Anda di halaman 1dari 5

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu
setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci
dengan menghadap kiblat;

Waktu melakukan Solat Taubat Pada bila-bila masa sahaja


(sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik
sahaja merasakan diri telah mengengkari suruhan Allah
SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT
(sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa
kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh
tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3
malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Lafaz NIAT









Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah
Ta'ala"

Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca


doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah
Al-Kafirun: .

: atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.


Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu
bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah
(Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah
Rasulullah SAW:

: atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim


mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-
Fatihah maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11 kali, manakala
di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah
maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah


Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam
hati memohon keampunan dari Allah Taala):

:Ertinya
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha
Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri

Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali,


atau yang semampunya,









Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup
Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT
100 kali, atau yang semampunya,



Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang


mampu):












Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.
Dialah yang menghidupkan
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan)
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);







Ertinya:
"Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi
laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".

- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut


kemampuan):







:Ertinya
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku "

Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah


mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah
atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:





















Ertinya:
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di
dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung
kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang
telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Nabi SAW telah memberitahu bahawa barangsiapa yang membaca Penghulu


Istighfar pada Waktu Zuhur, seandainya dimatikan pada Waktu Asar, nescaya
dimasukkan dia ke dalam Syurga Allah SWT, begitulah waktu-waktu
selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai