Anda di halaman 1dari 16

MPU 3123 TAMADAUN ISLAM

& TAMADUN ASIA

Tajuk: Tamadun Islam

Nama Pelajar:
Graciel Jong [EW3932]
Liew Sing Ling [EW3903]
Jin Jun Ying [EW4106]
Thon Hui Hui [EW4123]

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ----------------------------------------------------------------------------------------------- 3


2.0 Konsep Tamadun Islam -------------------------------------------------------------------------------- 3
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

3.0 Prinsip-prinsip Tamadun Islam ----------------------------------------------------------------------- 4


3.1 Memelihara Keselamatan Nyawa ------------------------------------------------------------------ 4
3.2 Memelihara Akal ------------------------------------------------------------------------------------ 5
3.3 Memelihara Maruah --------------------------------------------------------------------------------- 5
3.4 Memelihara Harta Benda --------------------------------------------------------------------------- 5
3.5 Menjaga Hak Kebebasan ----------------------------------------------------------------------------

6
4.0 Sifat-sifat Tamadun Islam ------------------------------------------------------------------------------ 6
4.1 Universal atau Sejagat ------------------------------------------------------------------------------- 6
4.2 Terbuka ------------------------------------------------------------------------------------------------ 7
4.3 Toleransi Terhadap Tamadun dan Budaya Lain ------------------------------------------------- 7
4.4 Rabbani ------------------------------------------------------------------------------------------------ 7
4.5 Sempurna dan Menyeluruh ------------------------------------------------------------------------- 7
4.6 Idealistik dan Realistik ------------------------------------------------------------------------------ 8
5.0 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam ------------------------------------------------------ 8
5.1 Faktor-faktor Kelahiran ----------------------------------------------------------------------------- 8
5.2 Faktor-faktor Kecermelangan ---------------------------------------------------------------------- 9
5.2.1 Keyakinan Umat terhadap Ajaran Islam ----------------------------------------------- 9
5.2.2 Pemerintahan yang Bertakwa dan Bijaksana ------------------------------------------ 10
5.2.3 Kedudukan yang Strategik --------------------------------------------------------------- 10
5.2.4 Sumber Ekonomi yang Luas dan Banyak -----------------------------------------------10
5.2.5 Politik yang Stabil --------------------------------------------------------------------------- 11
5.2.6 Kegiatan Keilmuan yang Meluas --------------------------------------------------------- 11
5.2.7 Keadilan yang Menyeluruh ----------------------------------------------------------------- 12
5.3 Faktor-faktor Kemerosotan ----------------------------------------------------------------------- 12
5.3.1 Pemerintah yang Lemah ------------------------------------------------------------------- 12
5.3.2 Berlaku Penyelewengan dan Gejala Keruntuhan Akhlak ----------------------------- 12
5.3.3 Kekurangan Sumber Ekonomi ------------------------------------------------------------ 13
5.3.4 Kegiatan Ilmu yang Tidak Berkembang ------------------------------------------------ 13

6.0 Sumber Tamadun Islam ------------------------------------------------------------------------------- 13

6.1 Al-Quran -------------------------------------------------------------------------------------------- 14

6.2 Sunah atau Hadis ---------------------------------------------------------------------------------- 14

6.3 Ijtihad ----------------------------------------------------------------------------------------------- 14

7.0 Kesimpulan --------------------------------------------------------------------------------------------- 14

8.0 Rujukan ------------------------------------------------------------------------------------------------- 15

1
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

1.0 Pengenalan

Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, tamadun
dalam bahasa Arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubung kaitkan dengan tamadun
antaranya, umran (Ibnu Khaldun, 1332-1406M), hadharah, tamaddun, madinah dan madaniah
(Muhammad, Syeikh, abad 20). Ketamadunan membicarakan teori, konsep asas, ciri serta sifat
tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak (Arizwnb, 2016)

Matlamat daripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan semesta ini tidak lain daripada
untuk menjana supaya intelektual bagi membolehkan ukuran pencapaian tamadun sesuatu
masyarakat atau bangsa dapat dilakukan. Ringkasnya, perbahasan tentang tamadun dan
ketamadunan, seseorang perlu memahami dan mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan
sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan.

