yang menarik. Ramai murid tidak menunjukkan minat dalam proses P&P menyebabkan
ketidaksamaan pendidikan. Ia sangat ketara dalam kalangan murid orang Asli. Minat belajar
dalam kalangan anak orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh
itu, guru haruslah melaksanakan P&P yang berkesan supaya semua murid mengambil
bahagian dalam proses P&P. Guru bolehlah menggabungjalinkan Seni dalam Pendidikan
dalam pengajaran harian. Ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah ia juga dapat
memastikan semua murid dapat memahami pengajaran guru dengan lebih mendalam.
Perkara ini haruslah bermula sejak dari prasekolah supaya semua murid dapat menyediakan
diri mereke untuk ke sekolah rendah. Menurut Noorsidah Syahirah Kamis (2013), ramai ibu
bapa tidak sedar tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Mereke mempunyai
pendapat yang salah bahawa ia tidak memberi impak dalam pendidikan mereka. Selain itu,
ada juga ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke prasekolah kerana
kekurangan pendapatan. Tetapi untuk mengatasi masalah ini, dalam anjakan 1 kerajaan
telah mengambil satu langkah yang agak baik. Kerajaan meningkatkan kualiti prasekolah
dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020. Keluarga yang berpendapat
rendah dan tidak mampu mendaftar anak mereka ke prasekolah akan diberikan bantuan
kewangan berdasarkan keperluann oleh Kementerian. Di sini terbuktilah bahawa kerajaan
telah mengambil tindakan untuk mewujudkan kesamarataan pendidikan dengan membuka
peluang untuk anak murid dari kelas sosial rendah juga dapat mengikuti prasekolah. Malah,
guru harus memainkan peranan dalam prasekolah untuk melaksanakan pengajaran yang
berkesan. Seperti yang dibincang di atas, cara pengabungjalinan Seni dalam Pendidikan
adalah salah satu cara yang efektif. Ini kerana, murid-murid di prasekolah memerlukan cara
penyampaian yang tidak formal manakala, mereka menginginkan pembelajaran secara didik
hibur. Dengan menggabungjalinkan Seni Dalam Pendidikan iaitu menggabungkan unsur
muzik, seni dan pergerakan murid dapat belajar dalam keadaan yang seronok. Contohnya,
untuk mengajar abjad A hingga Z guru bolehlah mengabungjalinkan unsur muzik. Guru
bolehlah menyanyikan lagu abjad supaya murid dapat memahami dengan lebih cepat dan
tepat. Akhirnya, dengan bantuan kewangan kerajaan semua murid (kelas sosial tinggi dan
rendah) dapat ke prasekolah. Di prasekolah, dengan kebolehan guru semua murid dapat
belajar dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, kita dapat mengurangkan ketidaksamaan
peluang pendidikan sejak dari prasekolah.
Di samping itu, guru bolehlah memperkenalkan murid dengan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran murid di luar bandar. Murid di bandar atau murid yang berasal dari kelas
sosial tinggi mempunyai banyak kemudahan seperti kelas tambahan yang akan membantu
mereka memperoleh pendidikan yang tinggi. Tetapi murid yang berasal dari luar bandar atau
kelas sosial rendah tidaklah berpeluang untuk menikmati kemudahan seperti murid di
bandar. Oleh itu, guru yang mengajar murid di luar bandar haruslah mengemukakan mereka
dengan penggunaan ICT supaya mereka tidak ketinggalam zaman. Menurut Prof Dr Marzita
Binti Puteh (2012), pada era moden ini, komputer memainkan peranan yang sangat penting
dalam setiap perkara yang dilaksanakan. Di dalam kelas pula, komputer bolehlah digunakan
sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya komputer dapat menghasilkan bahan pengajaran yang menarik. Dengan itu,
pengajaran menjadi mudah dan pembelajaran serta pemahaman pelajar menjadi lebih
berkesan. Malahan, maklumat-maklumat boleh disimpan di dalam disket, CD, memori kad,
dan dapat dibuka apabila diperlukan. Walaupun kerajaan membelajakan banyak duit untuk
pembelian komputer tetapi ramai guru tidaklah memberi keutamaan kepada perkara
tersebut. Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru
menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati
bahawa hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT
secara tetap. Oleh itu, setiap guru harus menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya murid di luar bandar juga berpeluang memahami pelajaran dengan
lebih berkesan di samping meningkatkan pengetahuan mereka. Dengan berbuat demikian,
murid di luar bandar juga berpeluang menikmati pendidikan yang saksama seperti murid di
bandar. Selain kesamarataan pendidikan, dengan penggunaan ICT dalam pengajaran, guru
juga dapat memastikan pendidikan bertaraf antarabangsa disebabkan kini seluruh dunia
mengharapkan komputer dalam semua tugasan harian.
Di samping itu, faktor lain yang menyebabkan masalah di atas ialah disebabkan oleh
susun atur tempat duduk di kelas. Biasanya pada hari pertama persekolahan murid-murid
akan duduk dengan kawan masing-masing. Murid-murid duduk sebegitu supaya dapat
berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Guru- guru juga tidak mengambil berat tentang
tempat duduk mereka selagi mereka tidak menganggu proses pembelajaran dan
pengajaran. Guru-guru hanya akan mengambil tindakan tentang tempat duduk jika terdapat
murid yang membuat bising atau mengganggu murid lain. Ini menyebabkan murid-murid
tersebut tidak ada peluang untuk berkomunikasi dengan murid lain. Mereka hanya akan
berkongsi pendapat dan idea dengan orang di sebelahnya.
MelayummkhdjhajaM
CinammkhdjhajaM
IndiammkhdjhajaM
https://www.slideshare.net/noraisahjamil/taklimat-511-rabu-sk-lav-heights
file:///C:/Users/PAVITRA/Downloads/Documents/nc0000001734.pdf
http://berryviolet-miszaza.blogspot.my/2012/04/pengurusan-bilik-darjah-yang-
kondusif.html
http://smktelokkerang.blogspot.my/2013/04/bilik-darjah-yang-kondusif-
merangsang.html