Anda di halaman 1dari 81

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 3

ABSTRAK 4

PENDAHULUAN 5

PENGENALAN 6

BIODATA TOKOH 7

BIODATA PENULIS (AZLAN) 13

BIODATA PENULIS (FARHAN) 14

SINGKATAN 15

TRANSKRIP WAWANCARA 16

LOG WAWANCARA 62

SOALAN-SOALAN WAWANCARA 66

RUJUKAN 76

INDEKS 77

LAMPIRAN 81

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 1 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
Transkrip Temubual Dengan

Datuk Seri Ibrahim Saad

Bekas Setiausaha Agung FAM

Tentang Pengalaman Beliau Di Dalam Arena Bolasepak

Oleh

Azlan bin Arshad 2006494089

Farhan bin Nordin 2006494144

IS 221 (PLK)

Projek Di Majukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana

Bagi Memenuhi Keperluan Kursus

IMR 603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan

Sesi Januari 2009 Mei 2009

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 2 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
PENGHARGAAN

Pertama sekali kami panjatkan rasa kesyukuran tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas
limpah rahmatNya, maka kami di berikan kekuatan dan iltizam yang tinggi bagi
menyelesaikan tugasan matapelajan IMR 603 (Documenting Oral Tradition) yang diberikan.

Seterusnya jutaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah IMR603 iaitu
Encik Mohd Nazir Ahmad yang banyak bersabar dalam memberikan kepada kami tunjuk
ajar sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini.

Juga jutaan terima kasih tidak terperi kepada tokoh yang kami wawancara, iaitu Dato Seri
Ibrahim Saad yang merupakan bekas Setiausaha Agung FAM yang sudi meluangkan masa
beliau bagi di temubual oleh kami. Jasa Dato Seri akan kami kenang sampai bila-bila. Dan
juga ucapan terima kasih kami kepada anak beliau, En. Zairil Ayu bin Ibrahim Saad yang
banyak berusaha dalam mengaturkan perjumpaan dengan ayah beliau.

Dan yang akhir sekali ialah ucapan terima kasih kami buat rakan-rakan di atas tunjuk ajar
serta nasihat kepada kami sepanjang menjayakan tugasan kami ini.

Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa-jasa kalian semua. Ameen.

Sekian, Wassalam.

Azlan bin Arshad


Farhan bin Nordin

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 3 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
ABSTRAK

Abstrak: Transkrip temubual ini ialah satu wawancara bersama dengan Dato Seri Ibrahim
Saad yang merupakan bekas Setiausaha Agung FAM mengenai pengalaman beliau di dalam
arena bolasepak Malaysia. Temubual ini telah di jalankan di rumah beliau di nombor 688,
Persiaran Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Temubual di buat pada
hari sabtu 21 Febuari 2009 oleh Azlan bin Arshad dan Farhan bin Nordin. Temubual ini
adalah merupakan sejarah lisan yang mana boleh dijadikan sebagai satu pengajaran dan
sumber ilmu kepada masyarakat khususnya para pelajar dan para penyelidik. Kepentingan
sejarah lisan ini adalah bertujuan untuk mengabadikan pengalaman dan sebagai salah satu
sejarah di Negara yang mempunyai nilai yang tinggi. Transkrip sejarah lisan ini juga
menyelitkan tentang kegiatan dan aktiviti yang Dato Seri Ibrahim Saad lakukan sepanjang
penglibatan beliau di dalam arena bolasepak negara. Beliau juga turut menyentuh serba
sedikit mengenai penglibatan beliau sebagai ahli akademik, ahli politik, Timbalan Menteri
Pulau Pinang dan Timbalan Menteri Pengangkutan. Juga beliau turut menceritakan tentang
sejarah Universiti Kuala Lumpur di mana beliau adalah merupakan pengasasnya. Segala
pengalaman pahir dan manis yang beliau alami di ceritakan dengan jelas dan boleh dijadikan
sebagai iktibar dan panduan kepada masyarakat umum.

Kata kunci : Ibrahim Saad, FAM, bolasepak Malaysia, MyTeam, Universiti Kuala Lumpur.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 4 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
PENDAHULUAN

Sejarah merupakan istilah umum untuk maklumat masa yang lalu seperti sejarah geologi
bumi. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah
manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu. Pakar
sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak,
temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa
digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku
sebelum rekod manusia di kenali sebagai pra-sejarah. Melalui cara ini, sejarawan mendapat
maklumat sejarah melalui temubual dengan seseorang tokoh. Selain itu, ucapan yang di
ucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh
menjadi maklumat sejarah.

Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, latenda, dan puisi,
Sejarawan ang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, mentafsir,
dan membandingkan fakta bagi mendapatkan keberanan sesuatu maklumat yang di perolehi
itu. Proses ini dilakukan oleh ahli sejarawan kerana melalui sejarah lisan ini terdapat
kelemahan apabila wujudnya tokoh tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng ,
mitos dan sebagainya.

Menurut Baum, Willa K (Transcribing and Editing Oral Tradition), American Associatrion for
State and Local History, Nashville USA 1981) menerangkan sejarah lisan adalah merupakan
satu kaedah atau teknik penyelidikan moden yang bertujuan memelihara pengetahuan dan
nilai sejarah melalui pengkisahan. Pada dasarnya ia melibatkan proses-proses wawancara
dan rakaman pita bagi keterangan-keterangan individu yang mengetahui sesuatu persitiwa
sejarah sama ada melalui penglibatannya secara alangsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya. Perlu dijelaskan bahawa wawancara sejarah lisan sebagai satu kaedah
penyelidikan sejarah adalah berlainan dari segi tujuan dan objektifnya daripada kaedah
penyelidikan sejarah yang lazim.

Bagi memenuhi keperluan kursus pendokumentasian sejarah lisan IMR 603 (Documenting
Oral Tradition / Oral History), kami Azlan bin Arshad dan Farhan bin Nordin, pelajar semester
6, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat dikehendaki membuat satu wawancara lisan.
Tokoh yang telah kami temubual ialah Dato Seri Ibrahim saad yang merupakan bekas
Setiausaha Agung FAM.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 5 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
PENGENALAN

Kami (Azlan bin Arshad dan Farhan bin Nordin) telah memilih En. Jamil sebagai tokoh
dalam subjek IMR603 Documenting Oral Tradition. Beliau mempunyai kriteria-kriteria
yang memenuhi dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh En. Mohd Nazir
Ahmad iaitu pensyarah bagi matapelajaran ini.

Tujuan kami memilih En. Jamil kerana beliau adalah salah seorang pegawai tentera
berpangkat Kolonel yang mempunyai pengalaman yang sangat banyak untuk di ceritakan.
Sedikit sebanyak kami akan menceritakan biodata dan penglibatan beliau dalam bidang yang
di ceburinya. Beliau juga adalah seorang yang optimistik dan sentimental serta tidak suka
menyakitkan hati orang lain. Mempunyai perwatakan yang menarik dari segi penampilan.
Beliau tinggal di Seksyen 23 Shah Alam, telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang
anak.

Malangnya oleh kerana kesukaran menghubungi beliau sama ada menerusi


telefon bimbit atau menerusi cara lain, menyebabkan kami terpaksa mencari tokoh lain untuk
diwawancara. Tokoh yang kami maksudkan ialah Dato Seri Ibrahim Saad. Beliau
merupakan bekas Setiausaha Agung FAM. Beliau merupakan ahli akademik yang
kemudiannya diminta oleh beberapa orang ahli politik untuk menceburi bidang politik.

Bolasepak di Malaysia bolehlah dikatakan sebagai sukan pertama yang dibawa dari
negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab
kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor,
Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya (FAM)


dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933. Pada 1956, FAM
menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA,selain
menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia(AFC). Nama Persatuan Bolasepak Malaya
kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 1960. Dan salah
seorang setiausaha Agung FAM ini ialah orang yang kami temubual iaitu Dato Seri Ibrahim
Saad.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 6 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
BIODATA TOKOH

I. PERSONAL DATA

Name : DATO SERI PROF. DR. IBRAHIM SAAD

Identity Card : 3480290 (Old) 460803-07-5135 (New)

Date of Birth : 3 August 1946

Place of Birth : Bukit Mertajam, Penang, MALAYSIA

Title : Dato Seri

Professional Title : Professor, Dr.

Permanent Address : 688, Persiaran Burhanuddin Helmi,


Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Telephone Number : +603-77260111


+603-77260222
+603-77260333 (Fax)
+6019-4456789, +6016-2200000 (Mobile)

E-mail : dris@pc.jaring.my

Spouse : Datin Seri Dato Zainab Abdul Kader


B.Econ. (Malaya), MSc (Wisconsin)

Children : Zaiful Ayu Ibrahim (1971)


MBA (Lcln), B.Sc Industrial Engineering (Msuri)

Zairil Ayu Ibrahim (1975)


BA (Hons) Business Management with International
Studies (Indiana)

Zaira Ayu Ibrahim (1978)


BA (Hons) Marketing with Business Studies (Middlesex)

Zaireen Ayu Ibrahim (1982)


BSc (Hons) IT with Computer Communication &
Networking (Middlesex)

Zaida Ayu Ibrahim (1985)


Queen Mary, University of London

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 7 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
II. POSITION HELD

1. Government : (i) President / CEO, Universiti Kuala Lumpur


(September 2002 September 2005)

(ii) Chairman, British Malaysian Institute


(March 2001 September 2002)

(iii) Deputy Transport Minister


(January 1999 December 1999)

(iv) Deputy Minister in the Prime Ministers Department


(May 1995 January 1999)

(v) Deputy Chief Minister of Penang


(1990 1995)

(vi) State Executive Councilor of Penang


(1986 1990)

(vii) Member of Parliament for Tasek Gelugor


(1995 1999)

(viii) Member of Penang State Legislative


Assembly for Seberang Jaya
(1986 1995)

(ix) Political Secretary to the Minister of Education


(April 1985 December 1986)

(x) Political Secretary to the Minister of Agriculture


(July 1984 March 1985)

(xi) Political Secretary to the Minister of Culture,


Youth and Sports

(xii) Chairman, Penang Regional Development Authority


(PERDA)
(1990 - 1995)

(xiii) Deputy Chairman, Penang Development Corporation


(PDC)
(1990 - 1995)

(xiv) Deputy Chairman, Federal Territory Islamic Council


(1995 2000)

2. Political Positions :(i) UMNO Divisional Head of Batu Kawan


(Penang) (2003- Present)

(ii) UMNO Supreme Council Member


(1990 2000)

(iii) Deputy Liaison Chief of Penang UMNO


(1990 1997)

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 8 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
(iv) Secretary to Penang UMNO
(1987 1990)

(v) UMNO Divisional Head of Bukit Mertajam


(Penang) (1990 1999)

(vii) Deputy Youth Leader, Permatang Pauh


(1984 1986)

3. Non-Governmental Positions

(a) Education : (i) Chairman, Penang Bumiputra Foundation


(1990 1999) (Member)

(ii) Deputy Chairman of Federal Territory


Foundation (1996 2003)

(iii) Chairman, MARA Community College


(Yayasan Pelajar MARA) (1984 1988)

(iv) Chairman, Penang Bumiputra Foundation


Institute (1992-2003)

(v) Board Member of Institut Professional


Baitulmal Kuala Lumpur
(1996 2004)

(b) Sports : (i) Secretary General, Football Asc. Malaysia

(ii) Vice President, Olympic Council Malaysia (2007)

(iii) Chairman, AsiaComm 2006


(DOHA2006) (2005-2007)
Ministry of Youth & Sports (2004/2005)

(iv) Chairman, Sports Advisory Panel, Ministry of


Youth & Sports (2004)

(v) Chairman, Panel Athens Olympic Post


Mortem (2004)

(vi) Board Member, National Sports Stadium (2005)

(vii) Deputy President of PESILAT, the International


Governing Body of World Martial Art of Silat (1995 -
2004)

(viii) Deputy President of PESAKA (Malaysia Silat


Federation) (1997 2004)

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 9 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
(ix) President of Penang Silat Organisation
(1991 - 2004)

(x) Vice President FAM (Football Association of


Malaysia (1995 2005)

(xi) Deputy President FAP (Football Association of


Penang) (1993 2005)

(xii) President, Penang State Hockey Association


(1989 - 2004)

(xiii) Mayor, Commonwealth Games Village,


Kuala Lumpur (1998)

(xiv) Manager of Malaysia National Team,


Under 23 & Olympic Team

III. EDUCATION AND PROFESSIONAL TRAINING

University : (i) University of Wisconsin (USA)


Ph.D (1979)
M.A (Political Science) (1978 1979)
M.A (Education Policy) (1973 1974)

(ii) University of Malaya


Dip. Ed (1969)
BA Hons (1966 1969)

Secondary School : High School, Bukit Mertajam (1958 1965)

Primary School : Stowell School, Bukit Mertajam (1953 1958)


Tanah Liat Malay School (1952)

IV. WORKING EXPERIENCE IN THE ACADEMIC FIELD

(i) September 2002 September 2005 : President (Vice Chancellor),


Universiti Kuala Lumpur

(ii) September 1981 - August 1983 : Head / Dean, Centre of Education, National
University of Malaysia (UKM)

(iii) September 1980 - August 1981 : Head, Department of Education (UKM)

(iv) Since August 1980 : Associate Professor

(v) September 1975 August 1980 : Lecturer, Department of Education (UKM)

(vi) September 1973 August 1975 : Tutor. Department of Education (UKM)

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 10 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
(vii) January 1973 August 1973 : Lecturer, Sultan Idris Teachers Training
College, Perak

(viii) May 1970 December 1972 : Teacher, Royal Military College, Malaysia

(ix) January 1970 April 1970 : Teacher, Technical Institute, Kuala Lumpur

V. AWARDS & TITLES CONFERRED

Dato Seri ~ Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), Penang, 2002

Dato ~ Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP), Pahang, 1996

Dato ~ Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), Penang, 1995

Dato ~ Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM), Melaka, 1993

VI. PROFESSIONAL AWARDS

(i) Honorary Professorship in Political Science, Bangalore University, India, 1995

(ii) First Recipient, Lee Kuan Yew Fellowship Award, Lee Kuan Yew Foundation,
Singapore, 1994

(iii) Distinguished International Alumni Award 1999,


University of Wisconsin (Madison) USA, 1999

(iv) Guest Writer (Karyawan Tamu), National University of Malaysia (2000 2001)

VII. SPORTS AWARD

(i) Sports Leadership Award for State of Penang, 2003

VIII. AUTHOR - BOOKS

(i) PendidiAan dan Politik di Malaysia (1977, DBP Kuala Lumpur)


(Education and Politics in Malaysia)

(ii) Isu PenrlidiAan di Malaysia (1982, DBP Kuala Lumpur)


(Issues in Malaysian Education)

(iii) Perubahan Pendidikan Di Malaysia (1990, Utusan Kuala Lumpur)


(Educational Change in Malaysia)

(iv) Dari Pedagogi Ae Politik (1996, Utusan Kuala Lumpur)


(From Pedagogy to Politics)

(v) Social Esigineering (1980, UKM Kuala Lumpur)

(vi) Competing Identities in Plural Society (1980, ISEAS Singapore)

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 11 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
(vii) Country Editor Institute of Southeast Asian Studies (Singapore) (1990 1999)

(ix) Hundreds of articles in local and foreign journals

(x) Translated academic books from English to Malay for Dewan Bahasa & Pustaka
(Malaysia)

(xi) Several secondary schools textbook

(xii) Translated The Malay Dilemma by Tun Mahathir Mohamad into Bahasa Malaysia
version

IX. CONSULTANCY

(i) The Commonwealth Institute. London (1980)

(ii) UNESCO, Paris (1983)

(iii) External Examiner:


University of Reading (UK) (1983)
University of Surrey (UK) (1983)
University Pertanian Malaysia (UPM) (1982)
University Sains Malaysia (1981 1983)
University of Malaya (1981 1983)

(iv) Study / Travel Award:


Australia Government (1993)
British Government (1992)

American Election Campaign (1986)


Japanese Government (1986)

X. OTHERS

(i) Presented papers nationally and internationally

(ii) Attended hundreds of conference nationally and internationally

(iii) Travel extensively Asia, Europe, Africa, North America, Australia

(iv) Adviser to numerous educational organization

(v) Patron to numerous NGOss in Malaysia

(vi) Included in International Who s Who of Intellectual Voc 4, ICB


Cambridge England 1982

(vii) Included in Whos litho in the Commonwealth

(viii) Included in Whos Who in the World New Jersey, 1996 Now

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 12 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
BIODATA PENULIS (AZLAN)

Name: Azlan bin Arshad

Date of birth: 21 March 1973

IC Number: 730321-08-6103

Status: Married, 3 children

Height: 175 cm

Weight: 65 kg

Mailing Address: 35, Jln Komoditi Satu 23/9A, Seksyen 23,


40000 Shah Alam Selangor

Contact Number: 013-3995369

Current email address: azlanar@gmail.com

Education: Diploma in Computer Science, Institut Teknologi MARA, 1991 1994

Position held: Technical Supervisor, Telekom Malaysia Berhad.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 13 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
BIODATA PENULIS (FARHAN)

Name: Farhan bin Nordin

Date of birth: 19 November 1981

IC Number: 811119-10-5061

Status: Married

Height: 169 cm

Weight: 70kg

Mailing Address: 79, Jln 80,Pandamaran Jaya


42000 ,Port Klang, Selangor

Contact Number: 012-6900135

Current email address: rileksjap@gmail.com

Education: Diploma in Information Technology, Cosmopint College, 1999 2001


: Certificate in Computer Programming, UiTM ,2005-2006

Position held: I.T Executive, Gemadept(Malaysia) S.B

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 14 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
SINGKATAN

AZL : Azlan bin Arshad

FAR : Farhan bin Nordin

DS : Datuk Seri Ibrahim Saad

FAM : Persatuan Bolasepak Malaysia

UiTM : Universiti Teknologi MARA

UniKL : Universiti Kuala Lumpur

UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia

SITC : Sultan Idris Training College

PhD : Ijazah Doktor Falsafah

CV : Curriculum Vitae (Resume)

DUN : Dewan Undangan Negeri

UMNO : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

NC : Naib Chancelor

MARA : Majlis Amanah Rakyat

PKNS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

MSN : Majlis Sukan Negara

MOM : Majlis Olimpik Malaysia

SRP : Sijil Rendah Pelajaran

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

KL : Kuala Lumpur

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 15 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
TRANSKRIP WAWANCARA

Berikut ialah rakaman temubual secara lisan mengenai pengalaman Dato Seri Ibrahim
Saad yang merupakan bekas setiausaha Agung FAM mengenai pengalaman beliau di
dalam arena bolasepak. Rakaman ini di jalankan di rumah beliau pada 21 Febuari 2009
dari jam 5.00 petang sehingga 7.15 petang. Temubual ini dikendalikan oleh Azlan bin
Arshad bersama dengan Farhan bin Nordin. Dengan segala hormatnya, kita mulakan
rakaman ini.

TAPE 1 SIDE A

FAR: Kita start [mulakan] dengan peribadi dulu boleh ke?

DS: Macam mana?

FAR: Kita start [mulakan] dengan peribadi dulu?

DS: Personal [peribadi] data? Alright, what do you want to know [baiklah, apa
yang kamu mahu tahu] ?

FAR: Assalamualaikum Dato Seri

DS: Waalaikumsalam.

FAR: Boleh kami tahu apakah nama penuh Dato Seri?

DS: Ibrahim bin Saad, jump eletrian kan? Oh, dia nak tau [tahu] sama ada, you
[awak] buat betui [betul] ke tak betui [betul] ya? You [awak] nak tipu ke
ya. Oh my god [ Ya Rabbi]. (ketawa)

FAR: Di manakah Dato Seri di lahirkan?

DS: Di Bukit Mertajam.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 16 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Bukit Mertajam, berapa umur Dato Seri sekarang?

DS: Enam puluh dua

FAR: Datuk Seri ini anak keberapa dari berapa orang adik beradik?

DS: Anak yang pertama dari lima, Jadi, yang pertama boy [lelaki], yang kedua
boy [lelaki], yang ketiga boy [lelaki], yang ke empat girl [perempuan],
yang kelima girl [perempuan].

FAR: Seterusnya, bilakah tarikh lahir Dato Seri?

DS: Third of august 1946 [Tiga Ogos sembilan belas empat puluh enam]. Sure
[pasti] sudah record [rakam] ya? you record record record, [rakam,
rakam, rakam] takleh [tidak boleh] lagi sat lagi [kemudian nanti] rugi aje
[sahaja] you [awak]

AZL: (Ketawa) Nak mai [datang] balik bukannya senang.

DS: Make sure you get all the things better [pastikan awak telah memastikan
semuanya baik] ya. You [awak] buat group [kumpulan] ke dua orang?

AZL: Ha-ah [ya] dua orang.

DS: Dua-dua Telekom ?

AZL: Tak, saya kerja Telekom [di Telekom], dia kerja Port Klang [di Port
Klang], dia kerja shipping company [syarikat perkapalan], Port Klang.

DS: Which shipping company [syarikat perkapalan yang mana satu] ?

FAR: Vietnam, dia dari Vietnam.

DS: Vietnam?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 17 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Gemadept, Gematrans,

DS; Gema?

FAR: Gema trans

DS: Ho Chi Minh ke?

FAR: Ho Chi Minh

AZL: Datuk Seri, kami nak tanya, tentang background [latarbelakang] keluarga
Dato Seri, historical, kami nak tanya tentang historical [sejarah

DS: Dia nak tau [tahu] pasai [tentang] historical [sejarah] data kut [agaknya]?
Betul tak?

FAR: Pasal [tentang] keluarga, keluarga.

DS: Historical [sejarah] data, Oklah [Baiklah], Ill give you ok, I was born in
fourth-six [Baiklah, saya akan berikan kepada awak, saya di lahirkan pada
tahun empat puluh enam], selepas itu sekolah Melayu di Bukit Mertajam,
and then we go [kemudian saya pergi] _____ selepas itu _____ dua tiga
tahun aje [ sahaja], then I [kemudian saya] pi [pergi] cari sekolah
Inggeris, dulu ada sekolah Inggeris kan?

FAR: Dekat mana itu?

DS: Dekat High School Bukit Mertajam, so [jadi] I [saya] masuk sekolah,
sampai lah I [saya] form five [tingkatan lima], then I two years
[kemudian dua tahun saya] sekolah kat [di] KL, then I, kemudian nineteen
fifty five fifty six [sembilan belas lima puluh lima lima puluh enam] kalau
tak silap I [saya], I am accession [saya masuk] Universiti Malaya, I
graduated In fifty nine [limapuluh sembilan], during the 13 May [sewaktu
tigabelas May], my first degree [ijazah pertama saya], g lah, all g, and
then I start teaching [kemudian saya mula mengajar], my teaching career

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 18 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
started [saya mula mengajar] dekat Brown Three Kolej, I [saya] mengajar
dekat Brown Three Kolej selama 3 tahun dari tahun tujuh puluh [1970]
sampai tahun 73 [tujuh puluh tiga] Maktab Tentera di Raja, mengajar di
situ, selepas itu nineteen seventy three I [pada tahun sembilan belas tujuh
puluh tiga saya] mengajar sekejap dekat UPSI, Universiti Perguruan
Sultan Idris, masa itu dia belum jadi universitilah, masa itu dia SITC,
Sultan Idris Training College. I [saya] mengajar situ about one year [lebih
kurang setahun] lah, from there I got shcolarship from [dari situ saya
memperolehi biasiswa dari] Universiti Kebangsaan.

AZL: Ok [Baiklah] Dato Seri, yang tadi, selepas Universiti Perguruan Sultan
Idris, selepas dapat scholarship [biasiswa] dari Universiti Kebangsaan
tadi, ke mana seterusnya Dato Seri pergi?

DS: Sembilan belas seventy three [sembilan belas tujuh puluh tiga (1973)],
lepas I [saya] dah dekat SITC sekejap, then [kemudian] Universiti
Kebangsaan bagi I scholarship [saya biasiswa], I do my master in
education [saya buat Ijazah sarjana di dalam bidang perguruan] dekat
University of Winconsin kat [di] US [United States], so I did my master
there [jadi saya buat master di sana], then I started my Phd [kemudian
saya memulakan pengajian kedoktoran (Phd)], then where you [awak]
sebut _____, so then I came back, I started teaching seventy five
[kemudian saya pulang ke tanah air, saya mula mengajar balik pada tahun
tujuh puluh lima] balik, end of 1975 [penghujung tahun sembilan belas
tujuh puluh lima] balik, I [saya] mengajar dekat Universiti Kebangsaan,
pasai [sebab] I [saya] dapat scholarship [biasiswa] daripada Universiti
Kebangsaan, then I [kemudian saya] pergi mengajar sampai 1977
[sembilan belas tujuh puluh tujuh] tak silap I [saya], then I [kemudian
saya] pergi balik, complete my Phd [menghabiskan pengajian PhD saya]
sampai 1978 [sembilan belas tujuh puluh lapan], also I did my my another
masters [juga saya buat Ijazah sarjana yang lain], _____ second masters
[Ijazah sarjana untuk kali kedua], plus PhD [sekali dengan PhD] lah, so I
started [maka saya bermula] balik 1979, teaching [mengajar] dekat
Universiti Kebangsaan again [semula], sampai lah I become Dean later
on [saya menjadi Dekan kemudiannya], director of _____, so then I

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 19 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
[maka kemudian saya] dapat Associate Professor, then I, I 1983, _____ to
join politik, so I was asked to join politik [kemudian saya di minta
menceburkan diri dalam politik], I became politik secretary to [saya
menjadi setiausaha politik kepada] Datuk Seri Anwar, ketua
pembangkang, the Datuk Seri Anwar ini (sambil tunjuk gambar Anwar
dan ketuk-ketuk frame gambar). Masa muda lah ini.

So, until 1996 [maka, sehingga sembilan belas sembilan puluh enam],
when I stood for state election [apabila saya bertanding untuk DUN] lah,
dekat Seberang Jaya, all of this thing ini you dont have to worry [semua
ini awak tak perlu risau] lah, you can see [awak boleh tengok], bila you
[awak] tengok I [saya] punya biodata itu, the name [nama], apa yang I
[saya] sebut dalam record [rakaman] ini you will [awak akan] dapat lah,
ini record [rakaman] ini purpose [tujuan] ini untuk you [awak] punya
study [pengajian] je [aje] kan [betul tak] ? So you later on you compare
[kemudian nanti awak bandingkan] dengan I [saya] punya CV lah.

Bila (tiba-tiba kedengan bunyi guruh, hujan di luar rumah sedikit renyai-
renyai) I become [saya jadi] exco Penang [Pulau Pinang] sampai 96. That
time Chief Minister was [Pada waktu itu Menteri besar ialah] Dr Tun Lee
Chong. I [saya] exco masa itu, I [saya] jaga pertanian dan luar Bandar lah.
Then 1986 I stood for the election for 2nd time [Kemudian 1986 saya
bertanding bagi pilihanraya untuk kali ke dua]. Adun Seberang Jaya. Then
I became the deputy, the first of penang punya Deputy Minister
[Kemudian saya jadi Timbalan Menteri Pulau Pinang], the first one from
[yang pertama dari] UMNO lah. The Chief Minister was [Menteri Besar
ketika itu ialah] Tan Sri Koh Soo Koon, then 1990 I moves to the
parliament for parlimentaryship of [kemudian pada tahun 1990 saya
bertanding di parlimen] Tasik Gelugor lah.

AZL: Datuk Seri, Tasik Gelugor ini, Tasik Gelugor ini sebenarnya dekat mana
Dato Seri?

DS: Tasik gelugor ini parlimentaryship [Kawasan Parlimen] dia in between [di
antara] Kepala Batas dengan Permatang Pauh. Kepala Batas is [adalah]

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 20 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
azura. Permatang Pauh staf is [adalah] Anwar Ibrahim, So I [jadi saya]
tengah-tengah Tasik Gelugor. Now [sekarang] Tasik Gelugor is [adalah]
Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Staff Tasik Gelugor is
Anwar Ibrahim lah, So I am the middle [ Jadi saya di tengah-tengah] lah.
Parliament I have to came Deputy Minister of the Deparment, Timbalan
Menteri dalam ______ (bunyi guruh)____ menjaga Wilayah Persekutuan,
sampai lah 1999. That is I [itu saya] tukar jadi Deputy Minister
[Timbalan Menteri] Pengangkutan. Pastu [selepas itu] election of 1999 I
stood [pillihanraya 1999 saya bertanding]. Masa itu perpecahan dalam
UMNO antara Anwar dengan Mahathir. So I [jadi saya], walaupun Anwar
is my boss [adalah boss saya], I duduk dan I stick with the government [I
setia kepada kerajaan]. 1999 I fought with his wife [saya menentang isteri
beliau (Anwar)], Wan Azizah, so I lost [jadi saya kalah] lah. So I lost [jadi
saya kalah] dengan Wan Azizah, then _____

AZL: Ok [Baiklah] Dato Seri, selepas pilihanraya 1999, adakah Dato Seri terus
berkecimpung dalam politik atau macam mana?

DS: Selepas itu [ selepas pilihanraya 1999] a few month after that [beberapa
bulan selepas itu] depa [mereka] appoint I [ambil saya] jadi Vice
Chancelor [Timbalan Chanselor] atau pun Presiden, Vice Chanselor
Universiti Kuala Lumpur, which I build from zero base [yang saya bina
dari asas], sampai lah sembilan fakulti, I left [saya meninggalkan]
Universiti Kuala Lumpur.

I [saya] buat UniKL ini daripada takde [tidak ada] apa lah, sampai jadi
sembilan fakulti, Malaysian French Institute, Institut Kulim Spanish, then
I [kemudian saya] beli medical faculty [fakulti medical], I beat [saya
mengatasi] UiTM lah, UiTM nak buat nak buat nak buat, I [saya] kata tak
payah buat, kita buat very special [sangat istimewa], to report [untuk
melaporkan] apa, setup medical college [membina kolej perubatan], 446
million, kita bypass [melepasi] Ibrahim Shah lah. [nota: Ibrahim Shah
ialah NC UiTM], Ibrahim Shah kata nak buat, kita beli terus lagi senang,
kita corporat style [cara korporat], then _____ (bunyi guruh) _____
Malaysian Institute of Aviation

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 21 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Dia punya fakulti yang dekat Jalan Sultan Ismail itu ke?

DS: Yang itu I build with 420 billion [saya bina dengan seratus duapuluh juta]
dia punya fakulti. UniKL punya.

FAR: Oh, Universiti Kuala Lumpur.

FAR: Sekarang dah berapa ramai student [pelajar]?

DS: Whats [apa] depa bagi kat [kepada] I [saya], dengan Universiti bagi I
[saya] _____, from there we build, So what is did was, kita beli lah,
setengah kita beli, setengah kita ambil MARA punya, so that was until
2000 [jadi itu adalah sehingga tahun 2000] _____

AZL: DS, universiti Kuala Lumpur ini sebenarnya ada banyak institusi
pengajian tinggi yang lain lah di bawah dia?

DS: Dak [tidak], dia macam ini, when they ask to develop the university, my
concept is no point buildin. And other univerisity replicate [apabila
mereka minta saya membina universiti, konsep saya ialah tiada bangunan,
dan meniru konsep universiti lain], ataupun have another copy of the
other university [meniru konsep universiti lain]. Tak gunalah tiap-tiap kali
kita buat universiti, buat satu kampus, bubuh [letak] semua fakulti kat [di]
situ. I [saya] datang dari universiti yang macam itu, Universiti Malaya I
come from [saya datang dari], I come from [saya datang dari] Universiti
Kuala Lumpur. UKM pun universiti yang macam itu. So [jadi] bila I
[saya] di suruh buat universiti, ada datuk ini, Datuk Seri Aziz, Nazri Aziz.

AZL: Nazri Aziz

DS: My clique [kawan satu regu], dia kata you [awak] boleh buat. So instead of
[jadi daripada] buat satu kampus, bubuh [letak] semua sekali, semua
universiti di Malaysia macam itu kan?, so I [saya] have a different
concept [jadi saya mempunyai konsep berbeza]. I [saya] buat konsep
macam di university London, so I [saya] took universiti London as a

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 22 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
model [maka saya ambil Universiti London sebagai model]. Universiti
London you [awak] tau [tahu] lah, London square economic, Emperial
College, Hollywood college, semua kolej ini dia combined [gabungkan]
sekali semua become University London system [menjadi satu Universiti
London].

AZL: Adik saya ada belajar di MIAT?

DS: Ya, MIAT.

AZL: Malaysia Institute of Aviation. Yang itu pun di bawah universiti Kuala
Lumpur juga kan?

DS: Dia macam ini, apa yang I [saya] buat, bila I [saya] ambil all this [semua]
MARA punya, some [sebahagian] ambil MARA punya, some
[sebahagian] beli. Kita stereotype mind tau [minda stereotaip tahu], bila
kata universiti aje, mesti masuk dalam itu. Jadi I [saya] punya pulak, dak
[tidak], university, you [awak] tengok dekat Sheraton itu, dekat sana, [itu
ialah ibu pejabat]. That is where the senate house building house, and one
faculty, IT, the rest [Itu ialah tempat di mana letaknya rumah Senat, dan
satu fakulti IT] semua separate [terasing], dan tiap-tiap tiap-tiap kampus
itu dia ada

FAR: Management [Pengurusan] ?

DS: Dak [Tidak], bukan, dia reflect of faculty [seakan-akan fakulti], instead of
faculty we call it managing institut [Selain fakulti, kita panggilnya dengan
nama institut pengurusan], MIAT apa, its a faculty, it is a faculty [ia
adalah fakulti, ia adalah fakulti], then [kemudian] dia satu area
[kawasan], kalau Malaysian french itu, more of [lebih kepada] apa
semua, kalau MIAT ini under aero, areoplane and so on, kalau you [awak]
pi [pergi] spanish pula, dia building of [bangunan kepada] untuk
pertubuhan part, you [awak] pi [pergi] kat [di] melaka itu, dekat masjid
tanah itu, it is more of bio enginerring and so on [ia lebih kepada

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 23 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
kejuruteraan bio dan seterusnya], jadi tiap-tiap kampus itu ada specility
[keistimewaan] dia.

