Anda di halaman 1dari 51

Sistem Kepercayaan dan Agama

Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai
kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama
bermaksud segenap kepercayaan kepada tuhan atau
dewa-dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang
bertalian dengan kepercayaan itu. Agama mempunyai
kaitan yang sangat rapat dengan ajaran. Dengan
kepercayaan kepada agama, manusia sanggup
berkorban untuk mempertahankan agama mereka.
Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran
yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta
kebaikan. Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang
berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan agama
kebudayaan yang berkembang daripada falsafah
bangsa-bangsa yang menganutinya.

Islam
Agama Islam disebarkan di Tanah Arab kira-kira 1400
tahun dahulu. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab
menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Mereka
dikenali sebagai masyarakat Jahiliah. Agama Islam
diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad di Gua
Hira pada tahun 610M. Ajaran agama Islam ini
mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy di
Mekah. Mereka menentang ajaran agama Islam kerana
mereka masih berpegang teguh kepada amalan dan
kepercayaan nenek moyang dan penyembahan
berhala.
Dua aspek penting yang terkandung dalam
agama Islam ialah :
a. Akidah kepercayaan manusia terhadap Allah
b. Syariah undang-undang dan hokum Islam yang
terkandung dalam al-Quran dan Sunnah (Hadith)
Al-Quran ialah sabda-sabda Allah yang suci dan
diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan Sunnah ialah
sabda-sabda Nabi Muhammad yang ditulis secara
mutawatir dalam al-Quran.
Ajaran Islam berasaskan 5 Rukun Islam dan 6
Rukun Imam iaitu :
Rukun Islam
a. Syahadah mengucapkan 2 kalimah syahadah
iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah
b. Solat menunaikan sembah 5 waktu sehari
semalam
c. Zakat orang Islam diwajib memberi zakat kepada
orang yang miskin
d. Puasa mewajibkan berpuasa pada bulan
Ramadan
e. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang
mampu
Rukun Imam
a. Percaya kepada Allah
b. Percaya kepada Malaikat
c. Percaya kepada Kitab-kitab Allah
d. Percaya kepada nabi dan rasul
e. Percaya kepada hari kiamat
f. Percaya kepadaqadak dan qadar
Agama Islam akhirnya tersebar luas ke Asia Tenggara,
Asia Barat dan Eropah.

Kristian
Agama Kristian bermula di Palestin kira-kira 2000 tahun
dahulu. Menurut orang Kristian, pengasasnya ialah
seorang daripada keturunan Bani Israel yang bernama
Jesus Christ iaitu Nabi Isa. Nabi Isa dilahirkan di Bandar
Bethlehem di selatan Palestin. Semasa berusia 30
tahun Nabi Isa menerima wahyu daripada tuhan dan
kemudian menyebarkan ajarannya. Beliau
menggunakan cerita-cerita mudah (parables) yang
mempunyai nilai-nilai moral. Beliau dikatakan
mempunyai kuasa mukjizat untuk menyembuh orang
yang sakit dan cacat, memulihkan penglihatan orang
buta dan menghidupkan orang yang mati.
Ajaran Nabi Isa mendapat tentangan hebat
daripada paderi dan pembesar Bani Israel. Mereka
berasa iri hati kerana Bani Isa menjadi seorang yang
termasyhur dan mempunyai banyak pengikut. Mereka
membuat rancangan untuk menghapuskan Nabi Isa.
Atas tuduhan menyebarkan agama palsu (bidaah) dan
mendakwa dirinya sebagai anak tuhan, Nabi Isa
dihukum salib sampai mati pada 33M. Menurut
kepercayaan Kristian, Nabi Isa telah bangkit semula
selepas 3 hari dan dinaikkan ke syurga. Ajaran Nabi Isa
disebarkan oleh pengikutnya di seluruh Empayar Rom
tetapi mendapat tentangan hebat daripada maharaja
Rom seperti Pontius Pilate. Walau bagaimanapun,
Maharaja Rom, Constantine telah memeluk agama
Kristian pada 323M. Tindakannya menyebabkan
penyebaran agama Kristian dengan luas.
Ajaran Kristian menekankan unsur-unsur kasih
saying dan pengampunan antara manusia. Nabi Isa
memberitahu pengikut-pengikutnya kamu hendaklah
mengasihi jiran kamu dan juga musuh kamu. Doakan
mereka yang mengecam kamu dan mereka yang
melakukan tindakan buruk terhadap kamu. Prinsip
asas dalam agama Kristian ialah cintailah Tuhan
dengan sepenuh ragamu dan cintailah jiranmu seperti
kamu mencintai dirimu sendiri. Ajaran agama Kristian
percaya bahawa pengikut-penigkutnya yang
mengamalkan ajaran ini akan menikmati
kesempurnaan hidup di akhirat. Ajaran Nabi Isa
terkandung dalam kitab suci Kristian yang dipanggil
Kitab Injil (Bible).

Hinduisme
Agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di
dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun
dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan
Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah
Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran
kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang
Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan
peranan utama dalam perkembangan agama Hindu.
Agama Hindu berkembang daripada falsafah
orang India. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara
kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak
mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah
kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut
Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia
mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar
tentang cara-cara kebahagiaan dan ketinggian hidup
manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai
Nyanmar dan Alwar. Orang Hindu percaya kepada
jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada
ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka
menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya
(Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-
kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan
yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai
peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu
(Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah).
Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2
mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu
Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme.
Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma,
kelahiran semula selepas mati :
Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan
mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam
jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk
memulakan kehidupan yang baru.
a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma.
b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan
hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku
seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil
pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya
baik atau buruk.
c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan
menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam
kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan
yang baik.
d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan
terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh
dilahirkan semula.
e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana.
f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan
dan tidak akan lahir semula ke dunia.

Buddhisme
Agama Buddha adalah berdasarkan ajaran Siddharta
Gautama. Gautama ialah seorang putera raja yang
dilahirkan di Kapilavastu pada tahun 563SM. Gautama
dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama
Hindu. Baginda berkahwin dengan sepupunya Yasodhra
dan hidup dalam penuh kemewahan dan kebahagiaan.
Tetapi baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan
yang mewah itu. Semasa berusia 29 tahun, Gautama
menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian.
Baginda berasa terharu menyaksikan keadaan hidup
manusia itu. Baginda ingin tahu mengapa manusia
menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi
masalah-masalah itu.
Gautama telah meninggalkan keluarganya
dengan memakai jubah kuning seperti seorang petapa
dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti
hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab
suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad, bertapa beberapa
hari dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan
menanggung penderitaan. Namun demikian, baginda
tidak dapat mencari kebenaran kepada penderitaan
manusia. Baginda akhirnya berjaya mendapat
kebenaran atau pencerahan agung yang dicarinya
setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok Bo di
Boghgaya, berhampiran dengan Benares. Pada suatu
malam purnama, Gautama telah menerima
pengetahuan daripada tuhan dan mengetahui jawapan
bagi masalah kehidupan dan kematian manusia. Hari
ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai hari itu, baginda
digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya.
Buddha kemudian mengembara ke seluruh India untuk
menyebarkan ajarannya. Buddha mengasaskan satu
pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang
memasuki Sangha mencukur rambut dan memakai
jubah kuning yang menandakan mereka telah bebas
daripada segala hal duniawi. Selepas mengembangkan
ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha meninggal
dunia pada tahun 483SM semasa berusia 80 tahun.
Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama
dan dibukukan dalam Bahasa Pali oleh pengikut-
pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang
didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama
Buddha. Empat Kebenaran Mulia merangkumi perkara
berikut :
a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan
penderitaan, iaitu semua yang hidup harus
menghadapi umur tua, penyakit dan mati.
b. Manusia mendeirta kerana nafsu untuk
memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk
keselesaan hidup.
c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk
melepaskan diri daripada kesengsaraan.
d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan
mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan
Lapis.
Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan
seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah
laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi
pengikut-pengikutnya. Hokum-hukumnya ialah :
a. Pengetahuan yang baik
b. Pemikiran yang baik
c. Keinginan yang baik
d. Kelakuan yang baik
e. Kehidupan yang baik
f. Perkataan yang baik
g. Usaha yang baik
h. Pertapaan yang baik
Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai
hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci
seperti yang berikut :
a. Bersedekah
b. Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian
c. Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu,
berzina dan mencuri
Selain itu, agama Buddha juga menerima beberapa
kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan
karma daripada agama Hindu. Matlamat Buddha ialah
pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang
kekal dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa
kelahiran. Buddha juga menentang 2 kepercayaan
terutamanya kedudukan istimewa Brahmin dalam
masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil Hinayana.
Ajaran ini diubahsuai dan dipindahkan menjadi
Mahayana.
Agama Buddha ini telah menyebar ke rantau Asia
Tenggara, Asia Timur dan sebagainya. Menjelang abad
ke-19, negara-negara yang menjadikannya agama
rasmi ialah Thailand, Indo-China dan sebagainya.

Confucianisme
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang
terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari
keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana tempat
beliau dilahirkan. Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze.
Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku yang
baik. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 479SM
semasa berusia 72 tahun. Semua ajarannya telah
dibukukan oleh pengikut-pengikutnya.
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu
agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan
prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme
berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam
konsep Jen yang menekankan perasaan
perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.
Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna
perikemanusiaan, dia menjawab kebolehan
mengamalkan 5 kebaikan di merata dunia adalah
kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, amanah,
kerajinan dan sifat baik.
Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-
pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun Yu
atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal
ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius
merupakan orang pertama di China yang cuba menulis
sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga
menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan
pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada :
a. Book of Odes (Shih Ching)
b. Book of History (Shu Ching)
c. Book of Rites (Li Chi)
d. Book of Changes (I Ching)
e. Sping Ang Autum Annals (Chun Ching)
Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke
atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan
Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke
atas masyarakat China.
Ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau
rukun bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah
bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa
kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat 5
jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan
individu dalam masyarakat iaitu :
a. Pemerintah dengan rakyat
b. Ibu bapa dengan anak
c. Suami dengan isteri
d. Abang dan adik
e. Kawan dan kawan
Menurut beliau setiap individu mempunyai tugasan dan
tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap
tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan
bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan
bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa
mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila
mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau
mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada
anak-anak mereka termasuklah membimbing dan
mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga
negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah
keluarga yang besar.
Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja
yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat
disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat setia
kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja
adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli
keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan
yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara
kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat
harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang
kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus
melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai
Shang-Ti.
Bagi masyarakat China, mereka sangat
mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil
daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan
pengikutnya memandang ke zaman silam untuk
mendapat pengajaran supaya masalah dapat
diselesaikan. Beliau yang mewujudkan confucianisme
juga mementingkan penyembahan nenek moyang.
Meng Tze, pengikut Confucius telah menambah
ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim
boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu
kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun
Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya
adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk
menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-
undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

Taoisme
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu.
Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai
yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula
menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan
jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze
dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi
ajaran Taoisme.
Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang
berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam
buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius.
Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial
seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao
Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao
membawa maksud cara atau jalan bagi mencapai
keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah
gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa
kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi
dengan cara bersemadi atau tasawuf.
Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik
diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara
mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan
upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi
pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada
peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap
bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan
masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju
dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap
menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi,
penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi
oleh negara China adalah dengan kembali ke alam
semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut
Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang
paling sedikit memerintah. Mereka menganggap
bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan
keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi.
Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh
kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak
mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar
dan pegawai-pegawai berfahaman confucianisme.
Penganut-penganut Taoisme memandang hina
terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao
menyeru penganutnya supaya jangan mengubah
benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh
mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang
kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih
kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan
tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak
dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu
mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu
(zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup
dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu
disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan
diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze tenangkan
diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum
wujud lagi. Ajaran Lao Tze hanya sebuah negeri yang
kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada
sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak
pernah melawat antara satu sama lain tetapi boleh
hidup dengan gembira.
Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami
telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang
perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat
bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli.
Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang
kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-
buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang
bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan
kesusasteraan yang terkenal.

