Anda di halaman 1dari 9

Semasa menjalankan soal selidik berkaitan penggunaan laptop dalam

kalangan guru-guru pelatih Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
didapati seramai 40 orang guru pelatih telah disoal selidik berkaitan dengan soalan
penggunaan laptop. Kebanyakan guru-guru pelatih yang disoal selidik berumur diantara
18 tahun sehingga tahun yang seramai 38 orang dan hanya dua orang sahaja guru
pelatih yang disoal selidik berumur 20 tahun hinggan 21 tahun. Seramai 36 orang guru
pelatih perempuan dan seramai empat orang guru pelatih lelaki yang telah terlibat.
Majoriti guru-guru pelatih yang disoal selidik berbangsa Cina yang seramai 36 orang
dan seramai empat orang sahaja yang berbangsa India.

Setelah soal selidik dijalankan, perkerjaan bapa dalam kalangan guru-guru


pelatih yang paling banyak adalah peniaga, seramai sembilan orang atau 22.5%. Di
ikuti oleh pesara kerajaan yang seramai lima orang atau 12.5%. Selepas itu, pemandu
lori seramai empat orang atau 10%. Masing-masing jumlah pekerjaan bapa yang tidak
mempunyai pekerjaan dan berkerja sebagai mekanik adalah tiga orang atau 7,5%.
Terdapat lima perkerjaan bapa guru-guru pelatih yang mempunyai jumlah yang sama
adalah juru jual, buruh, tukang kayu, ejen syarikat, dan inspektor kesihatan. Setiap
perkerjaan ini berjumlah dua orang bapa yang berkerja atau 5%. Selain itu, terdapat
juga enam perkerjaan yang mempunyai sama jumlah. Pekerjaan tersebut adalah
penunda kereta, press operator, tukang jahit, tukang paip, juru teknik, dan pekerja
iklan dimana masing-masing pekerjaan ini seramai seorang bapa yang berkerja dalam
setiap pekerjaan tersebut atau 2.5%.

Jika ada bapa yang berkerja, sudah pasti ibu juga ada yang berkerja dalam
kalangan guru-guru pelatih. Separuh ibu guru-guru pelatih yang berkerja sebagai suri
rumah sahaja. Jumlah tersebut adalah 20 ibu atau 50%. Jumlah kedua terbesar
pekerjaan ibu kepada guru-guru pelatih adalah mereka tiada pekerjaan. Jumlah
tersebut adalah sembilan orang atau 22.5%. Pekerjaan ibu yang ketiga terbesar adalah
guru yang seramai empat orang atau 10%. Terdapat tujuh pekerjaan ibu guru-guru
pelatih yang mempunyai jumlah yang sama. Pekerjaan tersebut adalah pembantu
pengeluaran, buruh, pelanggan restoran, pembantu makmal, kerani, pesara, dan
tukang rambut. Jumlah tersebut adalah seorang sahaja ibu yang berkerja dalam
pekerjaan tersebut atau 2.5%.

Setelah kajian teliti dijalankan berkaitan pendapatan keluarga, didapati hanya


seorang keluarga guru pelatih sahaja yang mempunyai pendapatan berjumlah lebih
RM5000 ke atas. Seramai lima orang kelurga guru-guru platih yang mempunyai
pendapatan antara RM3000 hingga RM4000. Terdapat tiga keluarga guru-guru pelatih
sahaja yang mempunyai pendapatan berjumlah RM2000 hingga RM3000. Pendapatan
kelurga guru-guru pelatih yang berjumlah RM1000 hingga RM2000 adalah seramai 11
orang keluarga. Separuh daripada keluarga guru-guru pelatih yang disoal selidik
mempunyai pendapatan sebulan sebanyak kurang daripada RM1000. Jumlah tersebut
adalah seramai 20 orang kelurga.

Dalam kajian atau soal selidik yang telah dibuat, kesemua guru pelatih yang
disoal selidik mempunyai laptop masin-masing. Hal ini demikian, laptop merupakan
bahan yang sangat penting dalam membantu guru-guru pelatih membuat tugasan
mereka. Jadi setiap guru pelatih mempunyai laptop.
Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas
pertolongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami. Dengan adanya bantuan
dan tunjuk ajar yang diberikan, kerja kursus ini menjadi lebih mudah.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami,
iaitu Pn. Hasmaja bt Haji Shamsuddin. Kami mengucapkan terima kasih sebab beliau
telah memberikan penerangan dan tunjuk ajar yang jelas untuk kami terus menyiapkan
kerja kursus dengan sempurna.

Selain itu, kami juga mahu berterima kasih kepada semua rakan sepejuangan
yang telah banyak memberi bantuan kepada kami. Rakan-rakan telah bersama-sama
dengan saya untuk mencari dan mengumpul maklumat di pusat sumber.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pusat sumber Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim atas segala maklumat yang telah kami dapati di sana.
Kepelbagaian buku di pusat sumber telah memudahkan kerja kami untuk
mengumpulkan maklumat.

