Anda di halaman 1dari 38

i

KANDUNGAN

PRAKATA iii

1. PENGENALAN 1

2. PRINSIP 2

3. TUJUAN 2

4. TERAS KOD ETIKA 26

Integriti
Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Keadilan
Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya
Kerahsiaan Profesional
Tadbir Urus Yang Baik
Jaminan Kualiti
Disiplin Diri
Percanggahan Kepentingan
Penglibatan Dalam Aktiviti Luar

5. LAMPIRAN 7 33

Penjelasan Mengenai Istilah Yang Digunakan


Dalam Kod Etika Juruaudit Sektor Awam

ii
PRAKATA
DARIPADA KETUA AUDIT NEGARA

Akauntabiliti, integriti, komitmen, kebebasan dan kuasa penting untuk memberi jaminan
dan keyakinan kepada stakeholders dan pelanggan bahawa mutu perkhidmatan yang
diberikan boleh dipercayai, objektif dan kompeten. Oleh yang demikian, adalah penting
bagi setiap Juruaudit menghayati dan mengamalkan etika kerja yang berhemah.

Kod Etika Juruaudit Sektor Awam (Pindaan Mac 2011) ini menerangkan prinsip dan nilai
yang relevan kepada profesion dan tugas pengauditan. Ia juga meliputi norma kelakuan
yang perlu dipatuhi oleh setiap Juruaudit dalam melaksanakan kerja pengauditan. Kod
Etika ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab dan obligasi moral bagi memandu
dan memacu Juruaudit meningkatkan prestasi dan profesionalisme. Ianya digubal dan
disesuaikan selaras dengan Kod Etika yang dikeluarkan oleh International Organisation
of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dan International Standard of Supreme Audit
Institutions (ISSAI 30 - Ethics).

Kod Etika ini boleh diguna pakai oleh semua Juruaudit di Jabatan Audit Negara
termasuk anggota Unit Audit Dalam di Kementerian/Jabatan/Agensi. Saya percaya Kod
Etika ini boleh menggalakkan budaya kerja beretika sebagai Juruaudit khususnya dan
penjawat awam amnya.

( TAN SRI DATO SETIA HJ. AMBRIN BIN BUANG )


KETUA AUDIT NEGARA
MALAYSIA

30 Mac 2011

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM iii


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM
JABATAN AUDIT NEGARA

PENGENALAN

1. Fungsi utama Jabatan Audit Negara adalah untuk membantu meningkatkan


akauntabiliti, integriti dan tadbir urus awam melalui pengauditan dan pelaporan yang berkualiti.
Pengauditan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan akan menghasilkan laporan audit
yang berimpak tinggi dan memberi nilai tambah kepada pengurusan organisasi auditi
khususnya dan sistem penyampaian Kerajaan amnya.

2. Kebebasan, kuasa dan tanggungjawab Juruaudit Sektor Awam meletakkan keperluan


etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan
tugas pengauditan. Dalam hubungan ini, setiap Juruaudit perlu mengamalkan nilai etika,
kesopanan dan kesusilaan pada tahap tertinggi supaya semua kerja pengauditan dilakukan
dengan penuh bertanggungjawab, telus dan jujur. Selaras dengan itu, adalah penting bagi
setiap Juruaudit menerap dan mengamalkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukunegara.

3. Kod Etika Juruaudit adalah sebuah dokumen kod tingkah laku berdasarkan kepada
tanggungjawab moral dan obligasi yang menerangkan bagaimana seseorang Juruaudit perlu
berkelakuan. Kod Etika ini merupakan pernyataan komprehensif mengenai prinsip dan nilai
yang menjadi sebagai panduan kepada urusan kerja harian semua pegawai dan kakitangan
Jabatan yang menjalankan kerja pengauditan. Ia juga meliputi semua Juruaudit berjawatan
kader di semua Bahagian Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan bagi menjamin
kredibiliti Juruaudit yang dibekalkan oleh Jabatan.

4. Kod Etika Juruaudit ini digubal berasaskan kepada prinsip utama yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Audit 1957, Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan
Awam, INTOSAI Code Of Ethics 1998, International Standard of Supreme Audit Institutions
(ISSAI 30 Ethics), Pekeliling serta Arahan Kerajaan serta Manual Prosedur Kerja. Kod Etika
Juruaudit ini juga mengambil kira tata kelakuan sebagai penjawat awam secara amnya dan
keperluan tertentu sebagai Juruaudit.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 1


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PRINSIP

5. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas kata kunci seperti berikut iaitu integriti;
kebebasan, objektiviti, adil dan saksama; kompetensi dan kerahsiaan. Konsep ini
menitikberatkan kepada tingkah laku yang baik, berbudi pekerti yang luhur dan keperibadian
mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap
integriti dan kredibiliti Jabatan.

