Anda di halaman 1dari 11

Bab 5

Tasawur Islam sebagai ad-Deen

Muqaddimah

Adapun berbagai-bagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi


namanya masing-masing. Adakalanya dari orang yang mengasaskannya atau
dari nama umat tertentu yang menubuhkan atau mengembangkan agama
tersebut. Agama Nasrani atau Masihi mengambil nama dari al-Masih. Agama
Buddha diambil dari nama pengasasnya; Gautama Buddha. Agama zarathusa
berasal dari nama pembawa panji-panji,Zarathusa. Agama Yahudi pula
mengambil nama daripada suatu qabilah yang dinamakan Yahudi.

Berlainan dengan Islam, ia tidak disandarkan kepada nama individu tertentu,


ataupun umat tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang
terkandung dalam makna perkataan Islam itu sendiri. Daripada nama tersebut
jelas bahwa ia tidak menunjukkan pembawa atau pengasasnya di kalangan
manusia. Ia bukan khas bagi umat tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh
bangsa.

Pengertian Islam

Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmannya:



Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan
dirinya kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan,
dan ia pula mengikut agama nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar
tauhid)- (An-Nisaa ; 125)

Berpandukan ayat ini maka Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada
Allah dengan penuh keikhlasan diri

Islam dengan pengertian induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia
tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta.

Firman Allah:

1



Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu,mereka mencari lain
daripada agama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat segala makhluk yang
ada di langit dan bumi, sama ada dengan suka atau terpaksa, dan kepadaNyalah
mereka dikembalikan.(Ali-Imran; 83)

Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam ini
tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-
tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada
Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-
tiganya; ad-deen, Islam dan sujud mempunyai jalinan yang erat dan tabiie.

Islam Sebagai Ad-Deen Dan Kewajipan Menghayatinya

a) Pengertian ad-Deen

Islam adalah ad-Deen (cara hidup) yang merangkumi aqidah, ibadah, politik dan
negara, tanah air, kerajaan, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan,
kebudayaan, ilmu pengetahuan , kehakiman, kekayaan, jihad, dawah,
ketenteraan, fikrah dan dasar perjuangan. Cara hidup Islam sahaja yang diterima
oleh Allah. Firman Allah;


Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam (Ali-Imran, 19)

Pengertian Islam yang terkandung dalam ayat (Ali-Imran : 83) dan (An-Nisaa :
125) merupakan penyerahan diri secara total kepada Allah. Pengabdian dan
penyerahan diri ini adalah manifestasi daripada tujuan sebenar manusia
diciptakan- semata-mata tanda ibadah kepadaNya. Menurut Abul Ala Al-Maududi
dalam buku al-Istilah al-Arbaah fil Quranmenyatakan 4 kandungan ad-Deen:

a) Peraturan
b) Taat
c) Kekuasaan
d) Balasan

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM :

1. RABBANIAH (KETUHANAN)

2
Firman Allah Taala : Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya
dari celupan Allah, dan kami kepadanya berubudiyah. (Al-Baqarah; 138)

Maksud rabbaniyah yang menjadi teras kepada wujudnya sifat-sifat Islam yang
lain, adalah bererti :
Islam ini adalah berasal dari sumber-sumber ketuhanan yang tulen dan asli,
yakni bersandarkan wahyu Allah sepenuhnya iaitu al-Quran dan al-Sunnah,
yang terpelihara dari sebarang perubahan dan tokok tambah perbuatan
manusia. Inilah titik pembeda Islam dan agama lain seperti Yahudi dan
Kristian yang telah dicampur aduk antara kalam Tuhan dan tafsiran pendeta-
pendetanya. Oleh itu, Islam bukanlah lahir dari pemikiran dan falsafah karut
yang ditaja oleh manusia yang serba kelemahan.
Islam menyeru kepada tauhidullah dan uluhiyyatuliahdalam erti kata yang
sebenar merangkumi segenap kehidupan, justeru tidak ada tempat untuk
manusia atau pendeta atau para nabi dan mursalin Islam untuk disembah
atau diberikan kompromi pemujaan.

