Anda di halaman 1dari 3

Minit Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas Bil 1 / 2017

SJK (T) Ladang Getah Taiping

Tarikh : 18 Januari 2017


Masa : 2.15 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

HADIR

1. En S. Krishnan (Guru Besar)


2. En S. Deva Raju (PK Pentadbiran)
3. Pn X. Sumathi (PK Hem)
4. En A. Shanker
5. En Muhammad Ihsan bin Fauzi
6. Pn A. Jayanthi
7. En S. Uthaya Kumaran
8. Cik K. Mohana
9. Cik S. Santhiyash
10. Cik M. Malini
11. Cik T. Asuwani
12. Pn C. Sri Devi

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan


kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara
berikut:-

1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin
pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin.
Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan
guru menjadi contoh kepada murid.

1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini
diadakan sebanyak 4 kali.

Tindakan: Setiausaha Disiplin

2.0 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-


2.1 Sistem SSDM

2.1.1 Laporan disiplin dan amalan baik

2.1.1.1 Guru yang melapor masalah disipling murid di dalam SSDM perlu memberitahu
Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Guru Besar.

2.1.1.2 Amalan baik perlu diisi oleh semua guru dalam SSDM. Hal ini betujuan untuk
menggalakkan penggunaan SSDM di sekolah ini.

3.0 Perlantikan Pengawas Sekolah

Ahli Jawantakuasa Unit Disiplin Sekolah

Pengerusi - En Krishnan a/l Subramaniam (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 - En Deva Raju (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 - En Sumathi a/p Xavior (PK HEM)
Setiausaha - En Muhammad Ihsan (Guru Penasihat Pengawas)
Bendahari - Cik K. Mohana

AJK - En A. Shanker
- Pn A. Jayanthi
- En S. Uthaya Kumaran
- Cik S. Santhiyash
- Cik M. Malini
- Cik T. Asuwani
- Pn C. Sri Devi

Tindakan: Jawatankuasa Pengawas Sekolah / Setiausaha Pengawas Sekolah

4.0 MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2017

4.1 Majlis perlantikan pengawas diadakan pada 23 Januari 2017 semasa pehimpunan
mingguan.
4.2 Seramai enam orang murid tahun 4 baru dilantik menjadi pengwas sekolah pada
tahun ini.
4.3 Pengawas sekolah masih memakai pakai pengawas seperti tahun lalu iaitu baju
berwarna biru dan tali leher berwarna merah gelap.
4.4 Seramai 11 orang pengawas sekolah pada tahun ini.
4.5 Jaswina dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah dan Jeevithan dilantik menjadi
menjadi penolong ketua pengawas.
4.6 Ikrar murid akan dibaca oleh Ketua Pengawas
4.7 PengawasPusat Sumber juga akan bersama-sama dengan malis perlantikkan ini.

Tindakan : Guru Penasihat Pengawas


5.0 Hal-Hal Lain.

5.1. Pengawas sekolah akan bertugas pada awal pagi sebelum waktu persekolahan dan
semasa rehat.
5.2. Pengawas sekolah juga akan berada di pintu pagar sekolah pada awal pagi
bersama guru bertugas untuk menyambut kedatangan murid. Terdapat juga
pengawas yang bertugas di pusat sumber dan bilik pemulihan untuk memantau
bacaan murid di awal pagi.
5.3. Semasa rehat murid pengawas akan mengawas barisan murid untuk mengambil
makanan.
5.4. Sebarang salah laku murid yang disedari oleh pengawas akan dilaporkan kepada
guru bertugas, guru penasihat pengawas atau penolong kanan HEM.
5.5. Pengawas sekolah yang melakukan keslaahan berat akan dilucutkan jawatan
serta-merta.

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan semua guru dapat memain peranan dan menjalankan tugas dengan
baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

............................................................. ..............................................
(MUHAMMAD IHSAN BIN FAUZI) (SUMATHI A/P XAVIOR)
Setiausaha JK Disiplin Dan Pengawas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SJK(T) Ladang Getah Taiping SJK(T) Ladang Getah Taiping

Disahkan oleh:

...........................................
(KRISHNAN A/L SUBRAMANIAM)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Getah Taiping