Terima kasih sekali lagi kepada pensyarah, rakan-rakan dan pusat sumber yang
telah banyak membantu kami sekumpulan sepanjang kami menjalani kerja kursus
Terlebih dahulu, kami sekumpulan iaitu Tea Han Biao, Liew Chong Xian
dan Fatheazam Hoffman anak Buntal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Hasmaja bt Haji Shamsuddin membantu dan menyokong kami dalam proses
menyiapkan tugasan matematik ini. Tugasan ini telah mengajar kami sedikit sebanyak
ilmu yang baharu dan membuka minda kami dalam melakukan kerja berkumpulan.

Sebelum kami memulakan tugasan ini, kami merasa amat susah untuk mencari
tujuan tugasan kami ini. Tugasan matematik meminta kami untuk membuat satu borang
soal selidik yang akan di soal kepada guru-guru pelatih Institusi Pendidikan Kampus
Sultan Abdul Halim. Kami mendapat masalah untuk mencipta soalan-soalan kerana
tajuk soal selidik adalah Penggunaan Laptop dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih. Kami
bertiga bersama mencari di dalam internet untuk mencari soalan-soalan yang sesuai
untuk diajukan kepada orang penerima soal selidik. Selain itu, kami juga berhubung
dengan kumpulan lain di dalam kelas kami untuk bertanyakan tajuk soal selidik yang
mereka jalankan. Hal ini demikian, kami takut akan berlaku persamaan antara
kumpulan kami dengan kumplan yang lain. Nasib menyebelahi kami kerana tajuk
Penggunaan Laptop dalam Kalangan Guru-guru Pelatih tidak digunakan oleh kumpulan
lain.

Soal selidik ini memperkenalkan penggunaan Laptop. Borang soal selidik ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan Bahagian C. Bahagian A akan
menanyakan soalan berkaitan dengan indentiti guru-guru pelatih yang disoal sedilik
seperti jantina, umur, bangsa, pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan bulanan
penjaga atau ibu bapa. Soalan yang diajukan membolehkan kami sekumpulan
mengenal pasti maklumat orang yang disoal selidik.
Bahagian B pula, soalan akan ditanya ciri-ciri laptop yang digunakan. Kesemua
guru pelatih yang disoal selidik mempunyai laptop. Hal ini demikian, laptop merupakan
salah satu keperluan barangan yang sangat penting terutamanya dalam menyiapkan
tugasan. Walaupun semua guru pelatih Insitusi Pendidikan Kampus Sultan Abdul Halim
mempunyai laptop, tetapi jenis laptop yang mereka guna berlain. Tinjauan mendapati
guru-guru pelatih banyak menggunakan laptop jenama Acer. Jenis-jenis laptop yang
lain digunakan oleh guru pelatih seperti Samsung, Asus, Toshiba, Dell, HP, Sony, dan
Lenovo.

Tinjau mendapati hanya dua perisian windows digunakan dalam laptop guru-guru
pelatih. Perisian tersebut adalah Windows Seven, Windows XP dan Windows Vista.
Penggunaan Windows Seven dalam kalangan guru pelatih adalah tinggi daripada dua
perisian windows yang lain.

Soalan seterunya mengenai lebar skrin laptop. Tinjau mendapati kebanyakan


laptop guru-guru pelatih mempunyai lebar skrin 14 inci. Hal ini demikian, kebanyakan
model laptop yang dikeluarkan oleh syarikan laptop memggunakan skrin 14 ini. Lebar
skrin ini bersesuaian untuk penggunaan laptop membuat tugasan mereka.

Dalam soal selidik berkaitan penggunaan aplikasi yang selalu digunakan, Lebih
separuh jumlah guru-guru pelatih yang disoal selidik kerap menggunakan Microsoft
Word berbanding dengan Microsoft Power point dan Micosoft Publisher. Hal ini
demikian, kebanyakan guru pelatih menggunakan aplikasi ini kerana memudah tugas
mereka untuk menyiapkan tugasan mereka.. Penggunaan aplikasi boleh digunakan
dalam bentuk peta minda, karangan, graf dan lain-lain lagi.

Guru-guru pelatih juga disoal tentang penggunaan anti-virus dalam laptop


mereka. Penggunaan anti-virus merupakan salah satu aplikasi yang penti bagi
melindungi laptop daripada virus. Anti-virus yang kerap digunakan oleh guru-guru
pelatih adalah Antivir. Penggunaan anti-virus Mcafee dan Kaspersky Anti0virus tidak
mendapat sambutan dalam kalangan guru-guru pelatih.
Soalan soal selidik yang berikutnya adalah kekerapan lapton guru-guru pelatih
dimasuki oleh virus dalam setahun sehingga menyebabkan laptop mereka mengalami
masalah dalam semasa membuka sesuatu perisian dalam laptop tersebut. Dalam
masa setahun tersebut, majoriti laptop guru-guru pelatih tidak pernah diserang oleh
anti-virus yang berbahaya. Hal ini demikian, laptop mereka mempunyai perisian anti-
virus yang baik bagi melawan virus yang memasuki laptop. Satu lagi soal selidik
berkaitan dengan kemasukan virus untuk setakat ini. Hampir separuh daripada laptop
guru-guru pelatih yang disoal tidak pernah dijangkiti virus. Terdapat 16 buah laptop
guru-guru pelatih sahaja yang dijangkit virus untuk pertama kali. Terdapat dua kali
laptop diserang oleh virus bagi tiga orang guru pelatih dan terdapat tiga serangan virus
dalam masa setakat ini bagi dua orang guru pelatih.

