Anda di halaman 1dari 9

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

1. 1. 960918-10-5614 1 PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBUATAN


COKLAT BAR KAVANA DI SEMENYIH, SELANGOR. ABSTRAK. Tujuan kajian dijalankan
untuk mengenal pasti cara pembuatan Coklat Kavana Bar melalui penggunaan sains dan
tekonologi . Kajian ini mengemukakan beberapa objektif kajian iaitu objektif kajian pertama
untuk mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat Kavana
Bar berperisa Almond dan Mint oleh pengusahanya di Semenyih,Selangor .Objektif kedua
untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam
perusahaan coklat tersebut.. Kajian ini dijalankan di Taman Industry Mega, Semenyih .
Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan temubual . Data dikumpul
melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang terlibat secara
rawaknya . Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan dengan
penggunaan sains dan teknologi dalam proses pembuatan coklat Kavana tersebut dan
kesan daripada penggunaan tersebut serta faktor produktivi coklat tersebut . Sebelum hasil
dapatan awal, pihak pengusaha telah menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong
menolong semasa saya ingin menjalani kajian ini . Hasil dapatan akhir pula mendapati coklat
merupakan salah satu makanan yang diminati dan dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat,. Secara kesimpulan kecil , keproduktifan makanan sememangnya dipengaruhi
oleh penggunaan sains dan teknologi kini .
2. 2. 960918-10-5614 2 SENARAI ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman Sinopsis 1 Senarai isi
kandungan 2 Penghargaan 3 1.0 Pengenalan 4-5 2.0 Objektif kajian 6 3.0 Lokasi kajian 3.1
Peta 7-8 4.0 Kaedah kajian 4.1 Pemerhatian 10 4.2 Kaedah soal selidik 11 5.0 Dapatan
kajian 5.1 Demograsi responden 12-13 5.2 Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi
dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya 5.3
Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam
perusahaan Coklat Kavana Bar Berperisa Almond dan Mint . 6.0 Rumusan dan Kesimpulan
22 Rujukan 23 Lampiran 24-29
3. 3. 960918-10-5614 3 PENGHARGAAN Dengan kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan
kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2015 yang bertajuk Proses
Pembuatan Coklat Kavana Bar berperisa Almond Dan Mint dengan Penggunaan Sains &
Teknologi Terkini dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan
Jannah binti yang merupakan guru Pengajian Am di sekolah saya. Terlebih dahulu ingin saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajah
Kamilah Bt. Saleh yang merupakan pengetua cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Mohd Said,Nilai kerana telah member keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna dan teratur. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya iaitu Puan Jannah kerana telah
banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya
menyiapkan kajian ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan
tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya iaitu Encik Sambamoorthy Sannasy serta Ghita Vengadasu
yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi
kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar. Akhir sekali,di
sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan
kerja kursus Pengajian Am ini. Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini,
saya telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan
tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus kepada-Nya, dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
4. 4. 960918-10-5614 4 1.0 PENGENALAN Sweetkiss Makanan Perindustrian & Trading Sdn
Bhd, popular disebut sebagai Sweetkiss, adalah salah satu pengeluar konfeksi terkemuka di
Malaysia. Dengan tumpuan khas kepada coklat gula-gula, biskut dan produk snek daripada
Sweetkiss, produknya direka khas untuk memenuhi permintaan hari ini memenuhi dalam dan
di banyak negara-negara lain di luar daripada kawasan. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1995,
Sweetkiss kini terletak pada tanah 2 ekar, dengan iringan adalah sebanyak 100,000 persegi
kaki di Semenyih,Selangor . Pelbagai produk makanan yang dihasilkan berjenama
SWEETKISS dan ROYAL de Dolton kini merupakan nama yang berpengaruh. Pasukan pihak
penguasha telah berjaya dicampur pengetahuan pasaran dan pengalaman ke dalam
keupayaan pengeluaran dan logistik. Dengan bersemangat tinggi dan komitmen daripada
pelaksanaan kerja berpasukan yang hebat, Sweetkiss mempunyai kemajuan pesat dalam
tempoh yang singkat tempoh dalam menguruskan rangkaian pengedaran meluas
menembusi seluruh negara, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Vietnam,
Chin, India, Bangladesh, Afrika, dan Timur Tengah. Koko atau nama saintifiknya Theobroma
cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah berasal daripada bahasa Yunani yang membawa
maksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk
dibuat coklat dan minuman koko. Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920
dan penanaman secara komersil bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon
dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara
komersil apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam dinegara ini. Kawasan
tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman
koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam,
Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis
Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu yang melibatkan kawasan seluas
403 hektar. Pokok koko adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok
malar hijau dalam FamiliSterculiaceae, yang
5. 5. 960918-10-5614 5 berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.Benih koko
biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat. Menurut Kamus Dewan, Sains
didefinsikan sebagai suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.
Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu
atau maklumat . Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula
dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.
Pada dasarnya,semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita. Terdapat tiga
komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian,Mencari
Keseragam,danPembentukanTeoridanHukum. Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan
sebagai "aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.Dalam bidang
teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu dianggap lebih baik berbanding
yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4 dianggap lebih pantas berbanding
pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya. Perkembangan dalam bidang sains dan
teknologi terutama dalam bidang sains dan teknologi makanan pada hari ini berlaku dengan
cukup pesat. Pelbagai teknologi terkini digunakan bagi memastikan makanan yang terhasil
adalah berkualiti tinggi. Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan gabungan pelbagai disiplin
ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan, biologi, kimia, mikrobiologi dan lain-lain sehingga
dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan yang baru dan makanan yang sedia ada
diperbaiki lagi kualitinya. Bukan itu sahaja, peralatan teknologi juga turut berubah demi untuk
membantu pihak industri makanan. Kesemuanya bertujuan bagi memastikan makanan yang
terhasil adalah mencukupi untuk keperluan manusia, menjamin supaya manusia
memperolehi nutrien yang baik sehingga menghasilkan kesihatan yang baik dan membantu
memanjangkan umur hayat manusia.
6. 6. 960918-10-5614 6 Kesimpulannya, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting
dalam menggerakkan kemajuan pengeluaran makanan. Perbezaan yang ketara antara
negara maju dan negara sedang membangun memperlihatkan jurang yang begitu jauh
dalam aspek pembangunan. Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi
baru dengan harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan
secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan
manusia tidak dapat dinafikan membantu mengubah kehidupan manusia. . Oleh itu,
penduduk di negara sedang membangun perlu bekerja lebih keras lagi bagi memastikan
industri makanan terus berkembang. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung jumlah
bekalan makanan kepada penduduk yang semakin tinggi peningkatannya di negara sedang
membangun. Perkara ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan sdapat bertindak
sebagai negara pengeluar makanan.
7. 7. 960918-10-5614 7 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Pengakaji menjalankan kajian ini berdasarkan
kepada dua objektif iaitu : 1. Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan Coklat Kavana Bar di Semenyih, Selangor. 2. Mengkaji kesan penggunaan
sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan Coklat Kavana Bar
Berperisa .
8. 8. 960918-10-5614 8 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Peta Peta 1: Peta Negeri Selangor SUMBER:
LAMAN WEB RASMI http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/122 Walaupun
wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan
bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka menerusi
kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor. Perkataan Selangor itu
sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji
beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku
terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa. Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di
bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di
sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.
9. 9. 960918-10-5614 9 Peta 2: Peta Daerah Semenyih, Selangor. SUMBER : GOOGLE MAP.
Semenyih adalah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, berjarak kira-kira 8 km arah tenggara
Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama
dengan Sungai Semenyih yaitu sungai utama yang mengalir di sekitar Pekan Semenyih.
