Anda di halaman 1dari 5

Babak 1

Dinginnya pagi terasa nyaman,

Dalam hangatnya dekapan sang mentari,

Membangkitkan sukma menyapa hari

Waaa..waaa..waaa

Lahirnya seorang insan yang suci murni,

Disambut tenang mengucap syukur,

Hilanglah segala rasa kesakitan yang dialami,

Tersenyum indah menatap wajah insan yang dikasihi..

Babak 2

Insan ini ditatang bagaikan minyak yang penuh,

dibelai dan dimanja,

Babak 2
Kanak-kanak ini ditatang bagaikan minyak yang penuh.
Segala permintaan dan kehendaknya dipenuhi dengan
sebaik mungkin. Apa sahaja yang diminta pasti ditunaikan
ibubapanya. Hendakkan kereta mainan, pasti kereta
mainan dicari, hendakkan anak patung, pasti anak patung
yang dibeli. Begitulah kesabaran ibu bapa melayan
kerenahnya. Detik ini juga merupakan titik mula
perkenalan dengan rakan-rakan sebayanya. Ali, Fahri,
Jothi, Chong, Syida, Jessi sebahagian daripada senarai
rakannya tanpa mengira bangsa dan agama. Indah dan
seronoknya kehidupan seorang kanak-kanak tanpa
memikirkan hal dunia yang kian bergelora. Alam kanak-
kanaknya begitu menyeronokkan. Bermain, bermain, dan
terus bermain dengan gembira.

Babak 3

Masa berlalu dengan pantasnya. Kanak-kanak ini mula


melangkah ke alam persekolahan. Merasai suasana berada
di dalam kelas mengenal ABC, 123 dan Alif Ba Ta. Belajar
mengeja, menulis, membaca dan mengira. Dididik untuk
menghormati dan menyayangi ibu bapa, guru-guru,
sahabat handai dan masyarakat sekeliling. Suasana
persekolahan sebenarnya sangat menyeronokkan dan
memberi pendedahan yang sangat bermakna dan bererti
kepada perkembangan fizikal, mental dan emosi seorang
kanak-kanak.

Babak 4

Kanak-kanak diibaratkan kain putih. Ibu bapa, guru-guru


dan persekitaran yang akan mencorakkannya sama ada
menjadi sehelai kain yang bercorak cantik dan
mengagumkan atau pun sehelai kain yang tiada nilainya.
Mereka hanya tahu untuk bermain dan berkawan tanpa
mampu membuat penilaian. Kanak-kanak yang dapat
memilih berkawan dengan baik akan meluangkan masa
mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
memberi manfaat kepada mereka. Mereka hadir ke
sekolah untuk mendapatkan ilmu untuk masa depan
mereka, bermain dengan sihat untuk perkembangan
fizikal dan kesihatan mereka, dan belajar untuk membina
hubungan yang baik dengan rakan-rakan bagi memenuhi
keperluan hidup bersosial.

Babak 5

Sebaliknya yang akan berlaku kepada kanak-kanak yang


tidak dapat melalui kehidupan yang baik semasa zaman
kanak-kanaknya. Mereka yang mudah terpengaruh dengan
anasir luar yang negatif akan melibatkan diri mereka
dengan pelbagai gejala yang tidak sihat yang ada pada
hari ini. Mereka terpengaruh dengan penggunaan media
yang berleluasa sehingga lupa akan kepentingan ilmu.
Mereka mula menjauhkan diri daripada ibu bapa dan
masyarakat dan hidup dalam dunia mereka sendiri.
Mereka melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat
seperti ponteng sekolah, merokok, melepak dan
sebagainya. Mereka menghabiskan zaman kanak-kanak
mereka dengan aktiviti yang tidak membantu mereka
menjadi insan yang berguna dan bermanfaat kepada
masyarakat dan dunia

Babak 6

Kesannya mereka tidak dapat menyedarinya sehinggalah


mereka sendiri menjadi dewasa. Kanak-kanak yang
membesar dengan baik, yang melalui zaman kanak-kanak
mereka dengan sihat, akan menjadi insan yang dikagumi
dan dihormati masyarakat setempat. Mereka mempunyai
kerjaya yang baik, keluarga yang bahagia, sahabat handai
yang memahami serta dikelilingi ahli masyarakat yang
mudah menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Hidup
mereka aman bahagia, tenang dan damai.
Babak 7

Berbeza pula bagi mereka yang tidak melalui zaman


kanak-kanak mereka dengan baik. Mereka akan merasa
stress dan tekanan yang hebat dalam hidup mereka.
Mereka tidak mempunyai kerjaya yang baik, malah
mungkin menyalahgunakan peluang kerjaya yang ada
dengan pelbagai salah laku disebabkan sikap dan
tindakan mereka sendiri. Mereka mempunyai keluarga,
tetapi malangnya keluarga yang dibina tidak bahagia
malah sering menghadapi pelbagai masalah sehingga
membawa kepada penceraian. Anak-anak pula menerima
akibatnya. Masyarakat sekeliling tidak menghiraukan
kehidupan mereka. Tidak mengambil tahu tentang
kesusahan dan keperitan hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai