Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan tugasan

untuk pengajaran mikropengajaran ialah penggunaan slaid power point juga


menarik minat murid dan murid. Mereka begitu teruja apabila melihat slaid yang
ditayangkan pada hadapan kelas. Murid juga paham kehendak guru dengan jelas
dan dapat mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran.

Selain kelantangan suara juga banyak membantu dalam pengajaran ini. Suara yang
lantang akan dapat memudahkan murid mendengar seterusnya membantu
pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal
ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan
lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-
gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan
murid lebih hormat kepada guru.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti


dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam
kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan
yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas
mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang
tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi
pelajaran.

KELEMAHAN

Setiap kekuatan pasti ada kelemahan begitu juga dengan pengajaran mikro saya.
Walaupun tayangan power point itu menarik minat murid namun ia tidak sesuai
bagi pengajaran yang singkat seperti pengajaran mikro.ia memakan masa untuk
penjaran itu dan lari dari masa yang ditetapkan.Ketepatan masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan
lancar.

Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan


kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti
murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap
aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas
dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
LANGKAH MENGATASI

Untuk penjaran yang lebih baik pada masa akan datang setiap kelemahan dan
kekurangan haruslah di atasi.Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran
pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan
pengajaran mikro ini saya harus lebih peka dengan masa. Masa memainkan
peranan yang penting dalam sesuatu pengajaran. Pengajaran yang baik adalah
menepati masa seperti yang dirancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian
yang telah disediakan terlebih awal. Ketepatan masa harus diambil kira dari awal
hinggalah tamat sesi pengajaran.

Selain itu guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas
bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP
berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas,
sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid
terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru
dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang
berkesan antara guru dengan murid. Guru seharusnya bijak untuk mengawal kelas
dan tidak membiarkan murid hilang tumpuan di dalam kelas.

Di samping itu juga, kaedah tayangan power point tidak begitu sesuai untuk
pengajaran yang singkat. Seharusnya guru menggukan kaedah yang lain selain
tayangan power point itu contohnya menunjukkan gambar yang sedia ada atau pun
menggunakan bahan maujud. Set induksi seharusnya tidak memakan masa yang
panjang kerana ia boleh mengganggu masa guru untuk langkah yang seterusnya.