Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSC 3103_ V2

BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE

NAMA : NORAZIAN BINTI TAAT


NO.MATRIK : 790218015678001
NO.IC : 790218-01-5678
NO.TELEFON : 019-5266988
ALAMAT E-MAIL : aufanaufal_2006@yahoo.com
LEARNING CENTRE : SUNGAI PETANI
SEMESTER MEI 2016
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PERKEMBANGAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK 2
3.0 SEBAB PENGHASILAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK 4
4.0 KESELAMATAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK 6
5.0 ISU-ISU MAKANAN UBAH SUAI GENETIK TERHADAP KESIHATAN MANUSIA 9
KESIMPULAN
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Di Malaysia, kebanyakkan murid dan masyarakat di pedalaman masih terpinggir


dalam arus kemudahan infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap.Tiada bekalan
air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga elektrik hanya bergantung
kepada set generator atau sel bateri basah pastinya menimbulkan kesulitan. Tambahan
lagi, bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk guru di
sana.
Selain daripada itu persepsi dan amalan ibu-bapa murid itu sendiri. Aktiviti
kelagsungan hidup mereka seperti memburu, masuk ke hutan dan lain-lain turut
menyekat pembelajaran murid-murid. Ibu- bapa sesuka hati membawa keluar anak
mereka dari sekolah untuk mencari hasil hutan sepanjang waktu persekolahan. Ini turut
menyumbang kepada hilangnya tumpuan dan minat murid-murid belajar.
Isu makanan GM adalah amat asing bagi murid-murid dan masyarakat di pedalaman.
Jadi guru perlu kreatif ketika menyampaikan maklumat agar minat mereka dapat
dikekalkan dan objektif pembelajaran tercapai. Penggunaan bahan bantu mengajar dan
bahan bantu belajar menjadi satu kemestian bagi pelaksanaan aktiviti murid agar wujud
pembelajaran bersama atau kolaborasi yang menimbulkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.
Audien terdiri daripada murid-murid dan juga masyarakat sekitar. Aktiviti di dalam
kelas seperti ceramah agak tidak sesuai. Kerana dikuatiri mereka akan cepat hilang
tumpuan dan mudah bosan. Kaedah yang lebih praktikal, guru boleh menganjurkan hari
terbuka dan menyediakan sebuah booth pameran bagi menyampaikan maklumat
mengenai makanan GM.

1
2.0 PERKEMBANGAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK (GMF)
Definisi Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)
Makanan ubah suai genetik (GMF) adalah makanan yang terhasil daripada organisma
yang telah dimanipulasikan dan menyebabkan berlaku perubahan kepada struktur dan
ciri-ciri gen secara terus. Asid Deoksiribonukleik (DNA) dimanipulasikan menerusi
proses penggabungan dan pengasingan antara DNA satu organisma dengan DNA satu
organisma yang lain.

Perkembangan Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)


Pengubahsuaian genetik telah wujud sejak zaman dahulu. Manusia telah melakukan
pengubahsuaian genetik haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan bagi menghasilkan
produk GMF dan GMO yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh manusia. Ini
semua tidak berlaku secara semulajadi. Dengan menggunakan teknik pembiakan yang
terpilih dan terbaik terhadap haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan bagi memenuhi
keperluan manusia.
Sumber dari jurnal elektronik Wikipedia (2008) menerangkan makanan ubah suai
genetikmembabitkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan
maklumat genetik dua spesis organisma yang berbeza. Apabila gen-gen ini digabung
dalam sel telur atau sel sprema agar maklumat genetik boleh diturunkan kepada induk
baru yang dihasilkan maka hasil gabungan ini dikenali sebagai organisma transgenik
yang boleh dilakukan melalui tiga proses iaitu manipulasi DNA, gabunganDNA sesuatu
organisma dengan DNA bakteria dalam plasmid atau bakteriofaj serta pengklonan atau
teknik mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan. Proses-proses ini
dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun 1972 buat kali pertamanya yang
berjaya memasukkan DNA prokariot ke dalam bakteria dan diikuti oleh S.N Cohen dan
Heberrt Boyeryang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama plasmid
bakteria.
Persenyawaan tumbuhan dilakukan dengan mencantumkan gen-gen antara dua
tumbuhan atau lebih yang terpilih bagi menghasilkan tumbuhan baru yang lebih
bervariasi. Teknik yang sama juga diaplikasikan terhadap haiwan yang turut terpilih
untuk menghasilkan baka yang lebih berkualiti.

2
3.0 SEBAB PENGHASILAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK

Meningkatkan hasil pertanian


Dengan adanya kejuruteraan dalam menghasilkan makanan ubah suai genetik, ia
banyak membantu meningkatkan hasil pertanian negara. Tumbuhan juga tahan kepada
seranganserangga perosak yang menyebabkan kurang berlaku kerugian.

Penghasilan racun perosak dan racun serangga


Bidang pertanian telah mengambil kesempatan daripada bidang ini dengan
mengubah spesies tumbuhan. menggunakan teknik kejuruteraan genetik, ahli pertanian
telah berjaya menghasilkan racun perosak dan racun serangga yang mampu melindungi
tumbuh-tumbuhan daripada ancaman serangga perosak dan membantu tanaman
membesar dengan cepat. Ekoran kejuruteraan genetik, proses fotosintesis tumbuh-
tumbuhan semakin bertambah baik dan telah meningkatkan rintangan tumbuh-tumbuhan
menentang penyakit tertentu.

Menurunkan kuantiti penggunaan racun


Benih atau baka daripada GMF lebih tahan kepada serangga perosak dan boleh hidup
dalam keadaan iklim yang melampau.Sebagai contoh gen tumbuhan At-DBF2
dimasukkan ke dalam sel tomato dan tembakau untuk melihat peningkatan daya tahan
tumbuhan terhadap tanah dan cuaca kering. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk
melambatkan proses kerosakan makanan. Maka, buah-buahan dan sayur-sayuran mempu
nyai jangka hayat yang lebih panjang.

4.0 KESELAMATAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK


Menurut Mohideen Abdul Kader (A guide to Genetically-modified Foods ini
Malaysia), keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana
kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan
merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear,

3
pencemaran genetik tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan
dan bersambung antara generasi ke generasi.
Kandungan genetik makanan ubah suai genetik (GMF) telah diubah dengan
menggunakan teknik kejuruteraan genetik. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan
kualiti dan mutu makanan. Namun, sebenarnya sesetengah fakta mengenai GMF,
memberikan kita fakta yang menakutkan mengenai keselamatan kepada persekitaran dan
juga kesan kepada manusia sendiri.
Dikhabarkan kejuruteraan genetik yang menggunakan virus sebagai penggerak untuk
membawa gen berfungsi ke dalam tubuh manusia belum dapat disahkan keselamatannya
kepada tubuh. Sehingga kini, belum ada lagi kajian dijalankan untuk mengetahui kesan
sampingan penggunaan virus sebagai vektor.

Mengganggu kepelbagaian genetik

4
Manusia mungkin akan terdedah kepada bentuk penyakit dan virus yang tidak
diketahui dan ia boleh menjurus kepada kepupusan populasi manusia.

