Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI SAINS GUNAAN

CTU 555
MALAYSIAN HISTORY

ADAT RESAM PERKAHWINAN ETNIK DAN


Tajuk Kajian :
KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Fatin Norsyahira Azmi (2013589387)

Fakhira Khairina Abu Sah (2013713793)

Nama Pelajar : Nur Nadhirah Sulaiman (2013158117)

Nurul Artika Mohd Samsuri (2013777495)

Nurfarhana Mohd Saidi

Program : AS253

Kelas : AS253 5A1

Nama
: Ustazah Aisyah Ab Rahim
Pensyarah
ISI KANDUNGAN
Kata-Kata Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Kesimpulan
Bibliograf
Lampiran

KATA-KATA PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,

nyawa dan tenaga yang dikurniakan, kami bersyukur dapat melaksanakan kajian ini dengan

berjaya.

Kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta,

Ustazah Aisyah binti Ab Rahim kerana sudi memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada

kami sehingga berjaya menyiapkan laporan kajian ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

kami yang berkongsi idea dan ilmu untuk menyiapkan laporan ini. Mereka telah memberikan

kami kemudahan dan sokongan moral dalam melakukan kajian ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada para responden yang banyak

memberi kerjasama sehingga memberi hasil kajian yang sempurna kepada kami untuk

membuat laporan kajian ini. Mereka sudi memberi pertolongan dengan membantu kami

menjawab setiap pertanyaan yang diutarakan kepada mereka.

Akhir sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan laporan kajian ini.

Terima kasih.

PENDAHULUAN
Perkahwinan merupakan satu titik tolak bagi indiviu yang ingin memulakan hidup

berumahtangga. Setiap kaum dan etnik mempunyai adat resam yang tersendiri bagi

melangsungkan upacara ini.

Pluraliti masyarakat di Malaysia membolehkan kita memahami dan menilai adat

resam yang mereka amalkan. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan etnik. Misalnya,

Melayu, Cina, India, Singh, Bajau, Iban, Kadazan Dusun, dan lain-lain. Namun begitu, projek

ini mengetengahkan adat resam perkahwinan kaum Melayu, Cina, India, Bajau Laut (Sabah)

dan Iban (Sarawak).

Secara keseluruhannya, perkahwinan setiap kaum bermula dengan merisik di mana

pihak lelaki selalunya akan menyelidik latar belakang gadis yang ingin dikahwini. Kemudian

diteruskan dengan proses lamaran si lelaki kepada si gadis dikenali sebagai proses meminang.

Majlis bertunang kemudian dijalankan sebagai pengikat janji sebelum menjadi suami isteri.

Seterusnya,majlis perkahwinan dijalankan pada hari yang ditetapkan1. Namun begitu, tatacara

pada setiap majlis adalah berbeza mangikut kaum.

Kajian ini dilakukan bagi mendalami adat resam perkahwinan kaum di Malaysia dan menilai

pendapat masyarakat tentang perkahwinan campur antara kaum.

OBJEKTIF KAJIAN

1 Sivik & Kewarganegaraan(2012). Adat Perkahwinan Masyarakat Di


Malaysia, diakses pada Mei 13, 2016, sumber dari :
https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-
masyarakat-di-malaysia-18/
Kajian ini bertujuan agar kita dapat :

1. Mempelajari dan menilai keunikan adat resam dan tatacara perkahwinan kaum di

Malaysia.
2. Memahami kepercayaan setiap kaum dalam melangsungkan majlis perkahwinan.
3. Menilai pandangan masyarakat tentang adat resam yang diamalkan oleh kaum di

Malaysia.

KAEDAH KAJIAN
Sepanjang perlaksanaan projek ini, kumpulan kami telah menggunakan kaedah

penyelidikan, soal selidik dan lawatan ke majlis-majlis perkahwinan. Kaedah-kaedah tersebut

membantu dalam mempelajari dan memahami adat resam kaum di Malaysia seperti

Melayu,Cina dan India.

Penyelidikan berdasarkan buku ilmiah, jurnal, artikel, keratan akhbar telah dilakukan

bagi memperoleh sedikit sebanyak informasi berkenaan adat resam perkahwinan kaum di

Malaysia. Tambahan pula, bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, kami menggunakan

sumber internet sebagai salah satu cara dalam meenyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, kaedah soal sedlik telah dilakukan kepada 30 orang responden yang

dipilih secara rawak dari pelbagai kaum. Responden ini terdiri daripada jantina, umur, kaum

dan asal yang berbeza. Soalan yang diajukan memerlukan responden menjawab di antara

SETUJU, TIDAK PASTI atau TIDAK SETUJU.

Borang ini mengandungi soalan yang bertujuan menilai pendapat masyarakat tentang

kepentingan mengekalkan adat resam perkahwinan pada masa kini dan kewajaran

perkahwinan campur dalam konteks adat resam ini.

Selain itu, kaedah lawatan juga dilakukan bagi menjayakan tugaasan ini. Lawatan

tersebut merupakan lawatan ke kenduri kahwin di Malaysia bagi melihat sendiri tatacara dan

adat yang dilakukan semasa upacara berlangsung. Terdapat beberapa gambar yang telah

dirakam semasa lawatan tersebut.

Kaedah seterusnya adalah menemuramah tiga orang responden. Dua daripadanya

adalah masyarakat setempat di kawaan Seksyen 7 Shah Alam dan seorang pelajar Uitm Shah

Alam. Kaedah temuramah ini dapat membantu kami mendalami tatacara dan adat

perkahwinan kaum di Malaysia.

HASIL KAJIAN
Soalan 1: Adakah perkahwinan antara pelbagai kaum akan merosakkan adat resam sesuatu

kaum itu sendiri ?

Adakah perkahwinan antara pelbagai kaum akan merosakkan adat resam sesuatu kaum itu sendiri?

Setuju
30%
Tidak Pasti
50% Tidak setuju

20%

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 50% atau 15 orang responden memilih pilihan

jawapan Tidak Setuju, 30% daripadanya iaitu sebanyak 10 orang responden memilih

jawapan Setuju manakala 5 orang responden (20%) memilih Tidak Pasti. Para responden

memilih setiap jawapan berdasarkan pendapat dan pandangan mereka yang tersendiri.

Secara keseluruhannya, 50% dari responden memilih Tidak Setuju kerana

perkahwinan antara kaum boleh membantu dalam membentuk masyarakat harmoni.

Perkahwinan pelbagai kaum digalakkan bagi mendekatkan silaturrahim antara kaum dan

menghilangkan sikap perkauman. Selain itu, perkahwinan berlainan kaum dapat

membolehkan individu mendalami dan mempelajari sesuatu adat yang baru.

Seterusnya, 30% iaitu 10 orang daripada responden menjawab Tidak Setuju.

Berdasarkan penilaian, para responden memilih jawapan ini disebabkan kepentingan dalam

mengekalkan sesuatu adat yang telah diamalkan sejak turun temurun.

Namun begitu, sebanyak 5 orang reponden memilih jawapan Tidak Pasti dimana

para responden ini diandaikan tidak terlalu mengambil berat akan isu-isu berkenaan adat

perkahwinan dalam sesebuah masyarakat.


Perkahwinan dikenali sebagai titik permulaan bagi suami isteri dalam melayari

bahtera rumahtangga yang memerlukan banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman (Cinta,

Jodoh & Perkahwinan, 2009)2. Di Malaysia, pelbagai kaum dan etnik boleh dijumpai. Oleh

yang demikian, terdapat pelbagai adat resam perkahwinan yang boeh dipelajari. Namun

begitu,terdapat persamaan dalam kronologi sebelum terjadinya majlis perkahwinan seperti

merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Namun begitu, terdapat perbezaan dalam setiap tatacara perkahwinan bagi setiap kaum.

Misalnya seperti hantaran, mas kahwin, pantang larang dan lain-lain. Setiap kelainan dalam

adat perkahwinan adalah keunikan bagi kaum itu tersendiri.

