Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN SATU

(40 Markah)
Jawab semua soalan

1. Baca petikan seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Jual kelapa nak beli ayam,


Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik.

(a) Berikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
(2 markah)
(b) Nyatakan maksud bagi petikan rangkap di atas.
(2 markah)

2.
Di negeri Cempaka Jajar ada diperbuat oleh Baginda Sang Nata sebuah
tamanyang indah. Taman ini dipagar dengan kota batu. Di tengah kota batu ini
ada sebuah kolam. Di sisi kolam itu ada dibina beberapa buah istana dan dalam
istana-istana inilah Baginda Sang Nata menaruh segala puteri ratu-ratu yang
takluk ke bawah perintah baginda. Puteri-puteri tawanan ini disuruh oleh
Permaisuri bertenun Kain.
(Dipetik daripada Sastera Panji)

(a) Apakah tujuan utama Sang Nata membina istana untuk puteri-puteri tawanannya
itu?
(2 markah)
(b) Siapakah puteri tawanan yang di sayangi oleh Sang Nata dan permaisuri?
(2 markah)

3.
Ada sebuah negeri di Jenggela. Negeri itu bernama Cempaka Jajar.
Ratunya pula bernama Seri Inu tetapi ia digelari dengan Sang Nata sahaja.
Sang Nata adalah seorang ratu besar. Baginda mempunyai beratus-ratus
hulubalang dan lasykar. Banyak negeri yang ditakluk ke bawah perintah
baginda.

(Dipetik daripada Sastera Panji)


Nyatakan dua perwatakan Sang Nata berdasarkan petikan di atas.

2
(4 markah)

4.
Demikian realiti kehidupan duniawi,
berkeras mahupun berlembut
menentang mahupun tunduk
memuji mahupun mengutuk
baik mahupun buruk,
tiada siapa mutlak bebas.
melainkan hidup bersempadani syariat.

(Dipetik daripada sajak Sesekali Dalam Sajak, oleh


Nawewee Mohammad)

(a) Apakah dimaksudkan dengan responsif?


(2 markah)
(b) Berikan satu contoh responsif dalam petikan sajak di atas.
(2 markah)

5. (a) Perkataan drama berasal daripada perkataan Greek Tua iaitu dran.
Nyatakan maksud perkataan drama.
(2 markah)
(b) Nyatakan dua tajuk drama yang dimuatkan dalam teks Ku Bentang Sehelai Peta.
(2 markah)

6. Anna: Helo(tergak-agak). Err...


Petugas Kaunter: (dengan tenang) Yes, mam, is there anything that I can do for you?
Anna: Err, I just want to know whwther the flight to Londan is as scheduled.
Petugas Kaunter: (Menggaguk-gangguk) Yes, yes, at 8.30 if there is no trouble to delay
the flight.
Anna: thank you.
Anna: (bercakap bersendirian) Ayah,ayah benar, ayah. Zaki lebih cintakan ibunya
daripada anakmu. Zaki tak sayangkan diriku lagi. Zaki seperti anak kecil yang baru lahir,
ayah. Dia di bawah takluk ibunya. Anna seperti tak percaya ini akan terjadi,
ayah(menekup mukanya dengan telapak tangan). Maafkan Anna, ayah.

(Dipetik daripada drama Anna, karya Kemala)

Nyatakan dua gaya bahasa dalam petikan di atas.


Pak MID gila! Pak Mid gila! (4 markah)

7. Teringat aku akan kata-kata itu. Kata-kata yang aku dan kawan-kawan dengar
sewaktu kecil dahulu. Kata-kata yang dilafazkan oleh beberapa orang kampung
terhadap Pak Mid. dan pada waktu itu aku anggap macam main-main sahaja.

3
(Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat
karya Nazel Hashim Mohammad)
(a) Mengapakah Pak Mid dianggap gila oleh orang kampung?.

(2 markah)

(b) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Namun Itulah Hakikat.

(2 markah)

8.
Tidak mungkin lelaki itu akan bertukar watak hanya kerana cinta terhadap
gadis pinggitan seperti aku. Aku menolak cintanya dengan seribu alasan
walaupun dia tidak henti-henti mengirimkan aku mawar merah yang harum
dan cantik. Aku tidak mahu terlanjur mencintainya walaupun ramai yang
beranggapan aku menolak tuah.

(Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk


Abah karya Fauziah Mohd Ismail)

(a) Apakah maksud gaya bahasa Simile beserta contoh?


(2 markah)

(b) Mengapakah Aku menolak cinta Dr.Lokeman?


(2 markah)

9. Akan tetapi Tuan Kawai tidak pernah serik untuk berulang-alik ke Ogonshoto,
kerana perairannya lubuk ikan luar biasa banyak di Pasifik, dan kualitinya amat
tinggi pula. Hujahnya, orang tetap memerlukan api walaupun panas, orang
tetap menghargai bunga mawar walaupun tangkai mawar berduri.

