Anda di halaman 1dari 2

Asalamualaikum warahmatullahiwanarokatuh dan salam sejahtera

Terima kasih pengerusi majlis yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk TEBUAN
YANG BERANI
Yang terlena,sedar-sedarkan.yang tesedar,dengar-dengarka. Yang terdengar fikir-
fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor tebuan yang berani Tebuan dan rakan-rakan-nya
menghadapi Singa yang sombong dan ganas. Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsa-nya.

Suatu hari , semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.Mereka


berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas itu.

Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara, Wahai kawan-kawan ,kehidupan kita
sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana
hendak menewaskan singa itu.

Ya kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.siapa ada cadangan,silakan kata
sang kancil. Semua terdiam. Tiba tebuan bersuara, kawan-kawan,biarlah saya cuba
menewaskan singa itu.
Ha,ha,ha,ha haiwan lain ketawa sambal memperkecilkan kebolehan tebuan

Selain saya siapakah yang berani menawarkan diri,silakan. Tebuan mencabar


kawan-kawan-nya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain
yang berani menentang Singa, marilah sama-sama menyokong Tebuan sebagai wira
kita. Kata Sang Kancil dan di sambut dengan tepukan gemuruh oleh penghuni
rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba kelua untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Sampai disatu tempat, mereka ternampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.
Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya singa itu.
Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tetapi dengan azam yang kuat, aku
akan dapat menewaskam kemalasanmu yang besar! Jawab Tebuan penuh semangat.

Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan
terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan
tetapi tidak berjaya. Lama-kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubag hidung Singa yang luas itu.
Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia
bersin beberapa kali tapi tidak mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itu mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan . Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,

1.Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.
2.Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya.

Sebelum mengundur diri,baik kita fikirkan.. besar jangan disangka


anak , besar jangan disangka bapa

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai