Anda di halaman 1dari 2

TAJUK 5.

0 TEKNOLOGI PERTANIAN
MASA 11.40-12.40 Tengahari (5G)
(21-07-2016)
STANDARD KANDUNGAN 5.1 Menanam benih dalam bekas
STANDARD 5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip
PEMBELAJARAN tangan,
serampang tangan dan penyiram.
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan,
serampang tangan
dan penyiram.
5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium
campuran,
peat most dan cocoa peat.
5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang
sesuai.
5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian
mengikut prosedur
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Menama dan menerangkan fungsi alatan.
2. Mengenal pasti medium semaian.
3. Mengisi medium semaian dalam bekas mengikut
prosedur.
RINGKASAN Guru akan menerangkan kepada murid berkenaan
alatan tangan, fungsi alatan, medium semaian dan cara
mengisi medium semaian ke dalam bekas yang sesuai.
KEMAHIRAN 1. Mengenal pasti alatan tangan dan kegunaannya.
2. Mengenal pasti beberapa medium semaian.
3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas.
BAHAN BANTUAN 1. Bahan: biji benih, medium semaian, batu kerikil dan
MENGAJAR serpihan pasu
2. Alatan: sudip tangan, bekas semaian dan lain-lain
AKTIVITI PENGAJARAN DAN Set Induksi
PEMBELAJARAN Guru memegang alatan sebenar, contohnya sudip
tangan dan
meminta murid memberikan nama serta kegunaannya.
Langkah 1
Berdasarkan jawapan murid, guru mengaitkan set
induksi dengan isi pelajaran iaitu nama alatan dan
fungsinya.
Selepas memberi penerangan, guru akan memberi
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk
menguji kefahaman murid.
Langkah 2
Guru menunjukkan beberapa medium semaian kepada
murid, seterusnya memberi penerangan tentang
medium tersebut seperti sifat fizikalnya. Guru menyoal
murid berkenaan medium semaian sebagai
pengukuhan.
Langkah 3
Guru membuat tunjukcara penyediaan bekas semaian
dan pengisian medium semaian.
Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan (4 orang
setiap kumpulan).
Setiap kumpulan akan menyediakan bekas semaian
dan mengisi medium mengikut prosedur.
Penutup
Guru membuat rumusan isi penting pengajaran dan
memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN Penilaian secara lisan dilakukan pada akhir topik
PEMBELAJARAN semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
manakala kerja amali akan dinilai semasa dan di akhir
amali.
PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat anak benih di tapak semaian.
REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai