Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RANGALAU BARU, TUARAN

KERTAS KERJA PROJEK SUDUT BERCERITA PRASEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)


PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH JANET


JOUTI PELAJAR
PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2008

DENGAN KERJASAMA PRASKEOLAH SK RANGALAU BARU, TUARAN SABAH.


1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk


mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas
guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti membina sudut bercerita di dalam bilik
darjah prasekolah ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Di dalam bilik darjah prasekolah, aktiviti bercerita merupakan antara aktiviti


yang sangat diminati murid. Ia merupakan saluran pengantara yang baik bagi kanak-
kanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan diri dihadapan rakan-rakan. Justeru
itu, dengan adanya sudut bercerita ini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai
suasana sebenar pentas bercerita. Sudut bercerita ini juga diwujudkan agar dapat
mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah disamping memberi manfaat
kepada guru dan kanak-kanak.

Diharapkan agar dengan adanya sudut bercerita ini, ia akan menjadikan


pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan dan menyediakan persekitaran bilik darjah prasekolah yang menarik


dan kondusif.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada murid merasai suasana pentas bercerita.


ii. Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti bercerita.
iii. Mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam bilik darjah prasekolah.
iv. Menambah sudut pembelajaran dan informasi dalam bilik darjah prasekolah.

4.0 TARIKH
22 Ogos hingga 23 Ogos 2011

5.0 TEMPAT

Bilik Darjah Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PRASEKOLAH

PENAUNG
Mohamad Juin@Mohd.Nauli

PENASIHAT I
Mailin Yubih

PENASIHAT II
Jovita Sarabun

PENGERUSI
Rujiatun binti Imar

NAIB PENGERUSI
Paineh Juani

6.1 Ahli Jawatankuasa Kerja


Pengerusi
Janet Jouti

Mentor
Rujiatun binti Imar

AJK Pertukangan
Francis

AJK Perhiasan
Paineh Juani

7.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


Menyediakan kawasan sudut
bercerita. Kerjasama daripada
1 22 Ogos 2011
Membina pentas bercerita. AJK Pertukangan
Menghias pentas bercerita.
Menghias sudut bercerita.
Melekatkan papan tanda
Kerjasama daripada
2 23 Ogos 2011 sudut.
AJK Perhiasan
Menyusun bahan-bahan
bercerita pada rak sudut.
Aplikasi aktiviti bercerita di
3 26 Ogos 2011 sudut bercerita yang telah Guru pelatih
siap.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI
ITEM UNIT HARGA UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH
L
1 Kain (biru terang) 1 meter RM 3.00 RM3x2 RM6.00
2 Kain (biru) 1 meter RM 3.00 RM3x2 RM6.00
3 Paku tekan 1 kotak RM1.00 RM1x1 RM1.00
4 Mounting Board 1 keping RM7.00 RM7x1 RM7.00
5 Pagar kecil 1 buah RM5.00 RM5x4 RM20.00
6 Polistrin 1 keping RM5.00 RM5x1 RM5.00
7 Double sided 1 gulung RM2.50 RM2.50x1 Rm2.50
8 Warna air 1 kotak RM3.00 RM3x1 RM3.00
9 Pasu bunga 1 buah RM3.00 RM3x2 RM6.00
TOTAL RM56.50

9.0 PERALATAN

ITEM UNIT
Meja 4 buah
Gergaji 1 buah
Tukul 1 buah
Pisau lipat 1 buah
Paku 1 kotak
Dawai 0.5 meter

10.0 PENUTUP

Semoga dengan wujudnya sudut bercerita di dalam bilik darjah prasekolah dapat
membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan berkualiti seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak
yang seronok dan gembira.

Bagi pihak guru pelatih, projek membina sudut bercerita di prasekolah ini
dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika
sudah menjadi guru prasekolah sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga
diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap
kemahiran mengurus dan memimpin.
Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah
diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita prasekolah ini.

Disediakan oleh,
.........................................
( JANET JOUTI )
Pengerusi Projek Sudut Bercerita Prasekolah,
Guru Pelatih PISMP Prasekolah IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disemak oleh,
..........................................
( RUJIATUN BINTI IMAR )
Mentor Projek Internship,
Guru Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran.

Disahkan oleh,
..........................................................
( MOHAMAD JUIN@MOHD.NAULI)
Guru Besar,
SK Rangalau Baru, Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai