Anda di halaman 1dari 42

i

KOMITMEN IBU BAPA MENERUSI PIBG DALAM MEMBANTU


PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

NORZAHIDA BTE MOHAMED

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


v

ABSTRAK

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu badan yang sah ditubuhkan
sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen ibu bapa melalui PIBG dalam
membantu pencapaian akademik pelajar. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti
persepsi ibu bapa terhadap peranan PIBG, mengenalpasti peranan PIBG dalam
membantu pencapaian akademik pelajar, mengenalpasti komitmen ibu bapa dalam
PIBG dan mengenalpasti terdapat hubungan yang signifikan komitmen ibu bapa
dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dan
menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal
selidik yang melibatkan sampel utama kajian yang terdiri daripada 210 orang ibu
bapa bagi Kolej Vokasional, 110 orang ibu bapa bagi sekolah kluster dan 50 orang
ibu bapa bagi sekolah harian. Data mentah dianalisis menggunakan pakej perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS). Data dipersembahkan secara
deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (kolerasi spearman). Dapatan kajian
menunjukkan peranan PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik
pelajar. Bagaimanapun tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara komitmen
ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.
vi

ABSTRACT

PIBG is a legal body established as a liaison between parents, teachers, school,


community and students. This study was conducted to survey parents commitment
through the PIBG's to assist students' academic achievement. The objective of this
study was to identify parents' perceptions of the role of PIBG, identify the role of
PIBG in helping to the academic achievement of students, identify parents
commitment through PIBG and determine the significance of the relationship of
parent commitment to academic achievement.This research design was using
quantitative and survey method. Data was collected through questionnaires that
involve the sample of 210 parents from Vocational College, 110 parents from cluster
school and 50 parents from daily school. Raw data was analyzed using the software
package Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Data was presented as
descriptive (mean and standard deviation) and inferential (correlation spearmen). The
results showed that the PIBG role can help to improve the academic achievement of
students. However there is no significant relationship between parental commitment
and academic achievement.
vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Latar belakang masalah 3