TUJUAN

6. Kod Etika Juruaudit adalah digubal untuk meningkatkan standard profesionalisme


pegawai dan kakitangan Jabatan bagi mencapai tujuan berikut :-

Mewujudkan perlakuan dan etika kerja yang standard bagi semua pegawai dan
kakitangan Jabatan berasaskan kepada nilai-nilai dan akhlak murni; dan

Menggalak dan menerapkan semangat kebertanggungjawaban di kalangan pegawai


dan kakitangan Jabatan dan amalan etika kerja yang tinggi melalui cara berfikir,
menghayati dan bertindak dalam melaksanakan tugas pengauditan.

TERAS KOD ETIKA

Integriti

7. Integriti yang membawa maksud keutuhan adalah menjurus ke arah perwatakan jati diri
Juruaudit. Juruaudit perlu mengamalkan ciri-ciri perwatakan yang tinggi serta keperibadian yang
mulia dan bersih seperti kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
berketerampilan, beradab sopan, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah terpengaruh
semasa menjalankan tugasnya. Bagi mengekalkan keyakinan pihak auditi, perwatakan ini
hendaklah sentiasa terkawal dan diamalkan.

8. Integriti memerlukan Juruaudit menghayati prinsip kebenaran dan keadilan. Integriti


menghendaki Juruaudit berpegang teguh kepada prinsip objektiviti, sentiasa mematuhi standard
tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa menjalankan
tugas.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 2
JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Saksama

9. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit hendaklah bertindak secara bebas,


objektif, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi pemikiran, niat
atau perbuatan kerana ini dapat menambahkan keyakinan terhadap kredibiliti Juruaudit
tersebut. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana entiti dan individu yang
mempunyai kepentingan tertentu.

10. Pendapat Juruaudit hendaklah berasaskan bukti sahih yang diperoleh melalui kaedah
pengauditan yang profesional. Pendapat audit yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada
pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak lain yang berkepentingan.

11. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh mana-mana pihak


termasuk parti politik atau pertubuhan lain supaya dapat menjalankan tanggungjawab
pengauditan dengan adil dan saksama.

12. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan


oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Bagaimanapun, pendapat
Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, objektif, adil dan saksama setelah mengambil kira
maklumat dan pandangan tersebut.

Kompetensi Dan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya

13. Juruaudit hendaklah berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara


berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa bagi melaksanakan
tanggungjawab profesionnya. Juruaudit hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan program
pembelajaran profesional secara berterusan.

14. Juruaudit hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan yang
terkini dalam bidang pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat serta
aktiviti auditi bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme. Juruaudit hendaklah sentiasa
kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi meningkatkan lagi mutu
perkhidmatan.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 3


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
15. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada setiap masa
dan mengamalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan pengauditan supaya
mereka dapat melaksanakan tugas mereka secara kompeten, adil dan saksama.

16. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard, polisi, prosedur dan amalan terbaik
berkaitan pengauditan, perakaunan dan pengurusan kewangan. Juruaudit hendaklah
menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang, melaksana serta
melaporkan hasil pengauditan.

17. Juruaudit juga dikehendaki mempunyai kefahaman yang mencukupi terhadap prinsip
dan standard dalam Perlembagaan, perundangan dan institusi berkaitan yang mengawal
operasi auditi.

18. Juruaudit perlu mengamalkan ketelitian profesional yang sewajarnya semasa


menjalankan pengauditan dan menyediakan laporan audit bagi memastikan laporan audit
adalah tepat dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kerahsiaan Profesional

19. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan
pengauditan kepada pihak ketiga atau menggunakan kepentingan dirinya sendiri, sama ada
secara lisan atau bertulis, kecuali bagi tujuan menepati keperluan perundangan.

20. Juruaudit adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang


diperolehnya semasa melaksanakan kerja pengauditan.

