Anda di halaman 1dari 5

SMK ISKANDAR SHAH,

77000 JASIN, MELAKA

KERTAS CADANGAN
PROGRAM
SEKOLAHKU ASPIRASI KECEMERLANGAN DIRI
2015

PENGANJUR
UNIT KAUNSELING SMKIS
PROGRAM SEKOLAH ASPIRASI KECEMERLANGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH
JALAN KELUBI, 77000 JASIN MELAKA.

1.0 PENGENALAN

Aspirasi adalah keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu atau boleh didefinisikan
sebagai cita-cita. Semua manusia mempunyai cita-cita yang baik di dalam kehidupan. Sebagai
seorang pelajar, aspirasi untuk mencapai kejayaan tentulah bermula di sekolah. Dengan adanya
dorongan daripada pihak pendidik sudah tentu mereka dapat merealisasikan impian mereka
untuk ke tangga kecemerlangan di dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah mahupun
sukan dan permainan.

Program Sekolahku Aspirasi Kecemerlangan Diri ini merupakan salah satu pendekatan
dan diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pelajar untuk sentiasa
hadir ke sekolah mengikuti pembelajaran dan aktiviti yang telah diatur dan disusun dengan
terperinci oleh pihak sekolah dalam menjadikan pelajar SMK Iskandar Shah setanding dengan
pelajar-pelajar yang berada di sekolah cemerlang yang lain.

Program ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan kehadiran pelajar agar sasaran
peratusan kehadiran pada tahun 2015 dapat mencapai target sasaran iaitu sebanyak 98 peratus.
Oleh demikian itu, diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan komitmen para
pentadbir, guru-guru dan semua pelajar sangatlah dituntut agar program ini dapat mencapai
objektif yang sebenar.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Meningkatkan kesedaran kendiri kepada para pelajar merangkumi akademik, kepimpinan


dan sahsiah diri dalam menghadapi cabaran pendidikan yang semakin mencabar di masa akan
datang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menanamkan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri, sekolah,


asrama, agama, bangsa, negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-
masing di sekolah.
3.2 Menanamkan sikap positif dalam diri pelajar, meningkatkan keyakinan diri,
bekerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan
mempunyai wawasan yang baik.
3.3 Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta
pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.
3.4 Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan
dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di
sekolah atau asrama.

4.0 JUSTIFIKASI PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini diharapkan memberi impak yang positif kepada para pelajar agar
bertanggungjawab sebagai seorang pelajar sekolah iaitu sering hadir ke sekolah untuk
mengikuti segala pembelajaran dan aktiviti yang telah dirancang khusus kepada mereka.
Kesan positif diharap boleh dilihat daripada perubahan yang lebih baik dari segi
akademik, personaliti dan sahsiah diri pelajar. Selain itu, diharapkan program sebegini
dapat memberi manfaat sewajarnya bukan sahaja kepada para pelajar yang menyertai
namun kepada semua guru dan warga sekolah yang lain.

5.0 SASARAN

Semua guru dan semua pelajar

6.0 PERSONALIA
6.1 Para Pentadbir
6.2 Semua Guru
6.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling

7.0 AKTIVITI

Pelaksanaan Program Sekolahku Aspirasi Kecemerlangan Diri hendaklah berterusan serta


merupakan budaya guru dan pelajar. Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti
berikut :

1.1 Penyampaian Sijil Penghargaan Kehadiran Penuh 2014 kepada pelajar yang hadir
penuh pada tahun 2014 pada perhimpunan pertama persekolahan
1.2 Kempen No Absentee Today
1.3 Pertandingan Peratus kehadiran terbaik dan bilangan hari terbaik setiap kelas pada
setiap bulan. (Lihat di Rekod Kedatanagan Bulanan setiap kelas)
1.4 Lawatan percuma dan wang tunai RM1000.00 bagi 2 kategori iaitu peratus terbaik
keseluruhan dan bilangan hari terbaik keseluruhan
1.5 Program Pembangunan Diri kepada pelajar yang tidak mencapai 80% kehadiran
dari bulan Januari hingga bulan Jun
1.6 Aktiviti Talian Kasih
1.7 Aktiviti Kunjung Mesra, Kasih Anakanda
1.8 Sesi bimbingan / kaunsleing individu dan kelompok
1.9 Program Berfokus Sifar Kelas Tambahan
8.0 AJK INDUK PROGRAM

Penasihat : Tn. Hj Zolkaply bin Yunus (Pengetua Cemerlang SMKIS)


Pengerusi : Pn Hamidah binti Jasmani (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Zaid bin Taib
En. Amran bin Mohd Ghazali
Tn. Hj. Jalaluddin bin Ahmad
Setiausaha : Pn. Noralina binti Arsad
Penolong setiausaha : En. Helmi bin Adlan
Bendahari : Pn Nor Syufiyana binti Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa : Pn. Norul Akmar binti Alang
Pn. Habibah binti Abdullah
Tn. Hj. Jalaluddin bin Ahmad
En. Yazid bin Abu
Semua Guru SMKIS

9.0 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

8.1 Pendapatan

8.1.1 PCG Kaunseling RM 480.00


8.1.2 SUWA RM2000.00

Jumlah RM2480.00

8.2 Perbelanjaan

8.2.1 Sijil Penghargaan (RM2.00 x 10 orang pelajar) x 10 bulan RM 200.00


8.2.2 Makan dan minum peserta Program Pembangunan Diri RM 280.00
8.2.3 Anugerah Peratus Kehadiran Terbaik RM1,000.00
8.2.4 Anugerah Bilangan Hari Kehadiran Terbaik RM1,000.00

Jumlah RM2480.00

10.0 PENUTUP

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan memberi kesedaran
kepada semua pelajar mengenai kepentingan institusi sekolah yang membekalkan ilmu
pengetahuan, memberi pengalaman yang berguna dan tempat untuk bersosialisasi
bersama rakan-rakan pelajar yang lain. Diharapkan program ini mendapat kerjasama
semua warga sekolah hendaknya dalam merealisasikan pencapaian kehadiran 98 peratus
pada tahun 2015 ini.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh :

. .
NORALINA BINTI ARSAD HJ ZOLKAPLY B YUNUS
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua Cemerlang
SMK Iskandar Shah SMK Iskandar Shah

Anda mungkin juga menyukai