Anda di halaman 1dari 10

C.

KAJIAN KES

Laporan Kajian Kes

1) Maklumat klien dan latar belakang kes.


Pengalaman berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal telah mengajar
saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik dan efisien. Bagi melengkapkan tugasan
subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3107), saya telah mengenalpasti
bahawa salah seorang murid yang diajar mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mohamad
Wan Syukri Bin Samsudin merupakan seorang murid tahun 6 Pintar yang berasal daripada
keluarga yang agak sederhana. Berdasarkan sesi temu bual bersama salah seorang guru
kelas pemulihan, saya telah mengetahui latar belakang serta punca yang menyebabkan
klien mengalami masalah disiplin yang kurang baik. Saya difahamkan bahawa ibu bapa klien
sering menghadapi masalah kewangan dan keluarga. Bapa murid tersebut juga seorang
yang boleh dikatakan masalah dalam tanggungjawab sebagai bapa. Maklumat yang
diperoleh menggambarkan bahawa sikap bapa telah mempengaruhi kelakuan anak.

Hal ini disebabkan faktor bapa klien bekerja sendiri dan ibu klien bekerja sebagai di
salah sebuah kilang kotak di Pulau Pinang. Kesibukan bekerja menyebabkan ibu bapa
meninggalkan klien bersama abang dan kakaknya di rumah lantas klien tidak mendapat
perhatian yang sepenuhnya daripada penjaga. Maka daripada sini, saya telah mengetahui
punca tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh klien di sekolah. Apabila klien tidak
mendapat perhatian dan bimbingan yang sewajarnya di rumah maka klien akan cuba
mencari perhatian daripada rakan-rakan mahupun guru-guru di sekolah. Maka klien cuba
melakukan beberapa tindakan yang tanpa diketahuinya telah melanggar etika seorang
murid. Klien didapati sering kali mengganggu rakan sekelas, tidak melaksanakan tugas kerja
sekolah, bercakap kasar dan melakukan vandalisme. Wan Syukri juga seorang murid yang
suka bertindak kasar dengan rakan kerana tumpuan terhadap pembelajaran terlalu kurang.

Saya turut mengadakan sesi temu bual bersama guru-guru SKNT bagi mengetahui
lebih lanjut berkenaan prestasi pembelajaran klien di sekolah. Hasil rekod keputusan ujian
yang diperhatikan saya mendapati bahawa klien mengalami masalah pembelajaran yang
terlalu teruk di mana saya mendapat tahu bahawa dia tidak dapat membaca dan mengira.
Saya juga diberitahu bahawa klien tidak dapat membaca dengan lancar dan tidak boleh
membaca Bahasa Malaysia. Guru menceritakan bahawa dia sememangnya daripada tahun
1 hingga sekarang gagal membaca sehingga kelas pemulihan dijalankan tidak dapat
membantu. Hasil pemerhatian terhadap prestasi pembelajaran klien mendapati bahawa
klien sangat tidak berminat untuk belajar di sekolah. Akan tetapi, dia menunjukkan minat
untuk hadir ke sekolah. Guru mengandaikan bahawa sikap sebegitu adalah untuk
menghilangkan rasa bosan di rumah dan untuk bermain bersama rakan-rakan. Saya juga
diberitahu bahawa klien sering kali terpaksa menghadapi situasi kepincangan hubungan
kekeluargaan antara ibu dan bapanya. Saya berpendapat apabila klien sering melihat
pergaduhan antara ibu bapa maka klien akan menyimpan perasaan dendam dan membalas
rasa marah kepada rakan-rakan di sekolah.

2) Cara mengumpul maklumat


Bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah klien saya telah mengadakan sesi
temu bual bersama pihak sekolah. Saya telah menemubual guru guru mengenai prestasi
pembelajaran klien. Saya turut menemubual rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan kesalahan disiplin yang dilakukan oleh klien. Selain itu, saya juga berjumpa klien
dan cuba membina hubungan untuk mengenal pasti masalah klien. Saya menggunakan
kaedah mendengar yang aktif dan berkomunikasi interpersonal. Bagi mendapatkan
maklumat yang tepat menganai klien saya menggunakan kaedah soal jawab dan cuba
membina kepercayaan klien terhadap saya. Apabila klien telah mula menunjukkan
kepercayaan dan rasa selesa kepada saya maka saya boleh berjumpa dengan klien pada
waktu rehat untuk mengetahui masalah yang dihadapinya.