Shintoisme
Shintoisme juga dikenali sebagai jalan tuhan
merupakan agama asli masyarakat Jepun yang bermula
dari zaman silam dan mitos. Ia dianggap sebagai
agama yang secara penuhnya dimiliki oleh masyarakat
Jepun tanpa mempunyai pengaruh daripada luar. Ajaran
ini berkembang daripada tradisi komuniti asli. Sewaktu
tahap awal ia wujud dalam bentuk yang paling mudah
iaitu tradisi rakyat dan berpusat pada semangat di
sekeliling kehidupan masyarakat, kampung dan
persekitaran.
Kepercayaan ghaib atau kami ini wujud dalam
alam sekitar, pokok, gunung, air, api dan sebagainya.
Perkataan kami ini juga sering kali diterjemahkan
sebagai Shinto. Kepenitngan agama ini terletak pada
sifatnya yang bertujuan membentuk rasa taat setia
kepada keluarga diraja dan kepada negara dengan cara
memupuk rasa patriotic yang meluap-luap berdasarkan
anggpan bahawa negara dan raja-rajanya mempunyai
unsur-unsur ketuhanan.

Jainisme
Jainisme merupakan ajaran yang diasaskan oleh
Mahavira atau nama lain Vardhmana pada abad ke-
6SM. Ia mempunyai benyak persamaan dengan agama
Hindu dan Buddha. Agama ini memberi penekanan
yang lebih terhadap karma dan samsara. Penganut
agama ini biasanya tidak memakan haiwan atau
merupakan vegetarian.

Persamaan antara Islam dan Kristian


Kalau kita melihat kepada amalan umat kristian hari ini
hampir jarang ditemui persamaan dengan amalan umat
Islam, tetapi kalau kita merujuk kepada kitab agama
kristian iaitu Al-Kitab atau Bible maka kita akan temui
banyak persamaan antara umat kristian dan umat
Islam. Kita mungkin akan hairan kenapa ini berlaku?
Jawapannya Pada asalnya agama Kristian dan Islam
juga berasal daripada satu sumber iaitu Allah, asalnya
kristian adalah agama yang mengikut ajaran Yesus
tetapi telah banyak terjadi perubahan akibat salah
tafsiran oleh pengikutnya.

1. Konsep Ketuhanan
a. Tuhan adalah Esa
Qur'an : Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (Al-
Ikhlas 112;1)
Sungguh kafir orang yang berkata: Sungguh Allah itu
ialah Al Masih putra Maryam. Padahal Al masih sendiri
berkata, Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhanku
dan Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mensyirikkan
Allah dengan sesuatu ciptaan-Nya, maka Allah
mengharamkan syurga kepadanya, dan tempatnya
adalah neraka... (Al-Maidah 5;72).

Yang memiliki sifat-sifat yang demikian itu ialah Allah


Tuhan kamu; tidak ada Tuhan yang layak disembah
selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah
Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu (Al-
An'am 6;102).
Bible : Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud :
Wahai orang Israel! Tuhan - dan tuhan satu-satunya
ialah Tuhan kita (Deutronomy 6;4).
Yesus menjawab, inilah perintah yang paling
utama, Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud :
Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan
yang Esa (Mark 12:28-29).
Pada asalnya konsep Ketuhanan yang diajarkan Yesus
dan Muhammad adalah sama iaitu menyembah Tuhan
yang Esa, tetapi selepas ketiadaan Yesus pengikut
beliau telah menambah ajaran yang bercanggah
dengan ajaran Yesus.
b. Allah itu tempat bergantung segala
sesuatu/kekal
Bible : Allah yang kekal menjadi perlindungan kamu,
maknya tidak ada awal dan akhir (Deutronomy: 33;27).
Qur'an : Allah adalah Tuhan tempat bergantung segala
sesuatu maknanya tidak ada awal dan kahir (Al-Ikhlas:
112;2).

Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah


melainkan Dia. Yang Hidup kekal lagi terus menerus
mengurus makhluk-Nya (Al-Imran 3;2).

c. Tuhan tidak dapat dilihat


Qur'an : Tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya
(Al-Ikhlas 112;4).

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang


Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah
Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui (Al-An'am
6;103).
Bible : Kamu belum pernah mendengar suaranya atau
melihat mukanya (John 5;37).
Allah itu roh, hanya dengan kuasa roh orang dapat
menyembah Allah yang benar (John 4:24).
d. Jangan sembah patung
Seruan untuk menyembah Allah seperti disebutkan
dalam ayat di bawah :

Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum


pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh
Allah? Allah berfirman, "Akulah Allah yang
disembah Abraham, Ishak dan Ya'kub". Oleh itu,
Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati
(Matthew 22;31-32)
Rujuk juga ayat di bawah ini :
Kemudian Yesus dan pengikutnya pergi ke suatu
tempat bernama Getsemani. Dia berkata kepada
mereka, "Duduklah di sini sementara Aku pergi ke sana
untuk berdoa". Yesus mengajak Petrus dan kedua anak
Zebedeus pergi bersama dengan-Nya. Dia sangat sedih
dan gelisah. Yesus berkata kepada pengikut-Nya, "
Hatiku sedih sekali sehingga Aku rasa mahu mati.
Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku".Yesus
pergi lebih jauh sedikit lalu bersujud dan berdoa, " Ya
Allah, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini
daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku,
melainkan kehendak Engkau sahaja". Kemudian Yesus
kembali kepada ketiga pengikut-Nya dan mendapati
mereka sedang tidur. Beliau berkata kepada Petrus "
Tidak dapatkan kamu bertiga berjaga dengan Aku
selama satu jam? Berjaga-jagalah dan berdoalah
supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu
ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak
sanggup kerana tabi'at manusia lemah. Sekali lagi
Yesus pergi dan berdoa, "Ya Allah, jika cawan
penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku,
tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Engkau
berlaku". Kemudian Yesus kembali kepada pengikut-
pengikutnyadan beliau mendapati mereka masih tidur
kerana mengantuk. Sekali lagi Yesus meninggalkan
mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang
sama untuk kali ketiga (Matthew 26;36-44).
Di ayat yang lain Yesus juga berdoa kepada Allah :
Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk
berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalaman
(Luke 6;12).
Kira-kira seminggu selepas Yesus mengatakan hal itu,
Dia membawa Petrus, John dan Yakob ke sebuah bukit
untuk berdoa (Luke 9;28).
e. Bertaubat untuk menghapuskan dosa
Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-
Nya, " Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak
lama lagi Allah akan memerintah!" (Matthew 4;17).
2. Yesus adalah Muslim.
Muslim adalah orang-orang yang menyerah diri kepada
Allah, semua yang dilakukan hanya mengikut kehendak
Allah semata
Apa kata Qur'an? :
Semasa Isa mengetahui keingakaran bani israel
berkata ia: Siapakah yang akan menjadi penolongku
untuk menegakkan agama Allah? Sahabat2 setia
menjawab: Kamilah penolong agama Allah, kami
beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa
sungguh kami adalah orang-orang yang berserah diri =
Muslim (Ali-Imran 3;52).
Apa kata Bible? :
Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut
kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut
apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu
keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti
kehendakku sendiri melainkan kehendak Allah yang
mengutus ku (JOHN 5:30).
Ayat di atas membuktikan Yesus adalah Muslim iaitu
orang yang berserah diri kepada Allah.

3. Circumsize/ berkhatan
Hari ini umat Islam mengamalkan circumsize bagi
setiap lelaki, ini sesuai dengan amalan Yesus yang juga
mengamalkan berkhatan (circumsize). Sila rujuk ayat
dalam Bible seperti tersebut di bawah ini:
Selepas berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu
disunat, dia dinamakan Yesus (Luke 2;21).
Setiap lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda
jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-KU
dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat
tidak dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang
pada perjanjian (Genesis 17;13-14).
4. Yesus berpuasa
Umat Islam hari ini berpuasa selama satu bulan,
manakala Yesus berpuasa selama empat puluh hari.
Dari segi jumlah hari terdapat perbezaan kerana setiap
umat mempunyai undang-undang yang berbeza
mengikut zaman dan keadaan masyarakatnya.
Bible :
Di sungai Jordan Yesus dicubai oleh Iblis selama empat
puluh hari. Sepanjang masa itu, Yesus tidak makan
apa-apapun dari pagi sampai petang (LUKE 4:2).
Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat
puluh malam, yesus lapar (Matthew 4;2).
Qur'an : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan
atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa
(Al-Baqarah 2;183).

5. Yesus memberi salam kepada pengikutnya


Dalam Islam memberi salam hukumnya adalah sunat
atau pilihan, Umat Islam mengucapkan salam setiap
perjumpaan atau perpisahan sesama Islam.
Muhammad berkata :
Sekiranya dua orang bertemu, maka yang paling mulia
di antara mereka adalah yang mula-mula
mengucapkan salam (Hadith).
Allah berfirman dalam Qur'an

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat


Kami datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun-
alaikum (Al-An'am 6;54).
Mereka tidak mendengar perkataan yang tidak
berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam...
(Maryam 19;62).

