LATIHAN 1:
Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengucapkan
tahniah dan syabas kepada pendorong para pelajar khususnya kepada ahli
JKPS inasis Sime Darby kerana telah memberikan sokongan kepada pelajar-
pelajar yang lain untuk belajar dengan tekun dan seterusnya mencapai
kejayaan yang dinantikan. Semoga dengan kejayaan ini akan dapat
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah
memungkinkan para pelajar ini menerima sijil dan hadiah pada pada hari
ini. Semoga sumbangan kita mendapat keredhaan Allah Subhanahuataala.
Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.
Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.