Selain itu, saya turut membuat pemerhatian ke atas tingkah laku klien di sekolah.
Kaedah pemerhatian ini telah membantu saya untuk melihat sendiri sikap klien dan cuba
berfikir pendekatan yang sesuai untuk membantu klien keluar dari konflik yang melanda
dirinya. Saya membuat pemerhatian ke atas klien semasa waktu rehat dan pengajaran
kelas. Pemerhatian dilaksanakan secara berkala dan mengikut waktu tertentu. Melalui
pemerhatian terhadap Wan Syukri ketika pengajaran saya berjalan, saya dapat melihat
pelbagai tingkah laku negatif yang dilakukan olehnya. Dia suka mengganggu rakan
sebelahnya. Kadang-kadang dia akan bertindak di luar batasan jika tidak dibendung oleh
guru-guru.

3) Analisa maklumat

Saya telah menjalankan kaedah temubual dan pemerhatian yang mana melibatkan
beberapa pihak. Berdasarkan kaedah temu bual yang dijalankan bersama beberapa orang
guru dan klien, saya menganalisis data menggunakan konsep Hierarki Keperluan Maslow.
Saya menggunakan Hierarki Keprluan Maslow untuk melihat peribadinya dengan lebih
mendalam. Maslow mengkategorikan empat keperluan terendah iaitu fisiologi, keselamatan,
kasih sayang dan penghargaan kendiri sebagai keperluan kekurangan. Tiga keperluan yang
teratas pula dikategorikan sebagai keperluan kendiri atau keperluan perkembangan.
Bagi kategori keperluan kekurangan, semakin ia dipenuhi, semakin menurun tahap
motivasinya.Teori ini diterangkan dalam bentuk piramid, di mana keperluan asas terletak di
bawah manakala keperluan yang lebih tinggi parasnya terletak di bahagian atas.
Berdasarkan temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, klien telah memenuhi dua
peringkat dalam Hierarki Maslow iaitu keperluan asas dan keselamatan. Akan tetapi, setelah
saya menganalisis klien, didapati klien tidak mencukupi keperluan yang ketiga iaitu
keperluan kasih sayang. Apabila keperluan kasih sayang tidak dapat dipenuhi maka klien
akan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingi sebagai menunjukkan rasa marah dan
cemburu terhadap rakan lain yang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Antara aspek
yang diperhatikan oleh saya adalah kecenderungan minat murid untuk turut serta dalam
sebarang aktiviti, kerjasama di antara murid dan guru sepanjang pengajaran dijalankan serta
keupayaan murid untuk melaksanakan aktiviti. Hasil dapatan melalui pemerhatian pula saya
paparkan dalam jadual di bawah :

Sikap klien (Wan Syukri)

- Suka mengganggu rakan yang lain


- Tidak fokus pada pembelajaran
- Suka mencari gaduh dengan rakan.

- Bertutur agak kasar dengan rakan dan


kadang-kadang dengan guru
- Seakan-akan berada di dalam dunia
sendiri.
- Sukar memilih rakan di kelas iaitu suka
menyendiri.

Dapatan awal yang diperoleh melalui kaedah pemerhatian menunjukkan bahawa dia
menunjukkan sikap tidak berminat untuk mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dalam
kelas. Dia juga sering tertinggal dalam sebarang aktiviti yang dijalankan dalam kelas.
Sikapnya yang pasif untuk belajar hanya membantutkan proses pembelajarannya. Jika
melibatkan aktiviti menulis dan membaca, beliau akan menunjukkan reaksi agak perlahan
ketika melaksanakan tugasan melibatkan kedua-duanya. Saya juga meneruskan
pemerhatian bagi melihat perlakuan Wan Syukri pada pembelajaran yang kurang melibatkan
aktiviti menulis dan membaca. Ada sedikit tanda positif dapat dilihat apabila dia
menunjukkan tindak-tanduk untuk mempelajari sesuatu yang kurang menggunakan aspek
kemahiran menulis dan membaca. Ini membuktikan bahawa pembelajaran yang kurang
menggunakan kemahiran membaca dan menulis akan menarik perhatian dan minat Wan
Syukri terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan malah dia akan memberikan
maklum balas. Dapatan awal pemerhatian ketika saya mengajar kelasnya, dia telah
menunjukkan sikap yang agak negatif iaitu tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti P&P
yang dijalankan. Manakala, murid yang lain memberikan kerjasama yang baik. Namun
demikian, analisis ini mununjukkan berlakunya perubahan setelah kaedah pengajaran yang
pelbagai diperkenalkan oleh saya di mana Wan Syukri menunjukkan sedikit sikap dan
kesungguhan kerjasama sepanjang pelaksanaan aktiviti. Jadual sikap klien juga telah
memberikan petunjuk kepada saya bahawa Wan Syukri mempunyai masalah berkait rapat
dengan jiwa atau kasih sayang. Dapatan yang saya perolehi hasil pemerhatian telah
membawa kepada pemahaman yang jelas bahawa dia melakukan tindakan negatif akibat
didorong oleh pelbagai faktor terutamanya ialah keluarganya yang bermasalah.

