Anda di halaman 1dari 5

NAMA : AMIRUL ANWAR BIN ABDULL AZIS

OPSYEN : PISMP MUZIK SEMESTER 5

REFLEKSI BIG BENCHMARKING KE SMK IBRAHIM, SUNGAI PETANI, KEDAH


ANJURAN PISMP MUZIK DAN SEJARAH SEM 5

Assalammualaikum dan selamat sejatera. Terlebih dahulu saya, Amirul Anwar Bin Abdull
Azis ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta rahmat-
Nya saya berjaya melaksanakan kerja kurus pada kali ini dengan penuh jayanya dan sempurna.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan Che Som Binti Baharom
kerana telah memberi peluang untuk saya dan juga rakan-rakan untuk melakukan tugasan ini
dan juga telah memberi terlalu banyak tunjuk ajar yang berguna sebelum, semasa dan selepas
menyempurnakan tugasan. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan saya, senior-senior mahupun pihak yang terlibat yang telah membantu saya
menjayakan kerja kursus ini dengan lengkapnya. Tanpa bantuan anda semua, mungkin saya
tidak dapat melakukan tugasan ini dengan jayanya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat
membalas segala jasa baik yang telah anda semua berikan kepada saya sepanjang melakukan
tugasan tersebut.

Pertama sekali, sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini yang berkaitan
dengan pelaksanaan lawatan penanda aras, terdapat beberapa rintangan halangan serta
cabaran yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selepas membuat beberapa
rujukan bahan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta
memahami tentang bagaimana untuk melaksanakan dan menjalankan sesuatu lawatan.

Pada mulanya saya masih tidak dapat melihat dengan jelas lagi berkenaan perjalanan
proses sebelum, semasa dan selepas bagi menjayakan tugasan ini. Apatah lagi saya hanyalah
pelajar major muzik. Jujur saya katakan, saya tidak mahir dalam bidang pengurusan ini dan
juga saya tiada pengalaman dalam perancangan lawatan sebesar ini. Namun, saya telah
berusaha untuk mempelajari bagaimana mahu menggunakannya daripada pertolongan rakan-
rakan dan juga pensyarah. Akhirnya, saya telah berjaya melaksanakan tugasan sebagai
persiapan tempat dengan baik. Di samping itu, sepanjang saya menjalankan tugas sebagai AJK
Pengangkutan dalam projek kali ini, saya telah menerima banyak pengetahuan yang baru
dalam membuat persediaan. Antaranya ialah berurusan dengan pihak pentadbiran IPG,
menempah bas di garaj bas IPG, dan berurusan dengan pemandu bas untuk menetapkan masa
pergi dan balik.

Seminggu sebelum berlangsungnya lawatan benchmarking ini, saya dan beberapa


orang AJK saya telah membuat persediaan awal. Antara persediaan kami ialah memohon
kebenaran daripada pihak IPG untuk memohon keizinan daripada pihak pentadbiran untuk
meluluskan permohonan pengangkutan bas ke SMK Ibrahim di Sungai Petani, Kedah pada 24
Julai 2016. Setelah mendapat kelulusan, saya juga dan AJK saya telah ke garaj bas bagi
memberi surat kelulusan daripada pihak atasan kepada bahagian pengangkutan IPGKP. Selain
itu, kami turut memastikan pemandu bas kami nanti iaitu Encik Azmir dan mengambil nombor
telefeonnya untuk berurusan. Pada tarikh 24 Julai 2016, jam 6.00 pagi, saya telah menelefon
pemandu bas untuk memberitahu bahawa kesemua pelajar sudah berada di Astaka IPGKP dan
bersedia untuk bergerak. Saya telah membuat kiraan kesemua pelajar di dalam bas supaya
tiada yang tertinggal dan memberi isyarat kepada pemandu untuk memulakan perjalanan.
Perjalanan kami mengambil masa sebanyak 2 jam dan kami telah tiba di SMK Ibrahim pada jam
10.00 pagi. Lawatan dijalankan dan dijangka tamat pada jam 1.00 petang. Pada jam 12.30
tengah hari, saya telah menelefon Encik Azmir untuk memberitahu bahawa lawatan sudah
selesai dan kami bersedia untuk pulang ke maktab semula. Pada jam 1.00 petang, kami
menaiki bas dan pulang dengan selamat ke IPGKP semula.

