Anda di halaman 1dari 7

GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

1.0 ARTIKEL 3 : PENGANGKUTAN AWAM BANTU LESTARIKAN BANDAR

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah pendaftaran kenderaan

yang tertinggi di dunia dengan kira-kira 700,000 kenderaan baharu setiap tahun.

Pembinaan jalan raya di sini tidak dapat bersaing dengan pertumbuhan yang pesat ini.

Laporan mendedahkan bahawa rakyat Malaysia secara purata menghabiskan dua jam

dalam kesesakan lalu lintas setiap hari yang mengakibatkan kerugian produktiviti

sebanyak RM5.51 bilion setiap tahun. Kira-kira 88 peratus penduduk bergantung

kepada kenderaan persendirian manakala 12 peratus bergantung kepada

pengangkutan awam. Dengan ini, kenderaan persendirian menjadi mod pengangkutan

yang penting dan kesesakan lalu lintas menjadi satu kekangan apabila menetap di

bandar..

Sehubungan itu, perlancaran Transit Aliran Massa (MRT) dari Sungai Buloh-

Semantan dan juga termenterainya perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di

antara Kerajaan Malaysia dan Singapura telah membuktikan bahawa Kerajaan

Malaysia telah berusaha untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas setiap hari

yang dihadapi oleh masyarakat. Dengan peruntukan di dalam Bajet 2017,

pembangunan sistem pengangkutan awam terkini yang dilakukan pada yang akan

datang, akan memberikan kelegaan kepada masyarakat justeru meningkatkan sistem

pengangkutan awam yang cekap, berkesan dan sistematik kerana mobiliti penduduk

yang tersusun dan teratur membawa kepada kemakmuran kehidupan yang semakin

meningkat kualitinya saban hari.

1
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

2.0 PUNCA PUNCA MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA KEPADA ORANG

AWAM / MASYARAKAT SETEMPAT

Menurut artikel dalam perenggan kedua, penulis menyatakan bahawa sistem

pengangkutan awam ini dilihat agak terabai sebelum ini kerana kerajaan lebih memberi

tumpuan kepada pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti perumahan, institusi

pendidikan, komersial dan kesihatan tanpa diiringi dengan pembangunan sistem

pengangkutan awam yang menghubungkan tempat itu dengan berkesan, cekap dan

sistematik. Pengabaian sistem pengangkutan awam serta tidak seiring dengan

pembangunan yang semakin rancak dengan pertambahan pesat penduduk telah

menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.

Kesesakan jalan raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk

khususnya di kawasan Lembah Klang. Salah satunya ialah tempoh masa perjalanan

yang panjang. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang begitu sahaja

kerana golongan yang bekerja terpaksa keluar lebih awal dan pulang ke rumah pada

lewat petang. Kerja kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat

boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan

seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala

dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan

jarak yang dekat. Akibat kesesakan jalan raya yang berlaku hampir setiap hari, warga

Lembah Klang kini menghadapi masalah lain yang mungkin memberi tekanan perasaan

dan boleh membawa penyakit utama seperti darah tinggi, tekanan perasaan dan

gangguan mental yang boleh menimbulkan ketegangan psikologi.

2
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

Satu lagi punca yang menyebabkan kesesakan jalan raya ialah perancangan

pembangunan itu sendiri menjurus kepada peningkatan penggunaan kenderaan

persendirian dikalangan masyarakat walaupun hal in menyumbang kepada

pertumbahan industri automobile akan tetapi ia turut menyumbang kepada kesesakan

jalan raya. Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan tumbuh selepas

hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara

negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan. Pertumbuhan industri automobil

yang pesat dengan tawaran teknologi yang canggih dan terkini menyebabkan rakyat

Malaysia berlumba lumba untuk membeli kenderaan. Hal ini mengakibatkan bilangan

kenderaan semakin bertambah di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu

lintas berlaku walaupun lebih banyak jalan raya dan lebuh raya telah dibina di bandar

bandar utama.

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan menunjukkan

bahawa sehingga 31 Dis 2005, bilangan kenderaan berdaftar di negara ini ialah

14,816,407 juta berbanding hanya 7,686,684 juta kenderaan pada tahun 1996

(Bernama). Tambahan pula, apabila jalan raya terpaksa lebih banyak dibina untuk

menampung kenderaan yang terlalu banyak, maka wujud pula kos penyenggaraan

jalan raya dan lebuh raya yang semakin meningkat menyebabkan harga tol turut

meningkat yang membebankan pengguna.