Tadbir Urus Yang Baik

21. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme untuk memastikan rangka kerja bagi
tadbir urus sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk memainkan peranan dengan
lebih efektif Juruaudit perlu mengamalkan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan
tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan
dan menyampaikan hasil. Ia juga melibatkan budaya, strategi dan tatacara berurusan dengan
pelbagai pihak berkepentingan.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 4


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
Jaminan Kualiti

22. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang ditetapkan
oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti dan memenuhi
standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima umum.

23. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif, tepat dan seimbang bagi
memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Badan Eksekutif, auditi dan masyarakat
umum bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan
saksama.

Disiplin Diri

24. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan
keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu mematuhi undang-undang, arahan
dan peraturan yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu menunjukkan penampilan diri yang
bersih dan kemas semasa menjalankan tugas.

25. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya
bertanggungjawab, bersyukur, bersabar dan bersederhana serta menghindarkan diri daripada
sebarang perilaku yang boleh menjejaskan nama dan imej baik profesion Juruaudit.

26. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas kerja
pengauditan.

27. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun
bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan.

Percanggahan Kepentingan

28. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas pengauditan
kepada auditi. Bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan
peraturan Kerajaan dan mengkompromikan kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit.
Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri daripada perbincangan yang mempersoalkan atau
mengkritik polisi Kerajaan.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 5


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
29. Juruaudit dilarang menerima sebarang hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi
integriti dan kebebasannya.

30. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi.
Juruaudit perlu mengelakkan daripada menjalin perhubungan rapat dengan pegawai/kakitangan
auditi yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap integriti dan kebebasannya.

31. Juruaudit tidak boleh menggunakan sebarang maklumat yang diperoleh semasa
menjalankan tugas kerjanya sebagai satu cara untuk memperoleh keuntungan peribadi.

Penglibatan Dalam Aktiviti Luar

32. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar peraturan
Kerajaan. Juruaudit juga adalah tidak dibenarkan terlibat sebagai penceramah, agen atau
dalam Jawatankuasa di Ceramah/Seminar agensi swasta yang memberi pulangan kepada diri
sendiri dan pihak penganjur.

33. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang
bercanggah dengan peraturan Kerajaan.

30 Mac 2011 (Pindaan)

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 6


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
LAMPIRAN
PENJELASAN MENGENAI ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

7 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah i. Nilai dan Etika
memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan Dalam
serta mempunyai gerak-geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang Perkhidmatan Awam
lain. ii. Dasar Penerapan
Nilai Islam Dalam
Contoh:
Pentadbiran
i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain,
bersopan-santun dalam berkomunikasi serta saling hormat
menghormati ketika menjalankan tugas.

ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan


menganggap ia sebagai satu amanah.

iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika


berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak
memandang rendah terhadap kemampuan mereka.

Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran i. Nilai dan Etika

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 7


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
(penampilan) dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai Dalam
melalui cara individu tersebut berpakaian manakala dalaman pula tidak Perkhidmatan Awam
menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri hati dan dendam. ii. Dasar Penerapan
Nilai Islam Dalam
Contoh:
Pentadbiran
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai
pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat.

ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas


dan teratur.

iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun.

iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal.

v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan


penipuan.

vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan
cara yang betul bukan melalui surat layang.

Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain i. Nilai dan Etika
untuk melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga Dalam

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 8


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
dirinya daripada sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu, Perkhidmatan Awam
menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas ii. Dasar Penerapan
serta tidak menepati janji. Nilai Islam Dalam
Pentadbiran
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan
sesuatu. (Al-Baqarah:282).

ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan


mengikut peraturan seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja
lebih masa serta menggunakan mesin kad perakam waktu mengikut
peraturan yang ditetapkan.

iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi.


Contohnya kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh
Jabatan.

iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah
dibuat serta tidak menyalahkan orang lain.

v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah
ditetapkan.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 9


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri.

Berketerampilan Seorang yang berketerampilan adalah seorang yang berkebolehan serta


mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.

Contoh:
i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini.

Beradab Sopan Seorang yang beradab sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga i. Nilai dan Etika
tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik Dalam
terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah Perkhidmatan Awam
sopan, lemah lembut tetapi tegas. ii. Tonggak 12

Contoh:
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya
terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya
tidak mengguris hati dan perasaan orang lain.

ii. Bersopan-santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon


terutamanya terhadap auditi dan pihak luar.

iii. Tidak meninggikan suara walaupun sedang marah.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 10


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan, Nilai dan Etika Dalam
tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan Perkhidmatan Awam
peraturan.

Contoh:
i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya.

ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan


kesilapan.

iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat.

9 Bebas Manual Prosedur Kerja telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Manual Prosedur Kerja
Juruaudit hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi
pemikiran dan perlakuan diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara
yang boleh menggugat kebebasan Ketua Audit Negara dalam merancang,
menyiasat dan melaporkan secara profesional dan objektif.

Contoh:
i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan
dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak dipengaruhi oleh mana-mana
pihak.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 11


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
ii. Juruaudit perlu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum
sesuatu keputusan dikeluarkan.

Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut: MIA By-Law A-2

The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair,


intellectually honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in
their approach to their professional work and shall not allow any prejudice,
bias or influences of others to override their objectivity.

b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai: Institute of Internal


Auditors
Individual Objectivity Auditors should have an impartial, unbiased attitude
and avoid conflicts of interest.

Contoh:
i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada
fakta, berfikiran rasional dan tidak berat sebelah.

Adil dan Saksama Adil dan saksama bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan
haknya mengikut kadar masing-masing atau meletakkan sesuatu
ditempatnya. Seorang yang bertindak adil dan saksama akan
mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 12


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
dan undang-undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu
tindakan atau keputusan diambil. Prinsip adil dan saksama juga melibatkan
keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan dan teman
sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil dan saksama juga akan
melibatkan pihak auditi.

Contoh:
i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak
melebihkan diri sendiri.

ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan


laporan yang seimbang.

iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam


memberikan pendapat dan idea.

iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan


kakitangan.

10 Bukti Yang Sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah i. Manual Prosedur
dan boleh dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut: Kerja
ii. Garis Panduan
i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 13


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
meningkatkan kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai Pengauditan
jenis bukti audit dari berbagai punca. Prestasi

ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih
dipercayai berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman.

iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai


berbanding bukti lisan.

iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau


analisis adalah lebih meyakinkan.

v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung


kepada keberkesanan sistem kawalan dalamannya.

vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan
berbanding bukti lisan semata-mata.

vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan fotostat.

Pendapat Audit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Manual Jabatan Audit
Juruaudit yang diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut: Negara

i. Bersih Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 14


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
dan kesaksamaan penyata kewangan;

ii. Berteguran Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-


aspek tertentu penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan
pelaporan, prinsip perakaunan yang digunakan atau ketekalan serta
pembatasan yang disebabkan oleh sekatan skop;

iii. Bertentangan Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata


kewangan dan nota-nota yang disertakan secara keseluruhan tidak
memberi gambaran yang saksama sama ada berkenaan kedudukan
kewangan atau hasil operasi atau perubahan di dalam kedudukan
kewangan sesebuah entiti; dan

iv. Penafian Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas


beberapa sebab tertentu termasuk kekangan ke atas skop.

Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada


sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang
Juruaudit.

b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa Garis Panduan
pendapat Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: Pengauditan Prestasi

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 15


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai.

ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarnya.

iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan.

iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata


kewangan yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh
dilaporkan secara berasingan.

v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan.

vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang


berkaitan.

vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang
membenarkan pengauditan dijalankan.

viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti


dalam menjalankan pengauditan.

ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna


kepada pembaca dan pengguna.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 16


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

11 Pengaruh Parti Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali Perintah Am Bab D
Politik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan (Kelakuan dan
tugasnya dan tidak melanggari larangan yang terkandung di bawah Tatatertib) 1993
Peraturan 21 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan 21

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang


tidak berat sebelah dan menyokong mana-mana parti politik semasa
menjalankan tugas.

13 & 14 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran,


pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet
dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan,
perakaunan serta teknologi maklumat.

Contoh:
i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-
masing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran
yang berubah.

ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 17


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
serta isu terkini terutamanya dalam bidang pengauditan

i. Nilai dan Etika


Kreatif Dan Inovatif Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta.
Dalam
Inovatif pula bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau
Perkhidmatan Awam
dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain).
ii. Tonggak 12
Contoh:
i. Juruaudit perlu sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam
menyelesaikan masalah.

ii. Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan
sesuatu kerja.

Ketelitian Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit Manual Prosedur Kerja
Profesional Yang berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalamannya hendaklah
Sewajarnya menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk memilih ujian dan
prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti serta
menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual
Prosedur Kerja.

Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja


susulan ke atas penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada
langkah-langkah pembetulan telah diambil tindakan yang sewajarnya.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 18


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan isu yang dibangkitkan
daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan
pembetulan diambil.

15 Berkelakuan Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik sebagai seorang


Secara Profesional yang berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman.

Contoh:
i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi.

ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti,


akauntabiliti dan neutraliti.

iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut
emosi.

iv. Bercakap dan mengeluarkan pandangan berdasarkan fakta dan ilmu


pengetahuan yang luas.

Standard Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu


Profesional Yang mempunyai kemahiran dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga
Tinggi mesti mempunyai wawasan diri yang tinggi, pintar serta kreatif.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 19


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

19 & 20 Mendedahkan Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit i. Seksyen 8 Akta
Maklumat Negara atau pegawainya yang lain tidak boleh membocorkan maklumat Audit 1957
yang dianggap sulit kepada pihak lain. ii. Perintah Am Bab D
Peraturan-Peraturan
Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan
Pegawai Awam
awam secara bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat
(kelakuan dan
tertentu kepada media massa mengenai perkara yang melibatkan
Tatatertub) 1993
kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua
Peraturan 19
Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Contoh:
i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit
kepada mana-mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.

Keselamatan Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain i. Akta Rahsia Rasmi
Maklumat yang dikelaskan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad, 1972
Rahsia mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau ii. Arahan
Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang telah Keselamatan
dilantik.

Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 20


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
diperolehi adalah terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di
bawah Arahan Keselamatan seperti berikut:

Dokumen Terperingkat:
Rahsia Besar Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang
jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang
amat besar kepada Malaysia. Kulit fail berwarna kuning dengan berpalang
merah di sebelah luar kulit depan dan belakang.

Rahsia Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika
didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara,
menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat atau
memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Kulit fail
berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit
hadapan dan belakang.

Sulit Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika
didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan
tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan
Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan
memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan
menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 21


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Terhad Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain


daripada yang diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih.

Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat


melainkan jika dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.
Dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh
dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab tertentu dan mendapat
kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha
Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati
terlebih dahulu untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau
Terhad ke rumah.

21 Tadbir Urus Yang Tadbir urus yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila Garis Panduan
Baik satu sistem kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Pengauditan Prestasi
Sistem kawalan dalaman yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu
tugas dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Juruaudit perlu
memastikan bahawa tadbir urus yang baik diwujudkan dengan:

i. Membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas.

ii. Menyemak semula tugas yang telah dirancang.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 22


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
iii. Menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan.

iv. Mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum


laporan ditandatangani atau dikeluarkan.

v. Memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan


audit

Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara


keseluruhan dan memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi
dengan sebaiknya

22 & 23 Proses Kawalan Manual Prosedur Kerja dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah Manual Prosedur Kerja
Kualiti menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan dan Garis Panduan
prosedur kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu Pengauditan Prestasi
menerangkan mengenai polisi dan prosedur kawalan kualitinya kepada
kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar boleh difahami oleh
semua pihak.

Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan


menyemak kerja yang diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga
perlu mendapatkan kepastian yang munasabah bahawa kerja yang

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 23


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai bagi memenuhi
keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu
untuk mencapai kehendak jaminan kualiti.

Laporan Audit Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang
Yang Berkualiti berkualiti.

a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan Manual Prosedur Kerja
yang telah ditetapkan iaitu:

i. Padat

ii. Jelas

iii. Konsisten

iv. Lengkap

v. Tepat

vi. Tepat pada masa

vii. Objektiviti

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 24


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
c) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi
Garis Panduan
semua laporan audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut:
Pengauditan Prestasi

i. Tajuk

ii. Tandatangan dan tarikh

iii. Objektif dan skop

iv. Kesempurnaan

v. Pengguna/Penerima

vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti

vii. Peruntukan Undang-undang

viii. Pematuhan kepada standard

ix. Ketepatan masa

Laporan Yang Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu: Manual Prosedur Kerja
Objektif
i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan;

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 25


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa;

iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan; dan

iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan


membina dengan disokong oleh bukti yang mencukupi dan
didokumenkan dengan sempurna dalam kertas kerja.

