Anda di halaman 1dari 1

[MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD ZULKIFLI] Fasa 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TEORI PERIBADI

NAMA TEORI

GOOD BOY

PENERANGAN TEORI

Setelah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sebanyak


beberapa kali ,saya mendapati bahawa terdapat satu masalah yang berulang sering
terjadi di dalam kelas iaitu masalah kawalan disiplin ,Namun begitu, ia tidak berlaku
kepada semua murid di dalam kelas kerana masalah ini hanya timbul dalam
sebilangan kecil murid sahaja. Oleh itu, saya telah memilih teori yang dirasakan
agak sesuai untuk mengatasi masalah itu, Nama teori tersebut ialah, GOOD BOY .
Untuk melaksanakan teori ini dan menguji keberkesanannya, saya akan menarik
seorang murid yang sering mengganggu rakan-rakan untuk tampil ke hadapan dan
diletakkan di sebelah saya sambil melakukan aktiviti seperti murid-murid lain Saya
tidak akan terus memarahi mereka bahkan melakukan sesuatu dengan cara
menyuruh rakan-rakan memanggil mereka dengan panggilan good boy. Secara tidak
langsung, mereka tidak akan melakukan perkara sedemikian lagi kerana berasa
malu kepada rakan-rakan dan mengubah sikap mereka daripada negatif kepada
sikap yang positif. Hal ini adalah kerana, mereka melakukan sedemikian disebabkan
ingin meraih perhatian guru dan rakan-rakan . Teori ini sekaligus mampu mengubah
suasana kelas menjadi lebih menarik dan pengajaran dan pembelajaran dapat
berlangsung dengan lancar .

Anda mungkin juga menyukai