Anda di halaman 1dari 5

Membuat perbandingan ciri-ciri muzik Barat dalam zaman Renaissance, Baroque,

Klasikal, Romantik dan Abad ke-20 secara bertulis.

Zaman Renaissance

Muzik Renaissance adalah muzik eropah barat yang berkembang pada masa
Renaissance. Zaman Renaissance yang dalam bahasa Perancis bererti kelahiran kembali
dalah sebuah zaman yang berkisar dari awal abad ke 14 dan sampai kepada abad ke 17.
Fungsi muzik pada zaman ini adalah untuk ibadah (biasanya di gereja), untuk acara adat
untuk acara kerajaan dan untuk mengiring sesebuah pesta (kerajaan).

Terdapat dua jenis muzik zaman Renaissance, iaitu lagu keagamaan dan lagu skular.
Lagu keagamaan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu mass, motet, madrigal spiritual dan
laude. Dalam zaman Renaissance, lagu keagamaan ataupun muzik gereja dikenali sebagai
Sacred Muzik. Biasanya dalam form Motet dan Mass. Dalam form Mass, 5 bahagian
nyanyian yang digunakan adalah Kyrie, Gloria, Credo, Sanctus dan Agnus Dei. Muzik Skular
Renaissance biasa digubah untuk sebuah kumpulan vocal atau solo vocal dengan iringan
satu atau lebih instrument muzik.

Dalam zaman Renaissance, muzik vocal dianggap jauh lebih penting dari muzik
instrumental. Komposer menulis muzik untuk meningkatkan makna dan emosi melalui lagu
tersebut., sehingga terjadi hubungan yang erat antara lirik dan vocal. Walau bagaimanapun,
muzik masih berdasarkan kepada mod. Ia lebih bebas dengan penggunaan accidentals.
Komposer menggunakan word painting iaitu represantasi muzik dari gambar puitis tertentu.

Muzik Renaissance disebut gaya polifoni a capeella atau polifoni vocal. Sebuah
lagu Choral secara tipikal mempunyai empat, lima atau enam suara dengan interest melodi
yang sejajar, masing-masing suara mempunyai tema melodi yang sama yang muncul
bergantian sebagaimana muzik jenis kanon.

Hasil karya zaman Renaissance banyak menggunakan suara atau vocal sebagai alat
utama. Kualiti ton suara penyanyi adalah jelas, kurang penggunaan vibrato dan mempunyai
fokus yang tinggi terhadap notasi yang dinyanyikan. Instrumen terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu brass, strings, perkusi dan woodwind.

Dari aspek melodi pula, setiap garis melodi mempunyai kekuatan ritma tersendiri.
Setiap lapisan melodi tersebut membentuk sebuah choral yang menggabungkan semua
penyanyi. Penyanyi pula mempunyai aural nyanyian yang baik supaya dapat
mempersembahkan setiap lapisan melodi dengan baik dan tepat. Pic lebih mudah
dinyanyikan kerana hanya menggunakan skel yang sedia ada. Bass register digunakan buat
pertama kalinya bagi memperluaskan renj pic unuk lebih dari 4 oktaf. Komposer yang
terkenal pada zaman Renaissance ialah Leonal power (awal), Pierre de la Rue
(pertengahan) dan Tomas Luis de Victoria (akhir)

Zaman Baroque (1600-1750)

Zaman Baroque bermula sekitar tahun 1600-1750. Berasal daripada perkataan


barroco, perkataan Portugis yang bermaksud mutiasa yang tidak rata bentuknya atau tidak
bulat bentuknya. Muzik pada zaman Baroque mengandungi not perhiasan (ornaments),
kesan dramatic, ekspresif dan penuh emosi.

Berbanding dengan zaman renaisaance, melodi frasa adalah panjang,


menggunakan sistem mod, akhir abad ke-17 sistem digantikan dengan nada major minor.
Penggunaan figured bass atau bass continuo dimulakan. Biasanya bahagian bass ini
dimainkan oleh satu atau lebih alat muzik asas atau continuo seperti organ, harpsichord,
clavier dan ditekankan lagi dengan alat muzik yang mempunyai renj yang rendah seperti
cello atau bassoon. Hasil karya zaman ini banyak menggunakan alat muzik spesifik seperti
alat bertali atau suara solo. Pada zaman Renaissance, gaya muzik adalah polifoni tetapi
pada awal zaman Baroque, teksturnya ialah homofoni. Kemudian, tekstur polifoni digunakan
dengan meluas, menghasilkan tekstur yang tebal dan berat yang terdapat dalam kedua-dua
gentre muzik vocal dan instrument. Bentuk yang lazim diguanakan ialah binary, tenari,
rondo, variasi , ritornello dan fugue. Muzik zaman Baroque biasanya menggunakan satu
mud dan dikekalkan berterusan sehingga akhir muzik dimainkan. Berbeza dengan zaman
Renaissance, Zaman Baroque mengutamakan alat muzik. Alat muzik viols digantikan
dengan alat muzik violin dan keluarga bertali menjadi asas kepada orchestra barok di
samping alat kibod kontinuo (harpsichord) yang memainkan harmoni di atas figured bass
dan mencantikkan lagi tekstur yang ada. Muzik zaman ini lebih riang dan penuh semanga di
mana iramanya lebih bertenaga, melodinya panjang dan dipenuhi dengan trill dan ornament,
warna ton juga lebih kontras dengan penggunaan concerto alat. Aspek dinamik pula
mempunyai kesan talun dengan penggunaan dinamik terraced iaitu dinamik lembut
berlawanan dengan kuat dan satu alat dengan banyak alat.