2.0 Konsep Tamadun Islam

Tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk beribadat kepada-Nya. Semua
perlakuan manusia yang tidak melanggar syariat Allah SWT di dunia ini boleh dikira sebagai
ibadat. Definisi tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan
keredhaan Allah SWT melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan
as-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmoni dan mendapat keampunan

2
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

ilahi. Agama Islam sebagai ad-din dan merupakan cara hidup yang syumul membawa perubahan
yang menjadi pemangkin kepada peradaban.

Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas
menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa
baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Asas yang Nabi Muhammad s.a.w lakukan
dalam proses pembinaan perbandaran Islam di Madinah ialah membina Masjid al-Nabawi,
menubuhkan pasar (meliputi premis perniagaan dan industri pembuatan), membina rumah
penginapan untuk golongan Muhajirin (Tan Wei Hang, 2008).

Matlamat kewujudan tamadun Islam adalah untuk membina dan memperkukuhkan hubungan
manusia dengan Allah SWT dengan mematuhi Rukun Islam dan Rukun Iman, selalu menghadiri
ibadah umum dan ibadah khusus, serta dikehendaki mematuhi syariat yang telah ditetapkan.
Matlamat kedua adalah untuk mengeratkan hubungan manusia dengan manusia melalui sistem
mumalah dan kemasyarakatan. Matlamat ketiga adalah untuk mewujudkan hubungan manusia
dengan alam sekitar iaitu memastikan manusia menghargai alam sekitar dan tidak
merosakkannya (Uzal, 2012).

Perkataan tamadun yang diguna pakai dalam bahasa Malaysia berasal daripada perkataan Arab,
iaitu tamadaun. Dari segi bahasa, perkataan tamadun boleh disamaertikan sebagai kemajuan atau
peradaban.

Intisari peradaban dalam Islam adalah kehadiran dan persaksian. Ia bermaksud bahawa kejayaan
sesebuah masyarakat menampilkan pembangunan jasmani dan yang lebih utama ialah pembinaan
insan yang seimbang sehingga menjadi contoh dan teladan bagi umat manusia seluruhnya (Algar,
2001).

3.0 Prinsip-prinsip Tamadun Islam

Islam ialah agama yang lengkap dan jelas. Ajarannya menjadi pedoman dan panduan
penganutnya dalam semua asepk kehidupan. Demikianlah dalam pembinaan tamadun, Islam
telah menyediakan perinsipnya yang amat jelas untuk dituruti oleh semua penganutnya agar
mereka tidak tersasar daripada matlamat asal penciptaanya. Prinsip tamadun Islam ialah

3
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

memelihara keselamatan nyawa, akal, keturunan (maruah), harta dan kebebasan (Bohari and
profile, 2009).

3.1 Memelihara Keselamatan Nyawa

Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuh adalah
dilarang sama sekali (Bohari and profile, 2009). Dalam al-Quran menjelaskan :

Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang
kepadamu (al-Nisa, 29).

Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia
bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti
orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. (al-Maidah: 32).

3.2 Memelihara Akal

Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal manusia boleh
menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu perkara yang boleh merosakkan
akal. Arak diharamkan kerana boleh merosakkan akal manusia (Bohari and profile, 2009).
Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut:

Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala,
mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan. (al-Maidah: 90).

3.3 Memelihara Maruah

Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diri daripada
melakukan zina, homosek dan lesbian. Perbuatan zina meosakkan keturunan kerana anak yang
lahir ketiadaan bapa. Perbuatan lesbian dan homosek pula menjadikan pasangan itu tidak
mempunyai anak dan merupakan perbuatan terkutuk. Umat nabi Lut yang mengamalkan
perbuatan homosek telah dilaknat oleh Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal
mereka. Akibat daripada sek tanpa kahwin melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti
pengguguran bayi dan pembunuhan bayi (Bohari and profile, 2009). Dalam al-Quran Allah
menerangkan:

4
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara keji dan seburuk-buruk
cara (Israk: 32).

Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Pukulan dengan rotan sebanyak
seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampai mati dikenakan kepada pesalah
yang telah berkahwin (Bohari and profile, 2009).

3.4 Memelihara Harta Benda

Harta adalah perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu orang yang memiliki harta disuruh
supaya menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri akan dikenakan hukuman yang berat
iaitu potong tangan (Bohari and profile, 2009). Firman Allah yang bermaksud:

lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi
apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. (al-Maidah:38).

Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. Semua peminat judi mengetahui bahawa
amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakan syaitan untuk memusnahkan harta
yang dikumpul oleh manusia (Bohari and profile, 2009).

3.5 Menjaga Hak Kebebasan

Tamadun Islam mementingkan kebabasan. Manusia diminta supaya bebas daripada beragama
secara ikutan. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin bahawa agama yang
dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah. Tidak dibenarkan beragama
kerana mengiku ibu dan bapa. Manusia juga diminta supaya bebas daripada kesesatan. Akal
manusia sahaja tidak dapat mengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka.
Oleh itu akal manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkara-
perkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal (Bohari and profile, 2009).

Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Cara yang
baik ditunjukkan oleh al-Quran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.Walau bagaimanapun
sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orang Islam, perang jihad adalah
dibenarkan (Bohari and profile, 2009).

5
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

4.0 Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam memiliki sifat-sifat khusus serta tersendiri. Ini menjadikan Tamadun Islam
sebagai satu tamadun yang sentiasa mampu bertahan dengan cabaran tanpa mengira sempadan
masa dan geografi. Sifat-sifat tersendiri Tamadun Islam akan ditunjukkan seterusnya.

4.1 Universal atau Sejagat

Kesejagatan bermaksud Tamadun Islam dapat dilihat dan dikesan di mana sahaja di muka bumi
ini tanpa sempadan geografi, asalkan menjadikan Islam sebagai al-Din. Contohnya, ia tidak
terikat kepada bangsa tertentu sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.

4.2 Terbuka

Tamadun Islam bersifat terbuka, iaitu tidak terbatas kepada sempadan tertentu seperti menerima
malah menggalakkan penerusan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun-tamadun lain. Ia bukan
monopoli sesuatu kaum, sebaliknya milik semua penganut Islam dan mereka yang bernaung di
bawah pemerintahan Islam. Setiap penganut Islam berpeluang menyumbang kepada
pembangunan tamadun Islam. Sifat terbuka tamadun Islam juga terlihat daripada kesediaannya
menerima semua nilai murni tamadun lain yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas
Islam (Mazlan, 2014).

4.3 Toleransi Terhadap Tamadun dan Budaya Lain

Sifat ini bermaksud tamadun Islam juga bersifat toleransi terhadap sistem agama atau
kepercayaan atau kebudayaan lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak
dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat buka Islam yang berada dalam
pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan
kepercayaan mereka. Ini sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat
dan kepentingan kestabilan. Islam menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan, sama ada
beragama Islam ataupun bukan Islam. Melalui sifat toleransi, keharmonian serta keamanan dapat
dikekalkan dalam masyarakat setempat (Mazlan, 2014).

4.4 Rabbani

6
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Rabbani dikenali sebagai bersifat ketuhanan dalam tamdun Islam, iaitu didasari oleh nilai-nilai
ketuhanan dan keagamaan. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia dalam Islam telah
ditetapkan oleh Allah SWT (Mazlan, 2014). Umat Islam dikehendaki sentiasa merujuk kepada al
Quran dan al Hadith. Kegagalan merujuk kepada al Quran dan al Hadith tidaklah diredhai Allah
SWT dan ia tidak dianggap sebagai Tamadun Rabbani.