10. 10. 960918-10-5614 10 Peta 3 : Peta Lokasi Kajian . SUMBER : GOOGLE MAP Ini adalah
peta ke Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd dari tempat keidaman saya. Jarak antara tempat
keidaman saya ke lokasi kajian saya kira kira 21.2 kilometer . Masa yang diambil untuk
sampai ke lokasi tersebut kira kira 20 minit dengan menggunakan kenderaan bermotor . .
Semenyih merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dengan pelbagai jenis lagi
perindustrian yang lain selain daripada Sweetkiss Food Industry .
11. 11. 960918-10-5614 11 3.2 FOTO LOKASI KAJIAN . 3.2.1 : Foto Lokasi Kajian
12. 12. 960918-10-5614 12 SUMBER : LOKASI LAPANGAN 2015 Ini merupakan gambar lokasi
kajian saya. Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd ini terletak di Semenyih , Selangor .
Lokasinya terletak di Taman Mega , Jalan Mega B , bernombor 36 hingga 44. Berposkod
43500 , Semenyih ,Selangor. Sweetkiss Food Industry tidak jauh daripada pekan Semenyih.
13. 13. 960918-10-5614 13 4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan metodologi
yang digunakan semasa melakukan kajian tersebut . Beberapa kaedah telah digunakan
untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Pelbagai kaedah ini digunakan untuk
memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat . Kaedah ini dijalankan dengan
menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif dijalankan dengan
membuat pemerhatian serta sesi temubual bagi mendapatkan suasana yang sebenar
berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menyediakan borang
soal selidik dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan
menggunakan kaedah gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan responden yang
disoal selidik. 4.1 KAEDAH PEMERHATIAN : Melalui kaedah pemerhatian, saya telah
mengetahui cara pembuatan coklat Kavana Bar dengan penggunaan mesin yang canggih
Pada hari pertama, seawal jam 2.30 petang pada hari Jumaat bertarikh 26 Februari 2015.
Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, saya disambut dengan tangan terbuka oleh
pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa saya ke
bilik mesyuarat.Di dalam bilik mesyuarat itu, saya diberi sedikit penerangan sejarah
penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, rombongan
saya ke pembuatan coklat pun bermula. Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke
bahagian memproses coklat. Saya dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon
penyediaan. Di kawasan itu, saya diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan
sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo
kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana
kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Saya melihat sendiri biji koko
panggang dikisar dengan sebuah mesin.Saya telah melihat pelbagai jenis mesin yang
digunakan dalam proses pembuatan coklat ini.
14. 14. 960918-10-5614 14 Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang
diimport khas. Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang
berperisa almond dan mint mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke
paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian
itu, saya dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih.
Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses
menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan
pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga
proses akhir, penyimpanan. Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, saya telah
mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan coklat dengan penggunaan sains
dan teknologi. Sepanjang dua jam lawatan, saya berpuas hati dengan penerangan yang
disampaikan. Di bilik mesyuarat, saya diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan
masa depan kilang coklat ini. Sememangnya , dengan penggunaan sains dn teknologi telah
meningkatkan produktivi coklat tersebut . Coklat Kavana Var ini yang berperisa Almond Dan
Mint merupakan salah satu produk yang mendapat sambutan yang tinggi .
15. 15. 960918-10-5614 15 4.2 KAEDAH SOAL SELIDIK Kaedah soal selidik dijalankan untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik
diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai
borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif
kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di
kawasan kajian, iaitu di penduduk sekitar Taman Mega serta para pekerja kilang tersebut.
Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah
dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang berkenaan
sahaja. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden secara rawak .
Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan
urusan borang soal selidik. BIL. PERKARA Sangat setuju (5) Setuju (4) Tidak pasti (3)
Kurang setuju (2) Sangat tidak setuju (1) Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan
bilangan dan peratus untuk memudahkan proses kajian. Data yang diambil daripada jadual
akan dipersembahkan dalam dapatan kajian menggunakan jadual, min dan carta pai.
