Anda di halaman 1dari 30

BAB 1 : KEMUNCULANPERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

BAB 1 : Latihan & aktiviti I ( m.s 7 )

1. Apakah yang anda paham tentang imperialisme ?

Jawapan:

- Dasar atau tindakan sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah. Dilakukan
dengan menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya terhadap negara-negara lain.

2. Lengkapkan jadual dibawah.

Kuasa Barat Tanah Jajahannya


Sepanyol, Amerika Syarikat Filipina
Britain Tanah melayu, Sarawak dan Sabah
Belanda Indonesia
Perancis Indochina

3. Nyatakan kepintangan Terusan Suez dalam memesatkan imperialisme Barat.

Jawapan:
- Memendekkan jarak Barat-Timur.
- masa pelayaran barat-Timur bertambah singkat.
- menjimatkan kos pengangkutan.

4. Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia Tengara.

Jawapan:
i. Revolusi perindustrian
- Memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan.
- Memerlukan kawasan pasaran barangan kilang Barat.
ii. Kekayaan bahan mentah
- Asia tenggara kaya dengan hasil pertanian
- Asia Tenggara kaya dengan hasil perlombongan.
iii. Sistem pengangkutan dan perhubungan.
- Pengunaaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez.
- penciptaan telegraf.
iv. Beban Orang Putih dan :tugas menyebarkan Tamadun
- Bertanggungjawab memimpin kesejahteraan orang Timur.
- Tugas Barat adalah untuk menyebarkan tamadun.

Latihan & Aktiviti II ( m.s 13 )

1.Secara berkumpulan, lengkapkan jadual di bawah dengan memilih nam-nama negara di Asia
Tenggara.
Filipina

PERUBAHAN PENTADBIRAN
Sebelum penjajahan Selepas penjajahan

- Terdiri daripada unit-unit politik kecil yang - Pemusatan kuasa berlaku.


tidak bersatu. - Undang-undang Barat diamalkan
- Undang-undang tempatan diamalkan - Birokrasi/jabatan kerajaan diperkenalkan.
- datu merupakan pemerintah barangay - Pegawai bangsa penjajah mengetuai setiap biro.
- Datu kehilangan kuasa.

Indochina
PERUBAHAN PENTADBIRAN
Sebelum penjajahan Selepas penjajahan

- Terdiri daripada beberapa kuasa berasingan. - Kerajaan pusat diketuai Gabenor Jeneral.
- Setiap kerajaan diperintah oleh raja berkuasa - Birokrasi Barat diperkenalkan.
mutlak. - Pegawai Barat mengetuai birokrasi Barat.
- Birokrasi tradisional(Vietnam Tua) - Leftenan Gabenor ialah ketua wilayah.
- Golongan Mandarin merupakan ketua
birokrasi tradisional.

Indonesia

PERUBAHAN PENTADBIRAN
Sebelum penjajahan Selepas penjajahan

- Terdiri daripada kerajaan-kerajaan berasingan. - Kerajaan pusat di bawah Gabenor Jeneral.


- Setiap kerajaan diperintah oleh raja. - Pentadbiran secara tidak langsung melalui
- Bupati merupakan pemerintah tempatan. raja dan pembesar tempatan.
- Jabatan-jabatan diperkenalkan.
- Penubuhan Dewan Tempatan dan Volskraad
tetapi kuasa di tangan Belanda.

Burma

PERUBAHAN PENTADBIRAN
Sebelum penjajahan Selepas penjajahan

- Raja ialah pemerintah kerajaan. - Pesuruhjaya Tinggi ialah ketua kerajaan.


- Raja penaung sami Buddha. - Institusi beraja dihapuskan.
- Hluttaw merupakan majlis penasihat raja. - Undang-undang barat menaungi sami Buddha.
- Majlis Perundangan menjadi penasihat Pesuruhjaya
- Pembesar tradisional tempatan. Tinggi.
- Undang-undang tradisional diamalkan. - Pegawai-pegawai Inggeris mengetuai biro-biro.
- Undang-undang Barat diperkenalkan.

Tanah Melayu

PERUBAHAN PENTADBIRAN
Sebelum penjajahan Selepas penjajahan

- Terdiri daripada negeri-negeri Melayu. - Pemusatan kuasa di bawah Pesuruhjaya Tinggi.


- Raja sebagia pemerintah kerajaaan. - Menjalankan pemerintahan tidak langsung melalui raja
- Pembesar tradisional ialah pemerintah menggunakan Sistem Residen dan Sisitem Penasihat.
- Residen/Penasihat sangat berpengaruh dalam
tempatan. pemerintahan.
- Mengamalkan undang-undang sendiri atau - Pegawai-pegawai Inggeris merupakan pemerintah
tempatan. birokrasi Barat.
- Undang-undang Barat diperkenalkan.

