menguasai sesuatu benda dari sehari
demi sehari. Selain itu, motivasi daripada ibu bapa dan masyarakat sekeiling juga
perlu dititikberatkan agar pelajar tersebut tidak lagi berfikiran negatif atau
berperasaan ingin berputus asa.

Tambahan lagi, hubungan yang baik antara guru dan pelajar telah
menanamkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Hubungan ini juga
telah menyuntik semangat para pelajar tersebut untuk membuktikan bahawa guru
mereka mampu mendidik mereka sehingg ke ahkirnya. Terbuktilah, guru-guru
sekarang perlu lebih berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik bersama
kesemua pelajarnya agar pelajar tersebut tidak segan silu untuk bertanya apabila tidak
memahami sesautu mata pelajaran.

Gaya pembelajaran yang ditunjukkan oleh guru tersebut juga bersifat santai
dan mengikut gaya pelajarnya. Jadi, setiap guru perlu mengkaji cara yang sesuai
untuk pelajarnya agar mata pelajaran tersebut lebih difahami dan lebih bersitematik.
Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah bermain bagi murid sekolah rendah,
kaedah eksperiment bagi sekolah menengah, kaedah entrepreneur bagi pelajar luar
bandar dan pelbagai kaedah lagi yang perlu digali oleh setiap para guru.
Kaedah yang dipilih pula bersesuaian dengan persekitaran pelajar. Ini
membolehkan pelajar membayangkan sesuatu persoalan mengikut pengalaman fizikal
persekitaran masing-masing. Seperti yang dipaparkan, guru tersebut menggunakan
epal sebagai set induks bagi tajuk pecahan. Ini menjadikan pelajar berfikir dan
membuat kesimpulan dengan bantuan guru tersebut. Contohnya pelajar di luar bandar
perlu diberi perkaitan masalah dengan persekitaran luar bandar. Ini memudahkan
pelajar belajar dari pengalaman dan mempercepatkan proses pemahaman dan
menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Satu ideologi yang positif telah dipaparkan di dalam cerita ini iaitu jika guru
menghormati para pelajarnya, para pelajar tersebut juga secara automatik akan
menghormati guru mereka. Erti hormat di sini iaitu guru perlu tahu batas dan
sempadan sebagai seorang guru namun tidak menjadikan sempadan tersebut sebagai
satu jurang untuk rapat dan mengenali para pelajarnya. Walaupun pelajar En.Jaime
yang kelihatan agak kasar dan tidak tahu menghormati orang tua, beliau sekali lagi
mampu membuktikan bahawa pelajar tersebut akan merhormati dirinya apabila
mereka telah diberi penghormatan sebagai seorang pelajar di sekolah tersebut.

Kelemahan yang terdapat dalam cerita ini adalah sikap yang ditonjolkan oleh
para pelajar kepada guru mereka di permulaan cerita. Pelajar tersebut sudah
merasakan diri mereka cukup dewasa dan ingin membuat keputusan sendiri.
Contohnya adalah sewaktu guru masuk ke kelas untuk belajar, seorang pelajar dengan
bersahaja, keluar daripada kelas tersebut. Namun, guru tidak marah, malah
memberikan harapan agar pelajar tersebut masuk ke kelasnya di kemudian hari.

Selain itu, kelemahan cerita ini adalah guru tersebut sanggup mengabaikan
keluarganya demi pelajar yang dikasihi. Ini menjadikan isteri para guru di luar sana
paranoid untuk membiarkan guru yang komited untuk menjalankan tanggungjawab
mereka. Seorang guru yang bagus perlu seimbang memberikan kasih sayang antara
keluarga dan juga tanggungjawab di sekolah.

Masyarakat sekeliling amnya, pihak pentadbir khasnya juga tidak memberikan


sokongan moral malah menjatuhkan motivasi para pelajar tersebut apabila mereka
tidak percaya yang pelajar mampu menjawab soalan periksa dengan baik. Tambahan
lagi, mereka juga tidak memberi kepercayaan yang sewajarnya kepada En. Jaime
untuk mengajar dan mendidik pelajar tersebut.

Penambahbaikan yang boleh diimplementasi dalam PdP seharian adalah guru


perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk mengelakkan kebosanan pelajar.
Sudah menjadi lumrah pelajar yang hanya boleh memberikan perhatian dalam tempoh
tertentu dan mereka juga terdiri daripada kecerdasan pelbagai. Jadi, guru harus lebih
bijak dalam mengatur strategi PdP yang tidak membosankan dan lebih bermakna.

Hubungan yang baik diantara guru dan pelajar juga menjadikan pelajar selesa
untuk memberikan pendapat dan persoalan mengenai tajuk pembelajaran mereka.
Dengan ini, guru akan lebih cakna tentang permasalahan sebenar yang dialami oleh
para pelajar tersebut. Pemikiran pelajar juga akan lebih bercambah dan membuatkan
mereka untuk berfikir luar daripada kotak pemikiran. Guru juga sekaligus dapat
mendidik dengan lebih berfolus dan bersistematik.

Persekitaran yang kondusif juga dapat menyuntik pelajar tentang seronoknya


belajar matematik. Guru bukan setakat perlu pandai mendidik malah perlu kreatif
dalam mencantikkan ruang belajar pelajar. Namun, ruang belajar tidak hanya
mencakupi di dalam kelas sahaja, malah guru boleh membawa pelajar belajar di luar
bilik darjah. Hal ini menjadikan pelajar teruja dan bersemangat untuk belajar
matematik.

Matematik adalah jawapan p[ada logic akal. Jadi, guru boleh menterjemahkan
PdP mereka dalam bentul alat bantu mengajar yang sesuai. Tidak semua pelajar boleh
membayangkan nombor dan aplikasi dalam bentuk abstrak. Jadi, perlunya bahan
maujud yang membolehkan pelajar pegang dan merasai sendiri pengalaman untuk
belajar. Seperti yang telah dinyatakan di atas, En. Jaime telah menggunakan epal
sebagai kaedah pengajaran pecahan.

Untuk menjadikan sekolah yang berwawasan, semua pihak perlu memainkan


peranan masing-masing untuk membolehkan pelajar mencapai kejayaan. Ibu bapa
merupakan guru pertama pelajar dan tugas mereka perlulah sentiasa mengawasi anak-
anak mereka agar berada di landasan pelajaran yang sepatutnya. Pihak sekolah dan
pentadbir juga perlu tahu dan yakin dengan kebolehan para guru terutamanya guru
matematik.

Pembelajaran sepanjang hayat juga pelu dititik beratkan oleh seorang guru.
Hal ini kerana klient akan berubah mengikut peredaran zaman. Begitu juga dengan
pelajar. Seperti cerita pada zaman Rasulullah, didiklah anak mengikut zamannya.
Disebabkan itu guru perlu menguasai teknologi lebih daripada pelajar agar sesuai
dengan perkembangan dunia semasa.

Kekangan yang saya peroleh sewaktu membuat refleksi ini adalah search
engine Youtube telah menarik balik video tersebut daripada playlist dan menjadikan
saya tidak begitu pasti dengan video yang perlu saya tonton. Namun, masalah ini
dapat diatasi dengan bantuan pensyarah kami, Dr Roslinda Rosli yang tanpa teragak-
agak menerangkan kembali kepada saya tajuk dan search engine yang perlu saya cari
untuk mendapatkan video tersebut. Beliau juga telah menunjukkan sifat En.Jaime
yang menginginkan pelajarnya berjaya.

Walaupun certa ini penuh drama, namun ia berjaya menjadi inspirasi kepada
guru-guru di serata dunia. Setiap pelajar berpotensi untuk berjaya. Apa yang penting,
motivasi pelajar tersebut perlu ditanamkan untuk mencapai kejayaan. Tanpa motivasi
dan sokongan moral oleh masyarakat sekeliling, pelajar tidak akan mendapat apa-apa.
guru pula perlu sentiasa berfikiran positif seiring dengan kualiti guru yang bertaraf
dunia dan berketerampilan bagi memenuhi aspirasi negara. Segala yang baik pasti
akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan.

Anda mungkin juga menyukai