Anda di halaman 1dari 3

Terorisme, Islamfobia dan Konsep Jihad

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek
kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah
akhlakdan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan
undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan
dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah JIHAD dan DAKWAH ataupun
KETENTERAAN dan FIKRAH. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar
dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

-Usul 1, Usul 20 Tulisan


Imam Hassan Al-Banna-

Pada saat rakyat Syria telah hampir dengan kemenangan pada ketika itu,
tiba-tiba muncul sebuah gerakan yang dikenali sebagai Islamic State in Iraq and
Syria (ISIS). Secara umumnya, nama gerakan tersebut adalah Islamic State (IS)
yang tidak merujuk kepada mana-mana Negara. Mereka bukan sahaja
menentang puak Basyar bahkan memerangi kelompok yang tidak setuju dengan
ideologi keras mereka termasuklah Free Syrian Army (FSA) yang berjuang sejak
awal konflik.

Tujuan Penubuhan ISIS katanya adalah ingin membangun sistem Daulah


Islamiyah. Perjuangan mereka sebenarnya terdapat sedikit yang bertentangan
dengan Islam. Mereka ingin mengembalikan sistem yang ada pada zaman Nabi
dan Para Sahabat untuk digunakan pada zaman sekarang tetapi mengetepikan
hokum Fiqh yang terdapat perubahan yang diubahkan mengikut zaman atau
tempat yang dikenali sebagai uruf .

Lebih ekstrem lagi apabila mereka menganggap bahawa jihad perang


itu satu kewajipan ke atas umat islam dalam memerangi orang kafir. Lebih
menyedihkan apabila tindakan ekstrem mereka yang bukan islam menggap
Islam selaku pengganas yang melihatkan bahawa ISIS telah berlebihan dalam
agama. Konflik jihad ISIS ini semakin menjadi perhatian dalam masyarakat di
Malaysia apabila terdapat penyebaran ideologi dan penyertaan keanggotaan
terhadap jihad tersebut.

Maka apakah konsep jihad yang sebenar di dalam Islam sehinggakan


salah faham Barat dan masyarakat global yang yang akhirnya terhasil
Islamfobia terhadap mereka. Secara umum, masyarakat global beranggapan
bahawa jihad itu merujuk kepada holy wars sahaja dengan melihat aktiviti-
aktiviti militan Islam di Asia Barat termasuklah ISIS dan juga gerakan-gerakan
terorisme yang digambarkan di dalam media. Kemuncak fenomena Islamfobia
ini bermula sejak tragedi 11 September 2001 yang menurut mereka dalang
tragedi tersebut merupakan gerakan militant Islam. Malah kegiatan-kegiatan ini
juga dikaitkan dengan sejarah perkembangan islam bahawa islam tersebar
melalui mata pedang.

Di dalam Al-Quran, jihad bukan merujuk kepada maksud peperangan.


Selain itu, tiada istilah peperangan (qital dan harb) yang dianggap suci di dalam
al-Quran yang sekaligus mematahkan hujah yang diyakini bahawa jihad
merupakan holy wars. Sungguhpun perang itu dibenarkan di dalam islam, ia
hanya diterima sekiranya matlamatnya adalah untuk menegak kebenaran selari
dengan Maqasid Syariyyah. Malah di dalam perang, pihak musuh mesti di
layan secara adil tidak seperti yang dilakukan gerakan ISIS. Sebahagian ulama,
ahli siasah dan sarjana Eropah, khususnya sejarawan, mempercayai bahawa
penyebaran dan penerimaan Islam berasaskan pedang disebabkan salah tafsiran
mereka terhadap istilah jihad. Mereka mempercayai bahawa rakyat yang
ditawan dipaksa memilih sama ada memeluk agama Islam, membayar cukai
(Jizyah) atau dibunuh. Mereka keliru akan dua kefahaman iaitu al-fath
(pembukaan/liberation) dan al-jihad, yang difahami mereka membawa maksud
yang sama. Maka jelas lah kekeliruan mereka ini adalah salah dan zalim ditakrif
dari segi sejarah.

Menurut Prof. Madya Amat Juhari Moain, Perkataan jihad (Arab: jihadun)
adalah kata nama yang berasal dari kata akarnya jahada yang bermaksud
berusaha keras atau bersungguh-sungguh atau dalam bahasa inggerisnya to
exert.. . Mengikut Kamus Dewan erti jihad ialah: 1.Usaha sungguh-sungguh
untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah. 2.Penentangan terhadap anasir-
anasir yang mahu merosakkan Negara. Oleh yang demikian, bersungguh-
sungguh untuk belajar untuk raih keredhaan merupakan satu jihad, berbakti
kepada ibu bapa untuk raih redha Allah juga merupakan jihad , namun
sememangnya berjuang dalam jalan Allah (fi sabilillah) membela dan
menegakkan syiar islam merupakan jihad yang tertinggi tetapi tidaklah melului
aktiviti-aktiviti ekstrem seperti yang dibawa ideologi ISIS, Hizbut Tahrir dan
gerakan ekstrem Islam yang lain.

Dalam memperkatakan Jihad Fi Sabilillah, setelah merujuk kitab Fatwa


Jilid I(1975: 289), Prof. Madya Amat Juhari Moain menjelaskan: Dalam bahasa
Malaysia erti fi sabilillah ialah pada jalan Allah berusaha, berkorban dan
berjuang sama ada dengan lidah (perkataan), harta benda, perbuatan (amal
kebajikan) atau melancarkan jihad perang sama ada memerangi musush-musush
Allah, musuh-musuh Islam atau musuh-musuh yang tidak diketahui, atau
memerangi hawa nafsu yang buruk dan kotor pada diri sendiri, bagi menegakkan
yang hak(kebenaran) dan keadilan, dan bagi menghancurkan kemungkaran dan
kebatilan serta kekufuran, untuk mencapai jalan yang diredhai Allah.

Kesimpulannya, merujuk pada istilah Islamfobia, adalah tidak adil jika


kesalahan minoriti terorisme di dalam islam dibebankan dan dihukum ke atas
Islam secara keseluruhannya. Konsep jihad itu adalah elemen yang sangan
penting di dalam pembinaan manusia dan tamadun tetapi dinasihat agar tidak
berlebih-lebihan serta melampaui batas. Bahkan semangat jihad sangat perlu
ditanam dalam setiap jiwa pemuda kerana asas keimanan itu ialah hati yang
bersih, asas keikhlasan ialah sanubari yang suci, asas semangat ialah keinginan
yang kuat, manakala asas tidakan ialah keazaman yang membara. Siri
Himpunan Risalah, Imam Hassan Al-Banna-

Maka untuk membina sesebuah tamadun yang Ideal perlulah dengan


kesungguhan dan tindakan, melalui kaedah-kaedah yang sederhana, efektif dan
tidak mendatangkan fitnah. Menurut Hamka, Ahli-ahli tafsir mentafsirkan
bahawa seruan jihad adalah lebih umum daripada seruan bersikap keras.
Memerangi kekafiran tidak semestinya dengan cara yang keras, kerana mereka
juga dapat ditundukkan melalui sikap lemah lembut, atau dengan hujah yang
tepat. Tetapi kita perlu bersikap keras terhadap golongan munafik. Mereka tidak
boleh diberi hati.

Anda mungkin juga menyukai