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan


beramal saleh ke dalam surga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya
dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan
mereka dalam surga itu ialah "salaam" (Ibrahim 14;23)
Apa Bible kata? :
Tiba-tiba Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan
berkata: Shalom alaikom (Luke 24:36).
Kemudian yesus datang berdiri di tengah-tengah
mereka dan berkata, "Shalom alaikum!" (John
20;19)...Yesus berkata kepada mereka lagi, "Shalom
alaikum!" (John 20;21)...Yesus datang dan berdiri
ditengah-tengah mereka lalu berkata,"Shalom
alaikum!" (John 20;26).
Apabila kamu masuk ke rumah orang berikanlah salam
(Matthew 10;12)
6. Sembahyang dengan bersujud
Salah satu gerakan dalam sembahyang dalam Islam
adalah sujud (dahi menyentuh tanah). Dalam Bible
diterangkan bahawa Yesus sembahyang juga sujud iaitu
:
Apabila kamu sembahyang, masuklah ke dalam bilik
dan tutplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu
yang tidak dapat dilihat. Bapa kamu yang mengetahui
yang kamu lakukan secara senyap-senyap, akan
memberikan pahal kepadamu (Mat 6;6)
Yesus pergi lebih jauh lalu bersujud (dahi menyentuh
tanah) dan berdoa (Mat 26:39)
7. Sedekah
Apa kata bible :
Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin
lakukanlah secara senyap-senyap supaya sahabat karib
kamu sekalipun tidak mengetahuinya. Biarlah hal itu
tidak diketahui oleh sesiapapun. Bapa kamu yang
melihat perbuatan yang tersembunyi tersebut akan
memberi pahala kepada kamu (Mat 6;3-4)
8. Hukuman Hudud
Hudud dalam bible :
Jika mata kamu menyebabkan kamu berdosa,
cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu
kehilangan salah satu bahagian tu buh daripada
seluruh tubuh kamu dimasukkan ke dalam neraka. Jika
tangan kamu menyebabkan kamu berdosa, potonglah
dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan
sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk
kedalam neraka (Matt 5;29-30, Mark 9;43 dan Mark
9;47).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah
kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki
daripada kamu dengan kedua belah kaki dimasukkan
ke dalam neraka (Mark 9;45)
9. Zakat
Zakat mengikut bible :
Jangan kumpul harta di dunia kerana disitu anai-anai
dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk
mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di
situ anai-anai dan karat tidak dapat merosakkannya,
dan pencuri tidak dapat untuk mencurinya. Lakukanlah
hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu
kepada hartamu (Mat 6;19-21).
Di ayat yang lain juga dijelaskan :
Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih,
tidak menuai hasilnya dan tidak mengumpulkan hasil
dalam jelapang, tetapi Bapa kamu di syurga
memelihara semuanya. Bukankan kamu jauh lebih
bermakna daripada burung? (Mat 6;26).
Apa yang ingin orang lain lakukan untuk kamu,
lakukanlah hal itu untuk mereka. Inlah inti taurat Musa
dan ajaran nabi-nabi (Mat 7;12)
10. Perempuan wajib menutup kepala
Apa kata Bible tentang tudung? :
Jika seorang wanita tidak mahu menutup kepalanya,
lebih baik dia menggunting rambutnya tetapi
mencukur rambut adalah satu amalan cukup
mengaibkan. Oleh itu lebih baik dia menutup
kepalanya (1 Corintian 11;6).
Apa Islam kata tentang tudung :
Hai Nabi, katakan kepada istri-istrimu, anak-anak
perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah
mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuhnya,
supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu
mereka tidak diganggu (Al-Ahzab 33;59)

Katakan kepada wanita beriman: "... Hendaklah mereka


melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada
suaminya, ayahnya, mertua lelaki, anak lelaki, anak
lelaki tiri, adek beradek lelakinya, anak saudara lelaki
adek beradik lelaki dan perempuan, atau perempuan
Islam, hamba yang mereka miliki, pelayan lelaki yang
dikebiri atau anak lelaki yang belum baligh/puber (An-
Nur 24;31).

Soalan: Adakah Kristian dan Muslim menyembah


Tuhan yang sama?

Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bergantung


kepada makna ayat Tuhan yang sama. Memang tidak
dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang
Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak
persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa
Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki
pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua
tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama
Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal
yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini
orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan
yang sama.

Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan


penting antara pandangan orang Kristian dan orang
Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim
menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas
kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah
tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan
Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama
Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah
konsep penjelmaan. Orang Kristian percaya bahawa
Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang
Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada
Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima
pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati
untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan
iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah
muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi
orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia
dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi,
supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu
pengampunan dosa.

Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim


menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin
satu soalan yang lebih baik ialah, Adakah orang
Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang
sama mengenai Tuhan? Mengenai hal ini, jawapannya
ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang
kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim
mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak
mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa
agama Kristian mempunyai pandangan yang betul
mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi
mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat
membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi
manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar
denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2
Korintus 5:21).
1.0 PENGENALAN

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firma Allah s.w.t. yang bermaksud:


Dan tiadalah kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta
alam (Surah al-Anbiya, ayat 107)

Segala puji bagi Allah s.w.t. selaku Pentadbir, Pencipta dan Pemerintah sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w., ahli keluarga, para sahabat
dan seluruh umat islam sekaliannya. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurniaNYA, kami dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk Islam mengajar
penganutnya cara bersosial dengan masyarakat pelbagai etnik dan agama. Huraikan 4
faktor yang menyebabkan ajaran ini kurang dipraktikkan masyarakat Islam. yang
diberikan kepada kami, mengikut masa yang telah ditetapkan.

Islam merupakan agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Bagaimanapun,
kini ajaran islam itu telah kurang dipraktikkan di kalangan masyarakat islam ekoran
daripada pelbagai faktor terutamaya ekoran daripada penyalah tafsiran tentang konsep
islam itu sendiri. Justeru itu, kami melaksanakan tugasan ini dengan harapan dapat
berkongsi informasi bagi membentangkan faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat
Islam tidak mengamalkan cara bersosial mengikut Islam. Apa yang kami harapkan
segala kelemahan dan kebaikan daripada pembentangan ini dapat dijadikan panduan di
masa akan datang.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami, pensyarah kami
dan rakan-rakan seperjuangan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung di dalam menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama dan perhatian yang kalian
berikan amat kami hargai.

Sekian, Terima Kasih

2.0 LANDASAN TEORI


2.1 Definisi Islam dan Muslim
Islam mengajar penganutnya cara bersosial dan bergaul dengan masyarakat pelbagai
etnik dan agama. Islam itu boleh didefinisikan sebagai penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah s.w.t. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim bermaksud seorang
yang tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t.

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan
manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam
tetapi juga antara bukan Islam. Orang Islam mempunyai hak yang tertentu dan
dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan
bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini
jelas sepertimana dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik
itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi
saling mengenali antara satu dengan lain.

2.2 Definisi Pergaulan Sosial


Pergaulan bermaksud gaul atau campur dan di dalam Bahasa Arab disebut khalato (
) . Bercampur atau bergaul disebut ( ) bermaksud, apabila sesuatu itu
bercampur dengan yang lain. Pengertian sosial di dalam Islam, membawa maksud
sebarang kelakuan atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman dan tingkahlaku orang
lain samaada secara langsung atau secara tidak langsung. Sosial juga bermaksud
merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.

2.3 Definisi Agama


Istilah agama bermaksud suatu sistem kehidupan yang khusus menghubungkan antara
manusia dan Tuhan di mana terangkum di dalamnya aspek-aspek kepercayaan,
peribadatan dan tatacara kehidupan.

2.4 Definisi Etnik


Etnik pula boleh di definasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan cirri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.

2.5 Definisi Masyarakat


Menurut Islam, masyarakat adalah satu panggabungan manusia yang diwujudkan
melalui ikatan undang-undang rabbani bagi mencapai tujuan kehidupan
kemasyarakatan yang aman dan harmoni. Istilah ini merupakan satu peraturan hidup
yang berdasarkan kepada Tauhidullah dan kepatuhan terhadap IllayiyyahNya. Sistem
sosial Islam merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling berkaitan
di antara satu sama lain dan kekuatannya adalah terletak kepada undang-undang yang
mengendalikan sistem tersebut.

"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki
dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya
kamu saling kenal mengenali. (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya), Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat
mendalam pengetahuan-Nya". ( 13:49 Al Hujerat ).

2.6 Asas-Asas Bersosial Di Dalam Islam


Terdapat enam asas-asal bersosial didalam Islam iaitu berkenal-kenalan, persefahaman,
bekerjasama, persaudaraan, berkasih sayang dan saling menjamin.

2.6.1 Berkenal-kenalan
Asas pertama dalam membina kehidupan sosial masyarakat Islam ialah berkenal-
kenalan kerana menjadi fitrah manusia untuk hidup, berkasih sayang dan saling
berhubungan antara satu sama lain. Manusia diciptakan dengan wujudnya kaum lelaki
dan perempuan serta yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa.

Manusia di jadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik
antara satu dengan yang lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman
dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhan. Bermusuhan antara satu dengan lain
tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.
Berkenalan yang dimaksudkan tidak terbatas kepada nama atau tempat tinggal, yakni
lebih jauh daripda itu, malah mengetahui kedudukan seseorang, corak kehidupan
seharian, budaya bangsa atau etnik asal dan sebagainya. Hal berkenaan hanya akan
dapat diketahui apabila wujudnya kehidupan mesra dan saling mengenali antara satu
sama lain.

2.6.2 Saling Memahami


Asas kedua dalam hubungan hidup bermasyarakat ialah saling memahami antara satu
sama lain, lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk. Tujuannya ialah untuk mencapai
kehidupan yang harmonis dan sejahtera. Persefahaman boleh diamalkan dalam konteks
hubungan etnik melalui cara berikut: iaitu perlu saling mengenali diantara satu sama
lain dan berpegang teguh kepada agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni.

Amalan tersebut dapat dilaksanakan melaui program kemasyarakatan seperti gotong


royong, beriadah atau bersukan. Program-program sedemikian membolehkan anggota
masyarakat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sikap memahami antara satu sama
lain sangat penting. Keadaan ini dapat memudahkan masyarakat untuk saling
menasihati dan tegur menegur sekiranya terdapat kecacatan atau kelemahan dan
seterusnya mengeratkan hubungan siraturahim dan kerjasama.

2.6.3 Kerjasama, Tolong-Menolong Dan Saling Membantu


Asas ketiga dalam mewujudkan hubungan sosial yang memantapkan kehidupan
bermasyarakat ialah wujudnya kerjasama, tolong-menolong dan saling membantu antara
satu sama lain dalam kehidupan masyarakat majmuk. Bekerjasama dalam masyarakat
pelbagai etnik bertujuan kearah kebaikan, mengelakkan musibat demi mencapai
kepentingan bersama.

Pertolongan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk; tenaga, harta dan masa. Bentuk
pertolongan ini sememangnya bergantung kepada kemampuan seseorang. Kerjasama
dalam bentuk sumbangan tenaga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan
seperti membantu masyarakat yang berada di dalam kesusahan atau kesulitan.
Pertolongan dalam bentuk harta benda merangkumi bantuan kewangan dan barang-
barang keperluan seharian. Pertolongan juga wujud dalam bentuk pengorbanan masa
untuk bersama-sama dengan mereka yang memerlukan. Antara contohnya ialah
kerjasama dalam hal yang memberi manfaat seperti nasihat, tunjuk ajar, kuliah, ceramah
dan sebagainya.

2.6.4 Persaudaraan
Asas keempat adalah persaudaraan. Menurut kamus dewan (2005), persaudaraan
bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat sekali ibarat isi
dengan kuku. Pendekatan islam hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan
kepada persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa. Hal ini disebabkan hubungan
berasakan unsure-unsur tersebut lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan
kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat duniawi.

