Anda di halaman 1dari 3

Puteri Yang Sesat Di Dalam Hutan..

Selamat pagi semua. Hari ini, kami pelajar Tahun 1 akan


mempersembahkan kisah tentang Puteri Yang Sesat Di
Dalam Hutan.

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri bernama Puteri


Lili. Dia ada dua orang kakak iaitu Puteri Lala. Dan Puteri
Kiki.

Pada suatu hari, Puteri Lily bersama kakaknya Puteri Lala,


dan Puteri Kiki bersiar-siar di dalam hutan.
(lalala...)

Mereka sangat seronok bermain di dalam hutan. Mereka


sangat suka akan bunga-bunga yang terdapat di dalam
hutan.
(lalala......)

Semasa sedang bermain, Puteri Kiki dan Puteri Lala telah


jauh meninggalkan Puteri Lili di belakang.
(lalala...... Tungggu! Tunggu!)

Puteri Lala berasa amat sedih dan takut kerana telah


ditinggalkan oleh kakak-kakaknya.

Semasa Puteri sedang menangis, seekor monyet datang


dekat kepada puteri.
Monyet : Hai Puteri.
Puteri : Hai Monyet.
Monyet : Kenapa puteri boleh berada di sini?
Puteri : Saya telah sesat di dalam hutan. Kakak-kakak
saya telah pergi.
Monyet : Jangan risau Puteri. Saya dan rakan-rakan akan
membantu awak.

Monyet ada tiga ekor kawan. Seekor singa datang kepada


mereka.
Seekor lembu datang ke arah mereka.
Seekor gajah pergi ke arah mereka.

Puteri : Hai Singa. Hai Lembu. Hai Gajah.


Monyet: Jangan risau. Kami akan membantu kamu balik ke
istana.

Pada waktu malam, Puteri Lili, bunga dan haiwan-haiwan


sedang baring dan tidur lena. Semasa mereka sedang
tidur, tiba-tiba seekor katak yang comel datang ke arah
mereka,
Katak itu melihat sang puteri sedang tidur.

Katak : Puteri oo Puteri.


Puteri: Saya ditinggalkan oleh kakak-kakak saya.
Tiba-tiba, pada suatu hari, Puteri Lili jatuh pengsan.

Semua haiwan berasa risau dengan keadaan puteri.

Sang katak yang bijak dan comel pula mendapat suatu


idea.

Para haiwan pun bergabung tenaga dan kuasa untuk


membangunkan si puteri tersebut.
Sang Puteri bangun dari pengsan. Sang Puteri
mengucapkan terima kasih kepada haiwan-haiwan.

Ketika Si puteri sedang berjabat tangan dengan sang


katak, tiba-tiba.
Rupa-rupanya katak tersebut ialah Si Putera Raja yang
hensem.

Putera tersebut membantu puteri Lili balik ke istana


dengan ditemani oleh haiwan-haiwan.

Anda mungkin juga menyukai