Anda di halaman 1dari 2

Maksud akhlak terhadap diri sendiri adalah sikap seseorang terhadap diri

peribadinya, baik sifat jasmani atau rohani. Kita haruslah jujur dalam melakukan sesuatu
dan jangan sesekali memaksa diri kita untuk melakukan sesuatu yang tidak baik atau
membahayakan jiwa kita sendiri. Misalnya, kita melakukan sesuatu perkara yang boleh
membuatkan tubuh kita menderita. Seperti, merokok yang dapat menyebabkan paru-paru
kita rosak, mengambil ubat terlarang dan minuman keras yang dapat membahayakan
jantung dan otak kita. Oleh itu, kita haruslah bersikap dan berakhlak baik terhadap tubuh
badan kita. Selain itu, sifat dengki dan munafik juga dapat membahayakan jiwa kita sendiri.
Hati yang berpenyakit seperti ini akan sukar untuk mendapat hidayah dan petunjuk daripada
Allah. Orang pendeki adalah orang yang paling rugi. Ia tidak mendapatkan apapun dari sifat
buruknya itu. Bahkan pahala kebaikan yang dimilikinya akan terhapus. Rasulullah bersabda:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw. Bersabda, hati-hatilah pada
kedengkian kerana kedengkian menghapuskan kebajikan, seperti api yang melahap
minyak. (H.R. Abu Dawud).

Antara cara yang dapat dilakukan untuk menghapuskan akhlak buruk dalam diri
sendiri ialah dengan menjaga kebersihan. Hal ini kerana, Islam mengajar kita bahawa
kesucian dan kebersihan sangat penting dalam hidup. Ia menekankan kebersihan secara
menyeluruh meliputi pakaian dan juga tubuh badan. Kita dapat lihat bahawa, Rasulullah
memerintahkan sahabat-sahabatnya supaya memakai pakaian yang bersih, baik dan rapi
terutamanya pada hari Jumaat, memakai wangi-wangian dan selalu bersugi. Maka jelaslah
bahawa, kesucian dan kebersihan diri sangat dititikberatkan dalam Islam.

Seterusnya, seseorang individu itu perlulah mempunyai sifat sabar. Al-Quran


mengaitkan sifat sabar dengan bermacam-macam sifat mulia lainnya. Antara lain dikaitkan
dengan keyakinan (QS. As-Sajdah 32:24), syukur (QS. Ibrahim 14:5), tawakkal (QS. An-Nahl
16:41-42), dan taqwa (QS. Ali Imran 3:15-17). Orang-orang yang sabar akan mendapat
tempat di akhirat kelak. Hal ini kerana, sifat sabar memang sangat diperlukan untuk
mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam sejarah Islam pernah diceritakan bahawa
nabi pernah diludah oleh orang kafir ketika beliau sedang melawat tempat si kafir tersebut,
namun nabi sendiri tidak pernah marah kerana beliau tahu bahawa orang kafir yang
meludahi baginda adalah orang yang masih belum tahu tentang ajaran Islam dan belum
mendapat hidayah Allah. Namun alangkah terkejutnya si kafir tadi apabila ketika dia jatuh
sakit, orang pertama yang menjenguknya adalah nabi muhammad yang sering diludahi
olehnya. Lalu orang kafir tersebut menangis dan terus memeluk Islam.
Bibliography
Heni. (2013, Mei 22). Akhlak Peribadi. Retrieved from
http://henisetiyaningsih.blogspot.my/2013/05/akhlak-pribadi.html
Rizki. (2011, Jun 23). Akhlak Terhadap Diri Sendiri. Retrieved from
https://rizkifisthein.wordpress.com/2011/06/23/akhlak-terhadap-diri-
sendiri/

Anda mungkin juga menyukai