Hasil Kajian : Soalan 2

Berdasarkan adat perkahwinan sesuatu kaum, adakah perkahwinan atas

pilihan ibu bapa wajar diteruskan?

2Eddy Rosyadie (2009). Cinta, Jodoh & Perkahwinan. Selangor : Buku Prima Sdn. Bhd. M.S 6
Adakah wajar sesuatu perkahwinan dibuat atas pilihan ibu bapa?

17%
Wajar
Tidak Wajar
Tidak Pasti
50%

33%

Berdasarkan keputusan soal selidik, majoriti 15 responden (50%) berpendapat bahawa

perkahwinan berdasarkan pilihan ibu bapa wajar diteruskan. Hal ini kerana responden

berpendapat bahawa mengikut adat kaum responden (Melayu, Cina, India, Bajau Laut dan

Iban), adat merisik amat diutamakan. Oleh itu, adalah wajar perkahwinan atas pilihan ibu

bapa diteruskan sehingga zaman kini. Mengikut responden, adat merisik merupakan adat

sesuatu kaum membenarkan ibu bapa pasangan menyiasat latar belakang calon menantu

mereka. Apabila dipersetujui, ibu bapa dikatakan merestui hubungan anak mereka, barulah

urusan perkahwinan diteruskan. Hal ini menunjukkan betapa sesuatu kaum itu

menitikberatkan pandangan ibu bapa mereka dalam memilih pasangan hidup sebelum

membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Manakala, berdasarkan keputusan soal selidik, seramai 10 responden (33%)

berpendapat bahawa perkahwinan berdasarkan pilihan ibu bapa tidak wajar diteruskan. Hal

ini kerana responden berpendapat bahawa perkahwinan yang ingin dibina perlulah

berdasarkan pilihan sendiri. Responden berpendapat bahawa perkahwinan tanpa rasa sayang

terhadap pilihan ibu bapa tidak akan bahagia dan boleh berisiko untuk berpisah. Responden
berpendapat adat perkahwinan zaman dulu yang berkahwin atas pilihan ibu bapa tidak

bersesuaian dengan zaman kini. Hal ini disebabkan pilihan ibu bapa tidak semestinya sesuai

untuk dijadikan pasangan hidup. Pada zaman kini, ramai yang berkenalan dengan pilihan

sendiri semasa menuntut ilmu atau zaman pekerjaan yang memungkinkan mereka untuk tidak

menyetujui sekiranya ibu bapa mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup mereka.

Disebabkan faktor ini, responden memilih untuk tidak menyetujui bahawa perkahwinan atas

pilihan ibu bapa diteruskan sehingga kini.

Selebihnya, berdasarkan keputusan soal selidik, minoriti 5 responden (17%) tidak

pasti bahawa perkahwinan berdasarkan pilihan ibu bapa wajar atau tidak wajar untuk

diteruskan. Responden berpendapat bahawa tidak semua pilihan ibu bapa membawa

kebahagian dalam sesuatu perkahwinan dan tidak semua pekahwinan berdasarkan pilihan

sendiri boleh bahagia dalam perkahwinan. Hal ini kerana responden berpendapat bahawa

kebahagian perkahwinan itu terletak pada ketentuan Ilahi, di mana mereka berpendapat

bahawa jodoh yang berperanan sama ada kekal atau berakhirnya sesuatu perkahwinan itu.

Hasil Kajian : Soalan 4

Tindakan paling efektif mengekalkan adat adalah dengan berkahwin sesama kaum dan

bangsa.
Setuju (11/30). Jelaskan_________________________

Tidak Pasti (5 /30)

Tidak Setuju (14/40). Jelaskan_________________________

Setuju; 37; 37%

Tidak Setuju; 47; 47%

Tidak pasti; 17; 17%

Berdasarkan carta pai diatas, boleh dikatakan bahawa hanya 37% (11 orang) daripada

jumlah responden yang setuju bahawa perkahwinan sesama kaum dan bangsa adalah penting

dalam mengekalkan adat. Dari jumlah tersebut, 6 orang daripada mereka berpendapat

perkahwinan berlainan bangsa dan kaum akan medatangkan pengaruh sampingan seperti

faktor agama dan akhirnya melenyapkan sesuatu adat dan kepercayaan. Manakala 5 orang

selebihnya telah menyatakan bahawa perkahwinan sesama kaum adalah perlu dalam menjaga

keaslian sesuatu adat resam.