Dia lain sikit [sedikit] dari UiTM, jadi I [saya] takmau [tidak mahu] ambil
UiTM punya model. UiTM punya model is every campus is a reflection
of the main campus [adalah di mana setiap kampus adalah reflek dari
kampus utama], then [kemudian] kampus UiTM ini dia adalah, dia punya
kampus itu adalah cermin yang main campus [kampus utama], jengka
buat macam itu, I [saya] dak [tidak], I [saya] takmau [tak mahu], I [saya]
UiTM punya model pun I [saya] takmau [tak mahu] ambil, model
Universiti Malaya, model UPI I [saya] tak ambik, jadi I cross [saya
pangkah] dua-dua, I ada kampus macam UiTM, but [tetapi] kampus I
[saya] bukan cermin macam UiTM, tiap-tiap kampus I [saya] ada dia
punya bidang pengkhususan.

FAR: So [Jadi] macam mana dengan dia punya pengurusan itu Dato Seri?

DS: Macam fakulti la, dia punya fakulti sebijik [sama seperti], bila meeting
[mesyuarat] diaorang [mereka] datang lah.

FAR: Dari segi pengurusan utama dia, maksudnya centralized [pusat] dia?

DS: Macam itu lah, macam, macam UiTM lah. Ibrahim Shah as a Vice
Chancelor [sebagai Naib Cancelor], I Vice Chancelor [saya Naib
Cancelor], _____ fakulti lah, tapi fakulti you [awak] itu duduk dalam
kampus UiTM. Kalau I [saya], fakulti I [saya] ini I [saya] pi bubuh kat
[pergi letak di] tempat lain, serupa, that is the same structure gonna be
accept [itu adalah struktur yang sama yang biasa di terima], physically
[fizikal] dia lain, jadi maknanya, dia macam you all [awak semua] ada
dalam UiTM itu dia ada banyak fakulti, banyak fakulti kan?, ambil
keluar, bubuh kat [letak di] tempat lain, ambi keluar bubuh tang [letak di
tempat] lain.

Macam medical [fakulti perubatan], mungkin medical [fakulti perubatan]


kat [di] UiTM nak bubuh tang [letak di] mana taktau [tak tahu] lah kan, I

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 24 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
[saya] medical [fakulti perubatan] memang dekat Ipoh dah, jadi medical
faculty [fakulti perubatan] itu, dia macam biasa, mesyuarat tiap-tiap
bulan, datang turail, all goes through the main campus [semuanya
menerusi kampus utama], graduation [hari konvokesyen] semua sekali,
semua sekali la, dia fakulti lah.

FAR: Sistem semua sama lah?

DS: Sistem semua sama. (ketawa). Sama.

FAR: Macam konvokesyen itu dia sama lah?

DS: Semua sekalilah, sekali lah itu, dia fakulti, tapi dia eksyen [berlagak] je
[sahaja] tak pakai nama fakulti. Dean [dekan] dia pakai Dean [dekan] lah.
Jadi kita nak preserve character [menyimpan ciri-ciri] tiap-tiap fakulti
itu, tiap-tiap apa, school [sekolah] itu kita takmau [tidak mahu] hilang lah,
macam di Gombak itu, British Institut, queen datang buka. Dia base
electronic [berasaskan elektronik] kan? Kalau I [saya] buboh [letak]
fakulti elekronik, hilang lah Queen punya institut, asainya [asalnya]
dibuat oleh Britain, Queen datang buka, apa semua kan, but it is very
[tetapi ianya ialah] British Malaysian Institut, actually it is a faculty of
electronic [sebenarnya ianya adalah fakulti Elektronik].

AZL: Ok [baiklah] Dato Seri, kami nak tanya sedikit tentang keluarga Dato
Seri lah. Berapa ramai sebenarnya anak Dato Seri?

DS: Anak I [saya] lima.

AZL: Yang sulong umurnya berapa tahun?

DS: Berapa tahun ya? Tahun ini tiga puluh tujuh.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 25 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Yang paling bongsu umurnya berapa tahun?

DS: Twenty four [duapuluh empat]. Takpa [tidak mengapa] in my CV [di dalam
CV saya] itu semua ada. Bila depa graduate [mereka tamat pengajian] itu
I [saya] tak berapa ingat, tapi the first one from universiti of missosuri
[yang pertama dari Universiti Missousuri] dekat US, the second one
Indiana Universiti [yang ke dua dari Universiti Indiana], IUPU, Indiana
University Purdue University kat [di] Minnepolis, the third one is from
[yang ke tiga dari] Middlesex University kat [di] London, the fourth one
from [yang ke empat dari] Middlesex University of London, the fifth one
hat yang kecik itu is from [yang ke lima, yang paling kecil itu dari]
Queen Mary University of London. Jadi kelima-lima, no goverment
scholarship [tiada biasiswa dari kerajaan] ya, that is very important [itu
penting] itu, sebab Melayu ini bila di hantar ke oversea aje [luarnegara
sahaja] mesti goverment scholarship [biasiswa kerajaan]. Takda [tiada]
goverment scholarship [biasiswa dari kerajaan] ya. No goverment
scholarship [Tiada biasiswa dari kerajaan], sendiri. This is FAMA,
FAMA! Scholarship [ini ialah biasiswa FAMA (Father and Mother)].

AZL: Jadi anak-anak Dato Seri semuanya dah berkahwin lah?

DS: Belum, dua.

AZL: Belum lagi dua orang belum kahwin lah?

DS: Dua.

AZL: Dato seri ada berapa ramai orang cucu sekarang ini?

DS: Dua.

AZL: Dua orang ya. Dan apa nama isteri Dato Seri apa?

DS: Zainab Abdul Kadir. Dato Zainab Abdul Kadir. She got datukship from
[Dia mendapat kurnia Datuk dari] Pahang.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 26 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Isteri Dato Seri ini, dia kerja atau menjadi suri rumah?

DS: Dulu she was doing master [dia buat Ijazah sarjana] sama dengan I [saya]
dekat Winconsin, dia was a librarian [adalah seorang pegawai
perpustakaan] Universiti Kebangsaan, lepas itu dia left [berhenti], dia jadi
head librarian [ketua perpustakaan] dekat South East Centre, Central
Bank, then [kemudian] dia become chief librarian of [menjadi ketua
perpustakaan] Bank Negara, lepas itu I [saya] balik Penang [Pulau
Pinang], I [saya] nak balik Penang [Pulau Pinang] nak bertanding kan, dia
ikut I [saya], dia jadi librarian [pegawai perpustakaan] dekat USM.

END OF TAPE 1 SIDE A: TAPE 1 SIDE B

AZL: Ok [baiklah] Dato Seri, ini nak tanya sedikit lah tentang pengalaman
kerja Dato Seri lah sebelum kita move [bergerak] kepada FAM dan
pengalaman bola.

DS: Setakat ini, la ni [buat masa ini], lepas UniKL baru kita masuk bola, kita
jangan pi [pergi] jauh-jauh sangat boleh tak, lepas I [saya] got, selepas I
[saya] di UniKL ini, selepas tiga tahun I [saya] dah tak larat dah, letih
dah, then [kemudian] baru I [saya] masuk bola, so [jadi] sebelum itu you
[awak] nak tanya apa, sebelum masuk bola (ketawa).

AZL: Nak tanya pasal pengalaman kerja, Apa perkerjaan pertama yang Dato
Seri buat sebaik sahaja tamat belajar dahulu?

DS: Dulu itu la, I [saya] mengajar kat [di] RMC dulu, hat [yang] tadi kan, I
[saya] kata RMC, Royal Military College, Maktab Tentera Di Raja,
mengajar.

FAR: Pada tahun bila itu Dato Seri?

DS: Years seventy [Tahun tujuh puluh]

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 27 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Nak tanya sedikit pengalaman Dato Seri dalam politik la, apa
pengalaman paling manis sepanjang Dato Seri berkecimpung dalam
politik.

DS: Politik ini mana ada manis (ketawa). Ok [baiklah], actually I [ sebenarnya
saya] masuk politik pun, bukanlah I [saya] nak masuk sangat, because
[sebab] bila I [saya] masuk politik dulu, I [saya] ini dah, masa itu I [saya]
Associate Professor [Profesor Madya], I [saya] jadi Dekan, jadi bila
Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim) panggil I [saya], I [saya] pun
kena fikir, bukan sekali dua kali lah, fikir banyak banyak kali lah, masa
itu orang akademik tahun 1982 mana ada masuk politik, I [saya] diantara
orang akademik yang mula-mula masuk politik, I [saya] nak masuk itu,
fikir banyak kali, fikir fikir fikir banyak kali, berbulan-bulan, dua tiga
bulan, baru buat keputusan. Anwar kata cepat sikit lah. Tapi I [saya] rasa,
yang paling ok [bagus] sikit la, is [adalah] bila I [saya] jadi Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang. Why [kenapa] ?, because I [sebab saya]
rasa, I was the first Melayu [saya adalah orang Melayu pertama], the first
[yang pertama], sebelum itu takdak [tiada] dekat Pulau Pinang itu, I was
the first [saya adalah yang pertama], pecah sejarahlah masa itu, the first
one [yang pertama]. Jadi dari segi itu dalam 4 [empat] ke 5 [lima] tahun
itu I [saya] ingat I [saya] buat banyak lah untuk orang Melayu di Pulau
Pinang, sebab orang Melayu di Pulau Pinang ini minoriti, jadi kena buat
sesuatu lah. That is my [itu adalah saya punya dari] 90 sampai 1995 itu I
[saya] paling puas hati lah, sebab I [saya] ingat I [saya] buat banyak lah
untuk orang Melayu Pulau Pinang.

AZL: Jadi bila Dato Seri mula berkecimpung dalam politik, ada tak sesiapa
yang menjadi idola Dato Seri, dalam politik?

DS: Actually I [sebenarnya saya] dari segi politik I [saya] memang tak ada lah,
sebab I [saya] bukan plan nak jadi politicion [ahli politik]. Jadi lama
kelamaan itu, bila dah dalam politik banyak tahun, lima enam tahun kan, I
lookup to people like [saya mula memandang orang-orang seperti], orang
macam Mahathir [Datuk Seri Mahahir Mohamed, bekas Perdana Menteri
Malaysia], orang macam Anwar [mantan Timbalan Perdana Menteri

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 28 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
Malaysia], sebelum dia masuk sebelum 1999, itu mustahak, sebab 1999
itu dia [Anwar] jadi lain tau, dia punya konsep DAP dia, dia punya
konsep tentang orang melayu, dia punya konsep dasar ekonomi baru dia
lain, padahal I [saya] tak setuju. Dia punya konsep 1999 tahun ke bawah,
tentang perjuangan Melayu, tentang dasar ekonomi baru, tentang MARA,
tentang apa pun, kita setuju, selepas itu dia masuk pembangkang I [saya]
tak setuju. Ok [baik] mungkin masa itu la, Mahathir, Anwar are good
pemimpin [adalah pemimpin yang bagus]. Tetapi keseluruhan kalau you
[awak] tanya I [saya] sekarang, you ask me now [awak tanya saya
sekarang], to me Dr. Mahathir is really a good politicion, good leader
[pada saya Dr. Mahathir adalah ahli politik yang bagus, pemimpin yang
bagus].

AZL: Kalau yang di luar negara punya, ada sesiapa yang menjadi idola Dato
Seri?

DS: Di luar negara

AZL: Politicion [ahli politik] di luar negara?

DS: I [saya] tengok, that time when I [pada masa itu saya] masih muda lagi,
people like [orang seperti] Kennedy, people like [orang seperti] Bill
Clinton, bukan I [saya] bukan hipokrit, tapi people yang you can
appreciate [orang yang awak boleh hargai], yang saya rasa pemimpin
yang baik. British punya pemimpin ini I [saya] tak berapa lah.

AZL: Jadi Dato Seri, boleh kah kita mula cerita tentang pengalaman Dato Seri
dalam FAM, jadi kami nak tanyalah, kami nak tanya bila Dato Seri mulai
serius meminati arena bola sepak?

DS: I [saya] jadi (berdehem) Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau
Pinang dalam tahun 1988 begitulah. I [saya] Timbalan Presiden bola
sepak sampailah saya jadi Setiausaha Agung lah, jadi setiausaha agung
tahun 2006. So [Jadi] makna dia saya terpaksa bila saya jadi Setiausaha
Agung FAM, saya berhenti daripada jawatan-jawatan lain. Jadi

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 29 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
maknanya, saya punya Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Pulau
Pinang 1988, sampai lah 2006. Masa saya jadi Timbalan Presiden
Bolasepak Pulau Pinang, saya juga jadi Naib Presiden Bolasepak
Malaysia, Naib Presiden FAM, daripada tahun 1991, I [saya] pun tak
berapa ingat, _____ _____ 1992 lebih kurang begitulah, I [saya] jadi
Timbalan Presiden, bukan, yalah 1993, I [saya] jadi naib presiden FAM.
Jadi I [saya] pegang dua jawatan lah. Masa tak sampai 2006 itu I [saya]
pegang dua jawatan, satu jawatan sebagai Timbalan Presiden Bolasepak
Pulau Pinang, satu lagi Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia
dua. Selepas itu [selepas itu] 2006, bila saya di lantik, di titah perintah
Tuanku (beliau maksudkan Sultan Pahang), (ketawa sedikit), sebagai
Setiausaha Agung FAM, maka saya berhenti lah dua-dua jawatan itu,
Concentrate [fokus] sampai 2006 sampai 2008, that [itu] dalam bola
sepak lah.

AZL: Masa muda dulu Dato Seri memang aktif main bolasepak lah?

DS: Masa dekat sekolah main lah. Tapi I administrator [saya ], I [saya] bukan
player [pemain] kan.

AZL: Nak tanya pendapat Dato Seri lah tentang prestasi bolasepak negara kita
ini, dari tahun 70 an sampai sekarang?

DS: Sebenarnya, I [saya] tengok, dalam pengalamam saya, kita yang paling
teruk berlaku pada kita, ialah pada tahun 1992 atau 1993, semasa lebih
seratus orang pemain bolasepak kita ini di tangkap oleh sebab rasuah,
bagi saya, semasa itu saya Timbalan Presiden Bolasepak Penang [Pulau
Pinang], jadi saya jaga Super League, Super Leage di Pulau Pinang ini
saya jaga, saya pengerusi. Masa itu kita dapat lihat dan kita jangka
bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pertandingan, benda-benda
yang kita boleh menang kita kalah, kita sangka kita kalah satu, kita kalah
tiga, dan bagi sayalah, tiap-tiap kali saya masuk ke dalam stadium, saya
akan di beritahu oleh peminat, saya akan di beritahu oleh sesetengah
orang, berapa score [jaringan]. Dato _____

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 30 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Datuk Seri dah tahu dulu keputusan bolasepak itu ?

DS: Dah tahu dah keputusan bolasepak itu. Kemudian, bukan aje [sahaja] kita
tau [tahu] keputusan, kadang-kadang kita di beritahu hari ini team you
[pasukan awak] ini nak [akan] kalah tau [tahu], 3 1 [tiga gol berbalas
satu], hah (sambil menunjukkan wajah musykil). Ok [Baik] lah, kita
jumpa player [pemain] dalam changing room [bilik menukar pakaian]. Ok
I said, today [baiklah, saya cakap, hari ini] kita dapat berita, kita akan
kalah three one [tiga gol berbalas satu], takpalah [tidak mengapalah],
kalah takpa [tidak mengapa], it is ok [itu tidak kisah], but I want loose
pun [tetapi kalau ya pun akan kalah, saya mahu] one zero, two zero,
ataupun three two, but not three one [satu gol berbalas kosong, dua gol
berbalas kosong ataupun tiga gol berbalas kosong, tapi tidak tiga gol
berbalas satu] lah, sebab three one [tiga gol bebalas satu] dia punya
cookie punya tetap. Tetapi kita akan kalah tiga satu. Bukan itu sahaja tau
[tahu], pengalaman saya kan, kadang-kadang sampai lunch itu saya tak
tahan tau [tahu], saya jugak di beritahu, sebelum orang main bola,
sebelum team [pasukan] saya main Penang [Pulau Pinang] punya bola,
saya dapat tahu sapa yang akan dapat yellow card [kad kuning], sapa nak
dapat red card [kad merah], saya pun tau [tahu].

FAR: Sampai begitu teruk sekali?

DS: Ya. Teruk sekali. Selepas itu di Malaysia saya yang buat laporan. Saya,
kawan saya Gary, Osman Bakar, kami tiga orang.

AZL: Dato seri buat laporan kepada pihak ?

DS: Polis, polis di Pulau Pinang. Bila kita buat laporan, sapa [siapa] pun tak
buat laporan dekat Malaysia ni. Saya masa itu baru, saya heran [hairan]
pasai [sebab] apa orang tak buat (laporan). Saya baru masuk, takkan
diaorang [mereka] tak tahu, saya baru masuk. Jadi kita buat laporan itu
pada 92 93 pi [pergi] kat [kepada] polis lah. Polis pun baguih [bagus]
juga la, dia [polis] query [soal] saya, I [saya] ingat empat lima jam juga

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 31 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
lah. Tu saya buat laporan, bukan saya yang terlibat, saya yang buat
laporan. (ketawa)

AZL: Apa yang menyebabkan diaorang [para pemain bolasepak] ini terlibat
dengan rasuah ini Dato Seri, adakah _____ ?