Mendatangkan penyakit
Perkembangan dan penggunaan teknologi dalam penghasilan makanan hari ini
semakin menjejaskan keselamatan makanan yang dimakan kerana teknologi dalam
bidang penghasilan makanan berkembang begitu cepat tanpa sempat sebarang kajian
selanjutnya tentang tahap keselamatan kepada pengguna dilakukan. Makanan yang asli
sama ada tumbuhan segar yang dikeluarkan dari kerak bumi ataupun haiwan yang
memakan tumbuhan yang asli adalah terbukti tidak membahayakan kesihatan manusia.
Tetapi yang menjadi masalah hari ini ialah pelbagai teknik ke atas makanan menyebabkan
makanan itu menjadi tidak selamat dan akhirnya mengganggu kesihatan.
Pengubahsuaian genetik yang dilakukan ke atas makanan sebenarnya telah pun menjadi
kontroversi sejak awal tahun 1990-an. Antara kontroversi yang berlaku terhadap
makanantermasuklah pengklonan haiwan diladang di Great Britain, insiden Bovine
Spongiform Encepha-lopathy
Berdasarkan laporan kajian,(BSE) atau penyakit lembu gila di Great Britain awal
1990an, kehadiran teknologi terminator seed, keputusan FDA untuk mengelaskan
makanan yang diradiasi dna makanan ubah suai genetik sebagai makanan organik,
pempatenan beras Basmathi serta kesan herbisiddan kerintangan serangga terhadap alam
sekitar dan kes ketoksikan Bacillus thuringiensis (bt)iaitu sejenis bakteria daripada tanah
yang digunakan pada jagung. Kerintangan atau daya tahan terhadap makanan ubah suai
genetik yang berlaku di Great Britain muncul kerana adanya penyakit lembu gila.
Seterusnya berlaku pembahagian Salmonella yang akhirnya menimbulkan keraguan
terhadap peraturan keselamatan makanan yang ada pada masa kini. Kerintangan ini telah
diketengahkan dalam kajian yang kontroversi pada 1999 oleh ahli sains alam bidang
makanan iaitu Arpad Puszta dari Rowett Research Institut di Aberdeen Scotland. Dalam
kajiannya, beliau menyatakan pertumbuhan tikus terbantut apabila tomato ubah suai
genetik diberikan kepada tikus.

5
Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27 April 2002, kajian telah dilakukan
kepada ayam dengan memberikannya makan jagung yang telah diubahsuai iaitu 7-25 dan
jagung yang dihasilkan secara konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam
mati apabila diberi makan jagung T-25. Keputusan itu telah diperolehi ada tahun 1996
tetapi telah diabaikan sehingga tanaman tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk
dipasarkan pada tahun tersebut. Jagung ini dihasilkan untuk diberi makan kepada lembu
yang diternak. Manakala kajian lain yang dilakukan terhadap tikus yang diberi makan
kentang transgenikyang mengandungi gen Cry1 daripada Bt. Variasi kurstaki strain HDI,
didapati berlakunyakerosakan pada usus tikus tersebut. Ini kerana ia terpaksa bekerja kuat
untuk menghadamkan BtCry 1. Sebanyak 50 peratus sel pada ileum menjadi hipertropik.

5.0 ISU-ISU BERKAITAN MAKANAN UBAH SUAI GENETIK TERHADAP


KESIHATAN MANUSIA

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai makanan ubah suai genetik (GMF) semakin
hangat diperkatakan khususnya di kalangan orang ramai. Walaupun ia agak saintifik,
namun sebagai pengguna kita perlu mengambil tahu perkembangan serta kesan-kesanya
kepada kesihatan manusia mahupun persekitaran. Ibu bapa yang memainkan peranan
utama dalam memilih barangan makanan untuk seisi keluarga harus mengambil berat
tentang masalah ini bagi memastikan kesihatan anak-anak mereka. Di samping kesibukan
masyarakat dalam menangani kegawatan sosial, ekonomi mahupun politik, persoalan ini
juga turut perlu difikirkan bersama.

Merujuk dari akhbar Utusan Malaysia Online, beberapa isu telah diketengahkan iaitu isu
halal dan haram serta isu kesihatan.

Isu Halal Dan Haram


Seorang wartawan keluarga, NOOR AZMAH IBRAHIM telah mengutarakan
persoalan makanan ubah suai (GMF) dari segi perkembangan, kesan serta halal haramnya
dari sudut serta pandangan Islam.