1.2 Pernyataan masalah 5

1.3 Objektif kajian 6

1.4 Persoalan kajian 6

1.5 Hipotesis 6

1.6 Skop kajian 7


viii

1.7 Batasan kajian 7

1.8 Kepentingan kajian 7

1.9 Kerangka konseptual 8

1.10 Definisi operasional 8

1.10.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 9

1.10.2 Pencapaian akademik 9

1.10.3 Pelajar 9

1.11 Rumusan 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 10

2.1 Hubungan di antara sekolah dan ibu bapa 10

2.2 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) 11

2.2.1 Fungsi PIBG 12

2.2.2 Keanggotaan PIBG 12

2.2.3 Jawatankuasa PIBG 13

2.2.3.1 Yang Di-Pertua PIBG 14

2.2.3.2 Naib Yang Di-Pertua PIBG 14

2.2.3.3 Setiausaha PIBG 15

2.2.3.4 Bendahari PIBG 15

2.2.3.5 Penasihat Persatuan PIBG 16

2.2.3.6 Juru Audit Dalaman PIBG 17

2.2.4 Kuorum 17

2.2.5 Mesyuarat Agung Tahunan 17

2.2.5.1 Mesyuarat Agung tergempar 19

2.2.6 Punca-Punca pendapatan PIBG 20

2.2.6.1 Perbelanjaan wang Persatuan 20


ix

2.2.6.2 Penyimpanan akaun pendapatan 21

dan perbelanjaan

2.2.6.3 Harta Amanah Persatuan 21

2.2.7 Pindaan Perlembagaan Persatuan 21

2.2.8 Larangan 22

2.2.9 Pembubaran PIBG 22

2.3 Kegiatan-kegiatan yang melibatkan PIBG 23

2.3.1 Kegiatan sosial PIBG 23

2.3.2 Kegiatan-kegiatan akademik PIBG 24

2.3.3 Kegiatan-kegiatan kebajikan PIBG 24

2.4 Kecemerlangan dalam pembelajaran 26

2.5 Faktor kejayaan pelajar 26

2.6 Sekolah Kluster 30

2.7 Sekolah yang berjaya dan berkesan 31

2.8 Pelan Pembangunan Pendidikan 32

2013 hingga 2025

2.9 Rumusan 34

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Reka bentuk kajian 36

3.2 Kerangka operasi 36

3.3 Populasi dan sampel kajian 38

3.4 Instrumen kajian 38

3.4.1 Borang soal selidik 39

3.4.1 Pembangunan item soal selidik 40

3.5 Kesahan borang kaji selidik 41


x

3.6 Kajian rintis 41

3.7 Analisis data 43

3.8 Rumusan 46

BAB 4 ANALISIS DAPATAN 47

4.1 Pengumpulan data 47

4.2 Analisis tahap pencapaian pelajar 48

4.3 Dapatan kajian 49

4.4 Analisis persepsi ibu bapa terhadap peranan PIBG 49

dalam pencapaian akademik pelajar

4.4.1 Analisis persepsi ibu bapa terhadap 49

peranan PIBG dalam pencapaian akademik

pelajar bagi Kolej Vokasional

4.4.2 Analisis persepsi ibu bapa terhadap 50

peranan PIBG dalam pencapaian akademik

pelajar bagi Sekolah Kluster

4.4.3 Analisis persepsi ibu bapa terhadap 51

peranan PIBG dalam pencapaian akademik

pelajar bagi Sekolah Harian

4.4.4 Analisis min keseluruhan persepsi ibu bapa 52

terhadap peranan PIBG dalam pencapaian

akademik pelajar

4.5 Analisis peranan PIBG dalam pencapaian 53

akademik pelajar

4.5.1 Analisis peranan PIBG dalam pencapaian 53

akademik pelajar di Kolej Vokasional


xi

4.5.1.1 Skor min keseluruhan bagi peranan 55

PIBG Kolej Vokasional

4.5.2 Analisis peranan PIBG dalam pencapaian 56

akademik pelajar di Sekolah kluster

4.5.2.1Skor min keseluruhan bagi peranan 58

PIBG Sekolah Kluster

4.5.3 Analisis peranan PIBG dalam pencapaian 57

akademik pelajar di Sekolah harian

4.5.3.1 Skor min keseluruhan bagi peranan 61

PIBG Sekolah harian

4.5.4 Skor min keseluruhan bagi peranan PIBG 61

4.6 Analisis komitmen ibu bapa melalui PIBG dalam 62

membantu pencapaian akademik pelajar

4.6.1 Analisis komitmen ibu bapa melalui PIBG 62

dalam membantu pencapaian akademik

pelajar bagi Kolej Vokasional

4.6.2 Analisis komitmen ibu bapa melalui PIBG 64

dalam membantu pencapaian akademik

pelajar bagi Sekolah Kluster

4.6.3 Analisis komitmen ibu bapa melalui PIBG 65

dalam membantu pencapaian akademik

pelajar bagi Sekolah Harian

4.6.4 Skor min keseluruhan bagi komitmen 66

ibu bapa
xii

4.7 Analisis hubungan komitmen ibu bapa melalui 66

PIBG dengan pencapaian akademik pelajar

4.7.1 Analisis hubungan komitmen ibu bapa 67

melalui PIBG dengan pencapaian

akademik pelajar bagi Kolej Vokasional

4.7.2 Analisis hubungan komitmen ibu bapa 67

melalui PIBG dengan pencapaian

akademik pelajar bagi Sekolah Kluster

4.7.3 Analisis hubungan komitmen ibu bapa 68

melalui PIBG dengan pencapaian

akademik pelajar bagi Sekolah Harian

4.8 Rumusan 69

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 70

CADANGAN

5.1 Perbincangan 70

5.1.1 Mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap 71

peranan PIBG dalam membantu

pencapaian akademik pelajar

5.1.2 Mengenalpasti peranan PIBG dalam 71

membantu meningkatkan pencapaian

akademik pelajar

5.1.3 Mengenalpasti komitmen ibu bapa melalui 72

PIBG dalam membantu pencapaian

akademik pelajar
xiii

5.1.4 Mengenalpasti samada terdapat hubungan 74

yang signifikan di antara komitmen ibu

bapa melalui PIBG dengan pencapaian

akademik pelajar

5.2 Rumusan 75

5.3 Cadangan 75

5.4 Cadangan lanjutan 75

5.5 Penutup 76

RUJUKAN 77

LAMPIRAN 80
xiv

SENARAI JADUAL

3.1 Jumlah populasi dan sampel 37


3.2 Skala Likert berserta dengan markah skor 39
3.3 Interpretasi skor bagi nilai Alpha Cronbach 42
3.4 Tafsiran dan tahap kecenderungan min 43

3.5 Tafsiran pekali kolerasi 44

3.6 Prosedur analisis data 45

3.7 Interpretasi skor pencapaian PMR 45

4.1 Kaedah penentuan bilangan soal selidik 47

4.2 Analisis tahap pencapaian PMR pelajar Tingkatan empat 48

4.3 Skor min bagi item-item persepsi ibu bapa bagi 50

Kolej Vokasional

4.4 Skor min bagi item-item persepsi ibu bapa bagi 51

Sekolah Kluster

4.5 Skor min bagi item-item persepsi ibu bapa bagi 52

Sekolah Harian

4.6 Skor min keseluruhan bagi persepsi ibu bapa 52

4.7 Skor min bagi item peranan PIBG bagi Kolej Vokasional 54

4.8 Skor min keseluruhan bagi peranan PIBG Kolej Vokasional 55

4.9 Skor min bagi item peranan PIBG bagi Sekolah Kluster 57

4.10 Skor min keseluruhan bagi peranan PIBG Sekolah Kluster 58

4.11 Skor min bagi item peranan PIBG bagi Sekolah harian 60

4.12 Skor min keseluruhan bagi peranan PIBG Sekolah harian 61

4.13 Skor min keseluruhan bagi peranan PIBG 62


xv

4.14 Skor min keseluruhan bagi peranan PIBG mengikut kegiatan 62

4.15 Skor min bagi item komitmen ibu bapa bagi 63

Kolej Vokasional

4.16 Skor min bagi item komitmen ibu bapa bagi Sekolah Kluster 64

4.17 Skor min bagi item komitmen ibu bapa bagi Sekolah Harian 65

4.18 Skor min keseluruhan bagi komitmen ibu bapa 66

4.19 Kolerasi Spearman hubungan komitmen ibu bapa 67

melalui PIBG dengan pencapaian pelajar bagi

Kolej Vokasional

4.20 Kolerasi Spearman hubungan komitmen ibu bapa 68

melalui PIBG dengan pencapaian pelajar bagi

Sekolah kluster

4.21 Kolerasi Spearman hubungan komitmen ibu bapa 68

melalui PIBG dengan pencapaian pelajar bagi

Sekolah harian
xvi

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konseptual 8


3.1 Carta alir kerangka konsep operasi kajian 37
xvii

SENARAI SINGKATAN

PIBG - Persatuan Ibu bapa dan Guru


SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
xviii

SENARAI LAMPIRAN

A Surat kebenaran fakulti 80


B Borang soal selidik 85
C Pengesahan soal selidik 91
D Dapatan kajian rintis 95
E Analisis normaliti 104
F Analisis dapatan kajian 105
1

BAB 1

PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi yang berupaya menjamin kewujudan sebuah negara. Ini
kerana negara bergantung kepada masyarakat sementara masyarakat pula bergantung
kepada ahli masyarakat atau individu (Langgulung, 2003). Kekalnya sesebuah negara
bergantung kepada individu terutama pemimpin yang berilmu, berwibawa serta
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai disiplin. Kepelbagaian
individu yang digabungkan akan menghasilkan pengurusan negara dengan baik dan
pengurusan yang baik akan memastikan sesebuah negara mengorak langkah
kehadapan, menghadapi cabaran dan rintangan serta bersedia untuk berhadapan
dengan perkembangan semasa dan akan datang.
Individu yang seharusnya wujud adalah mereka yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan mempunyai jati diri. Tugas mendidik dan menyediakan individu
yang berketerampilan dalam ilmu, sahsiah, dan sosial merupakan tanggungjawab
utama sekolah sejajar dengan keperluan, nilai dan budaya masyarakat. Segala
kandungan dan intipati pengajaran dan pembelajaran samada dalam bilik darjah atau
di luar bilik darjah, samada formal atau tidak formal peranan sekolah seharusnya
menepati cita rasa dan matlamat penubuhan institusi berkenan yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Perkembangan semasa terutama berkembangan teknologi meningkatkan
cabaran kepada sekolah supaya institusi tersebut sentiasa mengikuti, memahami,
menganalisa dan mengadaptasi apa juga perkembangan positif dalam menentukan
misi dan visi masing-masing. Sekolah harus melihat dengan jelas apakah keperluan
negara berlandaskan kepada perkembangan semasa dan akan datang.
2

Secara umumnya, pentadbiran sekolah adalah berasaskan matlamat kerajaan


sesebuah negara. Kandungan kurikulum dan Kokurikulum dirancang berdasarkan
kepada apa yang ingin dicapai oleh sesebuah negara untuk mampu berdaya saing
diperingkat global. Sekolah merupakan tempat dimana individu diberikan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang lebih melibatkan kognitif dan
kemahiran. Bergantung semata-mata struktur kurikulum dan kokurikulum semata-
mata bukan jaminan kepada kecemerlangan dan keterampilan output. Ramai lepasan
sekolah yang gagal menyesuaikan diri dengan pasaran kerja dan masyarakat.
Penggunaan teknologi moden dan terkini akan lebih berkesan jika digabungjalin
dengan nila, etika, fahaman dan cara hidup masyarakat. Kaedah ini lebih berkesan
apabila masyarakat menganggap sekolah adalah sebahagian dari mereka. Masyarakat
harus mengikuti matlamat, perkembangan, keperluan dan ruang dimana peranan dan
komitmen mereka amat penting dan bermakna bagi sekolah dalam merealisaikan
matlamat sekolah sebagai penyumbang kepada individu yang berketerampilan bagi
menjamin kelangsungan sesebuah negara. Ini bermakna sekolah harus melihat
pendidikan dari pandangan masyarakat dan individu.
Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau
penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai-nilai budaya oleh generasi tua
kepada generasi muda secara berterusan supaya kelangsungan hidup sesebuah
masyarakat dapat berlaku. Sementara individu berpendapat pendidikan merupakan
proses membangunkan dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam
diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan
tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan normal.
Komitmen, kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak berkepentingan seperti
masyarakat, ibu bapa, pelajar dan guru-guru sendiri amat penting dalam
memantapkan kecemerlangan pelajar sebagai generasi baru selaku individu yang
mampu menyumbang dan memajukan masyarakat ( Mok, 2010).
3

1.1 Latar belakang masalah

Pelajar cemerlang merupakan pemangkin di dalam kemajuan negara bukan hanya


dalam bidang ekonomi bahkan juga dalam bidang politik dan keselamatan negara
(Nordin & Dan, 2002). Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa
faktor antaranya ialah penglibatan ibubapa, guru, sekolah, rakan sebaya,
persekitaran. Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, bukanlah satu perkara yang sukar.
Kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan kecemerlangan aspek-
aspek yang lain seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan diri, akhlak
dan personaliti kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah pencapaian
akademik yang cemerlang. Ironinya, dalam merealisasikan impian tersebut, terdapat
halangan atau masalah yang.wujud.
Masalah disiplin pelajar seperti ponteng sekolah merupakan salah satu
masalah yang sering berlaku dalam dunia pendidikan. Hasil kajian Hassan &
Muhammad (2008), terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar terlibat
dengan gejala ponteng sekolah diantaranya ialah faktor sikap pelajar, faktor rakan
sebaya, faktor ibu bapa dan faktor guru. Faktor-faktor lain juga yang telah
dikenalpasti ialah seperti faktor persekitaran sekolah, faktor pengurusan sekolah dan
banyak lagi.
Kopko (2007), menyatakan bahawa menempuhi peringkat usia remaja
selalunya digambarkan sebagai saat-saat yang paling kritikal dan mencabar bagi
seorang remaja mahupun ibu bapa. Pada peringkat ini, pelajar mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya dan budaya luar, oleh sebab itu ibu bapa perlu mengawal
tingkah laku anak-anak mereka agar berada di landasan yang betul.
Pencapaian akademik pelajar juga bergantung kepada tahap motivasi mereka
untuk berusaha belajar. Namun masalah yang timbul ialah kekurangan aktiviti-
aktiviti yang boleh mendorong motivasi pembelajaran pelajar, seperti Program
Motivasi dan aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar. Untuk melaksanakan
program tersebut perlu mempunyai sumber kewangan dan sumber tenaga yang lebih.
4

Justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan pada hari ini bukan lagi
perkara biasa. Bagi mengatasi jurang pendidikan teknologi dan penguasaan
Teknologi Maklumat, penambahbaikan sekolah yang dilakukan perlulah mengambil
kira penyediaan kemudahan asas seperti elektrik, pembekalan komputer, penyediaan
perisian, kemudahan Internet, pangkalan data dan berbagai-bagai infrastruktur yang
diperlukan.
Selain itu, Marzuki (2005), menyatakan masalah utama yang dihadapi oleh
sekolah-sekolah dalam pengurusan kewangan ialah masalah peruntukan wang
kerajaan yang tidak mencukupi selain masalah dalam kutipan yuran sekolah.
Kebanyakan sekolah tidak berjaya mengutip semua yuran khas daripada semua
pelajarnya (Loo, 1999). Selain itu, beberapa guru besar dan pengetua menyatakan
bahawa di antara sebab-sebabnya ialah keadaan status sosio ekonomi ibu bapa yang
kadangkala mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai serta sikap guru
tingkatan yang tidak berusaha mengutip yuran tersebut daripada semua pelajarnya,
(Mahmod, 1997). Oleh itu guru besar atau pengetua yang menghadapi masalah
kewangan sekolah, biasanya terpaksa mencari alternatif untuk mendapatkan bantuan
sumber kewangan lain daripada PIBG sekolah bagi menampung kekurangan
tersebut.
Emat (2005), pula menyatakan pencapaian pelajar lebih bermakna apabila
kaum keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai
kejayaan anak-anak mereka. Ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting dalam
mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam
suasana yang harmoni sejak bayi lagi hingga ke peringkat mereka memasuki
universiti (Ibrahim, 2002).
Oleh itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang merupakan satu badan
yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah,
masyarakat dan pelajar. Masalah-masalah yang wujud disekolah boleh diselesaikan
sekiranya pihak berkepentingan bekerjasama dengan pihak sekolah. Jaringan
hubungan yang baik antara mereka juga mampu melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang dalam semua aspek.
5

1.2 Penyataan masalah

Pencapaian akademik adalah tanggungjawab pengurusan sekolah, guru-guru dan


pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Selain dari itu, komitmen dan kerjasama ibu bapa
amat penting dalam memastikan semua perancangan sekolah berjalan dengan lancar.
Ini kerana masa pengajaran dan pembelajaran yang terhad disekolah dan pelajar akan
bersama dengan ibu bapa di luar waktu persekolahan.
Hasil daripada tinjauan, didapati bahawa masalah yang berlaku perlulah
ditangani bersama oleh pihak sekolah melalui guru dan kemudahan di sekolah.
Seterusnya masyarakat melalui ibu bapa perlu juga bergerak aktif dan memberi
sumbangan termampu bagi mengatasi masalah yang berlaku disekolah. Sumbangan
daripada ibu bapa dapat diberikan menerusi sumbangan material iaitu sumber
kewangan untuk aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain
itu, sumbangan moral juga merupakan sumbangan yang penting bagi mendorong
pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Di antara sokongan moral yang
boleh diberikan oleh ibu bapa ialah dengan menghadiri Mesyuarat Agong serta
memberi pendapat, sentiasa mengambil tahu mengenai anak mereka di sekolah, dan
memberi sumbangan tenaga melalui permuafakatan daripada aktiviti-aktiviti sekolah
seperti kem motivasi dan sebagainya.
Oleh kerana sumber tenaga, kewangan dan kemudahan sekolah tertakluk
kepada peruntukan kewangan yang diberi, sekolah perlu mencari alternatif lain untuk
menampung kekurangan tersebut. Sebagai persatuan yang berdaftar dan bergerak
secara sah, PIBG mampu memberi sumbangan yang diperlukan oleh pihak sekolah
terutama dalam soal kewangan, tenaga, kepakaran dan aktiviti yang sesuai dalam
meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar. Sehubungan itu, kajian ini
perlu dilaksanakan bagi mengenalpasi kotmitmen ibu bapa menerusi PIBG dalam
memastikan dan meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.
6

1.3 Objektif kajian

Objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut:


(i) Mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap peranan PIBG dalam membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
(ii) Mengenalpasti peranan PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian
akademik pelajar.
(iii) Mengenalpasti komitmen ibu bapa melalui PIBG dalam membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
(iv) Mengenalpasti samada terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen
ibu bapa melalui PIBG dengan pencapaian akademik pelajar.