DS: Sebab I may think [saya mungkin fikir] duit. Dulu mana ada depa [mereka]
dapat gaji, mana ada cerita dapat gaji. Dulu takdak [tiada] masalah mana.
I [saya] ingat, you [awak] tau diaorang dapat sorang 30 40 [tiga puluh
empat puluh] ribu tau, bukan dapat 2200 300 [dua ribu dua ratus ringgit,
dua ribu tiga ratus ringgit]. you [awak] bagi gaji 10, 000 [sepuluh ribu
ringgit] sebulan pun, boleh dapat 40, 000 [empat puluh ribu] satu match
[perlawanan], 30, 000 [tiga puluh ribu] satu match [perlawanan], what is
there [apa hal]. Dia kena [kalau nak] bribe [rasuah], semua dia bribe
[perlu rasuah]. Daripada 11 orang dalam dalam dalam team [pasukan],
sampai duduk atas van pun bribe[ rasuah]. Kalau tak bribe [rasuah] hat
[yang] duduk atas van, mungkin dia boleh bagitau [bagitahu] dekat kita.
Jadi bribe [rasuah] ini dia bersendi bukan kata sikit [sedikit], banyak. Tu
budak-budak [para pemain bola] ini mana boleh tahan, bikin budak-budak
[para pemain bola] ini, pakai kereta, pakai motor, apa semua kan. Jadi you
[awak] tau [tahu] mana duit, diaorang [para pemain bola] ini mana ada
duit. Tu suspek, suspicious [jangkaan] kita. Tu yang kita dapat report
[laporan] bola lalu lepaih [melepasi] celah kangkang, celah mana lah
taktau [tidak tahu], kita tak setuju kan. Jadi, selepas itu maknanya satu
generasi pemain bolasepak malaysia yang patut bermain selama 5 [lima]
atau 6 [enam] tahun untuk negara hancur habis. Daripada mula itulah kita
tak recover [baikpulih], kita tak boleh main pemain baru. Kita punya
(prestasi bolasepak) turun. Kalau kita takat [setakat] tahun 92 sampai 98
itu kita tak recover, dan tahun 99, 2001 kot kita naik sikit [sedikit] balik,
under twenty three [bawah dua puluh tiga] kita menang silver medal
[pingat perak] dekat Sea Game. Lepas [selepas] itu kan gap [jarak] itu kan
menyebabkan kita hilang lah one generation of footballers ball here [satu
generasi pemain bolasepak di sini], ok that is one of the main reason
[baiklah, itu adalah salah sat alasan utama] lah, one of the main reason
[salah satu alasan utama]. Selepas itu kita nak membina balik bolasepak.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 32 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
Budak-budak ini train kita [kita latih] beberapa puluh tahun sampai
(pandai main bola), suddenly [tiba-tiba] hilang, kosong, vacum [kosong].
Nak ganti balik itu, bila nak ganti balik itu, sampai sekarang tak boleh
ganti balik dah, tak dapat nak dia punya skill [bakat] itu. Dia takdak
[tiada] continuity [legasi] lah. Tapi maknanya daripada you [awak] kena
begin [mula] balik dari zero [asal] lah, hat [yang] mana yang tak main
team malaysia, the best [yang terbaik] semua habis.

AZL: Datuk Seri ada tak, ada tengok perlawanan bolasepak di luar negara tak?

DS: Biasa [selalu lah juga].

AZL: Dekat sana itu, lebih kurang Malaysia tak, dari segi rasuah dia?

DS: I [saya] ingat, kita tau [tahu] lah ada rasuah ke macam mana ____. Tapi
you [awak] nak rasuah macam mana. you [awak] dapat gaji macam
Ronaldo main 120, 000 [seratus dua puluh ribu] perweek, 120, 000
[seratus dua puluh ribu] paun, 150, 000 [seratus lima puluh ribu] paun.
Yang koman [teruk/selekeh] sekali pun dapat gaji kurang-kurang 5 [lima]
10, 000 [sepuluh ribu]. I [saya] bawa Lim Kim Keong, you [awak] tau
[tahu] Lim Kim Keong. Lagi sapa sorang [siapa lagi seorang], nak pi
[pergi] main third division [bahagian tiga]. Dia nak bagi Lim Kim Keong
about nine hundred [sembilan ratus] pound perweek [per minggu].

FAR: Nine hundred [sembilan ratus] pound itu berapa?

DS: Kali [Darab] lah lima enam, per week [per minggu]. Lim Kim Keong lah, I
[saya] bawa dia pergi. Jadi you [awak ] kalau dapat gaji macam itu, perlu
lagi duit apa. Budak-budak kita ini mungkin dia ada nak cepat kaya ke
apa ke. you [awak] kena ingat tau, dia [mereka] SRP dia takdak [tiada],
SPM pun takdak [tiada]. Dia [mereka, para pemain bola] dapat gaji
berapa ribu? 5000 [Lima ribu ringgit]. Habih koman [paling teruk] dia
dapat 3 4 [tiga empat] ribu lah. Jadi bukan kata gaji kecil. you [awak]
kawan-kawan you [awak] pass [lulus] SPM, you [awak] dapat gaji macam
mana bila kerja. Dapat lah seribu atau dua ribu dua ratus, tiga ratus,

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 33 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
serupa juga dapat three four thousand [tiga empat ribu], SPM pun takdak
[tiada]. Jadi dengan bukan kata gaji yang kurang. Nak gaji?, I [saya] ingat
Super League itu, tadak [tiada] siapa pun yang dapat kurang dari tiga ribu,
kalau tidak, takdak [tiada] sapa [siapa] yang nak main lah.

AZL: Jadi, nak jadi pemain bola sepak ini, sebenarnya tak memerlukan sijil la?

DS: Takdak [tidak] lah, sijil apa?, Takdak [tidak memerlukan] sijil apa lah. You
[awak] pandai main bola sudah lah, SPM ke, apa ke tak kira lah, takdak
tau ambik tau [tidak mahu ambil tahu], _____ terpulang lah kan.

AZL: Ada tak nama, apa pasukan di luar negara, pasukan bolasepak di luar
negara yang di minati oleh Dato Seri?

DS: I [saya] punya favourite team [pasukan kegemaran]?

FAR: Favourite team [Pasukan kegemaran]?

DS: Favourite team I of course [Pasukan kegemaran saya sudah tentu]


Mancester United lah.

FAR: Pasukan Negara pula?

DS: Ya?

FAR: Negara?

DS: Malaysia ?

FAR: Tak, maksudnya _____

DS: Oh negara?, I [saya] punya favourite team [pasukan kegemaran] is [ialah]


England lah. I [saya] biasa tengok World Cup tiga kali empat kali kan.
Biasa tengok World Cup di France [Perancis], I [saya] biasa tengok
World Cup di Japan [Jepun], Korea, I [saya] biasa tengok world cup di

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 34 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
mana ya?. Hat [yang] baru [terbaru] ini di mana ya? Germany. Three
[tiga] World Cup. Dan saya rasa pasukan Malaysia ini, hari ini ranking
[kedudukan carta] dia 161 [seratus enam puluh satu]. What you do you
[Apa awak perlu buat ialah awak] masuk dalam komputer, you [awak]
tengok www.fifa.com. Then you [kemudian awak] tengok lah, you see
[awak tengok], di bawah ada ranaking, dia ada buatkan you [awak]
ranking [kedudukan carta] bawah Asia Football Federation, atau dia
bubuh [letak] dekat you [awak] ranking under [kedudukan carta di bawah]
FIFA. you [awak] tengoklah, beberapa tahun yang lalu, dia bagi you
[awak], you [awak] history of [sejarah] 20 30 years ago [dua puluh
tiga puluh tahun yang lalu] lah. Jadi you [awak] tengok lah, you [awak]
buat banding lah, dulu berapa, sekarang berapa, good for you [bagus
untuk awak], at least you [sekurang-kurangnya awak] tahu, susah betui
masuk under FIFA ni. Dia bagi you [awak] straight away life 20 years
[penampilan negara dua puluh tahun], dia punya graf naik macam mana,
tinggi naik mana, _____ macam mana, _____ macam mana.

AZL: Jadi Dato Seri dah pernah tengok perlawanan di luar negara, mesti kenal
ramai pemain di luar negara, jadi Dato Seri rasa, siapa sepatutnya yang,
pemain bolasepak luar negara itu yang sepatutnya menjadi contoh kepada
pemain tempatan?

DS: (Ketawa) Ya, Saya ingat Zinedine Zidane. Kalau dekat England ini,
players [pemain] macam Ryan Giggs, yang takdak [tiada] kontroversi,
yang perangai nya bagus, yang takdak [tidak] menimbulkan apa-apa
masalah kepada team [pasukan]. Tapi favourite team [pasukan
kegemaran] Manchester United, _____ favourite player _____

AZL: Favourite player [pemain kegemaran] Dato Seri siapa?

DS: George Best, you [awak] tak faham lagi. Sebab ini history ini, kalau I
[saya] macam kat [di] universiti macam you [awak] kan, masa itu tahun
1998 kot, Manchester United menang Europian Cup, kan, George Best.
Masa itu tengok telivision kat [di] TV, dekat kolej tau [tahu], itu pun dah
satu bulan dua bulan lepas itu baru datang dia punya tape, hitam putih ja

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 35 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
[sahaja]. La ni [sekarang] dah live [siaran langsung] dah. Dulu la, masa I
[saya] tahun 68 kan, tengok kat [di] kolej, museum mana ada kan tengok
kat [di] kolej la, kat [di] living room [ruang tamu] apa semua kan.

AZL: Apa yang membezakan skuad kebangsaan dulu dengan sekarang?

DS: Saya rasa orang ini, bila dia kata pasukan dulu lebih baik dari sekarang,
kita kena ingatlah, dulu berapa negeri yang main bola, you [awak]
menang tiga kali dulu, you [awak] dah boleh pergi olimpik, menang lah
empat kali boleh pi [pergi] olimpik juga, sebab grouping [kumpulan] dia
kecik [kecil]. Sekarang ini, bila pi [pergi] ke olimpik, kita ada standard,
kena lawan preliminary [saringan awal] dulu. Benda ini tak ada standard
[kelas], _____ awal. Lepas you [awak] menang prelimnary [saringan],
baru dia bubuh [masukkan] you [awak] dalam group [kumpulan]. Lepas
dalam group [kumpulan] you [awak] got semi final [dapat masuk
perlawanan separuh akhir]. Dan dia nak ambik [ambil] macam Asia, dia
punya 4 [empat] negeri aje, masuk apa?

FAR: Masuk World Cup

DS: Masuk World Cup, atau even [hatta] Asia Cup. 4 [Empat] negeri aje
[sahaja], World Cup 4 kali aje [sahaja], Asia Cup lebih sikit kut ya. Jadi
maknanya, dia berapa level [tahap]?. So [jadi] maknanya first level
preliminary [tahap pertama, saringan], lawan kara-kara, supaya you
[awak] punya standard [kelas] ada, bila you [awak] punya standard
[kelas] ada, masuk dalam kumpulan, second level [tahap kedua]
kumpulan A B C D, orang A lawan dengan A, B lawan dengan B,
champion [johan] A baru lawan A dengan B ke, jadi berapa level [tahap]?
Bukan macam dulu, jadi orang dulu, orang dok [asyik] ingat, wow ...
yeah, ye lah, dia lawan 3 [tiga] kali aje [sahaja] _____

AZL: Sebenarnya dulu itu, apa nama dia ini, bukan _____

DS: Konteks dia lain.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 36 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Konteks dia lain, makna nya bukan sebab insentif ke?

DS: Takde [tidak] la, dia [pemain bolasepak zaman dahulu] kerja masa itu, dia
kerja, dan dia nak tengok dulu, Mana ada, mana ada league [liga],
professional league [liga profesional].

FAR: Zaman itu semi-pro?

DS: Semi-pro pun takdak [bukan]. Semi-pro kemudian tau [tahu], 90 [tahun
1990] lebih dah, Semi-pro kan.

FAR: Jadi maksudnya, orang berkerja untuk bolasepak ke apa?

DS: Dak [tidak], dia kerja. Macam Moktar Dahari dia PKNS, Soh Chin Aun dia
PKNS, kerja dekat PKNS, kerja dekat MARA, tapi petang main bola. Jadi
dia makna dia, kerja kat [di] bank, petang main bola, dia ini bukan
fulltime [sepenuh masa] macam sekarang ini main bola. Maknanya dulu
pun (terbatuk sedikit) negeri arab mana main bola, sekarang arab semua
ambil secondment [orang yang di pinjam], semua terrer [pandai]. Jadi
(berdehem) nak bandingkan dulu dengan sekarang? Ya lah, memanglah
orang sekarang ini dia nak bandingkan dulu dengan sekarang, tapi
konteks dia different [berbeza]. Konteks dia tak sama. Dulu dari segi
teknikal apa semua, tak lah sophisticated [canggih] macam sekarang.
Sekarang semua negara main bola sekarang, dulu berapa negara main
bola? Mana penah dengar Laos, Cambodia apa-apa main bola, thirty
years ago [tiga puluh tahun yang lalu]. Jadi berbeza lah. Ya lah kita ini
nak seronok aje [sahaja]. Oh, zaman dulu senang, tapi you [awak] kalau
you [awak] buat history [sejarah] balik, you [awak] balik baca history
[sejarah]. I have done history with you [saya dah buatkan analisa sejarah
itu untuk awak]. If you [kalau awak] nak buat homework [kerja rumah],
kita lawan korea, tiap-tiap kali kita dok [asyik] cerita, oh, kita pukui
[menang ke atas] korea, I tell you [saya mahu beritahu awak], you [awak]
balik buat all historical fact [semua fakta sejarah] tak betui [betul]. Kita
menang dengan Korea sekali dua kali aje [sahaja]. Lain 18 15 [lapanbelas
lima belas] kali semua kita kalah dengan Korea. Tu historical fact [fakta

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 37 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
sejarah], you [awak] balik ambil. I ask my son friend to do the study, I
have done [saya minta anak kawan saya buat kajian, saya dah buat],
menang lah 3 4 [tiga empat] kali, the most important thing [yang paling
penting], kita pukui [menang ke atas] Korea, haritu [dahulu] sekali 1 0,
dan [sempat] lah kita pi [pergi] olimpik, that is the most important thing
[itu adalah yang paling penting]. Tu kali pertama kita pi [pergi] Korea.
Sebelum itu kita pi [pergi] tempat lain, kita kalah kat [di] tempat dia.
Tetapi oleh sebab kita beat [kalahkan] Korea, kita masuk olimpik, orang
dok [asyik] cerita, ooo kita pukui [menang ke atas] Korea, kita pukui
[menang ke atas] Korea. Sekali itu je [sahaja] kita pukui [menang ke atas]
Korea, this is historical tau [ini adalah sejarah tahu]. I am academic [Saya
adalah orang akademik]. So I [saya] pun nak tau la, risau betui [betul] ke
factual [fakta] ni. It is not a true [ianya tidak betul pun]. I [saya] cakap
terus, I [saya] cakap dalam forum. Depa [mereka] takmau [tidak mahu]
dengar. Depa [mereka] nak mau [mahu] dengar hat [yang] syok [seronok]
kita pukui [menang ke atas] Korea. Betui [betul] lah kita pukui [menang
ke atas] Korea, once [sekali sahaja]. Bila masuk olimpik, but that the jobs
mean [tetapi orang asyik fikir] kita dok [asyik] pukui [menang ke atas]
Korea all the time [sepanjang masa]. With all the time [Dengan sepanjang
masa]. Dak [tidak], memang ketika itu kita pukui [memang ke atas]
Korea, betui [betul] dah.

END OF TAPE 1 SIDE B: TAPE 2 SIDE A

AZL: Ok [baiklah] Dato Seri, dari dulu sampai sekarang, kami perhatikan lah,
orang Melayu ini banyak lah menyertai, mendominasi sukan bolasepak
ini, jadi adakah sebenarnya kaum lain tidak berminat atau macam mana
ni?

DS: Memang betui [betul] lah kalau tak berminat, pasai apa dia tak berminat?
Dia nak dapat berapa ribu dia bermain bola sepak, sampai takat [setakat]
mana dia nak pergi. Baik dia berniaga, kaum lain. Dia tau dia nak
bermain bolasepak, main pasukan negeri, 4 (empat) ribu?, 5 (lima) ribu?,
Berapa lama dia boleh main? 4 5 (empat lima) tahun? Jadi tension lah,

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 38 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
takmau [tidak mahu] macam itu. Dia nak juai [jual] dia punya minat dia.
Peluang kerja ada lebih banyak and so on [seterusnya] kan. Sebab itu dia
tak berminat. Yang berminat Melayu dengan India aje [sahaja] banyak.
Melayu India memang minat sebab saya ingat dia punya peluang
perkerjaan bagi Melayu dengan India ini kalau di bandingkan dengan
Cina dalam bidang swasta adalah kurang. Sebab itu Melayu dengan India
banyak main bola kan.

AZL: Ni, nak tanya, ada tak Dato Seri tulis buku atau apa saja berkenaan
dengan bolasepak ?

DS: No, not [tidak] bolasepak. Hat [yang] lain banyak. Nanti you [awak] pi
[pergi] tengok I [saya] punya CV esok. Pergi tengok buku I [saya] berapa.
On pendidikan lah area I [bidang saya]. Bolasepak ini bukan area I
[bidang saya]. Di titah perintah Tuanku (Sultan Pahang) aje [sahaja]
(ketawa).

