Anda di halaman 1dari 6

Sejarah Batu

B e r s u r a t Te r e n g g a n u
TERENGGANU 3M: LAGENDA & SEJARAH
Homepage
CATATAN SEJARAH Terengganu 3M

R A B U , 1 4 O K TO B E R 2 0 0 9

Ay u n B u a i
Kokek

Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Blog Arkib
Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu
Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh 2009 (7)
Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di
bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas Oktober (7)
membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah CATATAN SEJARAH
patah sebahagian di sebelah atasnya.
MENGENAI BATU
Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat BERSURAT
dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu.
Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli BUKTI ISLAM BERTAPAK
Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu
diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat KUAT DALAM
Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto PERKEMBANGAN ISLA...
berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan
kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. TAFSIRAN MUKA 1

TAFSIRAN MUKA 2
Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi
bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam TAFSIRAN MUKA 3
sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan
maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman TAFSIRAN MUKA 4
mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan
jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina,
batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari
Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis Jumlah Paparan
surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan Halaman
kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di
Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah
memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan 30211
Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali
Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung
di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara
Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha
Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin
Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato Seri
Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar
Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang


terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan
pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-
Undang Islam.

SUMBER DARIPADA PIHAK MUZIUM NEGERI TERENGGANU

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 2:07 PTG 0 ULASAN

MENGENAI BATU BERSURAT

Agak aneh dan pelik


kenapa Batu Bersurat yang mengandungi ayat Quran serta tulisan
aturcara itu telah di gunakan sebagai alas kaki guna membasuh kaki
di Masjid Kampung Buloh dimana ianya di gunakan. Mengikut
beberapa sebab yang di ceritakan oleh penduduk tempatan bahawa
semasa Batu Bersurat itu di jumpai, ianya telah bersalut dengan
selaput batu luaran dan hanya setelah sekian lama ianya di gunakan,
saluran batu luaran itu terhakis sedikit demi sedikit sehinggalah
menampakan tulisan di atasnya. Sebab lain yang di berikan adalah
bahawa para penduduk tidak dapat membaca atau memahami tulisan
jawi yang kebanyakannya mengandungi bahasa jawa kuno
sehinggalah ianya di terjemahkan oleh pihak kerajaan Inggeris.

......Pada tahun 1902, Saiyed Husin Ghulam al Bukhari singgah di masjid


Kampong Buloh untuk menunaikan sembahyang zohor. Bila sampai di masjid.
Saiyed Husin ternampak setongkol batu bertulis dengan tulisan jawi terletak di
tangga masjid digunakan untuk pelapik tempat orang membasuh kaki. Selepas
sembahyang, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali bin Sulaiman dan bilal masjid
membawa batu itu ke perahu untuk di persembahkan kepada Sultan Zainal
Abidin III. (Catatan Mohd Zabidi Haji Saidi Hulu Terengganu Menuju Keemasan)

Hasil dari pendapat ini, timbul pendapat yang mengatakan bahawa


Batu Bersurat yang di tuliskan itu berasal dari Tanah Jawa dan di tulis
oleh orang jawa. Sekiranya pendapat ini benar, dengan sendirinya
akan menyingkirkan pendapat bahawa Batu Bersurat itu di bawa dari
negeri Cina kerana kandungan bahasa yang di gunakan itu.

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 2:05 PTG 0 ULASAN

BUKTI ISLAM BERTAPAK KUAT DALAM


PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Ramai di kalangan ahli
sejarah baik dari luar dan
dalam Malaysia berpendapat
bahawa Batu Bersurat
Terengganu hanya
merupakan tanda awal Islam mula bertapak di Malaysia dan hanya
merupakan tunasnya sahaja. Ramai yang meletakkan Melaka sebagai
tanda permulaan yang kukuh di mana Islam di perkembangkan di
seluruh jagat Malaysia atau di kenali sebagai Tanah Melayu ketika itu.