NAMA RESPONDEN KOMEN MENGENAI KLIEN ( WAN SYUKRI)

Muhd Ariff Haikal Bin Sharif 1. Suka memukul murid yang lebih kecil.

Fouzan bin Bujang 1. Suka mengganggu orang lain


2. Suka membaling barang.
3. Suka mengejek orang lain

Muhammad Firdaus Bin Mohd 1. Suka mengganggu orang lain


2. Suka mengejek nama ibu bapa orang lain
Shahabudin

Muhd Fauzan Bin Ibrahim 1. Suka membuli


2. Suka mengganggu orang lain

Data juga telah dianalisis dengan membuat satu jadual mengenai Wan Syukri hasil
daripada temubual dengan rakan responden. Responden adalah dalam kalangan rakan-
rakannya.

Hasil temubual bersama guru dan rakan-rakan responden telah memberikan data yang
mengukuhkan lagi pemerhatian saya dalam kelas. Guru juga menyatakan bahawa dia gagal
sb i e k r a g a d u h
p
k l i e n

s u k a p o n t e n g

s u k a m e n g g a n g g u r a k a n s e b a y a

p e r n a h m e n g h i s a p r o k o k
untuk fokus kepada pelajaran disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor
dalaman adalah fikirannya yang terganggu. Manakala, faktor luaran pula adalah pengaruh
rakan sebaya dan kurangnya perhatian guru dan ibu bapa. Saya melihat Wan Syukri
sememangnya mempunyai masalah sikap yang berkait rapat dengan disiplin. Saya juga
berkesempatan untuk menemu bualnya beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang
lebih jelas. Hasil temubual dengan Wan Syukri telah membantu saya melihat sikapnya yang
sebenar seperti dinyatakan di bawah :

4) Laporan pelaksanaan intervensi kaunseling

Pengurusan tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang
tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang
oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah jenis terapi yang sesuai
digunakan dalam menguruskan tingkah laku murid berdasarkan kesesuaian masalah
tingkah laku yang ditunjukkan. Menurut Eve C. Jarboe, terapi seni di sekolah secara amnya
adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran,
tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.
Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan tingkah laku serta emosi. Gabungan antara
kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni
dalam pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan
perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan tetapi boleh
melalui seni terutama lukisan.

Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental
yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi
seni juga boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media
warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik
proses kreatif. Melalui ekspresi seni, pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Melalui ekspresi seni, pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang
dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya
bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-
perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Kaunselor akan berusaha membantu klien
menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan
interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh
klien.

Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta
menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak
menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor. Kaunselor atau pakar
terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidak merasa tertekan atau merasa
didesak untuk meluahkan perasaan. Manfaat terapi seni ini dibuktikan secara ilmiah di mana
sebuah kajian di University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi
ini boleh membantu mengatasi gangguan mental. Para pesakit ini menggunakan lukisan
untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran
mereka. Selama proses ini berjalan menurut pengkaji, pesakit-pesakit tersebut boleh
mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka. Dengan itu, mereka boleh
menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa
sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka. Pelbagai kajian telah dibuat
mengenai keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.
Melalui input yang saya peroleh melalui pembacaan-pembacaan, teori mengenai mengapa
kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana
mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam
keadaan ini, melukis telah memberi kanak kanak satu keupayaan untuk meluahkan sesuatu
berkait dengan orang, objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. Malah,
kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan
perasaan mereka melalui seni.

Seorang pengkaji seni dalam buku Teori Perkembangan Kanak-kanak menulis


tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura
ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya
memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya
diberi penekanan sebegitu rupa. Lukisan-lukisan sememangnya ada pengertian yang
tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini telah mendorong ahli bidang psikologi mengakui
kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.
Terapi seni ini juga boleh dijadikan sebagai alat diagnosis untuk menganalisis
lambang visual seperti lukisan. Melalui terapi seni ini juga guru bimbingan dan kaunseling
boleh membina kemahiran sosial, mengubah tingkah laku, meningkatkan kesedaran diri
serta menyelesaikan konflik emosi murid. Terapi seni boleh dilaksanakan secara individu
atau berkumpulan. Pada peringkat permulaan, guru bimbingan dan kauseling disarankan
agar terlebih dahulu memilih untuk melaksanakannya secara individu. Kebiasaannya, 3 jenis
lukisan digunakan dalam terapi seni iaitu lukisan potret, lukisan bebas atau spontan dan
lukisan keluarga.

