Anda di halaman 1dari 37

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulilah kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya, Nuur Basirah Binti
Mohd Asri dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan penuh komitmen dan tekun dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.Walaupun masa yang diberikan agak singkat namun, saya
sedaya upaya menyiapkannya juga.Pada awalnya, saya menghadapi sedikit kesukaran dalam
mencari bahan untuk tugasan ini, tetapi dengan berkat kesabaran saya dapat mengatasi
masalah tersebut dengan penuh berhemah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Tuan Hj Salleh Bin Said yang
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tidak kira masa jika ditanya, tuan tetap mengemukakan idea dan menjawab terus pertanyaan
kami. Sungguhpun beliau sibuk dengan kursus yang perlu dihadiri, tetapi beliau tetap
meluangkan masa untuk menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh pelajarnya
sama ada dalam telefon mahupun bersua muka buat seketika. Jelaslah bahawa tuan sangan
memberikan kerjasama yang sangat jitu dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang selama ini telah banyak memberi
sokongan dari segi moral dan sejak saya masih kecil sehinggalah saya dapat berada di institusi
ini.Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya yang sentiasa mendampingi
saya dan memberikan buah fikiran dalam menyiapkan tugasan ini.tidak pernah jemu mereka
memberikan idea-idea yang yang bernas untuk menjadikan tugasan ini bertambah baik.

Akhir sekali saya mendoakan agar Allah S.W.T memberkati pertolongan anda semua.
Amin.

Sekian
PENGENALAN ARCA

Kita dikelilingi oleh model arca dalam kehidupan seharian. Arca merupakan seni
membentuk seseuatu bahan seperti kayu, batu dan logam kepada bentuk-bentuk tiga dimensi
(3D) dengan cara mengukir, menjadi model, dengan cara acuan ataupun dipersembahkan
dalam bentuk binaan. Arca juga dapat diertikan sebagai seni maujud dengan realiti kerana ia
dapat disentuh dan dipandang atau diteroka dari semua sudut meliputi 360 o. Tugu atau
momentum juga adalah dianggap sebagai arca seperti tugu negara yang memaparkan
perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Merskipun arca digunakan untuk tujuan khusus seperti bahan dekorasi di ruang pejabat,
di bilik tamu, menghias sudut bangunan atau untuk tujuan persembahan.Setiap penciptaannya
tersirat makna, penceritaan dan lambing atau identiti sesebuah organisasi itu sendiri.Oleh itu,
arca dapat dikategorikan sebagai produk seni halus.Arca juga termasuk dalam hasil-hasil kerja
kraf seperti dalam penghasilan tembikar yang mempunyai kesamaan teknik pembuatan
arca.Walau bagaimanapun, pengeluaran barangan atau objek untuk kegunaan harian tidak
dikira sebagai arca kerana arca sifatnya adalah untuk dipamerkan.

Merujuk kepada sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun itu


mempunyai wawasan serta visinya sendiri.Arca yang bersifat tiga dimensi yang terawal
dijumpai di negara Eropah.Arca ini dijumpai di Gua Hohlenstein, Stadel di Jerman (lihat rajah
1).Arca ini berukuran satu kaki, berbentuk badan manusia dan berkepala binatang.Arca ini
dipercayai adalah hasil buatan masyarakat pada zaman Paleolitik sekitar 30 000-28 000 S.M.
Arca ini berkemungkinan digunakan untuk upacara ritual sesuatu kaum.Terdapat banyak arca
yang dipercayai dihasilkan oleh masyarakat zaman purba.Terdapat beraneka jenis arca yang
dihasilkna oleh tamadun besar manusia seperti Mesir, China dan India.

Michelangelo Buonarroti (1475-1564) merupakan pengarca dari Itali.Beliau merupakan


pengarca yang teragung pada zaman Pembaharuan (Renaisans).Kebanyakan karya arca
beliau ialah ukiran pada batu marmar.Beliau menjadikan figura manusia sebagai subjek
utama.Kajian utama arca beliau ialah anatomi mansia dan kebanyakannya bertemakan
keagamaan. Di Malaysia, penghasilan arca moden telah bermula sejak awal tahun 1960-an.
Walau bagaimanapun, penghasilan arca fungsi seperti kraf tembikar telah pun dihasilkan oleh
manusia prasejarah sejak 2 000-15 000 S.M.
Di Mesir Purba misalnya, pengarca di zaman itu lebih mementingkan jisim kepada
bentuk-bentuk 3D yang teguh. Maka lahirlah bentuk-bentuk seperti batu blok yang kukuh
sifatnya. Di zaman Baroque pada abad ke-17 lebih mementingkan pergerakan serta liuk
kedutan tampak yang jelas.Pada abad ke-20 pula, pengarca melakukan pempiutan (distortion)
dalam kerja seni mereka dan ditampilkan dalam bentuk abstrak dan mereka langsung tidak
merujuk mana-mana hal benda (subject matter) tertentu dan bersifat tiada objek(non-objective).

Untuk mengenal arca-arca pada abad tersebut cukup hanya dengan melihat sifat
kompleksiti serta eksperimentasi bahan yang diguna pakai oleh pengarca sehingga dapat
menghasilkan pelbagai ragam gaya.Sebagai contoh, merujuk kepada tokoh Henry Laurens
yang merupakan seorang pengarca disamping pelukis di aliran kubisme umpamanya, beliau
mengenakan sifat permukaan datar dan bentuk-bentuk geometrikal pada arcanya.

Selain itu, seni arca di Malaysia wajar diselami. Di Malaysia, perkembangan seni arca
dikatakan bermula sejak penemuan bentuk-bentuk berunsur magis. Hal ini merujuk kepada
patung-patung Orang Asli kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan dalam upacara
ritual.Dengan itu, konsep arca ini dikaitkan juga kepada hasil-hasil kerja 3 Dimensi kraf yang
telah sekian lama diusahakan oleh orang-orang Melayu. Seni arca di Malaysia telah lahir sekitar
tahun 1960-an. Nama-nama Seperti Latif Mohidin, Anthony Lau, Shed Ahmad Jamal dan
beberapa orang lagi yang kebanyakkannya telah menimba pengetahuan di luar negara.

Mereka dikatakan sebagai pelopor serta dijadikan rujukan utama jika ada yang
membicarakan mengenai bidang seni arca di Malaysia.Menjelang tahun 1980-an, barulah arena
arca terserlah. Ini adalah hasil kegigihan sekumpulan arcawan dari UTM(kini UiTM). Nama-
nama seperti Zakaria Awang, Mad Anuar dan Ariffin Ismail adalah antara pemikir dan
penggeraknya. Menurut Baharuddin lagi,

Oleh itu mulai tahun 1980 lahirlah sekumpulan arcawan anak muda hasil dari guru yang
namanya disebut disebut di atas. Zulkifli Yusoff, Ramlan Abdullah, dan beberapa orang
lagi yang masih meneruskan tradisi arca berteraskan ubdaya Malaysia seperti yang
telah diajarkan kepada mereka.
Segelintir masyarakat ada menganggap seni arca menyimpang dari dasar akidah Islam
sepatutnya tidak timbul.Salah tafsir mungkin berpunca dari salah faham individu tentang seni
sebagaimana niat dan tujuan pembuatannya. Muhammad Bukhari Lubis, menjelaskan:

Seni merupakan fitrah manusia yang turut menberi kesan ke jiwa. Sebagai manusia
muslim,seni itu mestilah dipandang sebagai wahana kepada niat atau matlamat yang
dikehendaki. Hukum seni bergantung kepada niat atau matlamat seseorang.Jika niat
atau matlamatnya halal, seni itupun halal dan begitulah sebaliknya.
JENIS-JENIS ARCA

Arca didefinisikan sebagai suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.Permukaan dapat
dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Sebenarnya, pengertian arca berasal daripada
zaman lampau di dalam Bahasa Latin iaitu sculpere yang membawa erti satu proses
mengukir,melarik, mencungkil dan mengguris. Kebiasaannya, arca boleh dilihat si galeri seni,
Taman permainan, dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan
Tugu Peringatan.Arca sifatnya realis dan abstrak.

Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan
acuan patung manusia (lihat rajah 2). Manakala arca abstrak pula adalah bersifat konseptual
dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud
arca tersebut (lihat rajah 3).Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam
segala pengalaman dalam kehidupan melalui luahan rasa ke dalam bentuk arca.Arca terbahagi
kepada dua jeni kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca estetik adalah arca yang dijadikan sebagai bahan peragaan atau tatapan sahaja.Ia
dipamerkan diruang galeri atau ruang dalam bangunan sebagai perhiasan. Arca sebegini
mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya pemikiran yang kritis untuk memahami
maksud atau menginterpretasikannya (lihat rajah 4). Manakala arca berfungsi pula ialah
sesuatu binaan yang mempunyai nilai keindahan dan dipamerkan dengan tujuan tertentu.
Contoh arca ini dapat kita lihat di taman permainan, selain menghias ia juga berfungsi sebagai
tempat kanak-kanak bermain, sebagai alat penyembahan dan alat kegunaan harian (lihat rajah
5, 6 dan7).