Dalam persoalan ini, Abdullah Nasih Ulwan (seorang ilmuan Islam) menyifatkan
persaudaraan sebagai suatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam
dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Setiap
orang terikat antara satu sama lain dengan pertalian akidah islam, ikatan iman dan
takwa. Justeru, pendekatan Islam hadhari dalam konteks hubungan etnik menekankan
konsep persaudaraan bukan sahaja dalam bentuk kata-kata, tetapi juga dengan perasaan
yang penuh jujur dan ikhlas. Mengasihi saudara itu, seperti mengasihi diri sendiri.
2.6.5 Berkasih Sayang
Asas yang kelima ialah berkasih sayang. Berkasih sayang merupakan salah satu sifat
kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dibajai dalam sanubari setiap anggota
masyarakat. Kesan daripada lahirnya sifat kasih sayang akan timbulnya rasa cinta bukan
sahaja terhadap diri dan anggota keluarga terdekat tetapi juga kepada seluruh warga
masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama. Sifat kasih sayang mampu mengikat
hubungan kemesraan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan
hati bertaut, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan dengki mendengki antara
satu sama lain.

2.6.6 Saling Menjamin


Asas keenam ialah saling menjamin. Asas kehidupan masyarakat juga ialah untuk saling
melindungi antara satu dengan yang lain. Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab
dalam siri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika
mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan. Hal ini bersesuaian
dengan situasi masyarakat Islam yang dibangunkan atas dasar keadilan dalam semua
aspek kehidupan.

Asas ini dapat disempurnakan melalui nafkah keluarga, zakat, sedekah-sedekah yang
tidak diwajibkan oleh undang-undang seperti wakaf dan kerjasama yang erat dalam
masyarakat. Pendekatan Islam mengemukakan 2 prinsip kerjasama iaitu; kerjasama
umum, iaitu setiap individu bertanggungjawab untuk menjamin mata pencarian orang
lain mengikut kemampuannya dan prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara
menjamin sesuatu tingkat kemakmuran bagi semua warga negara.

Anggota masyarakat akan berasa selamat dengan jaminan tersebut. Mereka juga berasa
aman dan hubungan yang baik dalam masyarakat dapat ditegakkan menerusi
pengukuhan institusi adat. Institusi adat melayu yang berteraskan adat bersendi syarak,
syarak bersendi kitab Allah s.w.t (al-Quran) hendaklah diperkukuhkan agar dapat
mempertahankan warisan seni budaya melayu yang beradat dan bersopan, di samping
menghormati adat resam semua kaum bagi menjaga keutuhan budaya dan moral.

Saling menjamin juga tidak akan dapat terlaksana secara berkesan kecuali individu yang
terlibat melaksanakan tanggungjawabnya. Perlaksanaan itu melibatkan sekurang-
kurangnya tiga peringkat utama; peringkat individu, peringkat keluarga dan peringkat
masyarakat. Pada peringkat individu, setiap individu harus menjaga dan menyediakan
diri sendiri untuk menjadi seorang yang baik. Individu tersebut mempersiapkan diri
dengan sifat-sifat terpuji dan membuang sifat-sifat tercela. Individu tersebut tidak
melakukan perkara buruk dan merosakkan dirinya dan seterusnya merosakkan
masyarakat. Setiap individu mesti berperangai baik kepada individu lain.

Pada peringkat keluarga, setiap individu harus menjaga hubungan baik dengan kaum
kerabai, terutamanya ibu bapa. Mereka hendaklah memenuhi hak, tanggungjawab dan
kewajipan sebagai anak dengan membelanjakan harta benda untuk ibu bapa. Pada
peringkat masyarakat pula, setiap individu sewajarnya menjaga hubungan baik dengan
masyarakat. Antara jaminan atau tanggungjawab yang dapat dilakukan adalah dengan
menolong mereka yang lemah dan membantu orang miskin.

Segala asas hubungan sosial yang harmonis dan berteraskan prinsip-prinsip Islam serta
nilai-nilai keagamaan sejagat dapat diwujudkan melalui kemesraan dalam
berkomunikasi, budaya ziarah menziarahi, mengambil berat, memuliakan dan
menghormati seseorang dan menghormati jiran.

3.0 HURAIAN MASALAH

3.1 Pengaruh Media Massa

3.1.1 Definisi Media Massa

Selaras dengan perkembangan pembangunan negara, media massa memainkan peranan


penting didalam kehidupan seharian masyarakat Islam pada masa kini terutamanya di
dalam pembangunan sesebuah negara dan berupaya mempengaruhi perilaku manusia
(dari pelbagai aspek dan sudut) terutamanya di negara yang sedang pesat membangun.
Media massa dijadikan sebagai satu medium untuk berkomunikasi diantara satu sama
lain didalam menyalurkan pelbagai informasi agar saling mempengaruhi diantara satu
sama lain. Media juga merupakan satu alat yang mampu merangsang dan
mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat di dalam semua aspek
kehidupan. Ianya berperanan di dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk
pembangunan secara keseluruhannya.

Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak (seperti surat khabar dan majalah)
dan media elektronik (radio, televisyen). Media cetak dan media elektronik inilah yang
memainkan peranan penting di dalam mencorak kehidupan manusia (seperti cara
bersosial, pemikiran dan tingkah laku) manusia di pelbagai peringkat umur. Tanpa
media massa, sesebuah negara itu akan menjadi pekak dan buta ekoran daripada tidak
dapat mengikuti perkembangan terkini dari dalam dan luar negara. Pembangunan
sesuatu negara itu turut bergantung kepada media samaada secara langsung mahupun
tidak langsung.

3.1.2 Pengaruh Media Elektronik Pengaplikasian / Peniruan Hasil Penontonan


Rancangan- Rancangan Di Televisyen

Saban hari kita menonton televisyen. Televisyen sudah menjadi alat siaran yang amat
popular dan penting. Hampir semua rumah di negara kita mempunyai televisyen.kita
bukan sahaja mempunyai enam saluran yang tidak perlu dibayar seperti tv1, tv2, tv3,
ntv7, tv8 dan tv9, malah kita mempunyai saluran televisyen berbayar seperti Astro dan
Unifi. Sebagai contoh, kesan daripada kita menonton televisyen menyebabkan jenayah
meningkat, masyarakat kita semakin hilang nilai-nilai budaya yang baik, kanak-kanak
disogokkan dengan pelbagai rancagan kartun yang kadangkala mempamerkan
keganasan dan pelbagai iklan dan rancangan-rancangan yang boleh meruntuhkan nilai-
nilai murni masyarakat Islam dan meruntuhkan akidah mereka.

Ekoran daripada sentiasa didedahkan dengan pelbagai maklumat dan gambaran tentang
isu keganasan, maka akan wujudlah segelintir masyarakat daripada golongan-golongan
tertentu yang tidak berfikir secara rasional, akan menjadikan apa yang mereka lihat itu
sebagai satu sumber ilham atau sumber idea untuk dijadikan sebagai satu realiti di
dalam kehidupan seharian mereka di dalam melakukan keganasan seperti merompak,
membunuh, merogol dan mencuri. Hal inilah yang akan membawa kepada peningkatan
kes keganasan ekoran daripada pengalaman penontonan mereka.
Kesan daripada penanaman perasaan takut akibat penontonan program yang
mengandungi unsur-unsur keganasan dalam televisyen telah mewujudkan fenomena
hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap persekitaran. Manusia di dunia ini akan
saling tidak percaya mempercayai di antara satu sama lain ekoran terlalu takut
berlakunya keganasan seperti apa yang telah mereka tontoni di dalam televisyen. Oleh
hal yang sedemikian, perasaan takut akibat terdorong oleh keganasan yang dipaparkan
di kaca televisyen ini telah menghakis nilai semangat bermasyarakat (seperti tolong-
menolong, bekerjasama, saling memahami, bantu-membantu dan berkasih sayang) di
dunia ini.

3.1.3 Pengaruh Media Elektronik - Pengaruh Muzik (Radio)

Pengaruh media masa melalui radio juga amat besar ke atas generasi muda terutamanya
golongan remaja dan pelajar. Kewujudan bahan-bahan dengan nilai moral negatif di
dalam lagu-lagu telah membawa masalah serius kepada perkembangan remaja masa
kini. Terdapat lirik-lirik di dalam lagu yang dinyanyikan oleh artis-artis barat mahupun
tempatan secara tidak disedari boleh memesongkan akidah seseorang individu yang
menyanyikan lagu tersebut tanpa mereka sedari. Hal ini adalah ekoran daripada
kurangnya pemantauan, bimbingan dan kawalan daripada pihak yang sewajarnya. Ianya
boleh menyumbang kepada keruntuhan akidah individu tersebut.

Sebagai contoh, remaja kini gemar mendengar radio untuk mengisi masa lapang mereka.
Terdapat pelbagai siaran radio yang boleh mereka dengari seperti Hit f.m, Fly f.m, Era
f.m, Sinar f.m, Muzik f.m dan sebagainya. Diantara muzik-muzik ataupun lagu-lagu yang
di putarkan di radio pada masa kini adalah seperti Hip Hop, Blues, Pop Rock, Heavy
Metal dan Rap. Remaja yang terlalu tabsub mendengarnya akan mengaplikasikan muzik
tersebut di dalam hidup mereka. Hal ini termasuklah penghayatan kepada lirik-lirk lagu
tersebut yang cenderung kea rah negatif seperti penggunaan ayat bawa aku pergi,
tolong jangan bilang sama mama dan papa di dalam sebuah lagu artis tempatan boleh
salah ditafsirkan oleh remaja itu dalam pelbagai sudut. Lirik tersebut seolah-olah
menggalakkan remaja membuat perkara yang tidak sepatutnya seperti lari dari rumah
dan mengetepikan ibu bapa mereka sedangkan di dalam Islam kita perlu mengutamakan
ibu bapa kita dan menyayangi mereka sebagaimana ibu bapa menyayangi diri kita
sewaktu kecil.

Oleh kerana terlalu taksub dan leka mempelajari lagu-lagu mahupun muzik baru, maka
mereka terlupa akan tuntutan agama mereka untuk mempelajari al-Quran. Mereka akan
menghindarkan diri mereka daripada membaca al-Quran mahupun mendengarnya.
Mereka tidak akan mempersiapkan diri mereka untuk belajar membaca al-Quran
daripada individu yang pakar dalam bidang agama. Hal ini menyebabkan mereka
semakin jauh dari masyarakat dan membiarkan diri mereka di dalam dunia yang mereka
cipta sendiri. Maka tidak wujudlah sikap berkenal-kenalan dan tolong menolong dan
kerjasama dengan individu masyarakat yang lain.

3.1.4 Pengaruh Media Cetak Majalah Hiburan

Masalah ini bertambah rumit dan sukar apabila dengan kewujudan majalah-majalah
hiburan dari dalam dan luar negara yang lebih banyak memfokuskan kepada berita dan
artis yang bertentangan dengan nilai agama Islam dan budaya timur. Kebanyakkan
gambar artis tersebut bergambar dengan tidak menutup aurat. Penyebaran bahan-bahan
ini secara berleluasa telah menyalahi etika yang sedia ada di mana Islam menggalakkan
berkenal-kenalan tetapi di dalam landasan yang betul dan sebagaimana yang telah di
tetapkan. Hasilnya maka wujudlah masalah berkomunikasi di antara individu terbabit
dengan masyarakat setempat.

