Anda di halaman 1dari 1

DOA PENANDA ARAS SM SAINS TM FARIS PETRA

.


Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan
salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad
dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang
telah Engkau tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati
maka bagiMu segala pujian atasnya
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami
untuk menyambut dan meraikan lawatan Penanda Aras MYPIB SM Sains
Tengku Muhammad Faris Petra ke Sek Men Keb Pantai pada pagi yang
berbahagia ini . Mudah-mudahan lawatan ini akan menjadi medan yang subur
untuk kami bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi memantapkan
proses pengurusan pendidikan sekolah kami, di samping mengeratkan tali
silaturrahim antara kami .
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah semangat perpaduan di kalangan kami.
Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista
buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi
kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan
martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di
sekolah kami.

Nukilan Doa: Ustaz Mohd Syahir Bin Mohd Yusoff

Anda mungkin juga menyukai