3
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

3.0 KENAL PASTI PUNCA MASALAH BERDASARKAN TEKNIK ANALISIS

HIERARKI

Menurut penulis, proses pembandaran pesat dan berterusan melanda negara ini sejak

1970-an lagi mewujudkan sekurang kurangnya lapan wilayah yang boleh

dikategorikan sebagai wilayah pembandaran yang sedang dan berterusan mengalami

pembandaran pesat untuk tempoh 30 tahun akan datang. Oleh itu proses mengenal

pasti masalah iaitu Teknik Analisis Hierarki digunakan untuk mengenal pasti masalah

mengikut peringkat penstrukturan masalah dianggap penting kerana ia merencanakan

bentuk atau penyelesaian yang dikemukakan. Teknik Analisis Hierarki akan mengenal

pasti punca atau sebab sesuatu masalah masalah awam seperti ini.

(i) Sebab sebab yang munasabah

Menurut artikel dalam perenggan yang ketiga, penulis memerhatikan bahawa

perancangan pembangunan dan pengangkutan bandar di negara ini berasaskan

penggunaan kenderaan persendirian. Ini bermakna jumlah kenderaan persendirian

terlalu banyak dan semakin meningkat saban hari walaupun pembangunan

pengangkutan kurang diberi perhatian dan secara logiknya sudah tentu akan

mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

(ii) Sebab sebab yang mungkin mewujudkan masalah

Dalam perenggan kedua pula, penulis menyatakan bahawa kerajaan lebih memberi

tumpuan kepada pembangunan fizikal dan infrastruktur sehingga pembangunan

sistem pengangkutan awam terabai. Lebih banyak pembinaan seperti perumahan,

pendidikan, komersial dan jalan raya telah dilaksanakan tetapi sistem pengangkutan

4
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

awam yang menghubungkan kawasan perumahan ke bandar kurang diberi

perhatian dan tiada sambutan. Ini kerana kerajaan hanya membina stesen

pengangkutan di kawasan tertentu sahaja bukan secara menyeluruh dan sistematik.

Oleh itu, ramai masyarakat setempat menggunakan kenderaan persendirian untuk

memudahkan mereka bergerak dari rumah ke destinasi yang ditujui.

(iii) Sebab sebab yang boleh diambil tindakan

Sistem pengangkutan awam yang terabai dan peningkatan kenderaan persendirian

adalah punca berlakunya kesesakan jalan raya. Pendekatan pengurusan

pengangkutan Bandar sebelum ini lebih menumpukan kepada kaedah mengatasi

kesesakan lalu lintas dengan membina lebih banyak jalanraya dan menggalakkan

kenderaan persendirian. Oleh itu, pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), Kereta

Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Transit Aliran Massa (MRT) sebagai

pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang ke destinasi lain merupakan satu

alternatif yang berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di

bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun pembinaan LRT, HSR dan MRT ini dibuat

penelitian terhadap penggunaan perkhidmatan ini perlu turut dikaji bagi menentukan

pola kekerapan masarakat menggunakan perkhidmatan ini. Biasanya kesesakan

berlaku adalah pada waktu puncak iaitu melibatkan waktu untuk ke tempat kerja dan

waktu pulang dari tempat kerja. Oleh itu, penggunaan bagi tempoh ini harus

diutamakan.

5
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

KESIMPULAN

Kesesakan yang berlaku di bandaraya terutamanya kawasan Lembah Klang haruslah

diberi perhatian agar masalah kesesakan lalu lintas dapat dibendung. Peranan daripada

semua pihak diperlukan supaya masalah yang berlaku boleh dikurangkan walaupun

tidak secara keseluruhannya. Pihak kerajaan perlu menjadi kompenan penting dalam

menangani masalah ini supaya masalah kesesakan jalan jalan raya dapat diatasi.

Sistem pengangkutan awam yang cekap, berkesan dan sistematik akan mewujudkan

kedinamikan sosial kerana mobiliti penduduk yang tersusun dan teratur membawa

kepada kemakmuran kehidupan yang semakin meningkat saban hari. Oleh itu, negara

yang maju tidak akan melihat kehebatan kemajuan pada hari ini, tetapi perlu melihat

kemajuan dan hasil yang akan datang supaya dapat meningkatkan kualiti sosial dan

dinamika sosial yang membawa kemakmuran kehidupan generasi yang akan datang.

Rujukan
6
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

1. Siti Faridah Binti Mohd Sunif (2011). Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Malaysia

2. Pelan Hala tuju GTP : Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

3. Dipetik dari laman sesawang http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=178749&

4. Dipetik dari laman sesawang http://mdisabudin.blogspot.my/p/sistem-pengangkutan-

awam-yang.html

Anda mungkin juga menyukai