3.2 Kurang Didikan Agama Dan Kurang Penekanan Nilai-Nilai Murni


Didikan agama dan nilai - nilai murni adalah sangat penting dan perlu di terapkan dalam
setiap individu bagi mengelakkan diri masing - masing daripada melakukan aktiviti atau
gejala yang tidak bermoral. Dewasa ini, didikan agaman dan nilai - nilai murni semakin
kurang di terapkan dan di praktikkan oleh golongan masyarakat tidak mengira bangsa
mahu pun agama.

Secara umumnya, dalam setiap agama mahupun etnik, terutamanya masyarakat yang
beragama Islam, didikan agama dan nilai - nilai murni merupakan salah satu elemen
yang perlu di terapkan di dalam diri setiap individu. Terdapat beberapa faktor yang telah
menyebabkan kurangnya didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni. Diantaranya
ialah :

3.2.1. Kurang Pendedahan Dan Perhatian Daripada Ibu Dan Bapa.

Seperti yang telah kita sedia ketahui, seiring dengan pembangunan masa kini,
kebanyakan ibu bapa sibuk mengutamakan kerjaya mereka berbanding dengan
meluangkan masa bersama-sama keluarga mereka. Hal ini dilakukan adalah untuk
memenuhi keperluan anak - anak mereka di dalam kontek duniawi sahaja seperti
mengumpul harta dengan alasan untuk kesenangan anak - anak apabila mereka sudah
tiada kelak. Aset - aset seperti harta benda di lihat sebagai aspek penting untuk
kehidupan anak - anak mereka di masa hadapan sehinggakan mereka terlupa untuk
menerapkan nilai - nilai murni serta pendidikan agama di dalam diri anak mereka.

Apabila ibu bapa terlalu sibuk mencari harta dunia, maka masa untuk bersama anak -
anak menjadi berkurangan. Ibu bapa tidak akan pernah ada masa untuk solat berjemaah
bersama anak-anak mereka. Malah mereka juga tidak mempunyai masa untuk makan
bersama dengan anak-anak mereka. Selain itu juga, apabila ibu bapa terlalu sibuk, ada di
antara mereka terlupa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi sepatutnya
untuk menambahkan pengetahuan anak mereka tentang agama Islam seperti
menghantar anak mereka ke sekolah agama. Hal ini menyebabkan tiada wujudnya
hubungan komunikasi dua hala diantara ahli keluarga. Maka wujudlah sikap
mementingkan diri sendiri, anak-anak mereka tidak menghormati ibu bapa mereka dan
tiada wujudnya perhubungan atas dasar kasih sayang. Ekoran daripada itu, maka tidak
sejahteralah keluarga tersebut kesan daripada kepincangan yang berlaku.

3.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Remaja ialah satu tahap di mana mereka gemar bercampur dan bergaul antara satu sama
lain. Dengan kesibukan ibu bapa dan kurangnya perhatian, mereka akan lebih cenderung
untuk beralih arah kepada rakan-rakan sebaya mereka sebagai pengganti kepada kedua
ibu bapa mereka. Mereka akan lebih mudah meluahkan apa sahaja yang mereka rasakan
dan alami berbanding dengan ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, hal ini
menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan sikap dan tingkah laku rakan-rakan
mereka terutamanya kearah keburukan kerena sudah menjadi naluri seorang remaja
untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun ianya mendatangkan keburukan.
Rakan - rakan yang di cari biasanya daripada golongan yang sama dengan mereka
sebagai contoh, remaja yang kurang di beri perhatian oleh ibu bapa, di beri kebebasan
yang tiada had dan sebagainya. Golongan seumpama ini biasanya suka melakukan
aktiviti yang kurang sihat kerana tiada atau kurangnya didikan agama dan nilai - nilai
murni dalam diri. Sebagai contoh, percakapan sesama sendiri. Remaja zaman kini
mempunyai cara pertuturan tersendiri dimana mereka lebih gemar mencampur adukkan
bahasa ibunda mereka dengan bahasa asing dan seringkali menggunakan bahasa yang
agak kesat. Sudah menjadi kebiasaan dimana mereka menggunakan bahasa yang
mengetepikan adat - adat kesopanan dan budi bahasa.

Oleh kerana terbiasa menggunakan pertuturan sedemikian maka, perilaku itu telah di
jadikan sebagai ikutan dan amalan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, pengaruh
melepak di kelab - kelab malam juga menjadi tabiat dan hobi anak - anak muda zaman
sekarang. Hal ini adalah ekoran daripada ibu bapa yang tidak menghiraukan atau terlalu
memberi kebebasan kepada anak - anak mereka untuk keluar sesuka hati tanpa mengira
masa. Hal ini juga adalah disebabkan oleh kesibukan ibu bapa di dalam mengejar harta
dan terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk memantau anak - anak mereka.
Ekoran daripada itu, ianya menyebabkan anak - anak mereka bergaul dengan remaja
yang tidak bermoral dan turut serta melakukan aktiviti tidak bermoral yang
sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

3.2.3 Islam Atas Dasar Nama Islam Sekular

Sikap yang tidak ambil peduli mengenai hukum hakam Islam juga menjadi faktor
penyumbang. Di sekolah dan institusi - institusi pengajian ada memndedahkan
mengenai agama Islam dan aspek nilai - nilai murni, tetapi dek kerana sikap individu itu
sendiri yang tidak mahu mengambil peduli menyebabkan masalah ini semakin menular.

Sebagai contoh, dalam subjek mata pelajaran agama Islam ada menekankan aspek
menutup aurat adalah wajib dalam agama Islam, namun begitu cuba kita lihat, anak -
anak muda zaman sekarang yang kebanyakannya beragama Islam tanpa segan silu
mendedahkan aurat masing - masing walaupun dia sendiri tahu dan sedar bahawa
membuka aurat itu adalah haram. Ibu bapa pula tidak pernah menegur cara pemakaian
anak - anak dan secara tidak langsung sikap tidak ambil peduli semakin menebal dalm
diri anak - anak. Cara pemakaian yang lebih kepada budaya barat langsung tidak
menunjukkan ciri - ciri wanita timur dan Islam menjadi fesyen kepada anak - anak muda
zaman sekarang.

Islam sekular boleh di definisikan sebagai seorang yang beragama Islam itu telah
memisahkan urusan duniawinya daripada agamanya. Agama Islam itu hanya digunakan
untuk mengatur hubungan peribadinya dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama
manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial.

Masyarakat Islam pada masa kini lebih cenderung mengamalkan gaya hidup sekular atau
dalam istilah lainnya mengamalkan cara hidup barat dan tidak berlandaskan agama
Islam. Mereka lebih gemar menyingkirkan agama Islam daripada mempraktikkannya di
dalam kehidupan seharian mereka ekoran daripada terlalu taksub menurutkan kata-
katahawa nafsu jahat yang dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan tidak bertitik noktah
kesesatannya. Di dalam apa jua perkara yang mereka lakukan, mereka tidak membawa
bersama mereka agama Islam tersebut termasuklah di dalam aktiviti politik, sosial dan
ekonomi. Segala apa yang mereka lakukan berlandaskan nafsu semata tanpa memikirkan
kesan ekoran daripada perbuatan mereka.

Masyarakat Islam sekular boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu majoritinya
adalah berasal daripada Islam keturunan di mana mereka dilahirkan oleh ibu bapa
mereka yang beragama Islam tetapi mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam.
Dalam kata lainnya, Islam hanya pada nama. Manakala minoritinya adalah daripada
kalangan orang kafir yang mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam. Apabila
mereka berkahwin, mereka terpaksa mengikut ajaran Islam tetapi apabila mereka
berpolitik dan bersosial mereka menyingkirkan Islam.

Ekoran daripada fenomena ini maka muncullah politik sekular dan sosial sekular dimana
mereka menghalalkan yang haram buat mereka selagi mana ianya mendatangkan faedah
buat mereka. Sebagai contoh: isu solat tidak boleh di tegur kerana itu adalah termaktub
sebagai isu peribadi. Ini bermakna, sekiranya mereka tidak menunaikan solat,
masyarakat lain tidak boleh mempersoalkannya. Salah satu alasan yang bakal mereka
berikan adalah kekangan waktu bekerja yakni urusan duniawi semata-mata sedangkan
solat itu adalah tiang agama dan telah menjadi salah satu tuntutan yang wajib kita
laksanakan di dalam beragama.

Hal ini juga berlaku didalam aktiviti sosial masyarakat Islam dan sekular dimana
pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak ada batasannya. Mereka mengamalkan
bersekedudukan diantara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi agama.
Mereka tidak suka menutup aurat dan lebih suka mendedahkan tubuh mereka dengan
berpakain seksi dan mengiurkan. Maka terhasillah anak-anak daripada hubungan
terlarang iaitu melalui zina dan juga ekoran daripada kes jenayah sosial iaitu rogol.

Anak-anak hasil seks bebas ini digugurkan sesuka hati seperti tiada nyawa yang perlu
dihargai. Ada di antaranya dibunuh sejurus selepas di lahirkan dengan niat untuk
menutup malu mereka dari pandangan masyarakat umum. Zuriat yang terhasil daripada
benih-benih yang haram ini akhirnya berkembang dari hari ke hari sehingga mencapai
angka yang kita sendiri tidak menjangkakan. Masyarakat islam sekular ini juga sanggup
memeluk agama lain seperti Kristian,Hindu dan lain-lain kerana jatuh cinta kepada
lelaki kafir.

Fenomena isteri dan suami berlaku curang juga semakin hebat diperkatakan tetapi tidak
pernah diketengahkan. Isteri yang berfahaman Islam sekular ini lebih rela membenarkan
suaminya menyimpan perempuan simpanan daripada membenarkan suaminya
berpoligami kerana bagi mereka bermadu itu adalah pahit. Mereka juga minum arak,
berjudi, menagih, mengedar dadah dan seringkali mempermainkan agama Islam.
Mereka lebih cenderung bersikap assabiyyah iaitu bersifat perkauman yang sempit
seperti wujudnya kumpulan black metal, hip hop, mat rempit, punk dan sebagainya yang
mana ianya boleh menyesatkan akidah dan akhlak mereka. Saban hari mereka sentiasa
terus menerus melakukan dosa dan bergelumbang di dalam dosa.

Kebanyakan daripada masyarakat Islam sekular ini lebih gemar mengamalkan gaya
hidup orang bukan islam atau lebih cenderung kearah budaya barat. Mereka lebih gemar
meniru dan mengikuti perkembangan dunia fesyen dari barat sedangkan masyarakat
barat tidak pernah menggemari pemakain masyarakat Islam. Malah pemakaian
masyarakat Islam di anggap kolot pada pandangan mata barat.
3.3 KESAN ARUS PEMBANGUNAN TEKNOLOGI

3.3.1 Definisi Pembangunan Teknologi


Pengertian teknologi adalah satu konsep yang meluas dan mempunyai lebih daripada
satu takrifan. Takrifan pula bermaksud pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Kebiasaannya, teknologi
sering berkait rapat dengan rekaan yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini.
Teknologi juga digunakan dalam bidang ekonomi dan ianya dapat dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa, dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal mengikut
perubahan arus perkembangan semasa.