Persoalan yang diketengahkan oleh beliau ialah Sanggupkah anda memakan tomato,
ubi kentang, kacang soya atau coklat yang dihasilkan daripada gen ikan, serangga, virus

6
atau bakteria?. Pastinya terlintas perasaan ragu-ragu jika anda mengetahui bahan-bahan
yang terkandung di dalamnya apatah lagi jika gen khinzir turut tersenarai digunakan .

Walaupun perkembangan makanan ubah suai genetik (GMF) mungkin tidak sampai
sehingga tahap begitu, namun ia telah menjadi sebahagian besar daripada sumber
makanan harian kita.

Isu Kesihatan
Meskipun tidak dapat dinafikan banyak kebaikan, antaranya makanan tersebut lebih
sedap atau tahan lebih lama iaitu tidak mudah rosak, ia tetap memberikan kesan negatif
kepada kesihatan. Lebih menggerunkan, proses yang tidak terkawal pasti membawa
musibah kepada persekitaran dan masyarakat secara amnya.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader
berkata, kebanyakan saintis mengingatkan bahawa makanan ubah suai genetik (GMF)
boleh menyebabkan kerosakan serius pada kesihatan dan persekitaran. Ia disifatkan
sebagai uji kaji terbesar dan paling berbahaya yang pernah dilakukan dalam sejarah
manusia.

Ahli bio-kimia terkemuka, Erwin Chargoff menyatakan teknologi kejuruteraan


genetik mengemukakan ancaman besar kepada dunia selain kemunculan teknologi
nuklear. Tidak seperti bahan kimia atau nuklear, pencemaran genetik sukar dibersihkan
dan kesilapan genetik akan diperturunkan kepada semua generasi berikutnya.

Saintis British, Dr. Arpad Pusztai pula menemui kesan-kesan memudaratkan ke atas
usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan pada tikus yang diuji dalam
mengesan kesan tanaman tersebut ke atas pemakanan binatang dan alam sekitar tahun
lalu. Beliau berkata demikian pada Majlis Muzakarah Pakar Makanan GM-Satu
Perspektif Islam anjuran Institut Kemajuan Islam Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru
ini.

Menurut Mohideen pula, mengubah kod genetik makanan adalah satu usaha yang
terburu-buru dan mendedahkan ancaman yang serius kepada kehidupan. Antaranya kesan
yang timbul ialah alahan, ketoksikan serta lebih kebal kepada antibiotik.

7
Di Amerika Syarikat pula, bakteria yang menjalani proses ini bagi penghasilan
sejumlah besar suplemen makanan L-trytophan telah mengeluarkan bahan pencemar
toksik yang telah meragut 30 nyawa.

Beberapa makanan yang dihasil melalui proses GMF terbukti merbahaya kepada
mereka yang mengalami alahan. Mengubahsuai struktur asli gen makanan akan
menghasilkan toksik pembawa maut ke dalam makanan yang dahulunya selamat
dimakan,'jelasnya lagi. Tambah beliau lagi, ia juga akan menyebabkan bakteria dalam
usus haiwan atau manusia yang memakannya membentuk kekebalan kepada antibiotik. Ia
akan mendedahkan manusia mahupun haiwan kepada ancaman kesihatan yang serius.

Para penyelidik di Universiti Michigan baru-baru ini turut mendapati tumbuhan yang
menjalani pengubahsuaian genetik mampu melawan virus. Ini menyebabkan virus
berubah menjadi baru dan dalam bentuk yang lebih ganas atau menyerang spesis
tumbuhan lain pula, katanya lagi. Sementara itu, dianggarkan 60 peratus daripada
produk di pasar raya di Britain mengandungi ramuan GMF.

Menurut Suruhanjaya Makanan United Kingdom, lebih 7,000 produk makanan biasa
seperti makanan bayi coklat, makanan pencuci mulut beku, roti dan marjerin, sosej,
produk daging dan bahan ganti daging mengandungi GMF.