Sebaliknya, majoriti iaitu 14 daripada 30 responden telah nyatakan ketidaksetujuan

mereka terhadap soalan berikut. Separuh daripada responden tersebut berpendapat bahawa

perkahwinan campur atau berlainan adat pada zaman sekarang adalah penting dalam

mengembangkan sesuatu kaum. Malah, ianya juga bukan lagi sesuatu yang aneh dalam

kalangan masyarakat zaman ini yang lebih terbuka mindanya dan lebih moden. Sebahagian
daripada responden pula percaya bahawa adat sesuatu kaum tidak akan mudah hilang dengan

perkahwinan campur jika anak-anak hasil perkahwinan tersebut diajar dan dipupuk dengan

nilai dan budaya asalnya.

Seperti yang boleh dilihat pada data diatas, hanya 5 daripada 30 orang responden

tidak pasti tentang kesan-kesan perkahwinan sesama kaum atau perkahwinan campur

terhadap adat sesuatu kaum.

KESIMPULAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mempelajari dan menilai keunikan adat resam

dan tatacara perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia. Pada zaman moden ini, amat penting

untuk sesuatu kaum mengekalkan adat resam perkahwinan mereka kerana adat perkahwinan

merupakan lambang keunikan sesuatu kaum. Walaupun sudah zaman moden, adat resam

masih lagi boleh diamalkan dengan menyesuaikan dengan keadaan zaman sekarang. Setiap

kaum mempunyai keunikan dan keistimewaan dalam adat resam perkahwinan. Berdasarkan

kajian ini, setiap kaum mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap setiap adat dalam

perkahwinan. Malalui kaedah kajian, secara amnya dapat menilai pandangan masyarakat

terhadap adat resam yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia.

BIBLIOGRAFI :
1. Sivik & Kewarganegaraan(2012). Adat Perkahwinan Masyarakat Di

Malaysia, diakses pada Mei 13, 2016, sumber dari :

https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-

perkahwinan-masyarakat-di-malaysia-18/
2. Eddy Rosyadie (2009). Cinta, Jodoh & Perkahwinan. Selangor : Buku

Prima Sdn. Bhd. M.S 6, diakses pada Mei 17,2016 sumber dari :

https://books.google.com.my/books?

id=KYWBWNUdki0C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary

_r&cad=0#v=onepage&q&f=false
3. Dr Amran Kasimin. Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam.

Dinie Publishers.
4. Mohtar Muhammad. Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu. Federal Publications.
5. Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu (Sumber Elektronik); sumber dari

http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/742/5/Adat%20Resam

%20Perkahwinan%20Masyarakat%20Melayu%20%5BSumber%20Elektronik

%5D.pdf

LAMPIRAN
Borang Soal Selidik (Contoh)

Bahagian 1 : Maklumat Responden

Jantina : Lelaki Perempuan


Umur : 20 - 30 30 - 40 40 - 50
Kaum : ___________

_
Negeri Asal : ___________

Bahagian 2 : Soalan Kaji Selidik

1. Adakah perkahwinan antara pelbagai kaum akan merosakkan adat resam sesuatu

kaum itu sendiri?


a. Setuju
a. Tidak setuju
b. Tidak pasti
2. Adakah wajar perkahwinan berdasarkan pilihan ibu bapa diteruskan?
a. Wajar
b. Tidak wajar
c. Tidak pasti
3. Adakah perkahwinan mengikut adat perlu dititikberatkan?
4. Tindakan paling efektif mengekalkan adat adalah dengan berkahwin sesama kaum

dan bangsa.
a. Setuju
b. Tidak setuju
c. Tidak pasti
5. Setiap kaum berperanan mengekalkan adat resam sesuatu kaum pada masa sekarang.

Anda mungkin juga menyukai