AZL: Datuk Seri, kami nak tanya tentang mutu pengadilan bolasepak di
Malaysia lah. Kami merasakan Mohamad Nazri Abdullah adalah orang
yang layak menjadi idola pengadil bolasepak, apa pendapat Dato Seri?

DS: Saya ingat dia bukan satu-satunya lah. Orang kenal sebab dia meninggal,
kawan baik saya. Dia pun ada bagi kursus sana sini kan. Kalau nak tengok
dari segi World Cup _____

AZL: Dia, dia dah meninggal?

DS: Ya, dia dah meninggal. Dia meninggal last two weeks ago [dua minggu
yang lepas]. With coronary yang baru dia baru meninggal. Tapi yang
biasa World Cup is [adalah] Supidin.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 39 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Kapten?

DS: Dak [tidak], Supidin is a [adalah] pengadil. I [saya] think dia sampai level
[tahap] World Cup punya level [tahap] dia dah biasa pengadil. The
highest achievement system of bolasepak in term of pengadil is
[Pencapaian tertinggi dalam bolasepak dari segi pengadilan adalah]
Supidin. Kita dari satu segi nak kata kita tak bagus pun tak boleh juga,
sebab apa tengok pengadil kita ini pengadil World Cup, Asia Cup, World
lah, world level. Nak kata pengadil lekeh [tidak memenuhi standard
piawaian] pun tak boleh jugak, tapi mungkin banyak orang dok [asyik]
tengok Malaysia Cup kot, ataupun Super League kot, orang selalu kata
tak bagus. Tapi sebenarnya kalau tengok dekat dalam EPL tiap-tiap
minggu, tengok pengadil mengarut! Selalunya kan. Tapi oleh sebab kita
tak terlibat, sora [suara] kita tak terdengar, orang kata baguih [bagus] lah.
Tapi di Malaysia sebab kita ordinary people [orang biasa] boleh tulis
surat, boleh bantai dalam paper apa semua, kan, orang kata apa, pengadil
kita karut apa semua kan. Tapi kalau kita tengok tiap-tiap minggu dalam
EPL, pegang tangan lah, goal off side [curi ayam] lah, macam-macam lah,
kan. Jadi pengadil ini saya tengok lah, orang kata, orang biasa katalah,
pengadil kita lebih terrer [handal]. So [jadi] pengadil kita dah sampai
World Cup, pasukan bola sepak belum lagi, betul?

FAR: Betul, betul. Player [pemain] tak ke mana lah

DS: Player [pemain] tak kemana! Pengadil takdak [tiada] masalah. Player
[pemain] takdak [tiada] apa pun, sampai level [tahap] apa, nothing [tiada
apa].

AZL: Berkenaan dengan FAM, bila Dato Seri mula menjawat jawatan
setiausaha agung FAM ?

DS: 2006.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 40 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Apa tugas dan tanggungjawap Dato Seri lah, semasa menjawat _____ [di
dalam FAM]

DS: I [saya] ingat paling penting ialah membina satu pasukan yang respectable
[dihormati] lah. Dalam keadaan kita yang ada, kita ini ada limited
resources [kekurangan sumber], limited player [kekurangan pemain], kita
mahu membina satu pasukan yang respectable [dihormati]. Tu yang
pertama. Yang kedua, kita kena membina pasukan muda, youth team
[pasukan muda], youth team [pasukan muda] yang kita ada pelapis.
Yang ketiga saya rasa kita mesti ada road map [perancangan] untuk
bolasepak kita. Jadi tiga perkara ini, yang mustahak bagi sayalah. Empat
classic soccer lah. Empat classic soccer. Saya rasa ke empat-empat ini
saya ada buat. Pertama, dari segi kedudukan kita __________ more
respectable [lebih di hormati] lah, bukan macam sekarang ini lah. Dan
dalam zaman saya lah. Saya jadi FAM secretary [setiausaha] ini dua
tahun saja [sahaja]. Orang ingat kita dok situ sampai dah tukar angin ke
apa. 2 [dua] tahun sahaja. And I won [dan saya menang] merdeka
tournament, for the first time [buat kal pertamanya], sejak tahun berapa
itu, 15 tahun yang sudah, merdeka tournament saya menang. Sea Game 2
[dua] kali kita dapat silver [pingat perak] sekali, saya dapat bronce [pingat
gangsa] sekali. Dari segi youth team [pasukan muda], pertama kali dalam
sejarah pasukan muda kita pergi India yang Asian Final untuk under 21.
Yang rajagopal pergi firsttime [kali pertama], yang Zakuan, yang Faridin,
yang Muhyamin, Khairil Mahamin. Tu semua pasukan lebih kurang yang
first time in history of Asian [kali pertama dalam sejarah Asian]. If you
are Malaysian football [jika kamu adalah pemain bolasepak Malaysia],
pergi under AP, qualified [berkelayakan]. Jadi pertama kan dianya dari
segi respectable [dihormati], kedua youth team [pasukan muda] . youth
team [pasukan muda] ini saya bagi training [kursus] kat [untuk] depa
[mereka] main 70 [tujuhpuluh] game [perlawanan]. Setengah daripada
game [perlawanan] itu dia main, Rajagopal punya team [pasukan] ini lah
dia kata, main di luar negara, sebab takde [tiada] pengalaman luar negara
main, toksah [tak payah] cakap lah, kena tolak sikit [sedikit] terpelanting.
Mesti ada pengalaman di luar negara. Jadi dia di antara team player

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 41 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
[pemain pasukan] yang pergi, Checkoslavakia, England. Hat [yang] lawan
manchester united menang itu (adalah) youth team [pasukan muda].

AZL: Jadi di Malaysia ini, adakah sebenarnya saiz badan itu memainkan
peranan penting untuk _____ ?

DS: Saiz badan memainakan peranan penting. you like it or not on football
[Sama ada awak suka atau tidak dalam bolasepak] - saiz badan. Pasai
[sebab] apa, kita boleh ambik [ambil] orang macam you [awak], tak
berapa pandai bola, train [latih] dia, boleh jadi pandai, boleh jadi hebat
pasai [sebab] bola. Kita ambik budak kecil, bukan budak kecil lah, 5 kaki
lah saiz, kita train [latih] dia, hebat pup pap pap, tapi dia takleh [tidak
boleh] jadi besar. Tapi orang macam you [awak], besar, boleh jadi skilled
[mahir]. Tapi orang macam dia, skilled [ada kemahiran], takleh [tidak
boleh] jadi besar, __________ who are the small world player [Siapakah
pemain bolasepak dunia yang paling kecil] ?, Maradona? Apa lagi?
Tengok lah badan dia macam mana. _____

AZL: Body dia?

DS: Maradona pendek saiz badan dia. Tapi tengok body musle [ketulan urat
badan] dia macam mana. Kita punya player, suruh makan, bila pi [pergi]
oversea [luar negara], kita ini, you [awak] tulih [tulis] lah dalam you
[awak] punya ini (wawancara), pi oversea [pergi ke luar negara], you
[awak] training [latih] dia, macam-macam lah training [latihan], pergi
oversea [luar negara], sampai kat [di] Vietnam ke, China ke, sampai takat
ini aje (menunjuk sesuatu ke perut), tak boleh lah, tak bolehlah, ini lagha
macam-macam, tak halai [halal], tak halai [halal] ke apa ke tak tau sapa
buat sapa buat makan semua, malam itu makan mee maggi, esok main,
mana boleh, zaman itu dah habih [habis] dah, you want to be a
professional football, leave professionally [awak nak jadi pemain
bolasepak professional, jadilah professional]. Ya lah kadang-kadang itu
boleh lah kita bawa cook [alat memasak]. Kita pi Brazil itu, dengan sebab
problem semua, kita tak bawak cook [alatan memasak]. Tapi you [awak]
pi [pergi] tournament [pertandingan] 3 4 [tiga empat] hari, seminggu

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 42 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
promise bawa cook buat apa. Arab pun mai [datang] sini ok [baik].
Takdak [tiada] masalah. you train [awak latih] dia gila babi punya train
mampuih nak mampuih (memegang kepala, seakan menggambarkan
kesukaran melatih pemain bola) separuh nyawa punya train [latih], tau tau
[sebaik sahaja], pi [pergi] China ke ataupun Vetnam ke, Vietnam takdak
[tiada] muslim [orang Islam] kan, (beranggapan pemain akan berkata)
aaah sudah, hotel ini tak boleh kut. Ini hotel masak pakai apa ini, ini apa
depa [pihak hotel] buat, tak boleh lah, aaah, oklah oklah, takpalah [tidak
mengapalah], minum air, makan roti, hmmm, perut lapar, mari lapar dah,
kita makan, maggi mee

AZL: Jadi bila perut lapar itu, itu yang menjadi punca kalah?

DS: Makan maggi mee, lemah. Bukan antara sebab, tapi ini ada ada trend [gaya
ikutan] dia kan. Tapi setengah budak-budak dah atasi masalah ni.

FAR: Jadi Dato Seri, faktor permakanan memainkan peranan lah dalam ___ ?

DS: Faktor permakanan? Sekarang profesional tau [tahu], faktor permakanan,


sports science are very important [sains sukan adalah sangat penting]. you
[awak] tau [tahu] tak bola sekarang, kasut Nike itu, kasut Nike advance
tak advance [maju atau tidak maju] ya. Dia [kasut Nike] forward [pemain
bola bahagian penyerang] kena pakai kasut Nike yang macam lain tau,
defend [pemain bolasepak bahagian pertahanan] kasut Nike yang macam
lain tau, sebab dia punya stuart [paku pin di bawah kasut bola] apa semua
berbeza, sebab you [awak] defend you [awak] perlukan satu type of game

FAR: Dia punya kasut dia lain?

DS: Ya, sepatu dia lain, dia punya back [pemain bola bahagian tengah] itu, dah
defend, tahan apa semua is different type of authentic [adalah berlainan
jenis authentik], dia kasut tang lain. Hat [yang] forward [pemain bola
bahagian penyerang], nak score goal punya, kasut dia lain. Dia [kasut
Nike] sampai teknologi macam itu dah. You [awak] tengok praktikal
macam mana, apa dia punya itu, you [awak] tengok apa, berenang macam

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 43 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
mana, you [awak] tengok the way [cara] depa [mereka] pakai baju semua
kan, you [awak] tengok hoki stadium macam mana baju dia. Tu semua I
[saya] dah pergi tengok dah. I [saya] dah depa explain dah. Jadi sport
science [sains sukan] sekarang ini cukup mustahak. Cara you [awak]
makan, cara body you [badan awak] tang [di] mana you [awak]. Dia
boleh test [uji]. I [saya] punya people [orang], dulu masa I [saya] lah, la ni
[sekarang ini] I [saya] taktau [tidak tahu] depa [mereka]. Dia boleh test
[uji] you [awak] lari. I [saya] tengok dia test [uji], some of them
[sesetengah dari mereka], dia punya training [latihan], kita test [uji] dia
lari. Dia the tester [tukang uji] will tell us [akan beritahu kita], boleh kita
bagitau, dia ini tak boleh forward [main bahagian serangan]. Cara dia lari
sprinting [larian pecut] pun tak boleh. Dia kena main tang [di] sini.
Sampai level [tahap] itu dah sekarang ni. Skill you [kemahiran awak] ada
skill [kemahiran], lagi hebatlah kan. Tapi dia punya, dia punya test [uji]
dia itu, budak-budak 18 [lapan belas] tahun baguih [bagus] jugak. Dia
turning [pusing] macam mana, lama mana dia tahan, that sport science
[ini sains sukan]. Kalau setakat nak main, sebab itu Sathia kata 3 [tiga]
orang daripada satu skuad yang tak fit [cergas], pasai [sebab] ini lah.
Pasai [sebab] dia tak ambil berat benda-benda [perkara-perkara] macam
ni. you [awak] pakai macam mana taktik terrer [hebat] macam mana pun,
you [awak] hebat, you [awak] kira pemain yang paling hebat dalam dunia
lah, dalam Malaysia ini, you [awak] kalah fit [cergas], selepas 40 [empat
puluh] minit, you [awak] tak fit [cergas], you [awak] tak fit [cergas] you
[awak] nak defend apa, you [awak] nak nak taktik apa, taktik perlu lari
sini lari sana, tak defend [bertahan] lah, you [awak] tak fit [cergas], still
you [awak] nak main bola apa, taktik dia mungkin bulu sana total football
ke lari back [belakang] mari defend [bertahan] ke apa ke, you [awak] nak
buat macam mana, kalau you [awak ] tak fit [cergas]. Fit is very important
[kecergasan adalah sangat penting].

FAR: Maksudnya macam ini, FAM memang tidak menekankan aspek sains
sukan lah dalam sukan bolasepak?

DS: Yes [ya]. Zaman I [saya], I [saya] boleh kata for the first time in history
[buat julung kali dalam sejarah] FAM pakai sport science [sains sukan],

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 44 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
sebab dalam kita punya pasukan, dia attached [bersangkut] dengan
Institut Sains Negara. Budak-budak I [saya], hantar pi [ke] Institut Sains
Negara. Kita ambil jurulatih dari Institut Sains Negara, bubuh
[berkerjasama] dengan kita. Sebab to me sports science is very important
[bagi saya sains sukan adalah sangat penting]. Tak kan lah orang lain
semua sport science [sains sukan] dah hebat sampai ke depan kita tengok,
kita ini dok [masih] kira [seperti] macam zaman dulu lagi. Mana boleh.
Hari ini Ridwan, I [saya] tengok dalam Ridwan punya (kolum) today
[hari ini], I feel agree [saya rasa bersetuju], because [sebab] metro
[tabloid Harian Metro] hari ini dia sebut tentang pemain-pemain yang tak
fit [cergas]. Pasai [sebab] apa depa [mereka] boleh main? Sebab persatuan
negeri dan FAM tak monitor [memantau]. Zaman i, you [awak] hantar
mai [kepada saya]. you [awak] tak fit [cergas], I wont sign your ticket
[saya tidak akan tandatangan awak punya tiket (penerbangan)]. Depa
[mereka] punya maki marah kat [kepada] I [saya], takpalah [tidak
mengapalah] you [awak] pergi lah. I [saya] tak sign [tandatangan]. you
[awak] tak fit [cergas], you [awak] tak fit [cergas], I would not give the
licence to play [saya tidak akan berikan awak lesen untuk bermain] _____
you [awak] nak kata apa you [awak] kata lah, marah I [saya] marah lah,
you [awak] nak _____ maki I [saya] maki lah, but you [awak] not cannot
[tidak boleh], sebab bagi I [saya], itu terdapat perkara pokok.

FAR: Adakah Dato Seri sekarang ini selepas _____ dah _____ ?

DS: Takdak [tidak], tak main. you [awak] tengok, you [awak] pi tengok harian
metro, Ridwan Abdullah coach [jurulatih] mana taktau [tidak tahu], coach
apa, you [awak] baca, you [awak] belek Harian Metro yesterday
[semalam], you [awak] baca komen [komentar] dia tentang fitness
[kecergasan] ni. Dia kata fitness test [ujian kecergasan] yang ada ini, dia
tak laksanakan betui-betui [betul-betul] official time [waktu rasmi] dia.
Walaupun budak itu tak fit [cergas]. I [saya] dulu I [saya] tau, budak-
budak I [saya], budak-budak zaman dulu, tang [tentang] fitness
[kecergasan] ini, budak itu baguih [bagus] hebat, pandai, officer
[pegawai] nak bagi dia main, dia tak fit [cergas] pun, tapi depa [mereka]
sain [tandatangan] juga. Ingat tak berapa kali, yang I [saya] berkelahi

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 45 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
dengan kedah betui, Akma. Akma tak fit [cergas], I [saya] tak mau
[mahu] sain [tandatangan], yang berapa kali pergi test [ujian]. I [saya]
takmau [tidak mahu] sain [tandatangan]. you [awak] tak fit [cergas],
padahal Akma itu dengan I [saya] itu, macam sedare. No cannot, you
professional, you may leave it at once [Tak, tak boleh, awak profesional,
awak boleh tinggalkan] . you [awak] tak fit [cergas], I [saya] tak bagi you
license [awak lesen] . Ingat dulu berapa kali kita test [uji], yang I [saya]
berkelahi dengan mat pit kalau you [awak] baca, pasai [sebab] tak fit
[cergas]. Fitness is very important [kecergasan adalah sangat penting].
you [awak] tengok lah model football [pemain bola] macam mana. Tak fit
[cergas], apa _____.

AZL: Datuk Seri nak tanya, apa kaitan MyTeam dengan FAM ?

DS: You [awak] nak tau [tahu] kaitan apa? Dia is more on commercial [adalah
lebih kepada komersial]. Dia macam ini, dia punya fikiran, dia rasa _____

AZL: MyTeam ini bukan FAM lah yang tubuhkan la

DS: Dak [tidak], Dia ini Khairi Jamaluddin punya. Dia macam ini, dia fikir
bahawa dia boleh tubuhkan satu team [pasukan] tanpa praktis. Dia boleh
pi [pergi] kutiplah (pilih pemain bola) di mana sahaja, round [pusing]
Malaysia, dia pi kutip (pilih pemain bola). Yang dia anggap baguslah.

AZL: Kami tengok macam gah dekat di TV3?

DS: Ya lah

FAR: Takde [tidak ada] kommersial dia gah lah?

DS: Sapa [siapa] punya I [saya] nak tanya you [awak]. TV3 ikut perintah sapa
[siapa]?, I [saya] nak tanya you [awak] lah, mungkin you [awak] taktau
[tidak tahu], kan?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 46 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Pada pendapat Dato Seri, objektif MyTeam itu memang tak ____ ?

DS: Tak sampai apa-apa. Ok [baik], pasai [sebab] apa I [saya] kata tak sampai
apa-apa. you [awak] satu Malaysia you [awak] gah you [awak] boleh
ambil pemain. Ok [baik], nak lawan dengan Malaysia, takpalah [tidak
mengapalah] lawan dengan Malaysia. Perdana Menteri pun sokong
MyTeam, itu yang I [saya] bengang, you [awak] tulih [tulis] dalam paper
you [matapelajaran Oral History yang awak ambil] . Orait [baik] lah you
[baiklah awak] hebat. Tapi bila MyTeam masuk league [liga] Malaysia,
hat [yang] orang yang dia pi [pergi] cari satu Malaysia, sorang [seorang]
pun tak main. Dua orang sajaja kut [agaknya] yang main. Tu maknanya
proof [bukti] cara you [awak] cari itu tak betui [betul] lah, you [awak]
ambil player [pemain] kita, you [awak] pi [pergi] semua Selangor ke
Kedah ke, ambik player [pemain] kita, bubuh [letak] dalam MyTeam.
Nama MyTeam, tapi MyTeam yang dok [di] cari satu Malaysia, sorang
[seorang] pun tak main. _______ MyTeam sekarang nama MyTeam,
sapa [siapa] yang main? Fairul Nizam apa semua, itu semua Malaysia
punya depa [mereka] ini, _____ satu MyTeam habih [habis] round
country [pusing keliling negara], itu dia kata dia boleh cari footballers all
over [pemain bola di seluruh] Malaysia ini, sorang [seorang] pun tak
main. Apa nak tipu. Nak tipu buat apa.

AZL: Jadi sebenarnya sejauh mana tahap professionalisme kumpulan MyTeam?

DS: Depa takdak [mereka tidak ada] professionalime [profesional] apa aih.
They are not professional [mereka bukan profesional]. Selepas dia masuk
leaque [liga], dia bukan masuk league [liga]. Dia masuk league [liga]
backdoor [ikut pintu belakang]. Dia bukan masuk league [liga] mengikut
saluran. you [awak] kalau nak masuk league [liga], nak masuk Malaysia
Cup, macam ini tau, nak masuk liga ni. you [awak] pertama you [awak]
kena menang kat [di] state you [negeri awak]. You champion state [awak
jadi johan peringkat negeri]. Mana ada MyTeam champion state [johan
peringkat negeri]. You champion state [awak jadi johan peringkat negeri]
you [awak] masuk FAM Cup [piala FAM], division three [bahagian tiga]
lah. Selepas you [awak] menang FAM Cup [piala FAM], promoted [naik]

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 47 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
ke Premier League, selepas Premier League, baru dia naik Super League,
jadi you [awak] ada 3 4 step [langkah]. You [awak] nak jadi champion
state [johan negeri] pun, you [awak] belum tentu lagi boleh jadi champion
state [johan negeri]. Macam PKNS ke apa ke champion state [johan
negeri], dia macam itu. Jadi champion state [johan negeri] lawan antara
you [awak], champion state [johan negeri] you [awak] masuk FAM Cup.
you [awak] masuk liga, baru you [awak] boleh masuk Premier league.
Baik, MyTeam masuk macam mana?

FAR: Jadi di sini MyTeam ada unsur-unsur politik lah di situ?

DS: Bukan, I [saya] lihat dia buat macam ni. Dia beli satu team [pasukan] yang
ada satu yang nak kena buang, yang bengkrap [bankrupt] itu, UPB,
United Plantation Berhad. Dia beli team [pasukan] itu, duduk dalam
dalam Premier league. Dia depa [mereka] panggil UPB-MyTeam. Jadi
depa [mereka] masuk terus lah. Kalau dia nak masuk cara yang
sebenarnya mengikut saluran itu, dia tak masuk, dia tak boleh masuk, tak
boleh dapat. you [awak] faham lah kan.

END OF TAPE 2 SIDE A: TAPE 2 SIDE B

AZL: Datuk Seri, nak tanya tentang semasa FAM di terajui oleh Tan Sri
Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 sehingga 1983. Apa pendapat
pendapat Dato Seri tentang beliau?

DS: I [saya] takdak [tiada] pengalaman . I dont have any [saya tidak
mempunyai] pengalaman dengan Tan Sri Hamzah. Saya pun tak very
know [sangat tahu]. Dan zaman itu toksah [tak perlu] dok [asyik] kata la,
zaman itu zaman Mokhtar, zaman dulu itu, makna zaman orang tak
berapa minat dengan bola ni.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 48 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Lepas itu 1984 sultan pahang menerajui FAM?

DS: Sultan pahang is [adalah] semi pro, a professional football [bolasepak


profesional].

AZL: Pendapat Dato Seri tentang Sultan Ahmad semasa beliau, baginda
menerajui FAM?

DS: Dia ada kebaikan dan kemerosotan dia. Dia masalah dia ialah sebagai
seorang bolasepak ini dia, ada kejayaan-kejayaan dia kita _____ biasa,
macam _____ Asia Cup kita biasa menang. Nombor 3 [tiga] itu zaman dia
lah. Introduction of professional soccer [pengenalan kepada bolasepak
profesional] itu semua zaman dia. Lepas [selepas] itu zaman akhir-akhir
ini dia pun tak, dia tertinggal kepada apa yang berlaku. Jadi dia pun tak
ambil sangat perjalanan harian itu. Itu yang masalah problem [masalah]
kita.

FAR: Ok [baiklah], FAM dan MSN adalah dua pertubuhan sukan yang berbeza,
apakah perbezaan skop tugas MSN dan FAM ?

DS: MSL kut [agaknya]?

AZL: MSN, Majlis Sukan Negara ?

DS: Oh, dia tidak ada kena mengena-mengena.

FAR: Tidak ada kena mengena dengan FAM?

AZL: Majlis Sukan negara ini _____ ?

DS: Majlis sukan negara ini kerja dia ialah meningkatkan pasukan di negara
Malaysia ni. Jadi selama ini MSN tak ada ambil pasai [sebab] bolasepak
professional. MSN ini dia sekolah neutral, untuk swimming [berenang],
silat, pup pap pup pap, dia neutral. Bolasepak ini selama ini dia adalah
profesional. Jadi tak termasuk. Baik, yang dia mula ambil perhatian ialah

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 49 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
pada zaman I [saya]. Sahabat saya baik dengan Azlina (Dato Azalina
Othman Said). Jadi saya bila takde [tidak ada] duit ke apa saya minta
dekat Azlina. Jadi saya punya argument [hujah] dengan dia, dari segi
bawah ini tak ambik tau [tahu] takpe [tidak mengapalah] lah. Tapi ini
masalah negara, nak meningkatkan sukan di negara kita, seperti
meningkatkan badminton, meningkatkan basikal, hoki. Why kind zaman
ini, untuk meningkatkan sukan di negara kita. Macam you [awak] bagi kat
[untuk] badminton, you [awak] bagi duit kat [untuk] hoki, you [awak]
bagi duit kat [untuk] kavadi, (ketawa sedikit) you [awak] bagi duit kat
[untuk] silat, you [awak] bagi duit kat sapa [untuk sesiapa], you [awak]
bagi lah duit sikit kat [untuk] bola. Itu yang dia punya basis [asas].

AZL: Apa jawatan Dato Seri sekarang dalam MSN ?

DS: Dak [tidak], I [saya] la ni [sekarang ini] dalam Majlis Olimpik.

AZL: Oh, Majlis Olimpik, MOM

DS: MOM

AZL: Bukan MSN?

DS: MOM pun takdak [tidak ada] apa. Pasai [sebab] apa, MOM ini takdak
[tidak] pegang apa-apa sukan, dia coordinate [menjadi penyelaras] aje
[sahaja]. I [saya] Vice President.

AZL: Maknanya MOM tak ada kaitan lah dalam membantu _____ ?

DS: Tak ada.

AZL : Sukan bolasepak ?

DS: Dia ini arrange [menyusun] sapa [siapa], termasuk sukan mana, olimpik
berapa sukan nak masuk, ataupun asia games berapa masuk, dia macam
itu lah kerja dia.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 50 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Apa nama jawatan Dato Seri dalam MOM?

DS: Vice president.

AZL: Oh, Vice President.

FAR: Sejak tahun bila itu?

DS: Sejak tiga tahun sudah, tahun berapa ya? 2006 kot, 2007 kut [agaknya]?

FAR: Ok [baiklah] Dato Seri saya nak tanya, apabila skuad kebangsaan gagal
dalam satu kejohanan, jurulatih sering di persalahkan dan seterusnya di
pecat, adakah dengan cara itu dapat menyelesaikan segala permasalahan?

DS: No [tidak], you [awak] tak boleh salahkan jurulatih sahaja. Walaupun
jurulatih itu penting, tapi tiap-tiap kali kalah, jurulatih aje [sahaja]
mengambil beban ni. Manager [pengurus] pun tak nak. Malaysia ini,
FAM ini dia taktau [tidak tahu] sapa [siapa] manager [pengurus] dia.
Manager [pengurus] bolasepak malaysia sapa [siapa] dia? _____ negara,
manager dia Khairi. Tapi depa [mereka] tak buang Khairi. Depa [mereka]
buang Soh Chin An, Soh Chin An bukan manager [pengurus].

FAR: Tapi atas nama, dia pengurus?

DS: Dak [tidak], dak aih [tidak lah]. Bukan pengurus, pengurus is [adalah]
Khairi, dia tolong Khairi aje [sahaja], dia bukan pengurus. Jadi makna dia
tukar Sathia jadi coach [pengurus]. Tapi you [awak] kena ingat, coach
[pengurus] ini setakat mana dia boleh buat. you [awak] datang daripada
liga, datang pemain yang teruk, nak main untuk malaysia, dia ada berapa
bulan? Dia ada berapa hari? Kemudian dah rushing [cepat-cepat] apa. So
[jadi] datang, sepak bola pun tak betui [betul], coach [pengurus] itu boleh
buat apa? Patutnya bila satu pasukan datang ke national player [pemain
kebangsaan] ini, national player [pemain kebangsaan] ini, dia dah tau
dah, post itu hanya taktik, teknik macam mana, nak buat checkpieses
macam mana. Bukan nak kena ajar sepak macam mana, apa macam

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 51 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
mana. Nak training fitness [latih kecergasan]? Mana boleh train fitness
[latih kecergasan] dalam satu minggu. Dia mesti dah siap semua dah.
Kalau dia datang, fitness [kecergasan] dah ok [bagus] ke tak, mental dia
ok [bagus]. Semua ada, ok [bagus] lah. Coach [pengurus] boleh lah take
[ambil] pieces macam ini, ataupun planning [rancang] macam ini macam
ni. Ini datang pun dia tak boleh. Tu yang Sathia kata M-league itu bukan
football. Dia pun geram lah. Main kat [di] dalam longkoi nak pi [pergi]
suruh main hepi-hepi

AZL: Ok [baiklah], Dato Seri pernah melihat, pernah menoton perlawanan


bolasepak di luar negara, jadi apa yang Dato Seri dapat lihat tentang
penonton bola, penonton bolasepak di sana berbanding dengan negara
kita, dari segi semangat misalnya, dari segi disiplin?

DS: Masalah dia, itu lah I [saya] kata, kita ini, tengok bola dalam television ini,
satu minggu dua kali, tiga kali, sekali sekurang-kurangnya tengok bola
dalam television. Tapi kita tak belajar apa-apa pun. Tapi kalau kita tengok
bolasepak dalam television, liga ke, international [antarabangsa] ke,
orang sokong team [pasukan] dia, kalah macam mana pun dia dok [tetap]
sokong itu lah. Sampai habih [habis] penonton dia, sokonglah sampai
habih [habis], kena 3 [tiga] pun sokong, 1 [satu] pun, kalah pun dok
sokong. Kita tiap-tiap minggu dok [asyik] tengok bola, tengok kat [di]
kedai mamak, kedai mana, tapi tengok saja [sahaja]. Takde belajar.
Belajar lah sama. Tengok orang macam mana, team [pasukan] teruk pun,
sokong habih-habih [habis-habisan]. Penonton pun kena belajar lah.
Penonton nak suruh (batuk) pemain saje belajar. Main tak kena, ini tak
kena tak kena. Penonton pun serupa itu juga. Kalau pemain kita tak boleh
ikut Wayne Rooney ke, tak boleh ikut Ronaldo (Christiano Ronaldo) ke,
tak boleh ikut Gerrard (Steven Gerrard) ke, pemain kita memang tak
boleh ikut. Tetapi saya pasti penonton kita boleh ikut penonton Liverpool,
penonton Manchester, penonton England, penonton France. Mungkin dari
segi bola dia tak boleh ikut, dia punya standard [tahap piawai] lebih
tinggi. Tapi dari segi penonton dia boleh ikut, sokong negara dia, kalah
dengan Russia, kalah macam mana pun, dia sokong itu lah.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 52 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Penonton di luar negara itu disiplin diaorang lebih tinggi lah ?

DS: Lebih patriotik.

AZL: Oh, lebih patriotik.

DS: Lebih patriotik, kalau di bandingkan dengan kita lah, dia lebih patriotik.

AZL: Saya pernah pergi ke stadium, saya tengok stadium selalu kosong, apa
sebab dia?

DS: Dia bergantung kepada minat lah, kan, kalau you [awak] dok [asyik] main,
takdak [tidak ada] skill yang tetap, orang pun takmau [tidak mahu]
sokonglah. you [awak] dok [asyik] main macam biasa aje [sahaja], sapa
[siapa] nak pi [pergi] tengok. you [awak] nak bayar duit 20 [dua puluh]
ringgit nak pi [pergi] tengok? Tak kata kat [kepada] dia lah, Tak kata kat
[kepada] you [awak] lah. Pasai [sebab] apa orang, orang mau [mahu] beli
messy berjuta-juta, dia nak beli Manchester City, tak beli mahai [mahal],
tak beli ini mahai [mahal], sebab, minat dia ada. Orang nak tengok
Ronaldo, nak tengok Rahul ke, nak tengok sapa-sapa [siapa-siapa] ke, jadi
itu menambahkan dia punya collection [koleksi]. Kita ini dah lah pemain
kita teruk, pemain luar negeri tak boleh datang masuk malaysia, macam
mana? Kan, dalam dunia ini, liga Malaysia je [sahaja] yang takdak [tidak
ada] pemain luar negara.

AZL: Adakah siaran langsung di telivision itu secara tak langsung menjadi
punca penonton kurang?

DS: Tak ada lah. you [awak] kalau you [awak] seronok tengok bola, television
tak television. Awat [Kenapa, adakah] di England takdak [tidak ada]
television? Ada takdak [tak ada] television, serupa itu juga, orang penuh
jugak. You [awak] kalau you [awak] baguih [bagus], orang kaki bola ini
dia lagi suka tengok live [secara langsung] di padang daripada tengok di
telivision. Dia tak apa lah, tengoklah television itu. Kalau dia boleh pi
[pergi] tengok, kalau katalah team you [pasukan awak] baguih [bagus],

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 53 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
dari Maghrib ke Manchester United datang, dia tunggu kat [di] bilik dia
tengok, tengok kat [di] dalam tv ke atau dia nak pi [pergi] tengok kat [di]
stadium.

FAR: Stadium

DS: (Mengetuk lengan kerusi). Kan, itulah, macam kita lah kan. Kalau Penang
[Pulau Pinang] main hebat, member semua nak pi [pergi] tarik lancar
mamak nasi kandar semua nak pi [pergi] tengok. Tapi kalau team
[pasukan] teruk, mamak nasik kandar tengok kat [di] tepi jalan itu la, kan,
dia tak sokong la, betui dak [betul tak]?

AZL: Ok [baiklah], Dato Seri dah tengok banyak perlawanan bolasepak, kan,
jadi nak tanya, apa perlawanan bolasepak yang paling Dato Seri tidak
boleh lupakan?

DS: Ya

AZL: Perlawanan antara pasukan mana dengan pasukan mana?

DS: Ok [baiklah], yang saya tak boleh lupakan ialah pertandingan, saya jadi
manager [pengurus], antara Malaysia dengan Thailand, pertandingan
akhir Sea Games, tahun berapa? 2001 kut. Nine eleven is what year
[sembilan sebelas berlaku pada tahun berapa]? (nine eleven, merujuk
kepada tarikh kejadian WTC di US) 9 11 yang kena bom. Zero one [dua
ribu satu] kan ? Kita main kat [di] Shah Alam, final, untuk dapat medal
gold [emas] medal.

FAR: Tapi kita kalah kan?

DS: Kita kalah 1 0 [satu gol berbalas kosong] je [sahaja], padahal kita kalau
menang itu, first time [buat kali pertama] kita dapat gold [pingat emas] la,
kalah 1 0 [satu gol berbalas kosong]. Lagi berapa minit, lagi 1 [satu]
minit nak habih [tamat perlawanan], goal keeper [penjaga gol] pergi
masuk celah kangkang, score [jaringkan] gol sendiri . I [saya] macam tak

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 54 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
percaya dia masuk pssyiuuu (menggayakan keadaan bola masuk ke gol).
Dia tendang pi [pergi] masuk gol sendiri. Hat [yang] yang score
[jaringkan] gol pun tak percaya. you tengok tak?