Bahan terbitan GMF ini mempunyai pelbagai nama seperti protein sayur-sayuran,
protein sayuran yang dihidrolisis, pengasingan protein, protein sayuran bertekstur, lesitin,
minyak sayuran, lemak sayuran dan minyak sayuran yang diproses dengan hidrogen.
Sementara Amerika Syarikat pula diramalkan sukar mendapat makanan bebas GMF
dalam jangka masa empat atau lima tahun akan datang.

Mengganggu nilai nutrisi


Makanan ubah suai genetik boleh menyebabkan pencemaran gen dalam tanaman.
Tanaman genetik mampu menggantikan rumpai yang tumbuh secara semulajadi. Ia
mungkin menjadi ancaman bagi tumbuh-tumbuhan semula jadi. Mutasi genetik yang
tidak diingini mendatangkan kesan alahan pada tanaman. Ada yang percaya bahawa
kejuruteraan genetik dalam makanan boleh menjejaskan khasiatnya dan mengubah rasa
makanan. Sebagai contoh, buah epal diubahsuai berperisa buah oren. Rata-rata pengkritik

8
telah membantah kaedah tanaman seperti ini atas beberapa alasan termasuk kebimbangan
ekologi dan keselamatan makanan.

KESIMPULAN
Walaupun makanan ubah suai genetik (GMF) ini diakui mempunyai banyak kebaikan, tidak
kurang pula keburukan yang dimilikinya. Hasil kajian, antara kebaikan yang terdapat melalui GMF ini
adalah untuk membantu manusia yang serba kekurangan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan
dan nutrisi yang secukupnya. Namun, GMF ini turut mempunyai keburukannya seperti proses
bioteknologi ini boleh merosakkan alam sekitar dan ada kalanya bahan yang digunakan untuk
dicampurkan ke dalam makanan memudaratkan kesihatan manusia.
Terdapat perbalahan pandangan dalam syariat Islam tentang isu ini dan mewujudkan
rasa curiga atau syubhat terhadap sesuatu produk yang telah diubahsuai. Sebagai contoh, jika
makanan itu telah dicampur dengan bahan yang haram, maka kita diharamkan untuk memakan
makanan tersebut dan walaupun sesuatu makanan itu halal untuk dimakan tetapi dicampur dengan bahan
yang memudaratkan kesihatan, kita tetap tidak boleh memakannya.
Selain itu, jika sesuatu makanan yang dicampur dengan genetik yang halal dan bersih
serta dijamin keselamatannya kita dibenarkan oleh syarak untuk memakannya dan hukumnya adalah
halal. Hakikatnya, umat Islam perlu peka dalam hal ini dan perlu berani dalam meneroka bidang ilmu
yang semakin berkembang kini terutamanya bioteknologi agar kita mampu bersedia menghadapi
cabaran dan dapat mempertahankan diri daripada serangan- serangan berbentuk baru kerana
bioteknologi boleh dijadikan senjata senyap oleh musuh Islam dalam memerangi umat Islam itu sendiri.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita mengikuti perkembangan ilmu terkini agar diri kita menjadi lebih
maju dan menguasai pelbagai ilmu.

9
RUJUKAN

Chen, P. (1992). Biologi STPM


jilid 1. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Lee, S.C. & Liew , S.L


(2000). Biologi STPM
edisi kedua. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar BaktiSdn Bhd.

Itam Sulaiman & Hazli Abdul


Muis. (1995). Konsep Genetik .
DBP: Kuala Lumpur.

Saadan Man, Zainal Abidin


Yahya. 2014. Halalan
toyyiban Halalkah Makanan
Kita ?. Batu Caves: PTS
Islamika SDN. BHD

10
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm

http://qissmemummyhealthy.blogspot.com/2013/03/gmo-genetically-modified-
organism.html

11

Anda mungkin juga menyukai