1.4 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti bagi menjawab
objektif kajian. Antara persoalan kajian yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
(v) Apakah persepsi ibu bapa terhadap peranan PIBG dalam membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
(i) Apakah peranan PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik
pelajar.
(ii) Apakah kotmitmen ibu bapa melalui PIBG dalam membantu meningkatkan
pencapaian akademik pelajar?
(iii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen ibu bapa melalui
PIBG dengan pencapaian akademik pelajar?

1.5 Hipotesis

Dalam kajian ini, penyelidik menjangkakan bahawa:

H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen ibu bapa


melalui PIBG dengan pencapaian akademik pelajar.
7

1.6 Skop kajian

Penyelidik hanya mengkaji peranan dan komitmen ahli PIBG dalam membantu
pencapaian pelajar. Kajian ini dibuat hanya tertumpu kepada ibu bapa pelajar
tingkatan empat Kolej Vokasional Muar, Kolej Vokasional Batu Pahat, Kolej
Vokasional Segamat, Sekolah Sultan Abdul Samad Muar dan SMK Tun Sri Lanang
Ledang.

1.7 Batasan kajian

Batasan utama kajian ini hanya meninjau terhadap komitmen PIBG dalam
membantu pencapaian akademik pelajar.

1.8 Kepentingan kajian

Hasil dapatan dari penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak-pihak tertentu
antaranya adalah seperti berikut:
(i) PIBG
Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu ibu bapa untuk mengenalpasti
peranan mereka dalam PIBG. Selain itu, ia juga dapat menjadi panduan
kepada PIBG untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang terjadi di
sekolah terutamanya dalam pencapaian akademik pelajar.
(ii) Pentadbiran Sekolah
Kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam merancang aktiviti
atau program yang melibatkan PIBG bagi membantu meningkatkan
pencapaian akademik pelajar.
(iii) Guru
Guru-guru dapat mengenalpasti peranan ibubapa dan peranan guru sebagai
ahli PIBG. Selain itu guru dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan
ibu bapa dan memudahkan lagi urusan permasalahan di sekolah.
(iv) Pelajar
Hasil kajian ini juga pelajar dapat menggunakan program-program yang akan
dirancang khusus kepada mereka bagi meningkatkan pencapaian akademik.
8

1.9 Kerangka konseptual

Sekolah Proses Pembelajaran Kecemerlangan pelajar

1. Masyarakat 1. Akademik Rasmi


1. Pencapaian akademik
2. Ibu bapa (i) Kurikulum
tinggi
(ii) Kokurikulum
2. Bertanggungjawab
1. Guru
2. Akademik Tidak
3. Sahsiah yang baik
2. Pelajar Rasmi
4. Semangat kesukanan
3. Pengurusan (i) Sosial
sekolah
(ii) Komunikasi

Rajah 1.1:kerangka konseptual


(Diubahsuai daripada Model Epstein (penglibatan ibu bapa), 2002)

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah membina kerangka konseptual yang
akan diaplikasikan bagi mencapai objektif kajian. Kerangka konseptual dihasilkan
oleh pengkaji adalah adaptasi dari Model Epstein (penglibatan ibu bapa), 2002 untuk
mengenalpasti samada terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen PIBG
dengan peningkatan pencapaian akademik pelajar.

1.10 Definisi operasional

Kajian yang dijalankan adalah berkenaan Komitmen PIBG Dalam Membantu


Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar. Terdapat beberapa istilah-istilah yang
digunakan dalam kajian ini, yang mana definisi yang diberikan adalah berpandu
kepada kesesuaiannya dalam konteks kajian ini.
9

1.10.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

PIBG merupakan pertubuhan yang menggabungkan ibu bapa, guru dan pengurusan
sekolah dalam kawasan sekolah berkenaan bagi membantu peningkatan akademik
pelajar.

1.10.2 Pencapaian akademik

Pencapaian akademik memberi maksud kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar


menerima dan menguasai pelajaran yang dipelajari di sekolah. Dengan kata lain,
pencapaian juga dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang diperolehi oleh para pelajar
dalam peperiksaan yang diadakan di sekolah sama ada cemerlang, sederhana atau
lemah.

1.10.3 Pelajar

Definisi pelajar berdasarkan kajian ini adalah mewakili pelajar-pelajar ibu bapa
pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Muar, Kolej Vokasional Batu Pahat, Kolej
Vokasional Segamat, Sekolah Sultan Abdul Samad Muar dan SMK Tun Sri Lanang
Ledang.

1.11 Rumusan

Secara keseluruhannya, di dalam bab 1 ini telah membincangkan tentang latar


belakang masalah, penyataan masalah, tujuan kajian, persoalan kajian, hipotesis
kajian, kerangka kajian, kerangka teori, skop kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian dan definisi yang digunakan dalam kajian ini. Bab seterusnya akan
membincangkan sorotan kajian serta melihat kajian-kajian yang dijalankan mengenai
penglibatan PIBG dalam membantu pencapaian pelajar.
10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Perkembangan seseorang anak dalam semua aspek kehidupan sama ada


perkembangan sahsiah, sosial, emosi dan juga pencapaian dalam dunia akademik
sebahagian besar adalah bergantung kepada didikan yang diberikan oleh kedua ibu
bapanya, disamping peranan yang dimainkan oleh guru, rakan sebaya dan
masyarakat.
Disamping itu, pencapaian sesebuah sekolah sering di kaitkan dengan
pencapaian pelajar-pelajar dalam kurikulum khasnya dan kokurikulum umumnya.
Bab ini akan membincangkan sorotan penulisan yang berkaitan dengan PIBG, ciri-
ciri sekolah yang berkesan dan berjaya dan kajian-kajian lepas yang berkaitan.