Contoh arca berfungsi yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala tetapi masih kekla
hingga kini ialah labu sayong .ia digunakan untuk mengisi air dan makanan. Batu nisan juga
dikenali sebagai arca fungsinya untuk menanda kubur dan keris pula sebagai senjata atau
upacara ritual. Arca mobile pula lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana
sifatnya yang tergantung dan bergerak jika ditiup angin. Arca ini mempunyai nilai estetik yang
tersendiri dimana boleh dikomersialkan.
Arca ini juga boleh bergerak sendiri, berputar, berombak dan biasanya terawang-awang
di udara. Mobail ini digantung di permukaan syiling. Penulis mendapati bahawa arca ini
dipelopori oleh Alexander Calder (188-1976) iaitu seorang pengarca dan juruteknik Amerika dan
diperkenalkan pada awal tahun 1930-an (lihat rajah 8).

Seterusnya ialah arca asemblaj. Arca ini adalah hadil himpunan bahan-bahan yan
diisusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu
makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk ua
dimensi, namun ianya boleh juga dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi (3D). Bahan kutipan
dicantumkan unutk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik
yang sesuai untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan dan binaan.
Pengkarya boleh memilih teknik penghasilan menikut keselesaan tanpa terikat pada satu-satu
fakta.
ARCA STABAIL

Stabail dalam konteks arca membawa maksud satu binaan seperti mobile yang boleh
bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya boleh bergerak yang
mempunyai tapak. Bahagian yang dicantum tidak boleh bergerak kerana ia merupakan ciri-ciri
stabail. Tabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh
bergerak secara terawang-awang. Rekaan arca ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti
seseorang dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di sekekliling seseorang itu
kerana ia boleh terhasil menggunakan bahan terbuang. Stabail boleh dihantung di tingkap,
dinding, atau pintu siling.

Stabail jika diamati sifat pada namanya adalah bermaksud statik, stabil dan tetap. Ini
bermakna bahawa arca ini bersifat stabil. Bahagian atau komponen yang berlainan yang
dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Arca ini
bersifat fleksibel dari segi penggunaan bahan. Ia boleh dihasilkan menggunakan teknik
kimpalan, binaan, cantuman skru, paku atau gam. Kebiasaan para artis yang membina arca
membina tapak menggunakan besi, kayuu, papan atau Plalster Of Paris kerana bahan -bahan
ini mampu menahan jisim sesuatu objek yang berada di atasnya.

Arca ini boleh bergerak, tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang
boleh terawang-awang di udara.
MICROSOFT PAINT

Paint adalah program graphics painting sederhana yang terintegrasi dengan hampir
seluruh versi Microsoft Windows, sejak perilisan pertamanya. Sering dirujuk sebagai MS Paint
atau Microsoft Paint. Program ini dapat membuka dan menyimpan gambar dalam berbagai
format. Dahulunya, Paint lebih dikenali dengan nama Paintbrush. Perisian ini juga merupakan
salah satu program pengolah gambar sederhana yang dikeluarkan oleh Microsoft.
Objek Buatan Manusia Yang Dijadikan Sumber Ilham
OLAHAN IDEA
KOMPOSISI ARCA
KAJIAN WARNA
Kajian warna 1

Kajian warna 2

Kajian warna 3

HASIL AKHIR
MEMBUAT LAKARAN MENGGUNAKAN PERISIAN MICROSOFT PAINT
KAJIAN WARNA

Dipilih
HASIL AKHIR
ALAT DAN BAHAN
LAMPIRAN

RAJAH 1 RAJAH 2

Arca A Lion Headed Arca hyper realistic

Pengarca: Ron Mueck

RAJAH 3 RAJAH 4

Arca abstrak Pengarca: Anthony Lau

Tajuk: Perhubungan, 1964 Tajuk: Ayam Jantan, 1963

Pengukir: Syed Ahmad Jamal Bahan: besi


RAJAH 5 RAJAH 6

Taman permainan kanak- Arca untuk pemujaan


kanak

RAJAH 8
RAJAH 7
Tajuk: Myxomatose, 1953 (A08122)
Arca untuk Artis: Alexander Calder
kegunaan duduk
BIBLIOGRAFI

Pendidikan seni visual. (2009). Arca. Diakses pada 5 Mac 2014, dari
senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html

Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Pendidikan seni visual dan muzik. Selangor: Malindo Printers
Sdn. Bhd. .

Wikipedia.(2014). Lion man of the hohlenstein stadel.Diakses pada 5 Mac 2014, dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Lion_man_of_the_Hohlenstein_Stadel

Seni arca. (2008).

Artisenivisual. (2012). Arca. Diakses pada 12 April 2014, daripada


http://artisenivisual.blogspot.com/2012/02/arca.html

Anda mungkin juga menyukai