16. 16. 960918-10-5614 16 4.3 KEADAH TEMU BUAL Pengkaji telah menjalankan temu bual
secara formal dengan pihak penguasha syarikat tersebut. Temu bual dilaksanakan dengan
pengkaji menyediakan lapan soalan yang berkaitan dengan proses pembuatan Coklat
Kavana Bar Berperisa Almond dan Mint untuk maklumat serta response mengenai pengaruh
sains dan teknologi dalam proses makanan .Hasil daripada temu bual tersebut dicatat dan
dibuat rumusan , serta dikaitkan dengan data yang diperolehi melalui soal selidik dan
akhirnya dibincangkan dalam bahagian dapatan kajian .
17. 17. 960918-10-5614 17 5.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menerangkan keputusan
analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap makanan melalui pengaruh
sains dan teknologi terkini. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan
responden melalui persampelan responden yang terdiri penduduk Taman Mega dan yang
dipilih atau diambil secara rawak .Hal ini bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat
responden yang berlainan peringkat umur yang meminati Coklat Kavana Bar yang Berperisa
Almond dan Mint . 5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN Dapatan kajian yang diperolehi melalui
kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri golongan
belia yang berumur diantara 15-20, 21-30 , 31-40 dan 41-50 secara rawak. Jadual 1 di
bawah menunjukan bilangan responden mengikut umur golongan belia yang terlibat JADUAL
1 : LATAR BELAKANG REPONDEN Bil Perkara Kategori Bilangan Peratusan (%) 1. Umur
15-20 9 30 21-30 12 40 31-40 6 20 41-50 3 10 JUMLAH 30 100 2. Jantina Lelaki 13 43
Perempuan 17 56 JUMLAH 30 100 SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
18. 18. 960918-10-5614 18 Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut
umur. Rajah 1: Peratus Demografi Responden Mengikut Umur Sumber: Kajian Lapangan
2015 Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur penduduk
di Taman Mega . Daripada 30 orang penduduk yang telah di soal selidik, seramai 9 orang
responden berumur 15 hingg 20 tahun bersamaan dengan 30% . Sementara itu , bagi yang
umur antara 21 hingga 30 tahun adalah seramai 12 orang responden bersamaan 40% .
Seterusnya, seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20% bagi yang berumur antara
31 hingga 40 tahun. Akhir sekali, responden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun
seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10%. 30% 40% 20% 10% Demografi
RespondenBerdasarkanUmur 15-20 21-30 31-40 41-50 PETUNJUK (UMUR)
19. 19. 960918-10-5614 19 Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut
jantina. Rajah 2: Peratus Demografi Responden Mengikut Jantina Sumber: Kajian Lapangan
2015 Berdasarkan Rajah 2 , menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina
penduduk di Taman Mega. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik , seramai
13 orang responden adalah jantina lelaki yang bersamaan dengan 43%. Sementara itu, bagi
jantina perempuan adalah seramai 17 responden yang bersamaan dengan 57% . 43% 57%
Demografi RespondenBerdasarkanJantina Lelaki Perempuan PETUNJUK (JANTINA)
20. 20. 960918-10-5614 20 5.2 MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA BERPERISA ALMOND DAN MINT OLEH
PENGUSAHANYA ( OBJEKTIF 1 ) Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data tealh
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan . Analisis dapatan berkaitan dengan
pengaruh sains dan teknologi dalam penghasilan Coklat Bar Kavana berperisa almond dan
mint ditunjukkan dalam Jadual 2. JADUAL 2: ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN
RESPONDEN DALAM PERISA YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI. Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 1 3 10 21 70 1 3.33 4 13.33 1
3.33 Adakah anda berpuashati dengan perisa tersebut ? SUMBER : KAJIAN LAPANGAN
2015 Seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10% sangat setuju bahawa mereka
sendiri berpuashati dengan perisa yang dikeluarkan .Manakala 21 orang setuju bersamaan
dengan 70% , 1 orang iaitu 3.33% tidak pasti dan 4 orang iaitu 13.33 tidak setuju , manakala
1 orang sangat tidak setuju bersamaan dengan 3.33% . Majoriti responden setuju bahawa
coklat pengeluar SweetKiss Food Industry berjenama Coklat Bar Kavana memuaskan
mereka dengan perisanya yang begitu sedap iaitu seramai 24 orang (3 orang sangat setuju
dan 21 orang setuju) atau sejumlahnya ialah 80% .
21. 21. 960918-10-5614 21 Analisis dapatan berkaitan tentang kepuasan dalam pembungkusan
coklat Bar Kavana tersebut dalam Jadual 3. JADUAL 3 : ANALISIS PERATUSAN BAGI
KEPUASAN RESPONDEN DALAM PEMBUNGKUSAN COKLAT YANG DIKELUARKAN
OLEH PENGUSAHA MELALUI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI. SUMBER :
KAJIAN LAPANGAN 2015 Seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% setuju
dengan cara pembungkusan coklat yang dikeluarkan oleh penguasha melalui penggunaan
sains dan teknologi . Manakala , 6 orang tidak pasti bersamaan dengan 20% , manakala 3
orang sangat tidak setuju bersamaan dengan 10% . Majoriti responden setuju dengan cara
pembungkusan coklat yang dikeluarkan oleh penguasha melalui penggunaan sains dan
teknologi iaitu seramai 21 orang atau sejumlahnya 70%. Bil Soalan Sangat Setuju Setuju
Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 2 Adakah anda
berpuashati dengan cara pembungkusan coklat tersebut ? 0 0 21 70 6 20 0 0 3 10
22. 22. 960918-10-5614 22 Analisis dapatan berkaitan tentang cara pembuatan coklat bar
Kavana tersebut melibatkan sains dan teknologi dalam Jadual 4. JADUAL 4 : ANALISIS
PERATUSAN BAGI CARA PEMBUATAN COKLAT BAR KAVANA DIPENGARUHI DENGAN
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI . SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Seramai
26 orang responden bersamaan dengan 86.67% sangat setuju bahawa pengeluaran coklat
bar Kavana ini dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi .Manakala , 3 orang
responden setuju bersamaan dengan 10% , manakala 1 orang responden tidak pasti
bersamaan dengan 3.33% . Majoritinya sangat setuju bahawa pengeluaran coklat bar
Kavana ini dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 29 orang
responden (26 orang sangat setuju dan 3 orang setuju) atau sejumlahnya 96.67%. Bil
Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil %
Bil % Bil % 3 Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar Kavana tersebut melibatkan
penggunaan sains dan teknologi ? 26 86.67 3 10 1 3.33 0 0 0 0
23. 23. 960918-10-5614 23 JADUAL 5 : MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA ( OBJEKTIF 1 ) Berdasarkan
jadual 5 , jadual menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya. Bil Soalan
Sangat Setuju Bil % Setuju Bil % Tidak Pasti Bil % Tidak Setuju Bil % Sangat Tidak Setuju
Bil % 1 Adakah anda berpuashati dengan perisa tersebut ? 3(10) 21(70) 1(3.33) 4(13.33)
1(3.33) 2 Adakah anda berpuashati dengan cara pembungkusan coklat tersebut ? 0(0)
21(70) 6(20) 0(0) 3(10) 3 Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar Kavana tersebut
melibatkan penggunaan sains dan teknologi ? 26(86.67) 3(10) 1(3.33) 0(0) 0(0)
24. 24. 960918-10-5614 24 GRAF 1 : ANALISIS MENUNJUKKAN PENGENAL PASTI
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Analisis menunjukkan pengenal pasti penggunaan
sains dan teknologi dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh
pengusahanya dalam graf 1. 0 500 1000 1500 2000 2500 Perisa Coklat Bar Kavana Cara
pembungkusan Coklat Bar Kavana cara pembuatan coklat Bar Kavana Peratusan / % Faktor
penggunaan sains dan teknologi sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
25. 25. 960918-10-5614 25 5.3 MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR
BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 ) Berdasarkan soal selidik yang diperoleh ,
data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan
dengan keproduktifan, masa dan kesihatan dalam penggunaan sains dan teknologi coklat
Bar Kavana ditunjukkan dalam Jadual 7. JADUAL 7 : ANALISIS PERATUSAN BAGI
KEPRODUKTIFAN , MASA DAN KESIHATAN DALAM PENGGUNAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA . SUMBER : KAJIAN
LAPANGAN 2015 Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 1 Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan
teknologi dapat meningkatkan produk coklat tersebut ? 20 66.67 10 33.33 0 0 0 0 0 0 2
Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa ? 25
83.33 5 16.67 0 0 0 0 0 0 3 Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan teknologi
dalam industri pemakanan boleh membawa kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan ?