Alhamdulillah, saya berjaya menjalankan tugas itu dengan begitu baik sekali dan telah
mendapat komen serta respon yang bagus daripada rakan-rakan, mentor dan pensyarah yang
lain. Saya juga berasa tersangat syukur kepada Ilahi kerana tugasan saya ini berjalan dengan
lancar sekali. Walau diuji dengan pelbagai masalah seperti masa yang terlalu singkat,
pengalaman yang kurang, sibuk dengan aktiviti lain serta kekurangan idea. Alhamdulillah, saya
berjaya tanganinya dengan begitu jayanya akibat daripada kerjasama dan komitmen yang kuat
daripada rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya turut merasakan bahawa kepentingan dalam
projek ini terhadap diri saya ini. Walaupun sebagai bakal guru muzik untuk mendidik anak-anak
bangsa, semua ilmu lain pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai
seorang guru dalam kancah pengurusan yang begitu mencabar.
Antara pengajaran yang saya dapat setelah selesai melaksanakan tugasan yang diberi
ialah kita hendaklah berani mencuba sesuatu yang baru. Pada pendapat saya, projek ini
merupakan antara projek yang bukan mudah untuk mendapat keputusan yang cemerlang
kerana terlalu banyak pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengurusan. Tetapi saya
tetap memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru untuk menambahkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada dalam diri ini. Hasilnya, saya telah banyak menerima ilmu
mengenai pengurusan dan penganjuran sesuatu projek yang boleh digunakan semasa berada
di sekolah nanti. Oleh itu, saya cuba menambahbaik lagi pengetahuan sedia ada saya dengan
ilmu pengetahuan yang baru ini agar keseimbangan dan juga rumusan dapat dilakukan.

Selain itu, kita seharusnya berani dan yakin dalam apa jua sekali keadaan. Hal ini
demikian kerana tanpa berani dan yakin yang ada dalam diri, kita tidak dapat melaksanakan
tugasan itu dengan sempurna akibat daripada penyakit malas yang dihidapi. Situasi ini terjadi
kepada diri saya sendiri ketika menyiapkan tugasan yang diberi ini. Walaubagaimanapun, sifat
berani itu akan datang secara perlahan-lahan ke dalam jiwa saya. Saya ingin memperolehi
pengetahuan yang baru, jadi saya telah memaksa diri saya untuk membaca segala buku yang
berkaitan agar ilmu tersebut dapat disimpan seterusnya mengaplikasikan dengan kemahiran
mahupun teori yang sedia ada pada diri saya. Alhamdulillah, saya telah mengubah sikap saya
menjadi seorang yang berani dan yakin. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh telah dapat
dirumuskan dan digunapakai mahupun ditambah kepada ilmu sedia ada supaya mencapai
keseimbangan dalam pemikiran.

Seterusnya, bermatlamat mulai sekarang untuk menjadi guru yang berguna pada masa
akan datang merupakan salah satu pengajaran yang saya perolehi. Setelah mempelajari
banyak kemahiran dalam melaksanakan program luar bilik darjah seperti ini serta sempurna,
barulah saya mengerti bahawa sebelum kita ingin mendidik anak bangsa, kita perlulah
membetulkan dahulu sikap kita untuk mejadi insan yang terdidik. Jika tidak mengamalkan
konsep teknik tersebut, maka kita sebagai seorang guru tidak lengkap dalam persiapan dan
masih belum bersedia untuk membina insan yang akan memimpin negara pada masa akan
datang. Oleh itu, segala konsep tugas dan kemahiran yang digunakan semasa kejohanan
berlangsung, mahupun amalan yang boleh diaplikasi dapat diterapkan dalam diri saya ini dan
sudah bersedia untuk berhadapan dengan murid di sekolah pada suatu hari nanti. Mulai
daripada sekarang saya telah memasang impian untuk menjadi seorang guru yang mempunyai
ilmu yang menyeluruh dan juga seimbang yang dapat diterapkan kepada setiap murid di
sekolah pada suatu hari nanti.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin
Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat
pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya
juga mula sedar kepentingan subjek ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya
barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi
melahirkan modal insan yang sempurna Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja
kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan
silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan
semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi


melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini
telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion
yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama
bangsa dan negara.