Terdapat dua stail penciptaan dalam zaman baroque, iaitu stail Antico (muzik gereja
polifoni dari zaman Renaissance), dan Stail Moderno (teks lebih diutamakan daripada
muzik). Genre muzik yang diwujud pada zaman ini ialah muzik vocal (opera, oratorio,
cantata, mass, verse anthem, chorale) dan muzik instrumental (concerto, concerto grasso,
fugue, suite, sonata). Komposer yang terkenal pada zaman baroque ialah J.S Bach dan
Vivaldi.

Muzik Zaman Klasikal (1750-1820)

Pada pertengahan tahun 1700 banyak composer mendapati muzik pada zaman
Baroque terlalu berat dan sukar difahami. Hal ini terbukti dengan wujudnya zaman singkat
Roccocco atau stail gallant pada 1715 hingga 1740. Zaman Roccocco ini merupakan satu
peralihan kepada perubahan yang dramatic dalam muzik klasikal di Vienna. Di sinilah
bermula stail Baroque yang serius telah beralih kepada stail yang lebih mudah dan ringan.

Perubahan ini dipengaruhi oleh seni reka, seni bina dan seni lukis orang Greek dan
Rom. Revolusi di Amerika dan Perancis serta peperangan Naopleon telah mengakibatkan
kuasa politik dan ekonomi diambil alih oleh golongan rakyat jelata. Berikutan dengan itu,
seni muzik juga menjadi lebih terbuka kepada rakyat jelata. Pada masa itu kegiatan muzik
berpusat di Vienna.

Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian atau di bawah


naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan
muzik popular. Berbeza dengan Zaman Baroque, persembahan muzik pada zaman Klasikal
bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah
persendirian.

Berbanding dengan melodi Zaman Baroque yang rumit, irama muzik klasikal biasa
menggunakan sinkopasi, fermata luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan
kepelbagaian corak irama dalam muzik zaman klasikal. Melodi pula lebih pendik, merdu,
frasa lebih jelas dan mudah dinyanyikan. Dalam muzik zaman klasikal, tiada hapsikord
continuo yang digunakan pada zaman Baroque. Alat tiup kayu mendapat tempat dalam
orchestra sebagai satu sekyen yang penting. Bermula dari zaman Klasikal, alat muzik
harpsichord yang sering digunakan semasa zaman Baroque telah digantikan dengan piano.
Tekstur piano pada masa itu nipis jika berbanding dengan zaman Baroque dan teknik iringan
bass alberti digunakan. Kemudian tekstur menjadi lebih tebal dan dinamik seperti dalam
karya Beethoven. Tekstur muzik klasikal adalah berciri homofoni, iringan jelas, tidak
kompleks. Sonata merupakan bentuk penting diguanakan untuk membina movement yang
pertama dan diikuti dengan movement yang lain dalam karya besar seperti Overtures.
Bentuk-bentuk lain seperti rondo, theme and variation dan minuet dan trio.
Dari aspek ekspresi pula, terdapat kepelbagaian kontras dalam nada, melodi, irama,
dinamik (terdapat sforzando dan crescendo), warna ton dan mud. Genre muzik boleh
dibahagikan kepada muzik vocal (oratorio dan opera) dan muzik instrumental (simfoni,
concerto, muzik kamar). Antara karya yang terkenal pada zaman klasikal ialah simfoni no 40
dalam G minor ( Mozart) dan Simfoni No 5 dalam C minor (Ludwig Van Beethoven).

Zaman Romantik (1820-1900)

Muzik era Romantik dimulai pada tahun 1815 dan berakhir pada tahun 1910. Muzik
zaman Romantik menekankan stail dan ekspresi kendiri yang menggambarkan personality
composer dan meneroka perasaan yang pelbagai seperti perasaan mesra, riang, seronok,
rindu dan sedih. Bentuknya lebih bebas dan mencabar dengan ciri-ciri yang ketara dalam
penghasilan imaginasi, fantasi dengan penghasilan ekspresi dan emosi oleh composer.
Muzik Klasikal lebih bertekan kepada melodi yang mudah dan pendek manakala muzik
Romantik lebih berfokus pada melodi yang merdu dengan modulasi yang mencabar serta
harmoni yang padat, kaya, terdapat kromtik dan penggunaan harmoni discord. Teksturnya
lebih padat, tebal dengan kontras yang sangat prominen dalam menerokai renj pic, dinamik
dan warna ton yang lebih luas jika berbanding dengan tekstur Zaman Klasikal yang nipis.
Saiz sesuatu orchestra berkembang dengan penggunaan alat-alat muzik yang lebih moden,
lebih besar, menggunakan keluarga brass yang bervalve.

Lagu zaman Romantik beransur patriotic dan dipengaruhi oleh muzik dari Asia yang
dianggap exotic. Perubahan dinamik pada Zaman Baroqu adalah kurang, tetapi Muzik
Zaman Romantik mementingkan warna ton yang pelbagai untuk menghasilkan pelbagai
mud dan suasana, dan sering menggunakan nada yang ekstreme seperti fff dan ppp,
perubahan crescendo dan decrescendo yang kerap dan perubahan dinamik yang
mendadak. Karya muzik zaman Romantik adalah sama ada sangat panjang atau sangat
pendek.

Genre berbentuk muzik vocal lagu diperkayakan, muzik piano yang pendek
hinggalah ke karya yang panjang, besar dramatic serta memakan masa yang lama untuk
dimainkan. Pada zaman muzik Romantik, teknik permainan dan penggunaan alat muzik
piano dan violin ditingkatkan ke tahap yang tinggi. Terdapat pengaruh nationalisme iaitu
tentang reaksi terhadap pengaruh Jerman oleh composer dari Negara seperti Rusia,
Bohemia dan Norway. Antara composer di zaman Romantik ialah Franz Schubert, Peter
Tchaikovsky dan Frededic Chopin.

Muzik zaman abad ke-20 (1900-2000)


Muzik zaman abad ke-20 mempunyai ciri-ciri muzik yang lain dari zaman-zaman lain.
Muzik zaman abad ke-20 menggunakan teknik yang mencabar, unik dan penuh dengan
eksperimen dan menghasilkan bunyi dan warna ton yang mempunyai kelainan dan keunikan
tersendiri. Terdapat perbezaan yang jelas dalam beberapa konsep muzik pada zaman ini.

Berbanding dengan muzik Romantik, melodi zaman abad ke-20 adalah lebih pendek,
berbentuk cebisan berbanding melodi di zaman Romantik yang panjang dan bercabang. Pic
pada zaman ini mempunyai jeda yang besar dan melompat dengan kesan kromatik dan
disonan. Terdapat juga kesan glissandos dari satu pic ke satu pic atau penggunaan ton
mikro. Dari aspek harmoni pula, banyak discord, harmoni dipenuhi dengan disonan yang
sangat ketara, cluster not dan muzik dalam nada polytonal kerap diguanakan dan dimainkan
secara serentak atau tanpa nada (atonal).

Dari aspek irama pula, muzik abad ke-20 bertenaga dan penuh bersemangat,
banyak menggunakan sinkopasi, meter yang luar biasa seperti 5 atau 7 beat dalam satu bar.
Pertukaran meter berlaku dengan kerap dari bar ke bar, penggunaan poli irama,
penggunaan ostinato dan irama penuh bertenaga sentiasa bergerak cepat ke hadapan. Dari
aspek warna ton, elemen paling menonjol dan terdapat kombinasi warna ton yang luar
biasa. Sekyen perkusi diperluaskan dan melupakan fokus utama, bunyi-bunyi pelik unik dan
luar biasa dipertengahkan. Kesan kontras bunyi dan penggunaan peralatan elektronik dan
tape magnatik diperluaskan. Muzik Rock adalah salah satu genre dalam muzik abad ke-20.
Bunyi khas dari muzik rock sering berkisar sekitar gitar listrik atau gitar akustik, dan
penggunaan back beat yang sangaat kentara pada rhythm section dengan gitar bass dan
drum, dan kibod seperti organ dan piano. Di samping itu, gitar selalu digunakan sebagai
instrument muzik solo. Biasanya muzik rock mempunyai tiga chord, backbeat yang
konsisten dan melodi yang unik. Muzik Jazz pula dilahirkan dengan dasar Blues. Muzik Jazz
mempunyai empat ciri, iaitu Bluetonality, Winging, Syncopation dan Improvisasi.