2.Jelaskan sistem pemerintahan pentadbiran tradisional di Burma dan di Indochina.

Jawapan:
BURMA

- Sebelum kedatangan British, Burma diperintah oleh Dinasti Kounbaung.


- Raja ialah pemerintah kerajaan.
- Raja penaung sami Buddha.
- Hluttaw merupakan majlis penasihat raja.
- Raja dibantu oleh pembesar-pembesar tradisional tempatan.
- Pembesar-pembesar tradisional tempatan terdiri daripada wun (pegawai tinggi
kerajaaan) myothugyi (ketua bandar), ahmudan (pegawai diraja) dan athi
(pegawai bukan raja).
- Undang-ungang tradisional diamalkan.

INDOCHINA

- Terdiri daripada beberapa kerajaan berasingan.


- Kerajaan tersebut ialah Vietnam, Kemboja dan Laos.
- Setiap kerajaan diperintah oleh kerajaan pusat.
- Pembesar tempatan diberikan kuasa mutlak oleh kerajaan pusat.
- Di Vietnam, sistem birokrasi tradisional telah diamalkan.
- Golongan Mandarin merupakan ketua birokrasi tradisional.

3. Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran


di Asia Tenggara?

Jawapan:
- Pengurangan kuasa raja / penyingkiran institusi raja.
- Pengurangan / penyingkiran kuasa pembesar.
- Penggunaan sumber ekonomi tempatan untuk kepentingan penjajah.
- Penbahagian negarara yang dijajah kepad beberapa daerah.
- Peminggiran undang-undang tradisional.
- Penggabungan wilayah-wilayah menjadi sebuah kerajaan pusat.

Latihan & Aktiviti III ( m.s 23 )

1. Nyatakan ciri-ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap
kedua di Asia Tenggara?

Jawapan:

TAHAP PERTAMA
- Tidak berorganisasi.
- Bercorak sederhana (tidak radikal).
- Dipimpin oleh golongan berpendidikan Barat / Timur Tengah.
- Bermatlamat menuntuk hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki.
- Menekankan kesedarn politik dan bukannya tindakan politik.
- Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera.

TAHAP KEDUA
- Berorganisasi.
- Bercorak radikal.
- Dipimpin oleh golongan berpendidikan luas dalam kenudayaan dan ilmu Barat.
- Menekankan tindakan politik kesan daripada kesedaran politik.
- Bermatlamat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri.

2. Jelaskan bagaimana kuasa-kuasa Barat Menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara.

Jawapan:
- Mengharamkan parti-parti politik radikal.
- Menangkap erti-parti radikal.
- Menjatuhkan hukuman berat kepada pemimpin radikal seperti buang negeri dan
hukuman mati.
- Contohnya di Indonesia, Parti Nasionalis Indonesia (PNI) diharamkan dan Soerkarno
ditangkap.

3. Bandingkan gerakan nasionalis yang berlaku di Thailand dan yang berlaku di Indonesia.

Indonesia Aspek perbandingan Thailand

- Mengusir penjajah. Matlamat - Menyingkirkan


penguasaan ekonomi
oleh orang Cina dan
Kapitalis Barat.
- Raja berpelembagaan.

- Kemerdekaan. Isu - Raja berkuasa mutlak.


- Sosiobudaya. - Kerabat di raja.
- Ekonomi. - Ekonomi.
- Penindasan oleh
penjajah.

- Kerajaan Belanda Sasaran - Raja.


- Orang Cina.

1.5.2 Ujian dan Penilaian

A. Soalan objektif (halaman 24-25)

1. D 2.B 3.B 4.A 5. A

B. Soalan esei (halaman 26)

1.Apakah reaksi Belanda dalam menghadapi gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia?

Jawapan:
- Menangkap pemimpin radikal.
- Mengharamkan parti politik radikal.

2. Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat di Burma.

Jawapan:
- Berakhirnya dinasti Kounbaung.
- Runtuhnya sistem beraja.
- Terhapusnya jawatan pembesar tradisional.
- Terhapusnya sistem pentadbiran tradisional.
- Pesurujaya tinggi menjadi pemerintah Burma.
- Penaung sami Buddha beralih daripada raja kepada undanr-undang Barat.
- Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
- Jabatan-jabatan ditubuhkan.

3.Bandingkan pengenalan birokrasi Barat di Thailand dengan di Burma.

Jawapan:
- Di Burma, pengenalan birokrasi Barat oleh imperialis Barat.
- Birokrasi Barat telah mengambil alih sistem pemerintahan tradisonal.
- Di Thailand, pengenalan birokrasi Barat dilaksanakan oleh raja Thailand itu sendiri.
- Tujuan pengenalan Birokrasi Barat adalah untuk memodenkan pentadbiran Thailand
supaya kuasa Barat tidak mempunyai alasan untuk menjajah Thailand.

4. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada gerakan nasionalisme
di Asia Tenggara.

Jawapan:
- Ilmu pengetahuan penting dalam sesuatu perjuangan.
- Sesuatu perjuangan memerlukan pemimpin berwibawa.
- Perjuangan secara radikal kurang berkesan.
- Kemerdekaan merupakan sesuatu yang sangat berharga.
- Kemerdekaan perlu dipertahankan.
- Kemerdekaan perlu diisi dengan kemajuan.

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

LATIHAN & AKTIVITI I ( m.s 44 )

2.Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.

- British ingin menjajah kawasan-kawasan setempat.


- British memaksa system perundangannya kepada orang tempatan.
- pemimpin tempatan hilang kuasa terhadap kawasannya.
- British memaksakan sistem nilai dan budaya Barat terhadap masyarakat tempatan.
- British mengeksploitasi ekonomi tempatan.

2. Huraikan penentangan Rentap di Sarawak terhadap British.

- Rentap ialah ketau kaum Iban.


- Sebab menentang:
- Tidak bersetuju dengan penguasaan James Brooke di Sungai Skrang.
- James Brooke menganggap mereka sebagai lanun kerana menyerang
dan merampas kapal-kapal British yang melalui Sungai Skrang.
- James Brooke merosakkan kampung halaman mereka.
- Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang pada tahun 1853.
- Rentap berjaya mengusir British.
- James Brooke bertindak balas dengan menyerang dan membakar kampung pengikut-
pengikut Rentap.
- Rentap berundur ke Bukit Sadok.
- James Brooke dan askarnya meneruskan serangan terhadap Rentap dan pengikut-
pengikutnya.
- James Brooke berjaya menguasai daerah Rentap pada tahun 1861.
- Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai dan semakin lemah.

LATIHAN & AKTIVITI II ( m.s 54 )


1. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Gerakan Kaum Muda.

Jawapan:
- Syed Sheikh al-Hadi
- Sheikh Tahir Jalaluddin
- Haji Abbas Taha
- Dr. Burhanuddin al-Helmy
- Tok Kenali

2. Huraikan isu yang dibangkitkan oleh salah sebuah majalah yang dinyatakan dalam teks
ini.

Jawapan:
- Menekankan pendidikan anak-anak Melayu.
- Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
- Meniupkan semangat mencintai negara dan menentang penjajahan.
- Membaiki taraf hidup orang Melayu.
- Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
- Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa Melayu.

3. Tulis sebuah esei tentang peranan akhbar sebagai agen gerakan nasionalisme

Jawapan
- Mengkritik british kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
- Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak memberikan
kepimpinan yang sewajarnya kepada rakyat.
- Menolak dasar pilih kasih british dalam pentadbiran kerajaan.
- Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S.).
- Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah
pertubuhan kebangsaan.
- Menentang tuntutan orang dagang terhadap kuasa politik tempatan.

LATIHAN & AKTIVITI III ( m.s 60 )

1. Jelaskan faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di negara kita.

Jawapan:
- Penjajahan British menafikan kepentingan system pentadbiran orang tempatan. System
pentadbiran dan politik British telah diperkenalkan sehingga memusnahkan system politik
dan pentadbiran tempatan.
- Kemunculan golongan inteligensia atau intelektual Melayu yang mempunyai kesedaran
untuk memajukan bangsa.
- Dasar British telah menggalakkan kemasukan imigran hingga mengurangkan jumlah
orang Melayu. Orang Melayu terus terpinggir di luar bandar apabila Bandar-bandar dibuka
dengan kemudahan prasaranan yang baik.
- Penduduk Jepun, walaupun begitu singkat tempohnya, telah melahirkan semangat anti-
Barat melalui slogan Jepun Kawasan Kesemakmuran Asia dan Asia untuk Asia . Jepun
juga hamper memerdekakan Tanah Melayu ke dalam Indonesia Raya.
- Penguasaan dan kekejaman Parti Komunis Malaya dan Bintang Tiga atau MPAJA
terhadap orang Melayu telah menyebabakan orang Melayu menentang penguasaan luar.
- Perkembangan mesin cetak telah memperluas lagi penyebaran buku, majalah, akhbar
dan novel yang membawa idea-idea baru dan mencabar penindasan tehadap orang Melayu.
- Gerakan Pan- Islamisme Sedunia telah membuka fikiran anak-anak Melayu yang telah
belajar di Asia Barat. Kesedaran bahawa Islam merupakan addin dunia dan akhirat telah
disebarkan oleh cerdik pandai Islam dan ini kemudian diperluaskan oleh pelajar-pelajar
Melayu apabila kembali ke Tanah Melayu. Mereka menyebarkannya melalui akhbar,
madrasah,dan ceramah.
- Kesedaran politik di Asia Tenggara terutama di Indonesia, menjadi faktor pendorong
kesedaran nasionalisme orang Melayu. Melalui perhubungan perdagangan, persaudaraan,
perkahwinan, lawatan, pendidikan dan penghijrahan orang Indonesia ke sini, kesedaran
nasionalisme orang Melayu terutama mereka yang berpendidikan Melayu dan keluaran SITC
telah dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Indonesia.