Laporan Seimbang Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan


serta perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi;
dan

ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi
dan menyatakan sebab serta tindakan penambahbaikan yang perlu
dilakukan oleh auditi.

i. Nilai dan Etika


24 - 27 Disiplin Diri Yang Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang.
Dalam
Tinggi Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan
Perkhidmatan Awam
dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran
ii. Dasar Penerapan
agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan Jabatannya.
Nilai Islam Dalam

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 26


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
Contoh: Pentadbiran
i. Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah iii. Tonggak 12
ditetapkan.

ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lain-
lain agensi.

iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata.

iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat.

Bertanggungjawab Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang


diamanahkan dengan cekap dan sempurna.

Contoh:
i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah
ditetapkan.

ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat.

iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 27


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Bersyukur Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama.

Contoh:
i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik.

ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang
ada.

iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Bersabar Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua


tindakan yang diambil tidak dibuat dengan terburu-buru dan tergopoh-
gapah. Individu tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan cekal
terutamanya ketika berdepan dengan masalah.

Contoh:
i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan.

ii. Tidak cepat marah dan panas baran.

iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi.

Bersederhana Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 28


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
pembaziran serta mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang
lain.

Contoh:
i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja.

ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi.

iii. Bersederhana dari segi berpakaian.

Semangat Kerja Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu
Berpasukan tugas dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolong-
menolong antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim sesama
manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat dicetuskan apabila sesuatu
perkara itu dibincangkan bersama-sama.

Contoh:
i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan.

ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain.

Berhemah Dalam Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik
Berkomunikasi dan menuturkan kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan
pihak auditi.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 29


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Contoh:
i. Menggunakan tutur kata yang sopan ketika bercakap.

ii. Menegur dengan cara yang baik.

28 - 30 Mengkompromikan Mengkompromikan kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur


Kepentingan dalam memberi nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit.

Hadiah atau Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam Perintah Am Bab D
Ganjaran (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai Peraturan-peraturan
tidak boleh menerima atau memberi atau membenarkan ahli keluarga serta Pegawai Awam
mana-mana orang menerima secara langsung atau tidak langsung apa-apa (Kelakuan dan
bentuk hadiah atau pemberian daripada atau kepada mana-mana Tatatertib) 1993
persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau pemberian Peraturan 8
itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Kedudukan Rasmi Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk


kepentingan peribadi.

Contoh:
i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli
tanah.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 30


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

ii. Meminta sumbangan peribadi daripada orang lain.

32 & 33 Aktiviti Luar Juruaudit Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang Arahan Ketua Audit
pekerjaan luar yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara. Negara Bil. 1/2002
Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. Penglibatan Dalam
1/2002 Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Pekerjaan Luar.

Juruaudit Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kursus, ceramah Arahan Ketua Audit
atau seminar anjuran sektor swasta kecuali mendapat kebenaran bertulis Negara Bil. 5/2002
daripada Y. Bhg. Ketua Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di Memberi Kursus/
bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 Memberi Kursus/ Ceramah/Seminar
Ceramah/Seminar Anjuran Sektor Swasta. Anjuran Sektor Swasta.

Contoh:
i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akaun pihak auditi seperti Pihak
Berkuasa Tempatan dan sekolah.

Aktiviti Sosial Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua Perintah Am Bab D
yang menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau Peraturan-peraturan
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang Pegawai Awam
berakhlak atau jenayah. (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 31


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN
Contoh: Peraturan 4
i. Terlibat dalam kegiatan perjudian.

ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram.

iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat.

Ekonomi Seseorang pegawai tidak boleh: i. Perintah Am Bab D


Peraturan-peraturan
i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam
Pegawai Awam
pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian
(Kelakuan dan
atau perindustrian.
Tatatertib) 1993
Peraturan 5
ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma
ii. Arahan Ketua Audit
atau individu persendirian.
Negara Bil. 1/2002
iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan Penglibatan Dalam
percuma atau mendapat upah. Pekerjaan Luar.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 32


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Parti Politik Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali Perintah Am Bab D
atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari Peraturan-peraturan
larangan yang terkandung di dalam Perintah Am Bab D. Pegawai Awam
(Kelakuan dan
Contoh:
Tatatertib) 1993
i. Terlibat dalam gerakan reformasi atau demonstrasi jalanan yang tiada
Peraturan 21
permit yang boleh menjejaskan nama Jabatan.

ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik.

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 33


JABATAN AUDIT NEGARA
(Pindaan Mac 2011)

Anda mungkin juga menyukai