2.1 Hubungan di antara sekolah dan ibu bapa

Dalam merealisasikan impian negara untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai


pencapaian akademik yang baik. Pelbagai pihak perlu bekerjasama antaranya ialah
sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat. Hubungan yang baik dan berkesan di antara
sekolah dan ibu bapa dapat mengwujudkan pencapaian sekolah yang cemerlang.
Mahat (2007), berpandangan bahawa sekolah perlu mempunyai jaringan hubungan
yang mantap dan akrab dengan ibu bapa untuk kejayaan sistem pendidikan negara.
11

Mohd Dom (2006), menyatakan pula, jaringan kerjasama ibu bapa dan
sekolah memainkan peranan penting yang boleh menjadikan sekolah itu hebat dan
berjaya. Pihak sekolah perlu sedar bahawa terdapat banyak pendekatan yang boleh
digunakan untuk menjalin hubungan dan kerjasama dengan ibu bapa. Kerjasama ini
telah wujud dalam kalangan ibu bapa di dunia seperti Jepun, China dan India
(Ahmad, 2007). Khairudin (2007), berpandangan kejayaan misi membangunkan
modal insan bukan hanya terletak di bahu pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi
harus didokong oleh ibu bapa.

2.2 Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)

Dalam sebuah sekolah terdapat persatuan yang melibatkan ibu bapa dalam perihal
anak-anak di sekolah iaitu Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Menurut Mook
(2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan dalam sekolah yang boleh memainkan
peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka.
Ahli-ahli yang aktif boleh meyumbangkan tenaga dan sumbangan kewangan mereka
dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah.
Pertubuhan PIBG diperingkat sekolah rendah dan menengah adalah hasil
pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun
1971. Mengikut Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996, tujuan
PIBG ditubuhkan adalah seperti berikut:
(i) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej
(ii) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak
dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
(iii) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran
dan maklumat mengenai pendidikan
(iv) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding
antara satu sama lain dengan cara membaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya
(v) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha
menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
12

2.2.1 Fungsi PIBG

Terdapat empat fungsi PIBG untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3 Akta Pendidikan 1996
seperti berikut:
(i) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan
murid
(ii) Menambahkan sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di sekolah
(iii) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan
hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat
(iv) Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Fungsi PIBG ini dapat diperlihatkan daripada kegiatan-kegiatan dalam akademik dan
kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.2.2 Keanggotaan PIBG

Keanggotan persatuan terdiri daripada lima anggota iaitu:


(i) Semua guru di sekolah
(ii) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah
(iii) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota
Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengawai Pendidikan
Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan.
(iv) Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan
Penasihat Persatuan
13

2.2.3 Jawatankuasa PIBG

Persatuan hendaklah diuruskan oleh jawatankuasa yang dikenali sebagai


Jawatankuasa PIBG. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota
Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. Anggota Jawatankuasa PIBG
hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja. Keanggotaan Jawatankuasa
PIBG adalah seorang Yang Di-Pertua, seorang Setiausaha, seorang Bendahari dan
beberapa orang Ahli Jawatankuasa.
Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG
hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh
menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11
orang.
Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan iaitu
bukan anggota guru di sekolah tersebut yang tidak mempunyai anak di sekolah itu
hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa
PIBG berkenaan.
Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga
(6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998, Pegawai
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang
berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota
Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan
bertulis Pendaftar.
Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari
tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya
atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar. Jika berlaku
kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik
mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan
anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai
nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun
selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
14

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan,
tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan, Perlembagaan PIBG dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya.

2.2.3.1 Yang Di-Pertua PIBG

Antara fungsi Yang Di-Pertua PIBG adalah seperti berikut:


(i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan
Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan mesyuarat.
(ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit
mesyuarat apabila telah diluluskan.
(iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan
bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.
(iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan
tugas sebagai Yang Di-Pertua.
(v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang
difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.
(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.
(viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa
daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

2.2.3.2 Naib Yang Di-Pertua PIBG

Antara fungsi Naib Yang Di-Pertua PIBG adalah seperti berikut:


(i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-
fungsi Yang Di-Pertua.
(ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan
Yang Di-Pertua .
15

2.2.3.3 Setiausaha PIBG

Antara fungsi Setiausaha PIBG adalah seperti berikut:


(i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
(ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan
mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa
PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
(iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
(v) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung
Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai
Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat
Agung Tahunan.
(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

2.2.3.4 Bendahari PIBG

Antara fungsi Bendahari PIBG adalah seperti berikut:


(i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan
dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini.
Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah
disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-
kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat
Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas
Mesyuarat berkenaan.
(ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam
Perlembagaan pada sesuatu masa.
16

(iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada
mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun
terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
(v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan
dan akaun sentiasa berbaki kredit.

2.2.3.5 Penasihat Persatuan PIBG

Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak
sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab
dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut:
(i) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
(ii) Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti,
kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan
tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan
dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan
pentadbiran sekolah;
(iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika
difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
(iv) Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan
dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
(v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan
Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam
mesyuarat persatuan;
(vi) Memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
(vii) Memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur
paksaan; dan
17

(viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis
anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan
oleh Kementerian.