4.5 Sempurna dan Menyeluruh

Islam telah memberikan panduan serta pedoman yang sempurna untuk kehidupan manusia secara
menyeluruh. Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang
(syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia (Mazlan,
2014). Ia juga menekankan keadilan untuk insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau
lawan dan sama ada mempunyai hubunagn keluarga atau sebaliknya. Aspek akidah dan
kepercayaan, peraturan dan kehakiman, akhlak dan hubungan antara manusia sesama manusia
atau dengan alam sekeliling, dan lain-lain telah digariskan oleh Islam. Agam Islam menyeru
manusia agar membina kehidupan yang seimbang supaya mereka mendapat keselamatan di
dunia dan di akhirat (Latiff el.al, 2016).

4.6 Idealistik dan Realistik

Islam meletakkan kesempurnaan sebagai tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap individu.
Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi
dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan
ajaran Allah SWT (Tan Wei Hang, 2008). Ia dapat diusahakan melalui pengawasan berterusan
oleh undang-undang serta peraturan Allah SWT. Idea tersebut adalah realistic apabila manusia
melihat bahawa kehidupan mereka berlangsung di atas dunia yang nyata.

5.0 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam

Tamadun Islam lahir di Makkah, berkembang di Madinah dan seterusnya tersebar ke Kutfah,
Basrah, Damsyik, Fustat, Banghdad, Wasit, Qairawan, Cordova, Granada, Samarkand, Delhi,
Kansu, Pasai, Melaka dan Archeh. Kini penganut Islam berada hampor di seluruh pelasok dunia.

7
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

5.1 Faktor-faktor Kelahiran

Dalam konteks tamadun Islam, faktor utama yang melahirkan adalah ajaran Islam. Ajaran Islam
tidak hanya menitikberatkan soal kemantapan akidah sebagai teras pembangunan tamadun
manusiawi, tetapi turut menekankan betapa perlu dan pentingnya akidah dibina atas keyakinan
berasakan ilmu. Sejak wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
(SAW) lagi, sudah jelas menunjukan bahawa Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan
menekankan peri pentingnya akal dalam mencari kebenaran (Latiff el.al, 2016).

Lima ayat pertama suruh al-Alaq yang merupakan wahyu pertama diterima Rasulullah SAW
dengan jelas dan tegas menggesa umat Islam supaya membaca kerana membaca ialah kunci
utama dan titik mula bagi sesuatu ilmu pengetahuan. Islam menyuruh umatnya supaya berfikir
dalam mencari kebenaran dan melarang mereka daripada menerima sesuatu perkara secara jahil
atau ikut-ikutan sahaja. Al-Quran dan sunah sentiasa mengajak umat Islam supaya mempelajari
dan mendalami plebagai bidang ilmu pengetahuan yang berguna (Latiff el.al, 2016). Allah
Subhanahu Wa-Ta'ala (SWT) juga mengajar umat Islam supaya berdoa kepada-Nya agar
ditambahkan ilmu pengetahuan yang berguna.

Isi kandungan al-Quran kaya dengan pelbagai rahsia dan khazanah ilmu pengetahuan yang siap
sedia untuk diterokai, direnungi, diamati, dokaji dan dimanfaatkan manusia. Al-Quran
menjelaskan bahawa kalimah-kalimah Allah SWT yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran
sarat dengan segala rahsia alam dan pelbagai khazanah ilmu pengetahuan yang tidak mungkin
habis ditimba manusia. Sepanjang sejarah umat manusia sehinggalah ke zaman moden yang
serba canggih ini, manusia tidak pernah dan tidak akan mampu membonkar kesemua rahsia alam
ciptaan Allah SWT sekalipun usaha itu disambung secara terus-menerus oleh generasi yang akan
datang sehingga ke hari kiamat (Latiff el.al, 2016).

Keluasan ilmu Alla SWT ibarat air selautan, sedangkan kemampuan dan ilmu yang diberikan
kepada manusia hanya umpama setitis air (Latiff el.al, 2016). Justeru, tidak mungkin manusia
yang kerdil ini mampu menyelongkar segala rahsia Allah SWT yang mahu luas pengetahuan-
Nya dan menggambarkan sifat ilmu yang infiniti luasnya untuk diterokai manusia.

5.2 Faktor-faktor Kecemerlangan

8
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Kecemerlangan yang dicapai umat Islam pada masa lampau didorong oleh banyak faktor.

5.2.1 Keyakinan Umat terhadap Ajaran Islam

Ajaran Islam menitikberatkan perkembangan akal dalam mencari kebenaran. Ia mendedahkan


umat Islam agar menerokai bidang-bidang ilmu yang boleh dicapai oleh akal serta dapat
membantu kehidupan ummah di dunia dan akhirat. Ajaran Islam tidak membezakan kedudukan,
pangkat atau harta kerana setiap manusia ialah hamba Allah SWT semata-mata. Ajarannya
mengajak umat Islam mempelajari ilmu sains tabii, falsadah, kesusasteraan dan pelbagai ilmu
yang boleh dicapai oleh akal serta boleh membantu kehidupan mereka di dunia ini.

Menurut ukuran al-Quran, sesuatu ilmu itu dinailai berdasarkan sejauh mana ilmu itu berupaya
membawa manusia mengenali Allah SWT, mencari kebernaran, membongkar hakikat peraturan
Ilahi dan mematuhi segala suruhan-Nya. Al-Quran mencela dan menganggap mereka yang tidak
mahu menggunakan akal serta pancaindera anugerah Allah SWT sebagai alat untuk mencari
kebernaran merupakan seburuk-buruk makhluk (Corner, 2012). Berbekalkan keyakinan terhadap
ajaran Islam tersebut, umat Islam di merata tempat, khususnya di pusat-pusat perkembangan
tamadun Ialam seperti di Baghdad, Andalusia dan Mesir telah berlumba-lumba mempelajari dan
mengembangkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan semasa dan futuristic. Hasil kegigihan para
ilmuwan Islam, pelbagai ilmu baharu ditemui dan memperbaharui ilmu-ilmu lama tinggalan
tamadun Greek dan Yunani.

5.2.2 Pemerintahan yang Bertakwa dan Bijaksana

Ajaran Islam menggariskan kualiti dan memiliki sifat takwa kepada Allah SWT ada pada
seseorang untuk menjadi pemerintah yang bijaksana dalam melihat maslahah umat dan negara
Islam. Era kegemilangan tamadun Islam, pemimpin bukan sahaja adil tetapi cintakan ilmu
pengetahuan. Para khalifah amat menghormati para ilmuwan dan membantu mereka dalam
kegiatan keilmuwan. Khalifah-khalifah seperti Harun al-Rasyid dan al-Makmum di Baghdad
(Kerajaan Bani Abbas), Abd al-Rahman III dan al-Hakam II di Andalusia (Kerajaan Bani
Umaiyah) dan Khalifah Abd al-Mumin di Mesir (Kerajaan Fatimiyah) merupakan para
pemerintah yang amat cinta akan ilmu pengetahuan dan banyak menyumbang kepada
perkembangan tamandun Islam (Latiff el.al, 2016).

9
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

5.2.3 Kedudukan yang Strategik

Secara geografinya, sebahagian besar dunia Islam berada di kedudukan yang amat strategik.
Umat Islam menguasai jalan-jalan perdagangan penting dan bumi mereka kaya dengan pelbagai
sumber alam yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia. Kejayaan umat Islam awal
memanfaatkan kesemua kelebihan ini menjadikan mereka umat yang kuat dan unggul. Mereka
menguasai jalan perdagangan timur dan barat serta pedagang-pedagang Islam bebas berdagang
sehingga sampai ke China (Latiff el.al, 2016).