(Dipetik daripada novel Naratif Oganshoto karya


Anwar Ridhwan)

(a) Mengapakah Tuan Kawai selalu pergi ke lautan Pasifik di Ogonshoto?


(2 markah)
Bertahun-tahun lamanya kami bekerja di Kawai Maru1 yang didaftarkan di
(b) Apakah nama kapal yang pertama melayari lauatan Pasifik Ogonshoto?
Kobe. Kapal raksasa itu milik Tuan Kawai. dia telah menjadi nelayan sejak
(2 markah)
berusia lima belas tahun. Dia lebih kenal ombak gelombang Jepun dari pesisir
Hokkaido hingga ke Pulau Parece Vela di selatan, daripada menegnal daratan.

4
(Dipetik daripada novel Naratif Oganshoto karya
Anwar Ridhwan)
10.

(a) Nyatakan empat watak dan perwatakan Tuan Kawai?

(2 markah)

BAHAGIAN DUA
(60 Markah)

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

5
Jawab sama ada Solaan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya:

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP


Orang malas jatuh sengsara,
Orang rajin banyak saudara.

Barang siapa mungkir janji,


Namanya tentu menjadi keji.

Kalau diri kena angkara


Turutlah susah sanak saudara.

Segala maksiat ada di dunia,


Ikhtiarkan diri menjauhi dia.

Hukuman bagi orang berdosa,


Dengan tiada memandang bangsa.

Orang perempuan manusia juga,


Kehormatan dirinya wajib dijaga.

Kalau tiada emas di pinggang,


Sanak saudara menjadi renggang.

Ada wang badan tak sihat,


Tidak bernikmat apa dibuat.

Jika diturut kehendak hati,


Kelak boleh menjadi mati.

Kunci hati ialahtiga


(a) Huraikan iman,
bentuk dalam puisi di atas. (6 markah)
Kepada kelakuan jadi pedoman.
(b) Huraikan tiga gaya bahasa puisi di atas. (DipetikDaripada Nilai Insan) (6 markah)

(c) Huraikan empat pengajaran puisi di atas. (8 markah)

2. Berdasarkan cerita Sastera Panji:

(a) Huraikan empat keistemawaan yang terdapat di negeri Cempaka Jajar?


(8 markah)
(b) Jelaskan tiga watak dan perwatakan Sang Nata.
(12 markah)

Bahagian B

6
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Solaan 3 atau Soalan 4

3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SEORANG TUA DI KAKI TAMADUN

Berkali-kali resahnya disengat matahari Saat petang bersandar di surau using

ysemakin lebar dia perlahan menghitung sebak

di langit peradaban yang tidak berpagar. pada laung azan semakin retak

juga nafsu Nusantaranya

Cangkul menumpul di tangan yang kian membengkak

dan kemarau yang bersimpul di kepala

tetap dia turun meredah bendang Cita-cita tinggal Cuma sepadang lalang

sebagai badang nusa dibelit lidah penjajah yang berpetualang.

yang tak pernah lekang. sepetak bendangnya

Inilah sawah tradisi Yang berkurun menyara

yang semakin dibiaki kampung leluhur

onak dan lalang dari belukar seberang kini dipijak oleh segunung

(a) Jelaskan maksud rangkap kedua sajak di atas. (4 markah)

(b) Jelaskan lima ciri sajak di atas. (8 markah)

(c) Huraikan empat gaya bahasa sajak di atas. (8 markah)

4. Berdasarkan Drama Anna, karya Kemala

(a) Bincangkan lima latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini
(10 markah)

7
(b) Jelaskan lima nilai murni yang terdapat dalam drama ini.

(10 markah)

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Solaan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah, Karya Fauziah Mohd Ismail:

(a) Bincangkan tema cerpen ini.


(4 markah)
(b) Huraikan empat perwatakan utama dalam cerpen ini.
(8 markah)
(c) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
(8 markah)

6. Berdasarkan novel Naratif Oganshoto, karya Anwar Ridhwan

(a) Jelaskan lima peristiwa yang diceritakan melalui teknik imbas kembali.
(10 markah)
(b) huraikan lima perwatakan watak utama dalam novel ini
(10 markah)

SELAMAT MENJAWAB

&

SEMOGA BERJAYA

Disediakan oleh: Disemak oleh:

8
___________________ ______________________
(CIK NURUL AZIA AKMA BT MD ARIF) (PN.RASHIDAH BINTI DAUD)
Guru Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
SMK LKTP Ulu Tebrau SMK LKTP Ulu Tebrau

Di Sahkan oleh:

___________________________
(PN.MAZLINAH BINTI MOHAMAD)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK LKTP Ulu Tebrau

Anda mungkin juga menyukai