FAR: Tengok.

DS: Macam mana gol boleh masuk? Si Kamaruzzaman lah. Aku [saya] tak
percaya kamaruzzaman. Sampai sekarang aku [saya] tak percaya dia. The
things, tidak [Jikalau tidak], the first time [buat kali pertama] tau [tahu]
kita masuk first world, Sekarang ini dah susah, jadi itu adalah game
[perlawanan] yang saya tidak boleh lupa. Ralat betul, fedup [bosan], frust
[kecewa]. Tidak [Jikalau tidak sudah pasti] kita boleh dapat gold [emas]
medal.

FAR: Bagaimana dengan perlawanan di luar negara, kelab ke negara ke?

DS: Kelab ya. Yang saya tengok Manchester United lawan dengan Arsenal,
tahun berapa taktau [tidak pasti].

FAR: FA cup ke? Final?

DS: Bukan. Yang masa Van Nistelroy main itu.

FAR: Yang bergaduh itu?

DS: Yang bergaduh itu, I [saya] tengok yang itu. Yang dia score [jaringkan]
penalti tak masuk. Selepas itu dia bergaduh kan. Manchester menang ke
hat itu?

FAR: Menang.

DS: Manchester menang kan?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 55 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Ya, Manchester menang.

DS: Manchester menang kan. Yang itu I [saya] tengok. I saw that game [saya
menonton perlawanan tersebut], di Manchester. Yang itu dahsyat, yang
itu kontroversi lah juga kan. you [awak] score penalti tak masuk, depa
[mereka] perli depa [mereka] punya _____

FAR: Ketika game [perlawanan] itu, Dato Seri tengok selepas ia tamat, adakah
kedua-dua penyokong kelab bergaduh ke, ataupun _____

DS: Dak [tidak]. Eh you [awak] pi [pergi] dengan I [saya] ke? (bertanya
kepada anak beliau yang ada di sebelah). Who went with me [siapa pergi
dengan saya ] ya? I ada pi [pergi] dengan somebody [seseorang] lah. Dak,
dak [tidak, tidak]. England ini, ya saya tengok dalam telivision, I [saya] pi
[pergi] banyak kali kat [di] England tengok. Banyak kali I [saya] pi
[pergi], tapi tak ada I [saya] tengok. FA Cup I [saya] tengok dua tiga kali
tengok, tapi tak ada lah kelahi-kelahi itu. Kita tak biasa kut [agaknya]
kan. Kita pun tak campoq [campur] dengan depa [mereka].

FAR: Bagaimana dengan perlawanan terakhir yang Dato Seri menonton di luar
negara?

DS: Terakhir ya. Apa yang terakhir ya? Hah, Indonesia awan dengan Thailand,
yang hat [yang] baru ini, yang, yang _____

FAR: Yang kelayakan itu?

DS: Kelayakan itu, dak dak [tidak, tidak]. Semi final [separuh akhir]. Yang
Thailand menang.

FAR : Oh.

DS: 2 1 [dua gol berbalas satu] ke? Yang di Indonesia, Indonesia menang
kan?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 56 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Yang gol last-last minit [saat-saat terakhir] itu?

DS: Ya betul itu. Thailand dengan, Thailand dengan ini lah. Tapi final saya tak
sempat tengok. Final tak pegi sebab, you [awak] tau apa sebabnya. I
[saya] tak pegi final antara Vietnam dengan Thailand pasai [sebab]
Sultan, Yang Di Pertuan Negeri Sembilan mangkat. Betui [betul] dak dia
mangkat. I [saya] dah dah book [tempah] tiket apa semua dah, book
[tempah] tiket. I [saya] nak pi [pergi] dengan Tengku Mahkota (Pahang).
Book [tempah] tiket kapal terbang, book [tempah] habih [habis] semua
dah. Tau tau [tiba-tiba] Tengku Mahkota panggil. (Menggayakan keadaan
Tengku Mahkota bercakap) Tak boleh lah, Tuanku (Sultan Pahang,
ayahanda kepada Tengku Mahkota) tak bagi I [saya] pi [pergi]. Tuanaku
ada kat [di] England. Tuanku tak bagi I [saya] pi [pergi]. Tuanku suruh I
[saya] pi [pergi] tengok Yam Tuan Negeri Sembilan mangkat (tamat aksi
mengayakan). I [saya] tak pi [pergi]. I [saya] takmau [tidak mahu] pi
[pergi] lah. Pi [pergi] buat apa, buat apa pi sorang-sorang [bersendirian]. I
[saya] malas lah nak tengok sorang-sorang [seorang diri].

AZL: Ok [baiklah]. Dato Seri, nak tanya, semasa Dato Seri menjadi setiausaha
agung FAM, ada tak masalah besar yang Dato Seri hadapi?

DS: Masalah besar? Masalah besar bila tiap kali kalah lah. Kena maki lah,
padahai [padahal] kita kena berapa pun.

FAR: Bagaimana Dato Seri menangani cabaran ni?

DS: (ketawa). Buat muka tebal aje [sahaja] la, nak kata apa, cerita kat [ke[ada]
depa [mereka] lah. Kita nak kata apa. Masalah bolasepak kita you [awak]
boleh bagi apa sahaja yang di kehendaki lah. Bonus you [awak] boleh
bagi orang minta, training you [latihan awak] boleh bagi. Apa sahaja dia
mintak you [awak] boleh bagi. you [awak] sebagai setiausaha, you [awak]
cari aja peruntukan. Yang frust [kecewa] nya, bila dia turun main dalam
padang, 11 orang dalam padang, apa pun you [awak] tak boleh buat. Dia
sepak goal sendiri ke, dia sepak tak kena ka, dia sepak kena atas palang
ke, dia buat tak tau [tidak tahu], you [awak] tak boleh buat apa, you

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 57 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
[awak] boleh tengok aje [sahaja]. You [awak] tak gila ke? You [awak]
tengok aje [sahaja] tau [tahu]. Aww (menggenggam tangan dengan jari
telunjuk di acu ke atas) celaka dia ini main tak betui [betul]. You [awak]
nak buat apa? Dia sepak, kalau dia sepak masuk gol sendiri pun, you
[awak] tak boleh buat apa. You [awak] duk [duduk] kat [di] luar padang
lah you [awak] tengok. Padahai [padahal] you [awak] dah bagi semua dah.
Nak pi [pergi] England, ok [baik], hantar. Nak pi [pergi] mana? Pi [pergi]
hantar. Round [pusing] sana round [pusing] sini. Bab bonus, tiap-tiap kali
kita main nak 5 [lima ribu] ? Ok [baiklah] kita bagi. Selepas itu, nothing
[kosong] bila dia masuk atas padang 11 orang itu, masuk gol sendiri,
balik masuk bilik air, balik rumah (ketawa). You [awak] frust [awak
kecewa] . You frust you [awak kecewa awak] tak boleh buat apa. Dia nak
kata apa, dia keluar mai [keluar], dia kata, tak boleh datuk.

AZL: Jadi ___

DS: Dia buat nanya kita la

AZL : Apa yang FAM ada buat untuk mengembalikan maruah bolasepak negara
di Malaysia ni?

DS: Kena plan [rancang] lah, I [saya] bagi I [saya], zaman I [saya], I [saya] dah
buat roadmap [perancangan] dah, roadmap [perancangan] I [saya] pun
depa [mereka] takmau [tidak mahu] ikut nak buat apa. I [saya] dah buat
roadmap [perancangan] macam mana by [pada tahun] 2012 or 2018 ke,
kita boleh meningkat. I [saya] ada roadmap [perancangan] dah, zaman I
[saya] dua tahun kita buat roadmap [perancangan]. Buku ada roadmap
[perancangan] kut, macam mana _____

FAR: Ianya bermula dari akar umbi lah?

DS: Ya, dia bermula (bagi mereka yang berumur) empatbelas tahun, limabelas
tahun, enambelas tahun, by the time dia dah lapanbelas tahun ke, dia dah
qualified [layak]. I [saya] ada roadmap I [perancangan saya]. I [saya] ada
KPI [Key Performance Index]. Kita pun orang profesional lah.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 58 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Jadi bila dah Dato Seri tidak lagi menjawat jawatan Setiausaha Agung,
adakah roadmap [perancangan] tersebut di teruskan oleh mereka di dalam
FAM ?

DS: Saya ingat dak [tidak]. Saya ingat tidak di teruskan. Depa [mereka], they
only do, day to be running and year to year, football cannot, football is a
longterm plan [hari ke hari, tahun ke tahun, bolasepak tidak boleh,
bolasepak adalah perancangan masa panjang]. Mean time [Pada masa
yang sama] yang team [pasukan] negara itu memang lah kita main,
bangkitlah, kut [jika] nasib baik ok [bagus] lah. Tapi long range [jarak
jauh] mesti ada. Sama seperti di negara kita, mesti ada. Ini yang problem
[masalah] kita ini, yang orang public [awam] pi [pergi] kat [kepada] kita
ini semua. Tengok semua dia mau [mahu], immediately [secepatnya]
mesti Malaysia mesti pukui [dapat] nombor 1 [satu] ke nombor 2 [dua]
ke. Mana boleh, no way [tak boleh]. Takpalah [tidak mengapalah] yang
itu main takpalah [tak mengapalah], yang plan itu plan [yang dalam
perancangan] lah. Ini yang mustahak ini (tiba-tiba anak Dato Seri
Ibrahim datang dan memberikan beg tolak kepada ayah beliau. Beg
tersebut tidak boleh di buka). Eh whats happening to this one [Eh, apa
dah jadi kepada beg ini] ? I [saya] cant open this you [awak] know. How
did you do to my bag, I dont know. (Tiba-tiba Dato Seri memandang
kami, dan meneruskan perbualan). Ala you [awak] tulis ajalah
[sahajalah], satu buku you [awak] dah boleh buat dah. You [awak] cong
sini sikit cong sana sikit [goreng].

AZL & FAR: (Ketawa)

DS: Cerita dramatik sikit habih [habis] lah. Nanti I [saya] tengok, I [saya] nanti
faks dia [resume beliau] tunjuk kat [kepada] you [awak]. I [saya] tunjuk
kat [kepada] Zairil (anak Dato Seri), I [saya] bagi kat [kepada] you
[awak] I [saya] punya CV itu ya. I havent got [saya tak ada buat masa
ni], nanti I [saya] pergi cari lah.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 59 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
FAR: Datuk Seri, untuk terakhir, apakah harapan dan pesanan Dato Seri
terhadap semua yang terlibat dalam bolasepak malaysia, sekarang ini lah?

DS: Sekarang ya. Saya rasa, yang penting nya dalam bolasepak malaysia, kita
harus menerima pandangan orang, menerima kritikan orang, dan kita
mesti terima lah bila orang kritik kita, terima pandangan-pandangan
orang, jangan ingat kita saja [sahaja] reti [pandai] bolasepak. Jangan ingat
bahawa apa yang kita buat, system yang kita buat, atau pun apa planning
[perancangan] kita, kita saja [sahaja] yang reti [pandai], orang lain tak
tahu. Jangan defensif, kita mesti harus terbuka lah. Ini kalau kita mau
[mahu] orang sokong bolasepak maka orang ramai harus memberi
feedback yang betul. Kita harus menerima feedback [maklumbalas] orang
ramai, sama ada baik atau tidak, walaupun keputusan itu kita yang buat.
Jangan ingat kita pandai, jangan ingat kita saja [sahaja] yang tau [tahu].
Jangan ingat kita saja [sahaja] yang reti [pandai] tentang bola ni. Bola
sepak ini bukan macam politik. Bolasepak ini semua orang rasa dia tau
[tahu] . Dia tak tau [tahu] main bola pun dia tau [tahu]. Dia duk [duduk]
dalam bilik pun dia tau [tahu]. Patut tendang sini tendang sini, takpalah
biar pi [biarkan] kat [kepada] dialah. Kalau tidak dia rasa tak seronok lah
kan. Tapi kita harus terima hakikat bolasepak ini adalah di minati orang
ramai. Dan orang ramai ada say [pendapat] dia. Jadi tak boleh lah ingat
kita saja [sahaja] yang terrer [pandai]. Bila orang kritik kita, kita nak
marah orang, susah lah. Jangan bagi helah. Kita lebih suka orang ramai
lebih suka tengok perancangan daripada memberi helah dan sebab
musabab. Jadi orang ramai (tanya) mana plan [perancangan] kita? Dia
kena tau [tahu] lah. Kurang-kurang dia confident [yakin] sikit [sedikit].
Dia tau [tahu] arah tuju mana depa [mereka] pi [pergi]. Cerita itu cerita
ini, itu tak baguih [bagus], ini tak baguih [bagus]. Tarak pi [tidak pergi]
manalah. We not going anywhere lah [kita tidak akan ke mana-mana lah]

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 60 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
AZL: Ok [Baiklah] Dato Seri, kami rasa nak menamatkan perbualan kami di
sini, tapi kami ada tiga lagi soalan lah, tapi soalan yang tidak berkaitan
dengan bolalah, adakah Dato Seri ada mempunyai hobi tertentu di waktu
lapang, seperti memancing, atau mengumpul stem ke?

DS: Hobi? Apa I [saya] buat ya? Hobi? Eh? What do I do [apa saya buat] ya?
(ketawa). Pancing takdak [tidak], no no memancing [tidak memancing],
too long [masa panjang sangat], too long [masa panjang sangat], too long
[masa panjang sangat] Hobi keretalah. Hobi sewa kereta lah (ketawa).
_____

AZL: Adakah Dato Seri dan isteri mempunyai hobi yang sama?

DS: I dont think so lah [Saya tak fikir lah]. Takde lah

AZL: Ok [baik] lah Dato Seri, terima kasih banyak Dato Seri kerana sudi di
temubual oleh kami.

DS: No problem, no problemmmm, anytime [tidak ada masalah], dapat degree


[ijazah] sudah, bila nak dapat degree [ijazah] ni?

AZL: Lambat lagi lah Dato Seri, Jun 2010 insyaAllah.

Demikian tadi rakaman temubual secara lisan mengenai pengalaman Dato Seri
Ibrahim Saad yang merupakan bekas setiausaha Agung FAM mengenai pengalaman
beliau di dalam arena bolasepak. Kami bagi pihak Dekan Fakulti Pengajian Maklumat,
UiTM Puncak Perdana mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian
beliau dalam memberikan maklumat mengenai peristiwa yang telah berlaku. Semoga
hasil rakaman ini memberi manfaat kepada pendengar, penyelidik dan generasi akan
datang. Sekian.

END OF TAPE 2 SIDE B

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 61 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
LOG WAWANCARA

LOG WAWANCARA

TAPE 1 SIDE A
0100 Latarbelakang tokoh Ibrahim bin Saad
Bukit Mertajam
Pulau Pinang
0415 Sejarah Pendidikan Sekolah Melayu Bukit Mertajam
High School Bukit Mertajam
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan
Universiti of Winconsin, US
0520 Kerjaya awal Sultan Idris Training College
Royal Military College
0900 Penglibatan dalam politik Umno
Anwar Ibrahim
Dr. Mahathir
DUN Seberang Jaya
Parlimen Tasik Gelugor
Timbalan Menteri Pulau Pinang
Timbalan Menteri Pengangkutan
1350 Penglibatan dalam academic Vice Chanselor
UniKL
MIAT
British Institut, Gombak

TAPE 1 SIDE B
0057 Penglibatan dalam politik Umno
Anwar Ibrahim
Dr. Mahathir
DUN Seberang Jaya

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 62 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
0250 Idola Datuk Seri Dr. Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim
0505 Penglibatan dalam bolasepak Timbalan Presiden
Persatuan Bolasepak Penang
Setiausaha Agung
FAM
0735 Prestasi bolasepak negara Rasuah
Laporan polis
Silver Medal
Sea Games
Pengalaman bolasepak di luar negara Manchester United
England
World Cup
France
Japan
Korea
Germany
Zidane
1940 Perbezaan skuad dahulu Olimpik
Semi-final
World Cup
Asia Cup
Insentif
PKNS
Laos
Kemboja
Korea

TAPE 2 SIDE A
0017 Penglibatan kaum dalam bolasepak Melayu
India
Cina
0153 Mutu pengadilan bolasepak Mohd Nazri Abdullah
Supidin

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 63 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
Pengadil World Cup
Pengadil Asia Cup
0438 Pengalaman dalam FAM Setiausaha Agung FAM
Merdeka Tournament
Sea Games
Youth Team
India
Raja Gopal
Sains Sukan
Institut Sains Negara
Ridwan Abdullah
Harian Metro
1548 Pandangan terhadap MyTeam Khairi Jamaluddin
TV3
Perdana Menteri
Liga Malaysia
Malaysia Cup
FAM Cup
Premier League
Super League
UPB-MyTeam

TAPE 2 SIDE B
0020 Kerjasama di dalam FAM Tan Sri Hamzah Abu Samah
Sultan Pahang
Semi-Pro
Majlis Sukan Negara
Majlis Olimpik Malaysia
0440 Mutu jurulatih bolasepak Khairi
Soh Chin An
Sathia
0720 Penonton bolasepak Wyne Rooni
Ronaldo
Gerrard

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 64 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
Liverpool
England
Manchester United
1130 Pengalaman bolasepak tidak dapat di Malaysia lwn Thailand
lupakan Sea Games
Kamaruzzaman
Manchester
1900 Perancangan FAM Bermula dari 14 tahun
2040 Harapan terhadap bolasepak Terbuka menerima kritikan
Menerima pandangan orang

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 65 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
SOALAN-SOALAN WAWANCARA

1: Kita start [mulakan] dengan peribadi dulu boleh ke?