2. AJARANNYA ADIL

Oleh kerana Islam datang dari Allah yang Maha Adil, maka segala ajarannya
adalah sempurna dan adil, jauh sekali dari segala kekurangan (nuqsan) dan
kezaliman ke atas penganutnya. Islam membawa prinsip persamaan (Al-
musawah) antara manusia apabila berhadapan dengan pengadilan, tanpa
memilih bulu dan beza warna kulit. Rasulullah sendiri pernah menyatakan,
Sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong juga
tangannya.

Umar al-Khattab pernah mengambil tindakan ke atas anak Amru al-Qas


(bapanya menjadi Gabenor Mesir) yang telah kalah dalam perlawanan kuda
dengan dengan seorang Qibti (Kristian). Oleh sebab anak Amru telah memukul
orang Qibti dan telah sampai ke pengaduan Umar, maka anaknya dihukum oleh
Umar r.a.

3. SYUMULIAH (MENYELURUH)

Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap, komprehensif, holistik merangkumi


semua perkara, dari sekecil-kecil adab memasuki tandas sehinggalah sebesar-
besar urusan pemerintahan negara. Menurut as-Syeikh Said Hawwa dalam
bukunya al-Islam; kesyumulan Islam merangkumi 4 perkara asas:

3
1) Aqidah-(beriman kepada Allah,Rasul, Malaikat, Nabi, Kitab, Hari Qiamat,
perkara ghaibiyat dan sebagainya)
2) Ibadat-(sembahyang, puasa, zakat, dsb)
3) Panduan hidup- (sistem politik, ekonomi, pendidikan, pembentukan
akhlak)
4) Fakta pelengkap- (jihad, amar maruf nahi mungkar, perlaksanaan
syariah)

Kesyumulan Islam adalah merangkumi seluruh kegiatan manusia dalam


kehidupan berpandukan petunjuk dan bimbingan daripada al-Quran dan sunnah.
Ianya mesti diterima dan tidak boleh dipecah-pecah atau diterima sebahagian
dan ditolak sebahagian yang lain. (Al-Baqarah : 85). Ia berada seimbang dan
sesuai dengan fitrah manusia. (an-Nahl : 89).

Islam is the way of life yang komprehensif dan menyeluruh, mencakupi segala
aspek kehidupan , bukan sekadar sejak dari lahir hingga ke liang lahad, tetapi
sejak sebelum lahir di alam baqa hingga selepas mati mennuju akhirat,
kesemuanya disentuh oleh Islam. Islam juga bukan semata-mata syariat atau
kerohanian sahaja, tetapi Islam itu adalah aqidah dan kenegaraan,
kemasyrakatan dan ekonomi, pertahanan dan ketenteraan, sains dan teknologi,
dan segala-galanya.

Al-Quran sendiri telah menyebut kesemua perkara asas di dalamnya dan ini
dibuktikan dengan kajian saintifik dan professional dalam segenap bidang.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 89:


4. ALAMIYYAH (KEANTARABANGSAAN)

Firman Allah Taala : Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan ke atas
hamba-Nya (Nabi Muhammad) agar menjadi peringatan kepada seluruh alam.
(al-Furqan : 1)

Firman Allah Taala : Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad)


melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. (al-Anbiya: 91)

Sabda Rasulullah s.a.w : aku dilebihkan dengan mengatasi nabi-nabi terdahulu


adalah jika nabi-nabi terdahulu diutuskan kepada suatu kaum yang khusus,
maka aku diutuskan kepada semua manusia secara umum. ( hadis riwayat
Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah).

4
Alamiyah boleh diertrkan sebagai Islam ini hakikatnya adalah sesuai dan bersifat
rahmat (penyelamat) kesemua manusia mukallaf di atas muka bumi tanpa
mengira aspek ras dan bangsa, daerah dan batasan geografi, kaum dan warna
kulit, keturunan dan bahasa. Sifat universal Islam bukan hanya terbatas untuk
waktu tertentu atau generasi tertentu, tetapi berlaku sepanjang masa dan
tempat. Kerahmatan Islam meliputi semua makhluk sama ada binatang, manusia
dan juga tumbuhan. Oleh kerana itu, ketika dalam peperangan, tentera-tentera
Islam dipesan supaya jangan memusnahkan tanaman, orang-orang perempuan
yang tidak menyertai peperangan, orang-orang tua yang uzur, mereka yang
berada dalam rumah berhala dan kanak-kanak kecil. Binatang yang hendak
disembelih sekalipun, Islam meletakkan cara yang sesuai supaya
penyembelihan terhadapnya bukan suatu bentuk penyeksaan.

