Anda di halaman 1dari 6

Latar masyarakat

1. Masyarakat orang asli

Masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong


mengadakan kenduriuntuk menyambut kedatangan Pegawai Pertanian iaitu
Encik Hasrul.

2.Masyarakat pelajar

Hartini dan Satiah merupakan pelajar di Tingkatan Tiga Teratai, sekolah


Menengah Kuala Batu .

3.Masyarakat yang bertanggungjawab

Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang


asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan
tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman.

4.Masyarakat yang melakukan kezaliman

Junainah berdendam dengan Hartini yang telah menamparnya dengan


membuat rancangan menuduh Hartini memiliki pil ecstacy sehingga Hartini
di tahan di dalam lokap.

5.Masyarakat yang ego

Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu


persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya.
Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di
hospital.

6.Golongan pelajar yang minat belajar

Hartini Dan Satiah sangat minat dan rajin belajar sehingga


memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan
kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.

Nilai
1. Nilai Bertanggungjawab

Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah


beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak
perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.

2.Nilai Kasih sayang

Encik Hasrul dan Puan Sarah juga sangat menyayangi anak angkat
mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di
hospital

3.Nilai Ketabahan

Contohnya Satiah sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya.


Walaupun dia menanggung penderitaan yang tidak terperi, dia tetap
bertenang dan tidak mahu kawan dan emaknya menaruh bimbang
terhadapnya.

4. Nilai Baik Hati

Ketika tinggal di rumah Hartini, Satiah sentiasa membantu kerja-kerja


rumah. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian
tanpa disuruh.

5. Nilai Keberanian

Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar
ke hospital kerana tidak sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit
barah paru-paru.

6. Nilai Setia kawan

Contohnya persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan


mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup
menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang
diberikan

Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah


beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak
perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah

2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa.

Hartini hormat kepada ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan,


dia akan meminta pandangan daripada ibu bapanya. Satiah juga hormat dan
taat kepada ibu bapanya. Dia menerima perintah bapa tanpa mengingkari
kehendak bapanya.

3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan

Encik Hasrul dan isterinya sedia memberikan bantuan kepada orang


lain. Mereka sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup
menanggung kos perubatan Satiah.

4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan

Hasrul dan Puan Sarah sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu
Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital

5. Kita perlulah bersikap setia kawan

persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka


sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga
Satiah di hospital ketika dia sakit.

6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup

Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi


penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah
Tangjung Bestari.
Watak Utama

Hartini

1.Tabah

Hartini menerima berita kematian sahabat karibnya, Satiah dengan hati yang
tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

2.Penyayang

Hartini amat menyayangi Satiah sehingga sanggup menjaga Satiah sewaktu dia
sakit.

3.Berani

Hartini berani menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya
Satiah. Dia memujuk Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital

4.Rajin

Disebabkan kerajinannya mengulangkaji pelajaran, Hartini berjaya memperoleh


keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1B.

5.Berdikari

Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang


Wawasan

6.Berdikari
Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang
Wawasan

Watak Sampingan

Satiah

1.Penyayang

Satiah amat menyayangi Hartini dan kedua ibu bapanya. Buktinya ,dia
menangis apabila mengetahui Hartini ditahan di dalam lokap. Malah Satiah sanggup
datang ke lokap untuk memberi semangat dan dorongan kepada Hartini.

2.Bertanggungjawab

Satiah berrtanggungjawab menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar


sehingga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.

3.Baik hati

Dia banyak membantu ketika tinggal di rumah Encik Hasrul. Satiah menyediakan
sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh

Pak Morit

1.Ego dan keras kepala

Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan.
Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali
membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.

2.Insaf atas kesalahan yang lalu

Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak membenarkan
Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin kritikal lalu akhirnya
meninggal dunia.

3.Baik hati
Dia membenarkan Satiah mendapatkan rawatan di hospital apabila keadaan
Satiah semakin tenat.

Anda mungkin juga menyukai