2: Kita start [mulakan] dengan peribadi dulu?

3: Assalamualaikum Dato Seri

4: Boleh kami tahu apakah nama penuh Dato Seri?

5: Di manakah Dato Seri di lahirkan?

6: Bukit Mertajam, berapa umur Dato Seri sekarang?

7: Datuk Seri ini anak keberapa dari berapa orang adik beradik?

8: Seterusnya, bilakah tarikh lahir Dato Seri?

9: (Ketawa) Nak mai [datang] balik bukannya senang.

10: Ha-ah [ya] dua orang.

11: Tak, saya kerja Telekom [di Telekom], dia kerja Port Klang [di Port
Klang], dia kerja shipping company [syarikat perkapalan], Port Klang.

12: Vietnam, dia dari Vietnam.

13: Gemadept, Gematrans.

14: Gematrans.

15: Ho Chi Minh.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 66 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
16: Datuk Seri, kami nak tanya, tentang background [latarbelakang] keluarga
Dato Seri, historical, kami nak tanya tentang historical [sejarah

17: Pasal [tentang] keluarga, keluarga.

18: Dekat mana tu?

19: OK Dato Seri, yang tadi, selepas Universiti Perguruan Sultan Idris,
selepas dapat scholarship [biasiswa] dari Universiti Kebangsaan tadi, ke
mana seterusnya Dato Seri pergi?

20: Datuk Seri, Tasik Gelugor ini, Tasik Gelugor ini sebenarnya dekat mana
Dato Seri?

21: OK [Baiklah] Dato Seri, selepas pilihanraya 1999, adakah Dato Seri
terus berkecimpung dalam politik atau macam mana?

22: Dia punya fakulti yang dekat Jalan Sultan Ismail itu ke?

23: Oh, Universiti Kuala Lumpur.

24: Sekarang dah berapa ramai student?

25: DS, universiti kuala lumpur ini sebenarnya ada banyak institusi pengajian
tinggi yang lain lah di bawah dia?

26: Nazri Aziz

27: Adik saya ada belajar di MIAT?

28: Malaysia Institute of Aviation. Yang itu pun di bawah universiti Kuala
Lumpur juga kan?

29: Management [Pengurusan] ?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 67 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
30: So [Jadi] macam mana dengan dia punya pengurusan itu Dato Seri?

31: Dari segi pengurusan utama dia, maksudnya centralized [pusat] dia?

32: Sistem semua sama lah?

33: Macam konvokesyen itu dia sama lah?

34: Ok [baiklah] Dato Seri, kami nak tanya sedikit tentang keluarga Dato
Seri lah. Berapa ramai sebenarnya anak Dato Seri?

35: Yang sulong umurnya berapa tahun?

36: yang paling bongsu umurnya berapa tahun?

37: Jadi anak-anak Dato Seri semuanya dah berkahwin lah?

38: Belum lagi dua orang belum kahwin lah?

39: Dato seri ada berapa ramai orang cucu sekarang ini?

40: Dua orang ya. Dan apa nama isteri Dato Seri apa?

41: Isteri Dato Seri ini, dia kerja atau menjadi suri rumah?

42: Ok [baiklah] Dato Seri, nak tanya sedikit lah tentang pengalaman kerja
Dato Seri lah sebelum kita move [bergerak] kepada FAM dan
pengalaman bola.

43: Nak tanya pasal pengalaman kerja, Apa perkerjaan pertama yang Dato
seri buat sebaik sahaja tamat belajar dahulu?

44: Pada tahun bila itu Dato Seri?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 68 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
45: Ni nak tanya sedikit pengalaman Dato Seri dalam politik la, apa
pengalaman paling manis sepanjang Dato Seri berkecimpung dalam
politik.

46: Jadi bila Dato Seri mula berkecimpung dalam politik, ada tak sesiapa
yang menjadi idola Dato Seri, dalam politik?

47: Kalau yang di luar negara punya, ada sesiapa yang menjadi idola Dato
Seri?

48: Politicion [ahli politik] di luar negara?

49: Jadi Dato Seri, boleh kah kita mula cerita tentang pengalaman Dato Seri
dalam FAM, jadi kami nak tanyalah, kami nak tanya bila Dato Seri mulai
serius meminati arena bola sepak?

50: Masa muda dulu Dato Seri memang aktif main bolasepak lah?

51: Nak tanya pendapat Dato Seri lah tentang prestasi bolasepak negara kita
ini, dari tahun 70 an sampai sekarang?

52: Datuk Seri dah tahu dulu keputusan bolasepak itu ?

53: Sampai begitu teruk sekali?

54: Dato Seri buat laporan kepada pihak ?

55: Apa yang menyebabkan diaorang [para pemain bolasepak] ini terlibat
dengan rasuah ini Dato Seri, adakah _____ ?

56: Datuk Seri ada tak, ada tengok perlawanan bolasepak di luar negara tak?

57: Dekat sana itu, lebih kurang Malaysia tak, dari segi rasuah dia?

58: Nine hundred [sembilan ratus] pound itu berapa?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 69 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
59: Jadi, nak jadi pemain bola sepak ini, sebenarnya tak memerlukan sijil la?

60: Ada tak nama, apa pasukan di luar negara, pasukan bolasepak di luar
negara yang di minati oleh Dato Seri?

61: Favourite team [Pasukan kegemaran]?

62: Pasukan Negara pula?

63: Negara?

64: Tak, maksudnya _____

65: Jadi Dato Seri dah pernah tengok perlawanan di luar negara, mesti kenal
ramai pemain di luar negara, jadi Dato Seri rasa, siapa sepatutnya yang,
pemain bolasepak luar negara itu yang sepatutnya menjadi contoh kepada
pemain tempatan?

66: Favourite player [pemain kegemaran] Dato Seri siapa?

67: Apa yang membezakan skuad kebangsaan dulu dengan sekarang?

68: Masuk World Cup

69: Sebenarnya dulu itu, apa nama dia inih, bukan _____

70: Konteks dia lain, makna nya bukan sebab insentif ke?

71: Zaman itu semi-pro?

72: Jadi maksudnya, orang berkerja untuk bolasepak ke apa?

73: Ok [baiklah] Dato Seri, dari dulu sampai sekarang, kami perhatikan lah,
orang Melayu ini banyak lah menyertai, mendominasi sukan bolasepak

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 70 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
ini, jadi adakah sebenarnya kaum lain tidak berminat atau macam mana
ini?

74: Ni, nak tanya, ada tak Dato Seri tulis buku atau apa saja berkenaan
dengan bolasepak ?

75: Datuk Seri, kami nak tanya tentang mutu pengadilan bolasepak di
Malaysia la. Kami merasakan apa, mohamad nazri abdullah adalah orang
yang layak menjadi idola pengadil bolasepak, apa pendapat Dato Seri?

76: Dia, dia dah meninggal?

77: Kapten?

78: Betul, betul. Player [pemain] tak kemana lah

79: Berkenaan dengan FAM, bila Dato Seri mula menjawat jawatan
setiausaha agung FAM ?

80: Apa tugas dan tanggungjawap Dato Seri lah, semasa menjawat _____ [di
dalam FAM]

81: Jadi di Malaysia ini, adakah sebenarnya saiz badan itu memainkan
peranan penting untuk _____ ?

82: Body dia?

83: Jadi bila perut lapar itu, itu yang menjadi punca kalah tu?

84: Jadi Dato Seri, faktor permakanan memainkan peranan lah dalam ___ ?

85: Dia punya kasut dia lain?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 71 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
86: Maksudnya macam ini, FAM memang tidak menekankan aspek sains
sukan lah dalam sukan bolasepak?

87: Adakah Dato Seri sekarang ini selepas _____ dah _____ ?

88: Datuk Seri nak tanya, apa ini, apa kaitan MyTeam dengan FAM ?

89: MyTeam ini bukan FAM lah yang tubuhkan la

90: Kami tengok macam gah dekat di TV3 tu?

91: Takde [tidak ada] kommersial dia gah lah?

92: Pada pendapat Dato Seri, objektif MyTeam itu memang tak ____ ?

93: Jadi sebenarnya sejauh mana tahap professionalisme kumpulan MyTeam


ini?

94: Jadi di sini MyTeam ada unsur-unsur politik lah di situ?

95: Datuk Seri, nak tanya tentang semasa FAM di terajui oleh Tan Sri
Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 sehingga 83. Apa pendapat
pendapat Dato Seri tentang beliau?

96: Lepas itu 1984 sultan pahang menerajui FAM?

97: Pendapat Dato Seri tentang Sultan Ahmad semasa beliau, baginda
menerajui FAM?

98: Ok [baiklah], FAM dan MSN adalah dua pertubuhan sukan yang berbeza,
apakah perbezaan skop tugas MSN dan FAM ?

99: MSN, Majlis Sukan Negara ?

100: Tidak ada kena mengena dengan FAM?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 72 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
101: Majlis Sukan negara ini _____ ?

102: Apa jawatan Dato Seri sekarang dalam MSN ?

103: Oh, Majlis Olimpik, MOM

104: Bukan MSN?

105: Maknanya MOM tak ada kaitan lah dalam membantu _____ ?

106: Sukan bolasepak ?

107: Apa nama jawatan Dato Seri dalam MOM?

108: Oh, Vice President?

109: Sejak tahun bila itu?

110: Ok [baiklah] Dato Seri saya nak tanya, apabila skuad kebangsaan gagal
dalam satu kejohanan, jurulatih sering di persalahkan dan seterusnya di
pecat, adakah dengan cara itu dapat menyelesaikan segala permasalahan?

111: Tapi atas nama, dia pengurus?

113: Ok [baiklah], Dato Seri pernah melihat, pernah menoton perlawanan


bolasepak di luar negara, jadi apa yang Dato Seri dapat lihat tentang
penonton bola, penonton bolasepak di sana berbanding dengan negara
kita, dari segi semangat misalnya, dari segi disiplin?

114: Penonton di luar negara itu disiplin diaorang lebih tinggi lah ?

115: Oh, lebih patriotik.

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 73 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
116: Saya pernah pergi ke stadium, saya tengok stadium selalu kosong, apa
sebab dia?

117: Adakah siaran langsung di telivision itu secara tak langsung menjadi
punca penonton kurang?

118: Stadium?

119: Ok [baiklah], Dato Seri dah tengok banyak perlawanan bolasepak, kan,
jadi nak tanya, apa perlawanan bolasepak yang paling Dato Seri tidak
boleh lupakan?

120: Perlawanan antara pasukan mana dengan pasukan mana?

121: Tapi kita kalah kan?

122: Tengok.

123: Bagaimana dengan perlawanan di luar negara, kelab ke negara ke?

124: FA cup ke? Final?

125: Yang bergaduh itu?

126: Menang.

127: Ya, Manchester menang.

128: Ketika game [perlawanan] itu, Dato Seri tengok selepas ia tamat, adakah
kedua-dua penyokong kelab bergaduh ke, ataupun _____

129: Bagaimana dengan perlawanan terakhir yang Dato Seri menonton di luar
negara?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 74 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
130: Yang kelayakan itu?

131: Oh ?

132: Yang goal last-last minit [saat-saat terakhir] itu?

133: Ok [baiklah]. Dato Seri, nak tanya, semasa Dato Seri menjadi setiausaha
agung FAM, ada tak masalah besar yang Dato Seri hadapi?

134: Bagaimana Dato Seri menangani cabaran ini?

135: Jadi ___ ?

136: Apa yang FAM ada buat untuk mengembalikan maruah bolasepak negara
di Malaysia ini?

137: Ianya bermula dari akar umbi lah?

138: Jadi bila dah Dato Seri tidak lagi menjawat jawatan Setiausaha Agung,
adakah roadmap [perancangan] tersebut di teruskan oleh mereka di dalam
FAM ?

139: Datuk Seri, untuk terakhir, apakah harapan dan pesanan Dato Seri
terhadap semua yang terlibat dalam bolasepak malaysia, sekarang ini lah?

140: Ok Dato Seri, kami rasa nak menamatkan perbualan kami di sini, tapi
kami ada tiga lagi soalan lah, tapi soalan yang tidak berkaitan dengan
bolalah, adakah Dato Seri ada mempunyai hobi tertentu di waktu lapang,
seperti memancing, atau mengumpul stem ke?

141: Adakah Dato Seri dan isteri mempunyai hobi yang sama?

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 75 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
RUJUKAN

Piala FAM. Retrieved April, 8 2009, from the World Wide Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_FAM

About FAM. Retrieved April, 8 2009, from the World Wide Web:
http://www.fam.org.my/Modules/Page/Page.aspx?MenuId=3&Id=4

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 76 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
INDEKS

Anwar 21,29
Anwar Ibrahim 28
Arsenal 55
Asia Cup 36,40,49
Asia Football Federation 35
Asian Final 41
Associate Professor 20,28

Bank Negara 27
Bill Clinton 29
Brazil 42
Britain 25
British Institut 25
British Malaysian Institute 25
Brown Three Kolej 19
Bukit Mertajam 16, 17

Cambodia 37
Central Bank 27
Checkoslavakia 42
China 42,43
Cina 39

DAP 29
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 21
Datuk Seri Anwar 20
Datuk Seri Nazri Aziz 22
Dr. Tun Lee Chong 20

England 35,42,52,53,56,57,58
EPL 40
Europian Cup 36

FA Cup 56
FAM 27,29,40,41,44,45,46,48,49,51,58
Faridin 41
FIFA 35
France 35,52

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 77 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
G

Gary 31
Gemadept 18
George Best 36
Gerrard 52
Gombak 25

Harian Metro 45
High School Bukit Mertajam 18
Ho Chi Minh 18

Ibrahim bin Saad 16


Ibrahim Shah 21,24
India 39,41
Indonesia 57
Institut Sains Negara 45
Japan 35

Kamaruzzaman 55
Kedah 47
Kennedy 29
Kepala Batas 20
Khairi 51
Khairi Jamaluddin 46
Khairil Mahamin 41
Korea 35,38
Kuala Lumpur 22

Laos 37
Lim Kim Keong 33
Liverpool 52
London 26

Mahathir 21,22,29
Majlis Olimpik (MOM) 50,51
Majlis Sukan Negara 49
Maktab Tentera Di Raja 19,27
Malaysia Cup 40
Malaysian Institute of Aviation 21,23
Manchester 52,56
Manchester City 53
Manchester United 34,35,36,54,55
MARA 22,29
Maradona 42
Melayu 29,39
MIAT 23
Middlesex Universiti 26
Mohamad Nazri Abdullah 39

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 78 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
Mokhtar Dahari 37,48
MSN 49
Muhyamin 41
MyTeam 46,47,48

Naib Presiden 30
Nike 43

Osman Bakar 31

Pak Lah 21
Penang 27,31,54
Permatang Pauh 21
Persatuan Bolasepak Pulau Pinang 29,30
PKNS 37,48
Port Klang 17
Pulau Pinang 20,28,30,31

Queen Mary Universiti 26

Rajagopal 41
Ridwan Abdullah 45
Ronaldo 33,52
Royal Military College 27
Russia 52
Ryan Giggs 35

Sathia 52
Sea Game 32,41,54
Seberang Jaya 20
Selangor 47
Semi-pro 37
Setiausaha Agung 29
Shah Alam 54
Soh Chin An 51
Soh Chin Aun 37
South East Centre 27
SPM 33,34
SRP 33
Sultan Ahmad 49
Sultan Idris Training College 19
Super League 30
Supidin 39,40

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 79 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
T

Tan Sri Hamzah Abu Samah 48


Tan Sri Koh Soo Koon 20
Tasik Gelugor 20, 21
Telekom 17,
Thailand 54,57
Timbalan Presiden 29, 30
Tuanku 30
TV3 46

UiTM 21, 24
UKM 22
UniKL 22,27
United Plantation Berhad 48
Universiti Kebangsaan 19,27
Universiti Kuala Lumpur 21,22,23
Universiti London 22
Universiti Malaya 18, 24
Universiti Missousuri 25
Universiti of Winconsin 19
Universiti Perguruan Sultan Idris 19
UPB 48
UPB-MyTeam 48
USM 27

Van Nistelroy 55
Vietnam 17,42,43,57

Wan Azizah 21
Wayne Rooney 52
Wilayah Persekutuan 21
Winconsin 27
World Cup 35,36,39,40

Yang Di Pertuan Negeri Sembilan 57


Youth Team 41,42

Zainab Abdul Kadir 26


Zakuan 41
Zinedine Zidane 35

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 80 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana
LAMPIRAN

Ruangan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

i) Surat Perjanjian mengenai sejarah lisan


ii) Surat kebenaran memohon mengadakan wawancara
iii) Literature review
iv) Kronologi wawancara (yang juga boleh di dapati di dalam buku kecil)
v) Galeri gambar

IMR603 Documenting Oral Tradition / Mendokumentasi Tradisi Lisan Page 81 of 81


Fakulti Pengurusan Maklumat, Uitm Puncak Perdana

Anda mungkin juga menyukai