5. WAQIIYYAH (PROGRESIF DAN DINAMIK)

Ajaran Islam swessuai sepanjang masa dan keadaan, segingga Islam dapat
memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidaka akan merasa se3mpoit ketika
menghadapio cabaraan hidup dunia. Islam telah membuktikan keselariannya
dengan arus moden sesuatu zaman dengan lahirnya ulama 2 Islam di bidang
teknologi seperti al-Bairuni(oerubatan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khawarizmi
(fizik) dan lain2.

6. AJARANNYA SENANG DAN TIDAK SUSAH

Semua ajaran Islam adalah swenang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia
yang suka perkara2 yang baik dan menyenangkan. Contohnya ketika melakukan
ibadah solat, ia boleh dilakukan di mana2 asalkan bersih. Sekiranya musafir
melebihi 2 marhalah, boleh dilakukan solat jama dan qasar. Ibadah puasa hanya
pada mereka yang mampu melakukannya. Boleh berbuka puasa pada ibu hamil
yang bimbangjan jesihatan anak dalam kandungan, oranbg musadfir, orang tua
yang tidak berdaya menegerjakannya.

Islam mengarahkan supoya menutup aurat, kerana ia memelihara maruah dan


harga diri manusia. Tetapi Islam tiddak menentukan bentuk pakaian yang
tertentu, yang penting ia mentup aurat. Pakaian perempuan tidaklah boleh terlalu
ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang, bukan fesyen pakaian
yang terbelah sehingga menanampakkan aurat. Pakaian ttudng hendaklah
dilabuhkan sehingga menutup dada.

7. TIDAK ADA PAKSAAN

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah (256):Tidak ada paksaan dalam
agama..

5
Kerana itu di dalam sejarah Islam dari mula lagi, tidak ada kes yang memaksa
orang kafir menganut Islamn, walaupun mereka berada dalam negeri yang
diperintah oleh orang Islam. Keadaan ini berlainan dengan apa yang kita lihat
pada agama lain, di mana mereka cuba memperdasya dengan tipu helah dan
janji manis supaya memeluk agama mereka, malahan ada yang menggunakan
kekerasan unutuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah
berlaku ke atas umat Islam Sepanyol. Sekiranya Islam berkembang dengan cara
paksaan, maka ramailah munafik yang berpura-pura memeluk Islam tetapi
mempunyai niat jahat untuk memusnahkan Islam dari dalam.

8. INQILABIYYAH(NO COMPROMIZE)

Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-
tempel bersama-sama dengan amalan jahiliyyah. Perubahan yang sejaajar oleh
Islam dalah perubahan yang total. Ia tidak boleh beramal Islam separuh dan
meninggalkan separuh yang lain, tetapi ia mesti menerima Islam secara
keseluruhannya. (untuk penjelaasan lanjut, sila rujuk tajuk jahiliyyah selepas ini)

9. THABAT (UTUH)

Islam pada prinsip dan aasnya bersifat dan kuat. Ia tidak akan mengikut
kehendamanusia dan logik akal walaupun pada zahir mendatangkan
kebaikankepada manusia. Isllam tidak boleh ditafsirkan dengan sewenang-
wenangnya oleh akal fikiran pada Islam itu ada perkara ath-Thawabit yang tidak
boleh dimasukcampuri oleh pemikiran manusia yang serba lemah dan terbatas.

10. Murunnah

Rahsia kekalnya Islam hingga ke akhir zaman kerana sifatnya yang tidak
berubah pada perkara pokok dan asas tanpa boleh menerima perubahan atau
penambahan(ath-thwawabit) manakala boleh berubah pada perkara ijtihadiyyah
atau yang didiamkan dari disebut secara qatiyy dalam al-Quran dan as-sunnah.
Keanjalan manhaj hidup Islam ini memberikan daya untuknya menghadapi
aneka permasalahan hidup yang dating silih berganti. Sibghah atau cirri ini
membuatkan Islam berkebolehan untuk berijtihad atau menyimpulkan hokum-
hakam terhadap perkara yang tiada nas sama ada melalui Qiyas, Masalih
Mursalah, Istihsan dan sebagainya.

6
Kesan Penghayatan Islam

1. Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam di atas pasti akan


mencintai Islam dan menjaganya sebaik mungkin dalam diri, khususnya apabila
cara hidup Islam yang menyeluruh dan seimbang dibandingkan dengan cara
hidup hedonisme dan penuh kekurangan yang dicipta oleh isme-isme dari
Barat(Islam as the only Way of Life)

2. Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam pastinya akan


berakhlak dengan akhlak Islamiyah kerana akhlak adalah sebahagian besar dari
content Islam selepas aqidah dan syariah.

seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam dan menyintainya, pastinya


akan memperjuangkan Islam dan menjaganya daripada penghinaan musuh dan
mencintai saudara-saudara seaqidah dengannya di sekelilingnya dan di dalam
dan di luar negara.

FIKRAH ISLAM MENOLAK JAHILIYYAH MODEN

Sestengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada


zaman sebelum Islam di di Semenanjung Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu
yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut biah, situasi,
masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun
berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan
ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai
pemikiran, social, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.

Sesungguhnya Jahiliyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-


Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan
petunjuk Allah serta system tanzimi yang menolak pemerintah dengan apa yang
diturunkan Allah:



Ertinya: Apakah hokum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hokum siapakah
yang lebih baik daripada hukumm Allah bagi orang 2 yang yakin". (Al-Maidah : 50)

Rasulullah pernah menyebut beberapa pengertian Jahiliyyah di antaranya:


________________________________________________________________
_

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:

7
Ibnu Qayyim berkata: Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyah seperti
panggilan kepada qabilah2 dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub
dengan mazhab2, golongan2, tuan2 guru, melebihi setengahnya ke atas
sesetengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah.

Ciri-ciri Jahiliyah Moden

PERTAMA :
Jahiliyah ialah penyelewengan daripada peribadatan yang sebenar kepada Allah.
Peribadatan ini terlaksana dengan penghakiman Allah sahaja di dalam seluruh
urusan kehidupan. Aqidah ialah penyusun hubungan, ikatan, tasawur dan
pemikiran manusia. Apabila batul aqidah, luruslah imej dan langkah-langkah
manusia. Arab Jahiliyah beriman dengan kewujudan Allah.

..

Ertinya: Demi, jika engkau bertanyakan pada mereka : Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjwab : Ialah Allah.(Luqman :
25)

Tetapi mereka tidak mengenali dan tidak beriman dengan sebenarnya kepada
Allah dan tidak menjadikan Allah sebagai hakim kepada segala urusan mereka.

...
Ertinya : dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan
yang semestinya, (Al-Anam : 91)

KEDUA :
Mengikut hawa nafsu bagi setiap jahiliyah adalah lahir daripada asalnya tidak
beriman dengan Allah dan Islam.

Ertinya : Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh
Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap
mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang
telah diturunkan Allah kepada mereka. (Al-Maidah : 49)

Tapi syariat Allah terlepas dari hawa nafsu kerana Allah tidak berhajat kepada
apa-apa maslahah makhluk.

8
Ertinya : Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. (Al-Zariyat : 57)

KETIGA :

Kewujudan taghut2 di muka bumi yang beertugas untuk memalingkan manusia


daripaada pengabdian kepada Allah dan pemerintah dengan syariatnya supaya
berubah untuk menjadi untuk mengabdi taghut 2 dan memerintah dengan hawa
nafsu mereka.




Ertinya : Allah pelindung orang2 yang beriman. Dia mengeluarkan mereka
daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), dan orang 2 yang kafir,
pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada
kegelapan (kekafiran). (Al-Baqarah : 257)

Sama sahaja taghut itu, berbentuk peribadi, puak, jamah, adapt, taqlid atau apa 2
kekuatan yang menjadikan manusia hamba kepada mereka. Manusia tidak boleh
keluar daripada arahan dan perintah mereka. Taghut akan berpendirian
permusuhan dengan aqidah yang sebenar kerana ia menghendaki wala
untuknya dan kemaslahatannya bukan wala kepada Allah.

KEEMPAT :

Terjebak di dalam arus syahwat hasil daripada jauh dengan manhaj Allah.
Syahwat ialah perkara yang dicintai oleh manusia.

9
Ertinya : Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa
yang diingini iaitu wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia.
(Ali-Imran : 14)

Berbagai-bagai sebab yang menjadikan syahwat menguasai dan


menghancurkan imej manusia, di antaranya ialah kesibukan taghut yang
memerintah dengan sesuatu yang lain daripada yang diturunkan Allah, maka ia
sebenarnya taghut. Oleh itu ia tidak menghiraukan penyelewengan manusia
pada urusan seks dan tidak berusaha untuk memperbetulkannya.

Kemungkinan juga yang menjadi sebab ialah usaha taghut dengan sengaja
untuk menyebarkan dan berseronok dengan keseronokan yang haram atau
melalaikan manusia daripada kezaliman yang berlaku ke atas mereka dengan
tenggelam di dalam keenakan seks yang keji.

Ciri2 terpancar pada asalnya daripada ciri yang utama iaitu penyelewengan
daripada pengabdian kepada Allah. Setiap jahiliyah di dalam sejarah memiilki
ciri2 yang khusus selain ciri2 ini:

I. Kemajuan keilmuan yang tinggi digunakan untuk menyesatkan manusia


daripada petunjuk Allah dan merngenakan keburukan dan kepedihan
terhadap makhluk Allah.
II. Manusia berbangga dalam menghadapi pencipta, dalam keadaan
disamarkan dengan natijah2 ilmu dan kemajuan kebendaan sehingga
manusia mengira bahawa manusia tidak berhajat kepada Allah atau dia
menjadi seperti Allah.
III. Teori2 keilmuan yang berbagai-bagi yang menghadapkan manusia
kepada penyelewengan sosial, ekonomi, psikologi ddan semua bidang
kehidupan.
IV. Fitnah dengan tatawwur atau perkembangan.
V. Kebebasan wanita

Sesungguhnya fitnah besar di dalam jahiliyah moden ini kerana ia banyak


memiliki pada sudut ilmu dan kekuatan kebendaan. Ia boleh memastikan
perjalanan ketamadunan kebendaaan yang banyak kepada diri manusia di atas
muka bumi di dalam keadaan menghimpun setengahnya di atas asas kebaikan
dan manfaat kepada manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa akan terhimpun
satu bahagian daripada kebaikan yang zahir di dalam diri kemanusiaan. Tetapi
kebaikan ini tidak bersandarkan kepada kebenaran dan manhaj yang sohih
(seperti penerapan nilai2 Islam) mereka akan menyelewengkan pendengar 2
manusia dan mereka mengira bahwa mereka bukan jahiliyyah.

10
Ertinya : Dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk(Al-Araf : 30)

Keilmuan, kekuatan dan tanzim adalah ciri2 zaman moden dan alat2 yang
dipergunakan oleh taghut pada hari ini untuk meneguhkan jahiliyyah.

Kesimpulan :

Jahiliyyah moden merosakkan segala tasawwur manusia terhadap Allah, alam,


kehidupan dan manusia, penyelewengan yang menjerumuskan segala
kehidupan manusia di dalam kefasadan dan kegelapan. Seorang falsafah barat
berkata : Telah tamat zaman yang dipimpin oleh(orang putih). Sesungguhnya
kehancuran jahiliyyah memberi peluang kepada manusia untuk mendirikan
kehidupan di atas asas kebaikan yang berpandukan manhaj Allah dan beriman
kepada kebenaran daripada Allah.

11

Anda mungkin juga menyukai