0 0 0 0 1 3.33 8 26.67 21 70
26. 26. 960918-10-5614 26 Berdasarkan Jadual 7 , seramai 20 responden bersamaan dengan
66.67% sangat setuju bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan
keproduktiviti coklat bar kavana . Manakala 10 orang setuju bersamaan dengan 33.33% .
Majoriti responden setuju bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat
meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana iaitu seramai 30 orang ( 20 orang responden
sangat setuju dan 10 orang setuju ) atau sejumlahnya ialah 100%. Selain itu , seramai 25
orang responden bersamaan dengan 83.33% sangat setuju bahawa dengan penggunaan
sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam pengeluaran Coklat Bar Kavana.
Manakala , 5 orang responden setuju bersamaan dengan 16.67% . Majoriti responden setuju
bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa iaitu seraai 30
orang ( 25 orang responden sangat setuju dan 5 orang setuju ) atau sejumlahnya ialah
100%. Keputusan peratusan untuk kesihat menunjukkan majoritinya tidak setuju . Seramai 1
orang responden bersamaan 3.33% tidak pasti dalam penggunaan sains dan teknologi
dalam industri pemakanan yang boleh nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan
kesihatan . Manakala , seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% tidak setuju dan
seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% sangat tidak setuju dengan
pernyataan tersebut . Majoritinya , responden tidak setuju dalam penggunaan sains dan
teknologi dalam industri pemakanan yang boleh nemjurus kepada penyakit atau
memjejaskan kesihatan iaitu seramai 29 orang responden (8 orang responden tidak setuju
dan 21 orang responden sangat tidak setuju ) atau sejumlahnya 96.67% .
27. 27. 960918-10-5614 27 JADUAL 8 : MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT
KAVANA BAR BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 ) SUMBER : KAJIAN
LAPANGAN 2015 Bil Soalan Sangat Setuju Bil % Setuju Bil % Tidak Pasti Bil % Tidak Setuju
Bil % Sangat Tidak Setuju Bil % 1 Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan
teknologi dapat meningkatkan produk coklat tersebut ? 20(66.67) 10(33.33) 0(0) 0(0) 0(0) 2
Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa ?
25(83.33) 5(16.67) 0(0) 0(0) 0(0) 3 Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan
teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada penyakit atau memjejaskan
kesihatan ? 0(0) 0(0) 1(3.33) 8(26.67) 21(70)
28. 28. 960918-10-5614 28 GRAF 2 : ANALISA DALAM MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN
SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN
COKLAT KAVANA BAR SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Analisa dalam mengkaji
kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan coklat
kavana bar dalam graf 2. 0 500 1000 1500 2000 2500 Keproduktifan Menjimatkan Masa
Menjejaskan Kesihatan P e r a t u s a n ( % ) Kesan penggunaan Sangat setuju setuju tidak
pasti tidak setuju sangat tidak setuju
29. 29. 960918-10-5614 29