2.2.3.6 Juru Audit Dalaman PIBG

Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota
Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung
Tahunan. Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:
(i) Mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(ii) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.

2.2.4 Kuorum

Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:


(i) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah
bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan
(ii) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG - hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah
bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

2.2.5 Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.
Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac,
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan
kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac. Notis tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan
selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.
18

Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak


mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis
kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan
dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
(i) Ucapan Pengerusi
(ii) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
(iii) Membentang dan menerima Laporan Tahunan;
(iv) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31
Disember tahun sebelumnya
(v) Membahaskan usul, jika ada
(vi) Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan
(vii) Pemilihan Juru Audit Dalaman
(viii) ucapan penangguhan
(ix) lain-lain hal.

Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG


selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan
sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang
jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang
menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan
hendaklah dibuat seperti berikut:
(i) Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa
PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat
(ii) Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong
(iii) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi.
Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang
dipertandingkan.
19

2.2.5.1 Mesyuarat Agung tergempar

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan seperti


berikut:
(i) Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG
(ii) Atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota
Persatuan; atau
(iii) Atas arahan Pendaftar.

Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari


daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan
anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan.
Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan
kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh Mesyuarat
hendak diadakan. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada
tujuan Mesyuarat itu diadakan.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira
Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang
berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar
dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian,
mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
Bagi Mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Jawatankuasa PIBG hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam tempoh satu tahun
persekolahan. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota
Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.
Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya tiga (3) orang anggota
Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila
difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.
20

Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak dua
(2) kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG
secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis
kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.

2.2.6 Punca-Punca pendapatan PIBG

Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada:


(i) Sumbangan anggota persatuan yang mana anggota Persatuan tidak boleh
dipaksa memberi apa-apa sumbangan.
(ii) Derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain.
(iii) Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan
yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.

Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan


yang berdaftar atas nama Persatuan. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi
oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang
diterima atau diperolehi.

2.2.6.1 Perbelanjaan wang Persatuan

Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi


perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid sekolah, yang tidak
bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan. Segala cek atau kenyataan pengeluaran
wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang
Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih
pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit. Tahun kewangan
Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.
21

2.2.6.2 Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan

Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan


untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan. Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima
dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada
Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian
mengikut mana-mana yang berkenaan. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah,
Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan
memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.

2.2.6.3 Harta Amanah Persatuan

Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak
alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini
berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan
Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh
Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau
sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.
Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik
atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota
Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

2.2.7 Pindaan Perlembagaan Persatuan

Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan


kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih
dahulu. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-
kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.
Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan
diluluskan oleh Pendaftar. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan
yang dicadangkan oleh Persatuan.
22

2.2.8 Larangan

Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-


perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru,
kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan
Sekolah.
Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai
keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum
persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak
dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi
undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau
Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.
Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang
pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan
Daerah, Pejabat Pelajaran Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian
Pelajaran, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah-
sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain
organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di
bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

2.2.9 Pembubaran PIBG

Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan seperti berikut:


(i) Atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau
(ii) Sekolah berhenti beroperasi

Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang


ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan
pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih
dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut
cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.
23

Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan


kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.

2.3 Kegiatan-kegiatan yang melibatkan PIBG

2.3.1 Kegiatan sosial PIBG

Mook (2009), menyatakan terdapat pelbagai kegiatan-kegiatan sosial PIBG,


antaranya adalah seperti berikut:
(i) Pungutan derma dari ibu bapa, orang kenamaan, syarikat untuk menjadi
sumber kewangan persatuan dan sebagai pembayaran projek sekolah.
(ii) Menganjur kursus motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dengan tujuan
mewujudkan kesedaran mereka, demi meningkatkan keyakianan kendiri ke
arah kejayaan cemerlang.
(iii) Memberi sumbangan dalam bentuk peralatan seperti alat pembesar suara,
mesin potostat, komputer, projektor, alatan-alatan kokurikulum dan hadiah-
hadiah untuk aktiviti pertandingan di sekolah.
(iv) Mengajurkan Hari Terbuka dengan tujuan memberi peluang kepada ibu bapa
datang ke sekolah untuk mengadakan perbincangan bersama guru-guru
tentang kemajuan dan masalah anak-anak serta membantu mencapai
permuafakatan dan kerjasama untuk membantu pelajar menghadapi masalah
sosial.
(v) Menganjur lawatan sambil belajar seperti tempat bersejarah, industri, institusi
peneylidikan dan sebagainya yang boleh menambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman secara lansung untuk pelajar sekolah.
(vi) Menganjur jamuan makanan untuk guru-guru dalam Hari Guru, memberi
sumbangan kewangan untuk jamuan-jamuan lain yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.
(vii) Menganjurkan projek gotong-royong untuk mengeratkan hubungan ibu bapa,
pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah.
24

2.3.2 Kegiatan-kegiatan akademik PIBG

Di antara kegiatan-kegiatan akademik PIBG Mook (2009), adalah seperti berikut:


(i) Menderma buku-buku ilmiah untuk pelajar-pelajar, khasnya sebagai
tambahan di perpustakaan sekolah.
(ii) Menganjurkan kelas tambahan untuk membantu pelajar-pelajar, khasnya
pelajar-pelajar yang kurang cerdas, supaya mengukuhkan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah, demi meningkatkan prestasi
dan pencapaian mereka dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam
seperti UPSR, SPM dan STPM.
(iii) Menjemput pensyarah, guru pakar, dan pemeriksa kertas jawapan untuk
menyampaikan ceramah berkaitan dengan kemahiran menjawab soalan-
soalan peperiksaan awam dengan tujuan membantu pelajar-pelajar keyakinan,
dan seterusnya memperoleh pencapaian keputusan cemerlang.
(iv) Menganjur kelas pemulihan bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam bidang
tertentu, khasnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

2.3.3 Kegiatan-kegiatan kebajikan PIBG

Mook (2009), menyatakan terdapat pelbagai kegiatan kebajikan PIBG antaranya


adalah seperti berikut:
(i) Membantu pelajar-pelajar miskin dengan menolong mereka menjelaskan
bayaran peperiksaan awam.
(ii) Menderma buku-buku latihan, kasut, pakaian sekolah, cermin mata dan
menganjurkan projek pemakanan untuk pelajar-pelajar miskin.
(iii) Menderma untuk pelajar-pelajar atau keluarganya yangb ditimpa kemalangan.
(iv) Membaiki tempat bekerja guru supaya menjadikannya kemas, bersih dan
selesa.
77

Rujukan

Abdul Ghafar, M. N.,(1999). Pembangunan Penyelidikan. Johor: Penerbit Universiti


Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N.,(2003). Pembangunan Penyelidikan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdullah M. I. (2007). Tujuh Cara Tingkatkan Hubungan Sekolah Dengan Ibu
bapa. Pendidik. 43 . 40 41.
Abd. Rahim K. (1998). Program Motivasi Keibubapaan. Maktab Perguruan
Keningau, Sabah.
Ahmad, H. (2007). Babitkan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran: Pendidik. 41.
Bapoo Hashim, N. R. (2009). Sekolah Kluster Lonjak Institusi Pendidikan. Majalah
Pendidik. 18-21.
Chua, Y. P., (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan asas statistik penyelelidikan
buku 2. Malaysia:McGraw-Hill Sdn. Bhd.
Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual
Learning Styles; A Practical Approach. Massachusets: Prentice Hall.
Emat, Y. (2005).Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Selangor: IBS
Buku Sdn Bhd.
Hassan M. A. (2007). Peranan PIBG dalam Pelakanaan PIPP. Pendidik. 36.
65 67
Hassan, J. dan Muhammad, N. S. (2008). Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya. Universiti
Teknologi Malaysia.
Idris, N., (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kulala Lumpur: McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Ismail, A. (2011). Cluster Schools For Diverse Students Needs In Malaysia: A
System View. International Journal of Education. Vol. 3, No. 2: E20.School of
Educational Studies, University Sains Malaysia
78

Khairudin, K. (2007). Peranan Ibu Bapa Membangunkan Modal Insan. Jurnal Ehwal
Pendidikan. 1. 38 41
Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Langgulung, H. (2003). Asas Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta:
Pustaka Al Husna Baru.
Loo, B. L. (1999). Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian tentang amalan
Mahat, A. R. (2007). Perkongsian Pintar Dalam Pendidikan. Pendidik. 39.
Mahmod, M. (1997). Pentadbiran kewangan sekolah: Satu tinjauan amalan
Marzuki, S. (2005). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Rendah Dan Menengah Di
Malaysia: Isu, Masalah Dan Cadangan Untuk Mengatasinya. Masalah
Pendidikan, (143-151)
Md Lazim N. (2004). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Ibu Bapa
Dalam Aktiviti Pibg Di Sekolah Menengah Akademik Luar Bandar Di Jitra,
Kedah. Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Dom, A. (2006). Meningkatkan Prestasi Sekolah Melalui Kerjasama Dengan
Ibu Bapa dan Komuniti Setempat. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
7 14.
Mohd Faiz, N. S., Mohamed, M. dan Zahit, R. (2006). Gaya Pembelajaran Pelajar
Cemerlang:Satu Kajian Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Pembelajaran.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mok, S.S. (2010). Komunikasi Berkesan dan Aplikasi Teknologi Maklumatdan
Komunikasi (ICT). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd..
Nordin, T.A. dan Dan, N.A. (2002). Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan Bersepadu. Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media.
pengetua di sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana.
Razali M. F. (2007). Manfaatkan PIBG Untuk Kejayaan Sekolah. Pendidik 40. 44
45.
Salleh, M. J., Hashim, C. N., Hassanaen, .l dan Dawi A. H. (2009). Status Sosio
Ekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar
Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. International Conference on
Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. Sultan
79

Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam. Tesis


Sarjana
Sidin R. (2003). Pembelajaran Sains dan Teknologi. Jurnal Pendidikan. 28. 47 -
63.
Yahaya, A. & Nalini (2006). Faktor-faktor Lepak dan Hubungan Keibubapaan Di
Kalangan Pelajar Remaja Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri.
Universiti Teknologi Malaysia.
Yahaya, A. S. (2003). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.
Bhd. 8 9.
Yasin A.M.Z. & Moong, S. K. (2009). Peranan Ibu Bapa dalam Persatuan Ibu Bapa
dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Kulai, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia.
Zulkifli et. al. (2011). Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian
Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic
Education, 3(2), 2011 31-40.

Anda mungkin juga menyukai