Bagi klien seperti Wan Syukri, terapi seni amatlah sesuai dijalankan kepadanya
untuk melihat keinginan, emosi, dan fikirannya secara lebih mendalam. Pelaksanaan
mestilah bertujuan untuk melihat murid mengungkapkan perasaan dan emosi melalui
lukisan yang dibuat. Saya memilih terapi ini kerana melihatkan minat dan kesesuaian pihak
klien. Dia ada meluahkan bahawa dia minat kepada aktiviti mewarna. Saya meminta Wan
Syukri melukis sesuatu yang diminati dan keluarganya.

Bagi lukisan gambar sesuatu yang disukai, dia melakarkan gambar rumah. Dia
bercerita bahawa di rumah, dia suka menonton rancangan muay Thai. Pada pemahaman
saya, dia suka menonton muay Thai telah mengukuhkan fahaman saya bahawa dia seorang
suka melakukan mencuba sesuatu yang agak kasar pada orang lain. Akhirnya, dia
menceritakan bahawa dia pernah cuba meniru aksi muay Thai pada orang lain.

Manakala, bagi lukisan kedua yang disiapkan oleh Wan Syukri adalah berkaitan
keluarganya. Dia melukis ayah, ibu, abang, kakak dan sepupu-sepupunya. Gambaran
lukisan Wan Syukri ada diletakkan dalam lampiran. Dia mengatakan bahawa dia amat rapat
dengan sepupu maka tidak hairanlah dia melukis gambar gambar sepupunya sambil
mengira. Dia turut menyatakan bahawa ayahnya jarang pedulikan pelajaran.Akan tetapi,
ibunya akan meminta guru menjaga dan mendidik mengikut acuan guru tanpa
membantah.Melalui lukisan juga, ada dilakarkan gambar basikal oleh Wan Syukri. Dia
menyatakan bahawa dia suka berbasikal kerana minat untuk bergerak bebas ke sana-sini.
Ini jelas menunjukkan bahawa dia sukakan kebebasan tanpa gangguan orang lain. Hasil
lukisan sebenarnya banyak yang dapat ditafsirkan oleh kita. Namun begitu, setelah
pelaksanaan sedikit intervensi terapi seni, saya memahami bahawa sememangnya terapi ini
boleh memberikan kesan sedikit demi sedikit pada klien. Kita boleh melihat melalui unsur
corak, saiz gambar, dan warna yang digunakan. Penggunaan warna juga mengikut Gregg
(1988) mempunyai maksud yang tertentu contohnya :

Merah
masalah yang berat, emosi yang mendalam, bahaya atau sakit.
Merah Jambu
Masalah atau kesakitan yang telah berkurang

Oren
Menggambarkan kekurangan tenaga atau terselamat dari situasi yang menekan

Biru Terang
Sihat, hidup dan bertenaga

Ungu
Warna diraja.Menggambarkan kawalan atau sokongan, spiritual atau kekuasaan.

Hijau Tua
Menggambarkan ego dan fizikal yang sihat, berkembang kehidupan baru atau proses
penyembuhan.

Coklat Tua
Menggambarkan alam semulajadi dan sihat.

Kesimpulan :

Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan intervensi pelbagai kaedah terapi amat perlu bagi
murid yang bermasalah. Akan tetapi, kesesuaiannya terletak pada guru untuk melihat
kliennya sama ada boleh dilaksanakan intervensi tersebut atau sebaliknya. Di dalam
konteks kaunseling juga, intervensi juga boleh digunakan sebagi teknik dalam sesi terapi.
Justeru itu, intervensi sesuai untuk diaplikasikan sebagai cara untuk menangani masalh
peribadi yang teruk, gangguan makan, dan gangguan emosi serta mental. Pelaksanaan
terapi seni pada murid yang saya pilih iaitu saudara adik Wan Syukri amatlah bersesuaian
dengan peribadinya. Saya telah dapat mengenal pasti fikiran dan perasaannya yang
sebenar melalui lukisan yang dibina. Saya juga dapat merumuskan bahawa tugas sebagai
guru bukan hanya mengajar dan mendidik sahaja bahkan turut meliputi aspek bimbingan
dan kaunseling juga. Guru biasa perlu membimbing murid di bawah jagaan dengan
mengesan jika terdapat masalah disiplin atau yang mengganggu dirinya.
Hasil
lukisan
klien

Anda mungkin juga menyukai