......Dakwaan setengah ahli sejarah yang mengatakan bahawa penyebaran


agama Islam yang pertama bermula di Terengganu melalui negeri China
berdasarkan sebuah batu bertulis yang dijumpai di negeri itu membuktikan
bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami di Terengganu dalam tahun 702
Hijrah (1303 M), ini tidak dapat diterima, kerana kedudukan Islam di
Terengganu pada masa itu tidak kukuh untuk berkembang ke negeri-negeri lain
di Tanah Melayu. Apa lagi pelopor pertamanya ialah ahli perniagaan dan
panglima perang Cina yang beragama Islam sahaja, tidak dari pembesar-
pembesar negara sebagaimana di Melaka. Lebih-lebih lagi tidak ada bukti yang
menunjukkan bahawa pemerintah negeri Terengganu sendiri di waktu itu
mengambil anisiatif yang tegas dalam penyebaran agama Islam, ataupun
sekurang-kurangnya memeluk agama Islam........ (Catatan Haji Dusuki Haji
Ahmad Ikhtisar Perkembangan Islam)

Ramai juga yang berprasangka bahawa Batu Bersurat telah di bawa


dari negara lain seperti dari China dan juga dari tempat-tempat yang
lain. Ini di ragui ketepatan pendapatnya kerana kenyataan Batu
Bersurat itu sendiri yang menyebutkan perkataan negeri Terengganu
menunjukkan bahawa ianya di karang di bumi Terengganu dan
bukannya di bawa dari luar.

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 2:04 PTG 0 ULASAN

TAFSIRAN MUKA 1

Rasulullah dengan yang orang sentiasa mereka sir


Asa pada Dewata yang Mulia Raya memberi menamakan negara
Agama Islam

Dengan benar bicara dari diajar mengesahkan bagi sekalian


hamba Dewata Mulia Raya

Di Benua aku ini penentu agama Rasulullah s.a.w. Raja


Mandalika yang benar secara Islam Dewata Mulia Raya

Bahumi ini penentu itu fardhu pada sekalia Raja Mandalika

Islam menurut sembah Dewata Mulia Raya

Dengan benar bicara secara hal ehwal kerana Hukum Mu Asma


Illahi Mu

Maka titah Seri Paduka Tuhan menduduki Tamir ini di benua


Terengganu ini ada purnama ada

Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di Sasakala

Baginda Rasullullah telah lalu Tujuh Ratus Dua

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 1:48 PTG 0 ULASAN

TAFSIRAN MUKA 2

Keluarga di benua jauh


jika (minta bahagian)

Datang berikan. Keempat (derma) orang berpiutang

Jangan mengambil (laba jika diambil) hilangkan emas

Kelima derma barang orang (laki-laki) merdeka

Jangan mengambil tukul (buat pakai) emas

Jika ambil hilangkan emas. Keenam derma barang

Orang berbuat balacara laki-laki perempuan satitah

Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu

Seratus rotan. Jika beristeri

Atau perempuan bersuami ditanam hinggakan

Pinggang di hambalang dengan batu matikan

Jika ingkar (balacara) hambalang jika anak Mandalika

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 1:45 PTG 0 ULASAN


TAFSIRAN MUKA 3

Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika........

Menteri bujang dandanya tujuh tahil (sepaha)........

Tengah tiga, jika tertua (ketua) bujang dandanya lima


(tahil).....

Tujuh tahil sepaha masuk bendahara, (jika) orang.......

Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak


(berkahwin)........

Tiada dapat bersuami, jika berbuat balacara jika tiada (saksi)

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 1:40 PTG 0 ULASAN

TAFSIRAN MUKA 4

......tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma

.......(Titah) Seri Paduka Tuhan siapa tiada terpedaya


dendanya sepuluh tengah tiga

........jika anakku atau pamanku atau cucuku, atau keluargaku


atau anak (saudaraku)

........Tamir ini segala isi Tamir barang siapa tiada mengikut


Tamir ini laknat Dewata Mulia Raya
.........dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgarcara
Tamir ini

DICATAT OLEH TERENGGANU 3M DI 1:37 PTG 0 ULASAN

Home

Sejarah Batu Bersurat Terengganu - by Templates para novo blogger - Tested by Blogger Styles