Anda di halaman 1dari 1

Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi.

Pelbagai car
dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang gemar
membaca contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku
cerita untuk anaka-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat
membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis
buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan
peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat
membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya
kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh
mereka.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis
bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang
kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah
diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk
sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan
akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.

Anda mungkin juga menyukai