Soalan seterusnya berkaitan dengan kekerapan laptop diformat untuk setakat ini.
Bagi setakat ini, laptop seramai 26 orang guru pelatih tidak pernah dijangkiti virus. Hal
ini demikian penggunaan yang cermat dalam kalangan guru-guru pelatih. Selain itu,
mereka juga selalu scan laptop mereka untuk mencari kehadiran virus di dalam laptop.
Dalam masa setahun, seramai 28 buah laptop guru pelatih tidak pernah diformat.
Hanya sekali setahun sahaja laptop pernah diformat bagi.

Pada masa lapang, hampir separuh guru-guru pelatih meluangkan masa


mereka untuk mendengar lagu. Seramai 19 orang mendengar lagu untuk mengisi masa
lapang mereka. Merka selalu mendengar lagu sentimental, rock dan pop sahaja.
Seramai 10 orang guru pelatih mengisi masa lapang mereka dengan menonton cerita di
dalam laptop. Kebanyakan mereka menonton cerita korea. Sama seperti peredaran
zaman sekarang, banyak rancangan korea telah memasuki ke dalam rancangan
television Malaysia. jadi pengaruh cerita ini memberi kesan kepada minat penonton.
Guru-guru pelatih juga meminati cerita aksi, diikuti cerita hantu dan seterusnya cerita
carton. Hanya empat orang sahaja guru pelatih yang memilih untuk bermain game
pada masa lapang. Terdapat terdapat enam pilihan game untuk guru pelatih seperti
angry bird, dota, counter strike, dinner dash, zombie, tetri, dan SDO.
Setelah kami menjalankan soal selidik ini, kami telah belajar sedikit sebanyak
berkaitan penggunaan laptop dalam kalangan guru-guru pelatih Institusi Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Penggunaan laptop bukan sahaja untuk membuat
tugasan tetap bertujuan untuk mengisi masa lapang para guru pelatih. Jadi, laptop
merupakan barang keperluan yang sangat penting kepada guru pelatih.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
Matematik Asas saya iaitu Puan Hasmaja Binti Shamsuddin kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan saya yang lain. Tanpa bimbingan
Puan, saya rasa kami tidak akan mendapat input yang sebanyak ini. Di samping itu,
beliau juga banya memberi bimbingan dan dorongan kepada saya. Kata- kata
semangat dari beliau dan sikap prihatinnya menyebabkan saya rasa bersemangat dan
tidak kekok untuk bertanyakan soalan. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan saya iaitu En. Tea Han Biao dan En. Liew Chong Xian kerana
sanggup berkerjasama denga saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kami sering kali
berbagi tugasan untuk menyiapkan tugasan ini.

Bukan itu sahaja, saya juga amat menghargai rakan-rakan setugas saya kerana
mereka saling bersengkang mata dan mengorbankan masa rehat hujung mereka
kerana ingin bersama-sama menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana banyak memberi dorongan dan
galakan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak berkorkan wang
ringgit untuk saya membeli bahan untuk membuat tugasan

Setelah saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini, sememangnya ia telah


memberikan saya banyak pengetahuan yang baru. Tugasan yang diberikan ini
sememangnya amat berguna kepada guru pelatih seperti saya yang mempelajari
matematik. Hal ini telah sedikit sebanyak telah membuka minda dan menambah
pengetahuan saya dalam bidang matematik yang saya pelajari ini

Sebelum saya membuat tugasan ini, saya tidak terlalu pandai dalam
mengumpulkan maklumat atau pun data, namun selepas melaksanakan tugasan yang
diberikan ini, saya menjadi lebih mahir dalam mengumpulkan sesuatu maklumat.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengkaji penggunaan laptop dalam kalangan guru-guru
pelatih Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Melalui tugasan ini, saya
dapat merapatkan hubungan saya denga guru-guru pelatih yang lain. Hal ini demikian,
saya dan rakan sekumpulan saya perlu berinteraksi dengan pelajar lain bagi memberi
panduan untuk mengisi borang soal selidik.

Selain itu, tugasan ini mengajar saya ilmu yang baharu. Saya memperlajari untuk
membuat carta pai, graf garis dan graf bar menggunakan microsoft word. Penggunaan
computer untuk membuat carta dan graf ini memudahkan kerja kami. Hal ini demikian,
kami tidak perlu untuk melukis graf dan carta menggunakan tangan. Kerja ini
menjimatkan masa kami malahan dapat menambahkan ilmu dalam penggunaan ICT
dalam proses pembelajaran.

Akhir sekali, terima kasih buat semua kawan-kawan, pensyarah dan semua yang
terlibat dalam menyiapkan tugasan ini, jasa anda semua amat kami hargai. Terima
kasih juga kepada Tuhan kerana memberi kesempatan ini kepada kami untuk
meyiapkan tugasan Matematik Asas ini.

Anda mungkin juga menyukai