Definisi teknologi menurut perspektif Islam pula terapan atau aplikasi dari ilmu yang
dipelajari dan ianya dapat dibuktikan di dalam hasil kerja yang nyata lebih canggih dan
dapat mendorong manusia utk berkembang dengan lebih maju lagi.

Manakala pengertian globalisasi pula membawa maksud perubahan dari seluruh aspek
ekonomi dan cara kehidupan manusia. Globalisasi juga adalah suatu proses di mana
individu, kelompok, dan negara saling berinteraksi, bergantung, berkait, dan
mempengaruhi di antara satu sama lain yang melintasi batasan sesebuah negara itu
sendiri.

Menurut perspektif Islam, globalisasi bersifat meluas. Globalisasi jika dilihat dari kaca
mata Islam, bukanlah sesuatu yang baru dan seharusnya pandangan terhadap globalisasi
tidak haruslah berunsur negatif jika ianya berlandaskan syariah Islam. Proses globalisasi
yang belandaskan syariah Islam akan membentuk konsep masyarakat yang satu dan
perkampungan global di seluruh negara bersesuaian dengan konsep Ukhwah Islamiah.

Namun demikian dalam era kemajuan globalisasi kini, terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan ajaran Islam kurang mempraktikkan cara bersosial di kalangan
masyarakat pelbagai etnik dan agama. Ini berikutan daripada percanggahan pendapat
dan gaya hidup di antara etnik lain yang kurang disenangi oleh masyarakat beragama
Islam.

Seharusnya di era globalisasi kini, perhubungan dengan pelbagai etnik sekurang-


kurangnya seseorang atau puakatan etnik berkenaan dapat menerima dan memberi di
dalam proses pertukaran nilai-nilai murni serta ilmu pengetahuan yang menjadi budaya
dalam kehidupan kelompok atau etnik masing-masing. Nilai-nilai murni ini nantinya
akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kebahagian hidup secara bersama.

3.3.2 Pengaruh Internet Melalui Penggunaan Alat Telekomunikasi

Teknologi dan globalisasi sering berhubung kait dalam menuju arus kemodenan dunia
pada masa kini. Peningkatan era globalisasi membawa perubahan yang lebih ketara
dalam bidang teknologi. Bidang teknologi yang membawa peningkatan di mata dunia
pada masa kini adalah teknologi maklumat dan komputer. Ini dapat dilihat, dari segi
pembuatan barang elektronik seperti computer yang kini semakin lama semakin
memenuhi kehendak manusia pada masa kini. Peningkatan arus teknologi dan
globalisasi juga memberi kesan terhadap kebudayaan sesebuah negara, budaya
pemakanan, budaya pemakaian, budaya kerja, budaya muzik dan hiburan serta budaya
bahasa.

Peningkatan arus teknologi dan globalisasi memberi kesan negatif kepada masyarakat
Islam jika ianya tidak berlandaskan syariah Islam. Antara kesan yang begitu ketara
adalah kebudayaan sesebuah negara. Ini dapat dilihat dari segi peralatan moden yang
begitu meluas dan memasarkan produk-produk teknologi canggih seperti alat-alat
komunikasi dan barang-barang mewah yang menawarkan pelbagai hiburan kepada
orang tua dan muda serta anak-anak. Melalui peralatan serba canggih ini, ianya telah
mewujudkan jurang komunikasi diantara seorang individu dengan masyarakat yang lain.

Seharusnya sebagai umat Islam kita haruslah sedari bahawa dasar-dasar teknologi yang
dibangunkan haruslah digunakan untyk memperkembangkan lagi pengetahuan dan ilmu
yang sedia ada di dalam diri. Ia juga hendaklah dikaji berlandaskan Al-Quran kerana di
dalam kitab suci Al-Quran terkandung keterangan-keterangan mengenai ilmu
pengetahuan dan teknologi. Melalui pengkajian yang berlandaskan Al-Quran oleh orang
Islam ianya dapat mebantu golongan Islam dan bukan islam bergerak seiringan tanpa
berlakunya perselisihan faham di dalam proses pertukaran nilai-nilai murni dan ilmu
pengetahuan yang sekian lama menjadi budaya dalam setipa kelompok dan etnik
masing-masing.

Sebagai contoh penggunaan internet secara fanatik dikalangan masyarakat pada masa
kini seperti melayari Twitter dan Facebook telah mewujudkan jurang kepada individu
terbabit daripada bergaul dengan masyarakat lain. Mereka akan mengadap laman web
tersebut setiap hari tanpa menyertai program kemasyarakatan seperti mengenali dan
mengambil berat jiran mereka, bersama-sama bergotong-royong membersihkan
kawasan kejiranan mereka atau menghadiri majlis yang jiran mereka adakan.

Mereka yang terlalu mengikutkan arus perkembangan teknologi ini akan bersifat lebih
mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Mereka lebih selesa
mengutamakan hal peribadi mereka daripada membantu orang lain yang berada di
dalam kesusahan. Pada pandangan mereka, membantu orang lain hanya akan
menyusahkan diri mereka sendiri. Selain daripada itu, mereka yang asyik melayari
internet akan lalai daripada menunaikan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t
seperti melewatkan waktu untuk menunaikan solat lima waktu. Malah mereka seringkali
terlepas waktu untuk menunaikan solat lima waktu.

Melalui internet juga, pelbagai fitnah boleh merebak dikalangan masyarakat melaui blog
dan medium-medium lain yang ditawarkan didalam melayari internet. Hal ini boleh
menyebabkan perselisihan faham diantara individu yang terlibat dengan yang lain.
Fitnah yang tersebar secara meluas boleh menyumbang kepada ketidak sepakatan
diantara kaum, permusuhan diantara bangsa dan agama, wujudnya pandangan negatif
terhadap sesuatu bangsa dan agama dan berkemungkinan juga boleh membawa kepada
pepecahan diantara kaum dan agama itu sendiri sedangkan di dalam agama Islam
menggalakkan agar persaudaraan itu dibina dan sikap saling memahami diantara satu
sama lain itu perlu diwujudkan.

3.4 PENGARUH BUDAYA BARAT

3.4.1 Pengertian Budaya Barat

Budaya itu kadang - kala berbeza dan juga terdapat persamaan dalam masyarakat
Malaysia ini adalah kerana budaya itu tidak lahir secara langsung tetapi perlu di pelajari.
Sebagai contoh, seorang ibu mengajar anaknya untuk menggunakan bahasa yang sopan
apabila berkomunikasi, sekiranya di ajar dengan cara yang betul maka ajaran itu akan di
jadikan budaya oleh anaknya sehingga dewasa. Namun begitu, budaya juga boleh di
pengaruhi oleh faktor - faktor persekitaran yang membangun mengikut peredaran masa
contohnya seperti peralatan dan kelengkapan hidup, mata pencarian hidup dan sistem
ekonomi, sistem pengetahuan dan lain - lain lagi.

Budaya perlu di kongsi dalam masyarakat yang menjadi anggota masyarakat. Sebagai
contoh dalam masyarakat sekarang, nasi lemak dan roti canai menjadi kegemaran
kerana masyarakat menggemarinya, bahasa melayu pula boleh di tuturkan oleh semua
bangsa kerana masyarakat di Malaysia di monopoli oleh bangsa Melayu. Walau
bagaimanapun, terdapat juga sesetengah budaya yang tidak dapat diterima oleh etnik
yang berbeza. Contohnya seperti pemakanan bangsa Cina yang tidak menyembelih
binatang mengikut syariat Islam di mana orang Islam tidak dibenarkan untuk memakan
makanan seperti itu. Makanan yang sama tetapi terdapat perbezaan dalam cara
menyediakannya.

Bukan sahaja dari segi makanan, malah dari segi pergaulan. Islam melarang umatnya
daripada bergaul bebas sesama sendiri iaitu di antara lelaki dan perempuan. Masyarakat
Islam sangat menitik beratkan pergaulan kerana adalah di larang dalam hukum Islam.
Manakala bagi agama lain, bersentuhan di antara lelaki dan perempuan adalah tidak
salah di sisi agama mereka. Adalah tidak di larang bergaul sesama etnik di dalam
masyarakat tetapi masyarakat Islam haruslah mengetahui batas batas pergaulan yang
telah ditetapkan dalam hukum Islam.
Kesimpulannya, budaya dan adat resam berhubung kait sesama sendiri di dalam
masyarakat Malaysia. Oleh itu masyarakat Islam di Malaysia tidak haruslah menanggap
bahawa budaya dan adat resam menciptakan jurang perhubungan sosial sesama sendiri
selagi masyarakat Islam berada di landasan yang betul.

Budaya Barat berbeza jika dibandingkan dengan budaya yang diamalkan oleh orang
Islam. Budaya barat boleh dianggap satu fahaman kehidupan yang tiada sempadan dan
boleh diertikan sebagai kehidupan yang bebas dan terbuka jika dibandingkan dengan
budaya masyarakat Islam. Budaya masyarakat Islam seharusnya bertindak balas
terhadap perubahan semasa dan ianya hendaklah sejajar dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan di dalam Al-Quran.

Namun begitu, masyrakat Islam pada masa kini telah dipengaruhi oleh cara hidup
budaya barat. Kebanyakan, masyarakat Islam pada masa kini memandang ringan
terhadap isu ini. Maka dengan itu, terbitlah genjala yang tidak sepatutnya berlaku di
dalam masyarakat Islam seperti pengaruh pemikiran barat, sikap mementingkan diri
sendiri, dan perbezaan darjat.

3.4.2 Pengaruh Pemikiran Barat

Pengaruh pemikiran barat adalah salah satu faktor yang mempengaruhi masyarakat
Islam kurang bersosial di kalangan masyarakat etnik pada masa kini. Hal ini dapat
dilihat melalui arus dunia yang telah dimonopoli dan dikuasai oleh masyarakat barat
dari segi cara berpakaian dan pergaulan sesama sendiri. Pengaruh pemikiran barat ini
telah membawa kepada beberapa perubahan dan ianya juga semakin menular dan
mempengaruhi cara-cara pemikiran masyarakat Islam untuk mengikuti perlakuan dan
budaya mereka.

Masyarakat Barat mengamalkan konsep berfikiran terbuka. Konsep pemikiran ini boleh
diertikan sebagai mudah dimana cara berpakaian mereka tidak perlu menutup aurat
asalkan mengikut keselesaan individu itu. Selain daripada itu, masyarakat barat pula
menganggap pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak ada batasan samaada lelaki
dan perempuan dan sesama jantina.

Melalui pengaruh pemikiran barat ini, masyarakat Islam sedikit sebanyak telah
terpengaruh dengan budaya pemikiran masyarakat barat. Ada di antara masyarakat
Islam yang bergaul di antara lelaki dan perempuan tanpa ada batasan dan cara
pemakaian masyarakat islam tidak lagi menutup aurat dan menjaga maruah mereka.
Pengaruh pemikiran barat ini telah menyebabkan masyarakat Islam kurang menerapkan
nilai-nilai murni di dalam konteks bersosial mereka yang seharusnya berlandaskan
hukum dan syarak yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran.

3.4.3 Sikap Mementingkan Diri Sendiri

Di dalam meniti arus pembangunan teknologi dan globalisai pada masa kini, masyarakat
Islam kini telah mengabaikan sifat bekerjasama dan bantu membantu di kalangan etnik.
Hal ini disebabkan oleh pengaruh budaya barat yang telah menerapkan peralatan
teknologi seperti telefon bimbit dan kemudahan internet bagi setiap individu yang
bertujuan untuk memudahkan para pengguna berinteraksi sesame sendiri.

Namun demikian, dengan adanya peralatan teknologi yang semakin lama semakin
canggih, masyarakat Islam pada masa kini, telah terpengaruh dengan budaya barat dan
mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, sifat bekerjasama
sesama jiran untuk membersihkan kawasan taman perumahan mereka tidak lagi
dititikberatkan. Setiap individu masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri dan
jikalau ada apa-apa maklumat hanyalah terus berurusan di laman sesawang yang
dikenali sebagai Facebook.

Hal ini mengurangkan lagi sifat semangat kejiranan dan ada juga yang diantara
masyarakat Islam pada masa kini tidak mengenali jiran masing-masing kerana terlalu
sibuk dengan urusan sendiri. Pengaruh budaya barat kian menular di dalam diri
masyrakat Islam melalui teknologi yang mereka hasilkan dan kesan serta akibatnya
masyarakat Islam itu sendiri telah menjadi individu yang memntingkan diri sendiri dan
kurang bersosial di kalangan etnik lain mengikut landasan Islam.

3.4.4 Perbezaan Darjat

Budaya masyarakat barat juga mengamalkan konsep perbezaan darjat dimana mereka
membandingkan masyrakat berkulit hitam dan putih. Mereka mengamalkan budaya
perkauman sesama sendiri yang juga bermaksud masyarakat berkulit hitam tidak
bercampur dengan masyarakat berkulit putih. Masyarakat berkulit putih juga
memandang rendah terhadap kaum lain kerana mereka merasakan diri mereka adalah
sempurna jika dibandingkan dengan kaum lain.

Perbezaan darjat dari segi budaya barat juga telah menular di dalam budaya Islam.ini
dapat dilihat melalui kaum Melayu yang kurang bercampur dengan kaum India dan
Cina. Sebagai contoh, di dalam konsep kejiranan amalan kunjung mengunjung di
kalangan etnik itu sendiri kurang diamalkan disebabkan perbezaan kaum dan darjat.
Bangsa Cina menganggap bahawa mereka mempunyai status yang tinggi kerana boleh
dikatakan setiap perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Bangsa
Melayu yang beragama Islam pula menganggap agama Islam menghadkan pergaulan
sesama etnik kerana konsep ajaran agama yang diterapkan setiap kaum adalah
berlainan. Maka dengan itu, pergaulan sesama etnik berkurang disebabkan berlakunya
perbezaan darjat.

Seharusnya, konsep perbezaan darjat haruslah dihapuskan kerana setiap kaum adalah
sama dan hanya ajarannya yang berlainan. Bangsa Melayu yang beragama Islam
haruslah membuka mata dan mendalami lagi konsep agama Islam supaya pergaulan di
antara etnik tidak dihadkan sehingga berlakunya perbezaan darjat. Selain daripada itu,
masyarakat Islam haruslah mengetahui konsep pergaulan yang berlandaskan hokum dan
syarak yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran.

Sebagaimana yang telah kita pelajari, Islam menolak sikap membandingkan darjat
ketinggian sesuatu kumpulan manusia di atas dasar bangsa, wama kulit, bahasa,
kewarganegaraan dan seumpamanya. Di dalam sistem sosial Islam semua manusia yang
berada di muka bumi ini adalah sama tanpa mengira warna kulit atau bahasa mereka.
Warna kulit dan bahasa tidak dapat mencerminkan status kemanusiaan mereka.

3.4.5 Kesan Penjajahan Oleh Kuasa Penjajah

Jika kita amati secara telitinya, di antara punca kejatuhan negara islam ke tangan
penjajah adalah ekoran daripada kemerosotan, kesempitan dan kebekuan akal fikiran,
keruntuhan akhlak dan budi pekerti dan kekacauan dan kepincangan politik itu sendiri.
Hal ini secara tidak langsung membuka ruang dan peluang bagi penjajah untuk
meguasai kebanyakan negara-negara Islam samaada melalui peperangan mahupun
secara campur tangan di dalam isu pentadbiran sesebuah negara Islam tersebut. Jika
mereka tidak berjayamenjajah tanah air masyarakat Islam maka mereka akan sedaya
upaya menjajah pemikiran masyarakat islam. Kesan daripada penjajahan barat ini
menyebabkan masyarakat Islam terjerumus ke lembah kehinaan yang amat ketara di
mana ianya melemahnya pemikiran, meruntuhnya akhlak dan pengaplikasian budaya
barat dalam kehidupan seharian.

Selepas kejatuhan zaman kegemilangan Islam, negara-negara islam telah dijajah oleh
negara-negara barat. Ekoran daripada peristiwa tersebut, maka penjajah telah
menguatkuasakan undang-undang mereka untuk diguna pakai atau dengan kata lainnya
di aplikasikandi negara-negara Islam sebagai garis panduan dan ada diantaranya
dijadikan perlembagaan negaramenggantikan perundangan dan syariat islam yang telah
lama diamalkan sebelum mereka dijajah. Dalam erti kata lain, undang-undang islam
tidak lagi di amalkan sepenuhnya. Ianya tidak dihapuskan tetapi telah dihadkan bidang
kuasanya. Secara automatiknya, undang-undang barat di naikkan darjatnya dan diguna
pakai secara meluas. Manakala undang-undang islam terletak hanya ada pada nama.

Penjajah telah mempengaruhi minda masyarakat Islam supaya hidup di atas landasan
cara hidup orang bukan Islam. Harus kita tekankan di sini bahawa penjajahan minda
adalah lebih hebat kesannya kepada masyarakat islam. Ianya dilakukan secara halus dan
tidak kita sedari walau sedetik pun tetapi meninggalkan impak yang besar kepada
masyarakat Islam sejagat. Hal ini membolehkan mereka menjauhkan orang Islam
dengan agamanya. Urusan pentadbiran telah diasingkan dengan urusan agama. Penjajah
melakukan dengan pelbagai cara termasuklah mengeruhkan kemurnian akhlak mereka,
merosakkan agama mereka, menyelewengkan mereka dari landasan agama, menabur
fahaman yang menggalakkan maksiat berleluasa dan menggalakkan mereka
meninggalkan perintah Allah s.w.t. Manakala para ulama adalah dilarang daripada
memimpin masyarakat dan meneraju politik negara. Dengan cara ini, maka terhapuslah
islam itu daripada hati mereka, jiwa mereka dan hidup mereka sebagaimana penjajah
inginkan.

Pemimpin-pemimpin yang berhaluan barat telah dilantik bagi menerajui negara-negara


Islam. Pemimpin-pemimpin ini yakin bahawa sistem pemerintahan yang mereka
laksanakan di dalam tampuk pemerintahan mereka tidak akan kekal di tangan mereka
selamanya kerana lambat launnya ianya akan berpindah kepada umat yang menuntut
supaya sistem pemerintahan Islam dilaksanakan berdasarkan akidah dan nilai-nilai
Islam. Maka mereka tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Jesteru itu, mereka
tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan di zahirkan dan tidak akan membiarkan
nilai-nilai islam diserap didalam sistem pemerintahan mereka. Ekoran daripada itu,
timbullah pelbagai masalah di dalam system pemerintahan seperti berleluasanya kes
pecah amanah, pengambilan riba, pemberian rasuah, penindasan pada kaum-kaum lain
atau kaum minorit dan segala perlakuan yang tidak berintigriti.

Kepincangan politik didalam negara-negara Islam boleh membawa kepada perpecahan


kaum di mana persefahaman dan permuafakatan tidak dapat di capai. Tiada sifat tolong
menolong, bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain sebaliknya
berlaku penindasan pada golongan yang lemah. Diskriminasi berleluasa. Wujudnya
sikap mementingkan diri sendiri dan berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi dari
hasil yang tidak sepatutnya.Apabila sesebuah kerajaan islam itu berpegang teguh pada
ekor-ekor barat, maka mustahil bagi negara tersebut dapat melangkah ke hadapan.
Negara tersebut akan lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan. Hal ini
adalah ekoran daripada masyarakat Islam yang berpegang teguh pada agamanya tidak
dapat mencampuri urusan negara walaupun urusan yang paling kecil.

4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masyarakat Islam haruslah menitik beratkan dan mengamalkan
asas-asas perhubungan sosial mengikut ajaran Islam seperti berkenal-kenalan,
persefahaman, bekerjasama, persaudaraan, berkasih sayang, dan saling menjamin bagi
mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan diantara kaum dan etnik. Hal ini dapat
dilalukan melalui mewujudkan kemesraan didalam komunikasi, menyemai budaya
ziarah menziarahi, mengambil berat terhadap masyarakat lain, memuliakan dan
menghormati orang lain serta menanamkan sikap menghormati jiran.

Masyarakat juga secara umumnya perlu mengamalkan serta menerapkan nilai agama
dan nilai-nilai murni di dalam aspek pergaulan dengan kaum dan etnik yang lain.
Pergaulan dengan kaum dan etnik di kalangan masyarakat Islam kini berkurangan
disebabkan oleh faktor-faktor seperti terpengaruh dengan budaya barat, terpengaruh
dengan media massa, terpengaruh dengan perkembangan arus teknologi dan globalisasi
dan kekurangan didikan agama dan kurangnya penerapan nilai-nilai murni.

Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam haruslah tidak terpengaruh dengan budaya
barat yang semakin berleluasa terutamanya melalui media cetak mahupun media massa
seperti majalah-majalah hiburan dan rancangan hiburan seperti pertunjukan fesyen. Hal
ini juga sama seperti pengaruh teknologi dimana pada masa kini era teknologi telah
mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Teknologi yang dihasilkan oleh masyarakat barat adalah seperti ipad, PDA, telefon
bimbit dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan di mana ianya memudahkan
pengguna untuk mengakses segala maklumat hanya di hujung hari. Teknologi di hujung
jari ini telah mengurangkan aktiviti kunjung-mengunjungi dan secara tidak langsung
mengurangkan sifat kejiranan dan permuafakatan di kalangan masyarakat.

Masalah kekurangan didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni juga menjadi
penyebab masyarakat Islam kurang mempraktikkan pergaulan dengan kaum dan etnik
yang lain. Kebanyakan masyarakat Islam pada masa kini menganggap Islam itu agama
yang rumit dan membataskan had-had pergaulan di dalam kehidupan seharian.

Seharusnya, masyrakat Islam perlu lebih mendalami dan mengenali Islam yang sebenar
sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. Secara keseluruhannya,
masyarakat Islam perlulah membuka minda dan saling memperingati di antara satu
sama lain agar pergaulan sosial dengan kaum dan etnik yang lain dengan cara yang betul
dapat dipraktikkan.

Ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan prinsip Rukun Negara dan
kepentingan lima prinsip tersebut bagi menghasilkan individu dan masyarakat yang
dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks perpaduan hubungan
etnik di Malaysia.

Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan


perpaduan nasional. Kita harus mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni
yang terjalin dalam kalangan warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum,
budaya dan bahasa. Kita harus terus istiqamah dalam membina satu kesamaan identiti
yang kukuh berakar dalam persekitaran Negara Malaysia, berlandaskan segala
keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai
semangat toleransi dan saling menghormati yang menjadi penentu kepada kedamaian
dan perdaduan yang kita capai.
Kata-kata ini diungkapkan adalah untuk merealisasikan sebuah ideologi yang bergelar
Rukun Negara. Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang boleh
dijadikan pegangan hidup atau cita-cita yang hendak dicapai secara
bersungguhsungguh dalam pemerintahan demokrasi yang diagung-agungkan oleh
orang-orang yang bertamadun. Dalam konteks Rukun Negara sebagai ideologi
kebangsaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar pemerintahan demokrasi
untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat di Malaysia.

Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang
perlu dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh
kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Konsep Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara
ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan
norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara
juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan
kemakmuran negara Malaysia.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat
dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi
pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat
pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

Prinsip Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan


yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu
semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara
diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul
tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen
digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa
13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi
memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara
etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966
(di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh


Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah
MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan
tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis
Perundingan Negara.

Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan


masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem
pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang
terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini
orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan
perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala
orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai
buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu
sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari
segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti
orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan
dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka
tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul
kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah
tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan
India pula, mereka bimbang tentang syaratsyarat hak kerakyatan walaupun sebahagian
daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan
dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka
orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum
ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga
(Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut
memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti
Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan
keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk
orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan
perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan
berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa
dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang
sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja
keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan
serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei
1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.

Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin
Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa
pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-
Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan


MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang
dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah
masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang
dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat
Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang
hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati
penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis
Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang
kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama.

Objektif dan Matlamat Rukun Negara

Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif


Rukun Negara adalah seperti berikut;

(a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai
peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan
wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi
mencapai tujuan ini pihak pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai
peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju.
Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang
terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

(b) Untuk memelihara cara hidup demokratik


Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan
atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan
demokrasi.

Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan
negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada
kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan
negara akan terancam.

(c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.

Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang
wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi
antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara
akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa
mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

(d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan berbagai-bagai corak Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat
resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua
anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana
keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan
kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

(e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif
yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan
perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia
kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi.

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang


bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.
Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada
batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Penjelasan Prinsip Rukun Negara

(a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai
satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian
di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan


kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong.

(c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan


keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak
boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

(d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama


tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Unang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan,
di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat
boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan.

(e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang
individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk
tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau
sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang
sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang


dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum,
agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan
negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara
akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini
boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara
rusuhan,pergaduhan kaun dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap


strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan
mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat
dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan
suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian
masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan
terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia.
Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang
perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang
dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.

Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu
tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak
memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui
asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi
sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan
rasional dan secara ilmiah.

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap
program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara
yang aman, makmur dan sejahtera.

Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan
tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita
jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu
patuhi undang-undang sepanjang masa.

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil
daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak
termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO).

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan
sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan.

Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk
perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum
lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat
membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan.
Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh
negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untuk
menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran, keamanan,
kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

Kesimpulan

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya
bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat
curigamencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting
yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana
tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan
dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian
perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia
menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan
proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-
menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan
budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat
dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di
dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu


padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di
antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita
mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip


Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks
kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu;
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa
prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan
Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit
membuat percaturan.

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara
yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu
generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa
timbul masalah besar.

Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri
hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa
iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan
mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang
semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas
serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap
kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.
Pada tahun 1969 ,Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang
merangkumi beberapa prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-
nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek dari segi
keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan. Penggubalan
Rukun Negara cetusan daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku
rusuhan kaum yang mengggugat keamanan,keharmonian dan keutuhan negara
ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan,
mengembalikan keamanan, mendirikan semula undang-undang negara dan
memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara
berkekalan.Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh
dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga
di bandar .

Kerajaan Kolonial Inggerismemisahkan dari segi tempat tinggal dan


pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor
pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri
dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet,
manakala hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-
tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan
dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran
atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah
berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya
kepada Pulau Pinang. Peristiwa kekacauan ini berlaku secara kecil
kecilan sahaja. Kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mencari
satu formula untuk menangani masalah tersebut supaya tidak berlaku
lagi.
Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tokoh Tun Abdul Razak Bin Dato
Hussein. Setelah berbincang serta mengkaji selama-lamanya, Majlis
Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu
mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.
Berlandaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang telah
diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970
sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Aspek utama Rukun Negara diperkenalkan bagi mewujudkan perpaduan kaum


adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan dalam bentuk
berbangsa-bangsa, berkaum-kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat
kepelbagaian ini adalah sebenarnya untuk menambahkan seri kehidupan,
saling mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak ansur.
Namun, manusia akan menggunakan perbezaan antara satu sama lain untuk
mencetuskan konflik yang berbahaya.

Secara umumnya, prinsip Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan


Malaysia bagi mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu, unsur-unsur yang
terkandung dalam Rukun Negara tidak mengidentitikan hak milik sesuatu
kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas,
sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tatasusila, mengendalikan,
dan memberi panduan kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan seperti
sosial,ekonomi, dan politik.

Selain itu, Rukun Negara juga dibentuk bagi menentukan bahawa


masyarakat Malaysia perlu bersatu agar dapat hidup dengan aman dan
sejahtera.Ini ditunjukkan melalui sikap taat dan setia serta bangga
kepada negara.Seterusnya, Malaysia adalah sebuah negara demokratik.
Rukun Negara juga menekankan hal yang penting iaitu rakyat diberi
kebebasan memilih kerajaan yang memerintah untuk kepentingan bahasa dan
negara.

Selain itu, Rukun Negara juga menggariskan cita-cita melahirkan


masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif dan bersatu-
padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai ketaktikan dan gaya hidup
rakyat yang keturunan yang berbeza. Cita-cita ini akan tercapai apabila
objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun
Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Bahagian pertama merangkumi objektif masyarakat Malaysia yang mahu


dibentuk .Antaranya, seharusnyamencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya,perlu memelihara satu cara hidup
demokratik, seterusnya juga mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama.Objektif seterusnya adalah membentuk satu sikap yang liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan membina
sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden pada masa akan datang.

Bahagian kedua pula menggariskan lima prinsip Rukun Negara.Kelima


prinsip Rukun Negara menerangkan mengenai kewajipan ataupun
tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang sememangya dibendung oleh
tuntutan daripada pelbagai tahap autoriti,iaitu daripada Tuhan pada
peringkat alam semesta sehingga peringkat diri sendiri diukir penuh
dengan nilai bertanggungjawab.

Oleh itu, prinsip-prinsip Rukun Negara merupakan kunci kepada

masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan

keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran

negara. Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak

menampakkan hak milik sesuatu kaum maka ia bersifat umum dan mencuba

untuk membina lingkaran yang luas, sehingga pada titik akhirnya.

kepentingan

pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan


kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui
perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat
dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju ataupun
tinggi di samping mewujudkan suasana politik yang stabil.
Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta
pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu dan
berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia
sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang .
Rukun Negara telah menggariskan lima prinsip yang menjadi amalan
rakyat Malaysia bagi memainkan peranan sebagai mekanisme perpaduan
etnik di Malaysia.Prinsip-prinsip tersebut adalah berikut :
Prinsip pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan yang membawa maksud
bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
terhadap Tuhan. Melalui kepercayaan beragama, inilah menjadikan bangsa
dan negara yang berdaulat.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari bahawa pentingnya agama


dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia seharian.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian dan sahsiah seseorang
dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-
masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.
Prinsip ini menekankan tanggungjawab individu sebagai makhluk Tuhan
dan harus mematuhi dan akur pada agama masing-
masing.Seterusnya,walaupun tidak semua agama di Malysia mempunyai
konsep Tuhan dalam doktrinya namun melalui ikatan keagamaan , manusia
memahami apakah dimaksudkan dengan dosa dan pahala dan akibat jika
melakukannya. Melalui ajaran agama,manusia bertindak sebagai seorang
yang bertanggungjawab ,dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian
Negara Malaysia ini.Mereka juga berasa bertimbang rasa,bersyukur dalam
kehidupannya tanpa sebarang pergaduhan dan pertelingkahan antara satu
sama lain.Prinsip ini juga menitikberatkan sikap kerjasama antara satu
sama lain tanpa mengira bangsa dan agama dengan ajaran agama yang
merangkumi beberapa nilai-nilai murni yang bermutu tinggi mengarah
kepada pembentukan kehidupan yang harmoni sejahtera.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

adalah Ketua Negara . selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong

sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di

setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak

beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah

lambang perpaduan rakyat.

Prinsip kedua pula Kesetiaan kepada Raja dan Negara berdefinisi setiap

rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan juga agama yang dianuti

yang menjadi simbol kedaulatan negara dan lambang tumpuan taat setia.

Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh

menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi

memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah

bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh

menyatukan rakyat Malaysia. Dengan memahami prinsip ini rakyat akan


menjadi insan yang bertanggungjawab,patriotik dan sanggup berkorban

untuk negara demi mejaga keamanan dan kesejahteraan negara .

Prinsip ketiga ialah Keluhuran dan Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia


dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran
Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau
Perlembagaan itu sendiri.
Prinsip ini yang menekankan tanggungjawab insan masyarakat sebagai
warganegara demokrasi berperlembagaan.Penekanan prinsip ini adalah
supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan
Perlembagaan Negara kerana perlembagaan berfungsi memberi perlindungan
dan hak kepada setiap anggota masyarakat tanpa mengira bangsa dan
agama.

Aspek-aspek utama Perlembagaan yang terkandung dalam prinsip ini ialah


berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan,
kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah
dan Sarawak.Sekiranya, semua pihak mematuhi perlembagaan Negara ini,
nescaya masalah hubungan etnik yang bakal mengancam ketenteraan negara
dapat diselesaikan.

Kedaulatan Undang-Undang merupakan prinsip keempat yang terkandung


dalam Rukun Negara. Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang
memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang
negara.Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan
tertakluk kepadanya. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur
dalam kehidupan. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan berasa selamat. Hak-
hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu
tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kedaulatan undang undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat
terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu
diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran seluruh rakyat.
Prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan telah
menitikberatkan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni.
Prinsip ini juga menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat
penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negara ini..
Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata
seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku
yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Prinsip ini jika
dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan
membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu
padu .
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua
negara termasuklah negara Malaysia. Ia penting kerana tanpa
perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah dan sukar untuk
dibangunkan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta mudah diancam
sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,


muhibah tanpa mengira kaum ataupun agama serta bersikap saling
menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan
dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan
ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara
yang demokratik.

Anda mungkin juga menyukai