5.2.4 Sumber Ekonomi yang Luas dan Banyak

Salah satu sumber kewangan Islam adalah melalui zakat. Umat Islam tidak melihat kewajipan
berzakat sebagai satu bebanan. Sebaliknya mereka menyedari zakat berfungsi sebagai pembersih
dan penyubur harta benda yang memiliki mereka. Zakat juga menjadi pendorong kepada setiap
umat Islam untuk berusaha mencari harta. Mereka berlumba-lumba mengembangkan harta benda
yang memiliki mereka agar boleh dizakatkan (Latiff el.al, 2016).

Di samping itu, apabila wilayah kekuasaan Islam menjadi semakin luas sehingga menjangkau ke
Andalusia di sebelah barat dan India di sebelah timur, maka sumber ekonomi umat Islam juga
menjadi bertambah luas dan teguh. Perluasan wilayah membolehkan mereka memberikan
tumpuan kepada kegiatan keilmuan seperti mendirikan sekolah dan universiti, perpustakaan serta
pusat-pusat kaji bintang yang merupakan prasarana terpenting dalam proses pengembangan ilmu.
Astronomi merupakan salah satu cabang yang paling diminati sarjana Islam pada ketika itu.

5.2.5 Politik yang Stabil

Dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi, dunia umumnya didominasi oleh umat Islam. Pada ketika
itu, dunia Islam berada dalam keadaan aman dan makmur. Keadaan politik yang stabil dan
negara yang aman membolehkan pemerintahan dan umat Islam mengalihkan tumpuan mereka
kepada kegiatan keilmuan dan usaha memakmurkan negara Islam. Umat Islam bebas
mengembara ke seluruh pelosok dunia Islam yang luas sama ada untuk tujuan perniagaan
mahupun menuntut ilmu pengetahuan. Dalam jangka masa tersebutlah agama Islam tersebar luas
sehingga ke Alam Melayu (Latiff el.al, 2016).

5.2.6 Kegiatan Keilmuan yang Meluas

10
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Salah satu keunikan tamadun Islam ialah peranan institusi masjid yang menjadi nadi segala
kegiatan umat Islam. Masjid bukan sahaja berfungdi sebagai pusat melakukan ibadat khusus,
tetapi juga sebagai tempat pembelajaran dan kegiatan ekonomi. Dalam sejarah awal Islam,
masjidlah yang menjadi nadi utama mengenbangkan syiar dan ilmu Islam (Latiff el.al, 2016).
Para ilmuwan awal terbilang Islam kesemuanya dilahirkan oleh institusi masjid. Universiti-
universiti terawal dalam sejarah Islam juga berkembang daripada institusi masjid. Contohnya,
Universiti Al-Azhar yang merupakan salah sebuah universiti tertua dunia yang masih wujud dan
berfungsi sehingga kini.

Di mana-mana sahaja terdapatnya masjid, maka wujudlah kegiatan keilmuan di situ yang
dipimpin sama ada para imam yang bertugas mahupun guru-guru yang dijemput khusus. Pada
zaman keagungan tamadun Islam di Andalusia, terdapat sebanyak lebih 1,000 buah masjid yang
berfungsi sebagai universiti yang menawarkan pengajian dalam pelbagai cabang ilmu yang
popular pada ketika itu seperti astronomi, matematil, falsafah dan ilmu-ilmu agama.

5.2.7 Keadilan yang Menyeluruh

Islam ialah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Prmerintahan Islam bersifat adil
kepada semua rakyat tanpa mengira agama anutan mereka kerana Islam melarang memaksa
seseorang untuk menganut Islam (Latiff el.al, 2016). Di sepanjang zaman pemerintahan Islam,
orang bukan Islam yang terdiri daripada penganut pelbagai agama, khususnya Yahudi dan
Kristian diberi kebebasan sama seperti orang Islam. Oleh sebab itu, ramai kelangan mereka yang
muncul sebagai para ilmuwan tersohor dalam sejarah Islam sama ada di Andalusia mahupun di
Baghdad. Antaranya ialah Masyaallah b. Athari di Badhdad yang terkenal sebagai seorang ahli
falsafah. Moses ben Maimon dan Salomon ben Gabirol ialah ahli-ahli fasafah yang terkenal di
Andalusia.

