Anda di halaman 1dari 15

SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

PERISTIWA DALAM BAB 1

Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja


Kida Hindi.Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.

Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja


Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.

Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan
Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.

Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China.


Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan
Puteri Dara Segangga.

Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran
kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan
menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum
berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk
menyerang China.

Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan


baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.

Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri


danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia
apabila dewasa.

Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

PERISTIWA DALAM BAB 2

Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan,
NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke duniamenaiki
lembu putih.

Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi
Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan
batangnya menjadi suasa.

Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja
Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari
buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.

Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di
Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.

Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi
Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya
dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan
Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak
kedal.

Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan
Seri Beni sebagai anak angkat.

Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar


Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat
itu.

Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu
reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.

Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura
berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang
pertama oleh Wan Seri Beni.

PERISTIWA DALAM BAB 3

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling


untukmeminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.

Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri
Pikrama Wira.

Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara,
Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.

Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan


"Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti
kertas, dan bergulung seperti subang".

Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu
dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.

Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak


kalah.
Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja
Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.

Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang


dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan
permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang
terpaksa makan muntahhantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas
hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.

Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra.
Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak
tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu
terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran
Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila
direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.

Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba
Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut
Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra.


Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke
Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri,
Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai
danmengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-
Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-
Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.

Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi


Mangkubuminya.

Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda


supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.

Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang
gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja
Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri
untukmembebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk
menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah
memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-
Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din
sebagai balasan. SidiAli Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja
Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.

Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir


walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa


pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-
Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.

Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap


Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut
manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.

Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan


baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan
kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.

Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana


bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.

Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.

PERISTIWA DALAM BAB 4

Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana
raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.

Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana
Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana
Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.

Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang


budakmencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan
todak dan menghasilkan kejayaan.

Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu
ketika nanti.

Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.

Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan
tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan
beliau sedia membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan
diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.

Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota
Buruk.

Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih


menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.

Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda.
Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan
pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.

Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.

Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan


raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-
peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.

Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna
Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan
Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang
anakiaitu Raja Kassim.

SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat


seorang anak iaitu Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi


sultandengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari
istana.

Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana


Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku
sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.

Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri
Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak
menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.

PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5

Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.

Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.

Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.


Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi
menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja
dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan
Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada
Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.

Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia
Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.

Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak
meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu
membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.

Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak
menyerang Melaka mati di Siam.

Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan
Mansur Syah

Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-


pembesar Melakamenyerang Indera
Pura.

Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda,
iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana
Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.

Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga


mengagumkan raja Siam

Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga
berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah
matahari mati.

PERISTIWA DALAM BAB 6

Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas
Jaya.

Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi
Kesumamemilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.

Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan


penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara
itu terjadi.

Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas
Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya
Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.

Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu
Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.

Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak
Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.

Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.

Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit,
menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran
utusan Melaka.

Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.

Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.

Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan
Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.

Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat
wajahraja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.

Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah
menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda
kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan
dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak
menyembah China.

Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan
ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada
penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki
raja Melaka.

PERISTIWA DALAM BAB 7

Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas


kematian Hang Tuah.

Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak


ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.

Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah
dibawa pulang.

Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang
Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar
dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama
rakyat.

Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga
anak-anaknya.

Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun
Mutahir.

Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun
Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.

Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara
Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi
Kampar.

Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara


dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara
ditawan.

Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat
Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.

Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola
sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad.
Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah
oleh Bendahara.

Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak


ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng
Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di
Ujung Tanah.

Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah
lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.

Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang


Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.

Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur


Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum
itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah
agamadan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.

PERISTIWA DALAM BAB 8

Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi
nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja
Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh
Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas
berperangdengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke
Melaka.

Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya
merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga
Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.

Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara
Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.

Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi


Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala,
Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai.
Bendaharamemuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana
mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa
Bendahara untuk meminta maaf.

Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.

Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda
sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja
Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.

Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak


menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.

Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-


undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Sultan Alau'd-
Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan
manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk
diletakkan harta kecurian yang dijumpai.

Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam'
disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-


orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-
orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.

Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.


Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang
menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke
Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu
dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan
Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja
Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan
keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.

Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu.


Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah
seorang keluarga Seri Akar Raja.

Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan


Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9

Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak
memberitahu ke Melaka.

Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana
Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.

Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada
pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau
kerana beliau masih kecil.

Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat
Syah mangkat.

Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana
Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan
tetapi Bendahara tidak menggunakannya.

Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada
Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan
mendengar fitnah.

Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.

Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir
dibunuh oleh Tun Biajid.

Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali
Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali
Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun
Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.

Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari
raya.

Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala, Seri


Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.

PERISTIWA DALAM BAB 10

Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun
Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.

Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di


Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih
Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu
menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja
menafikannya.

Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar


dipinangPuteri Gunung Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun
Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke
Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan


niatbaginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup
menumpahkandarah anakanda baginda. :

Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba


sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa
pulang ke Inderagiri.

Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian
Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.

Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana
kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.

Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik
kain yang diingini baginda.

Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.

PERISTIWA DALAM BAB 11

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu
kemangkatan ayahanda baginda.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk
menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan
Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan
Abdul Jamal.

Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang
Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua
tukang urut.

Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut.

Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana
Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu
Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang
menyerangnya di laut.

Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh
anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.

Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas
ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.

Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini
disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri
Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang
Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang
Guna tidak boleh keluar rumah.

PERISTIWA DALAM BAB 12

Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.

Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi


peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat
ditewaskan.

Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan
Bendahara.

Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman
Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di
sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang
ke Melaka dan memohonkan nobat.

Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan


orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal
menewaskan Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan
maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi
Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa
Arab.

Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal
agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

PERISTIWA DALAM BAB 13

Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan


Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah
kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat
keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.

Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam


dengan Bendahara
setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.

Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi
ditolak oleh beliau.

Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada


saudagar-saudagar kaya di Melaka.

Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang.

Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan
perkara ini dilihat oleh Si Kitul.

Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi


emaskepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.

Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan


memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.

Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud


bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda
memangberdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.

Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun
Alidibunuh oleh Sultan Mahmud.

Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.

Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas


berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan
Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih
kasih.

PERISTIWA DALAM BAB 14

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque


tetapiserangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.

Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan


semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka


sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud
meiarikan diri hingga ke Pahang.

Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak


menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran
Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.

Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke


Kampar.

PERISTIWA DALAM BAB 15

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan


Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang
danberkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.

Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja
Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang


mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.

Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala
Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.

Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil


Syahkemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan
kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan
gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran


negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

PENGENALAN

a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab).

b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular.

c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja.

d. Naskhah asal Sulalatus Salatin - dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa.

e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun
semula pada tahun 1612.

Anda mungkin juga menyukai