5.3 Faktor-faktor Kemerosotan

Di sepanjang sejarah, banyak tamadun yang lahir, berkembang, mencapai tahap kegemilagan dan
akhirnya runtuh. Faktor-faktor utama yang mendorong kemerosotan tamadun Islam hampir
serupa dengan tamadun lain iaitu:

5.3.1 Pemerintah yang Lemah

11
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Apabila sesebuah negara diperintah oleh seorang pemimpin yang lemah, negara akan menjadi
kucar-kacir, politik tidak stabil, ekonomi lumpuh, dan negara akan berpecah menjadi wilayah-
wilayah kecil. Inilah yang berlaku di Andalusia selepas kerajaan Bani Umaiyah runtuh. Sesebuah
tamadun juga boleh mengalami kehancuran sekiranya negara tersebut diperintah oleh seorang
pemerintah yang zalim, bersifat kuku besi dan menindas rakyat kerana ia hanya akan melahirkan
puak menentang yang akan berusaha menjatuhkan kerajaan dan negara tersebut (Latiff el.al,
2016).

5.3.2 Berlaku Penyelewengan dan Gejala Keruntuhan Akhlak

Apabila manusia tidak lagi mementingkan nilai takwa, maka apa-apa sahaja menjadi harus
kepada mereka. Membujur lalu melintang patah. Jawatan yang dipegang tidak lagi dilihat
sebagai amanah, tetapi sebagai satu peluang untuk memenuhi hajat peribadi. Segala bentuk
penyelewengan dan keruntuhan akhlak dianggap perkara biasa, malah mereka yang menolak
lemungkaran dan mengajak kepada kebaikan pula dianggap sebagai antisosoal dan antikemajuan.
Inilah yang berlaku pada zaman-zaman terakhir pemerintahan Khulafa Uthmaniyah di Turki, di
mana para khalifahnya asyik berfoya-foya dengan arak dan wanita sehingga membuka peluang
kepada musuh Islam menyerang dan merampas wilayah-wilayah kekuasaan Islam satu demi satu.

5.3.3 Kekurangan Sumber Ekonomi

Kedudukan ekonomi yang kukuh amat penting kepada kemandirian sesebuah tamadun. Sumber
ekonomi yang kurang boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan
sebagainya atas desakan hidup. Tanpa sumber ekonomi yang cukup, segala perancangan
pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Hadis Rasulullah SAW bermaksud hampir-hampir
kepapaan itu boleh membawa kepada kekafiran (Latiff el.al, 2016).

5.3.4 Kegiatan Ilmu yang Tidak Berkembang

Abad ke-15 hingga ke-18 Masihi, zaman kemerosotan tamadun Islam kerana umat Islam kurang
memberi tumpuan kegiatan penyelidikan dan pembangunan. Mereka hanyalah menumpukan
kegiatan mempelajari kitab-kitab tulisan sarjana sebelumnya dengan sekadar membuat syarahan
dan ringkasan kepada kitab tersebut. Mereka kurang penghasilan karya-karya baru
mengakibatkan sarjana Barat mengambil alih tempat sarjana-sarjana Islam sebagai pemula.

12
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

6.0 Sumber Tamadun Islam

Tamadun Islam terbina atas asas pengabdian diri kepada Allah SWT. Sebagai sebuah tamadun
yang dibina berasaskan nilai-nilai pengabdian diri dan ketakwaan, make sumber utama tamadun
Islam ialah wahyu Allah SWT itu sendiri, iaitu al-Quran dan sunah. Selain itu, ijtihad juga
diiktiraf sebagai sumber tamadun Islam.

6.1 Al-Quran

Al-Quran ialah kalam (perkataan) Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. dengan menggunakan Bahasa arab. Al-Quran diturunkan
secara beransur-ansur, bersifat mukjizat, dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain
secara mutawatir dan apabila membacanya menjadi suatu ibadat . Di dalam al-Quran terkandung
syariat Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, perundangan, ilmu pengetahuan, persoalan-
persoalan ghaib dan lain-lain. Al-Quran ialah mukjizat terbesar Rasulullah SAW dan merupakan
sumber utama yang mencetuskan kelahiran tamadun Islam (Latiff el.al, 2016).

6.2 Sunah atau Hadis

Sunah (al-sunnah) atau hadis ialah perkara-perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat
keperibadian Nabi Muhammad SAW. Termasuk juga dalam takrifan sunah ialah pengakuan atau
pengiktirafan Nabi Muhammad SAW terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat
Baginda. Peranan utama sunah ialah sebagai pentafsir al-Quran serta menjelaskan perkara-
perkara yang tidak disentuh secara langsung dalam al-Quran. Perjalanan hidup Rasulullah SAW
merupakan bukti praktikal sebuah sebuah tamadun yang unggul dan model terbaik dalam
tamadun Islam (Latiff el.al, 2016).

6.3 Ijtihad

Selain al-Quran dan sunah, syariat Islam juga mengiktiraf ijtihad para ulama mujtabidin sebagai
salah satu cara atau sumber dalam menyelesaikan permasalah semasa ummah sekiranya perkara-

13
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

perkara tersebut tidak disentuh dalam al-Quran mahupun sunah. Ulama mujtabidin ialah mereka
yang benar-benar menguasai Bahasa Arab, memahami dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan al-Quran, memahami ilmu hadis, memahami kaedah-kaedah istinbat (pengambilan)
hukum dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan (Latiff el.al, 2016).

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat ramai orang mempunyai salah faham yang besar terhadap tamadun
Islam seperti kolot dan sekatan. Sebenarnya tamadun Islam dan barat boleh wujud bersama
sekiranya barat berusaha memahami Islam dan umat.

8.0 Rujukan

Algar, H. (2001). Imam Abu Hamid Ghazali: An Exponent of Islam in its totality - A lecture by
Hamid Algar. United States: Islamic Publications International, US.

Arizwnb, W. (2016). Bab 2: Tamadun Islam. Available at:


http://www.slideshare.net/wanarizwnb/bab-2-tamadun-islam-59173436 (Accessed: 19 February
2016).

Bohari, M.H. and profile, V. my complete (2009) TITAS 2: KONSEP ASAS TAMADUN
ISLAM. Available at: http://misrihjbohari.blogspot.my/2013/11/titas-2-konsep-asas-tamadun-
islam.html (Accessed: 23 February 2017).

Corner, S. (2012). Faktor-faktor Kecemerlangan Tamadun Islam. Available at:


http://pelajartitas.blogspot.my/2012/03/faktor-faktor-kecemerlangan-tamadun.html (Accessed:
19 February 2016).

Latiff, A. Z. A., Hamzah, A. dan Aros, A. M. (2016). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),
Edisi Ketiga. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mazlan, M. (2014) Sifat-sifat Tamadun Islam. Available at:


https://prezi.com/ji5z3hikaqtw/sifat-sifat-tamadun-islam/ (Accessed: 20 February 2016].

Tan Wei Hang, I. (2008). TITAS CEMERLANG. Available at: http://titaswonderful.blogspot.my/


(Accessed: 23 February 2017).

14
MPU3123 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Uzal (2012). Matlamat Tamadun Islam. Available at:


http://cikgupoli.blogspot.my/2011/05/matlamat-tamadun-islam.html (Accessed: 23 February
2017).

15

Anda mungkin juga menyukai