2. Nyatakan isu pendidikan yang terdapat dalam akhbar-akhbar pada tahun 1930-an

Jawapan:
- Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
- Menggalakkan pendidikan anak-anak perempuan.
- Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
- Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris.
- Meminta taraf dan kualiti pendidikan sekolah Melayu dibaiki.
- Memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan British.
- Menyeru orang melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 72 )

1. Terangkan usaha kearah pembinaan negara bangsa di Eropah.

Jawapan:
- Idea negara bangsa wujud di Eropah pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya
Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
- Konsep hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan ciri-ciri negara bangsa moden telah muncul.
- Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar pertengahan atau
penghujung abad ke-16.
- Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai
penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan
bahasa untuk mewujudkan negara bangsa masing-masing.
- Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis. Perang
Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan
Jerman dan sekutunya.
- Melalui Persidangan Damai Paris, Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson
mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip
sempadan negara berasaskan bangsa.
- Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang berada di pihak yang kalah telah dibahagi-
bahagikan. Dengan itu muncullah negara bangsa baru.
- Negara Itali dan negara Jerman merupakan contoh pembinaan negara bangsa pada abad ke-19.
- Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa negeri yang berasingan. Beberapa wilayah di
utaranya seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria.
- Orang Itali mahu menyatukan Itali di bawah satu pemerintahan dan menghalau orang Austria dari
bumi Itali.
- Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan
Itali menjadi sebuah negara.
- Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga menggunakan amalan realpolotik dan politik darah dan
besi untuk menyatukan Jerman pada tahun 1871.
- Beliau melancarkan tiga peperangan melawan Denmark, Austria dan Perancis.

2.Senaraikan nama-nama bangsa baru yang muncul diEropah selepas Perang Dunia Pertama
(1914-1918)

Jawapan:
- Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

3.Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara
bangsa di Eropah?
Jawapan:
- Kerajaan Islam di Madinah dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan agama
Islam sebagai asas penyatuan.
- Politik Islam mengutamakan permuafakatan, etika, moral dan penghormatan terhadap
hak orang lain.
- Islam tidak mengutamakan rumpun bangsa dalam membentuk negara tetapi
berdasarkan ikatan ummah, iaitu semua orang Islam adalah bersaudara.
- Konsep kerajaan Islam Madinah berbeza daripada konsep negara bangsa yang wujud
pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 selepas Revolusi Inggeris 1688, perang
Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
- Kewujudan sesebuah negara disebabkan oleh rasa persamaan rumpun bangsa dan
bahasa. Contohnya, pembentukan negara Itali dan Jerman.
- Itali disatukan oleh Count Camillo Benso di Cavour setelah beliau menewaskan Austria
dan menguasai Venetia dan Rom.
- Jerman disatukan oleh Otto Eduard von Bismarck setelah berperang dengan Denmark,
Austria dan Perancis.
- Islam menentang sebarang bentuk paksaan dalam penyatuan ummah kecuali untuk
mempertahankan kedaulatan negara.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 79 )

1. Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka


Jawapan:
- Terdapat enam asas ciri Kesultanan Melayu Melaka, iaitu wilayah pengaruh, kedaulatan,
lambang, keunggulan undang-undang, rakyat dan kerajaan.

2. Jelaskan kepentingan Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Laut Melaka kepada
Kesultanan Melayu Melaka.

Jawapan:
Kepentingan utama Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Laut Melaka ialah menjaga
keamanan dan kesejahteraan penduduk Melaka.

Hukum Kanun Melaka Undang-undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Undang-undang Laut Melaka dipercayai wujud


Darat Melaka) mengandungi 44 fasal yang pada abad ke-15. Undang-undang ini disusun
menyentuh kuasa dan bidang pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah
pemerintahan raja dan pembesar, pantang untuk dijadikan rujukan kepada hukuman
larang di kalangan anggota masyarakat, pelayaran di laut. Tokoh yang bertanggungjawab
hukuman terhadap kesalahan jenayah menyusun undang-undang ini ialah Patih Harun
awam, undang-undang keluarga dan dan Patih Alias yang bermuafakat dengan
sebagainya Nakhoda Zainal, Nakhoda Dewi dan Nakhoda
Ishak.

Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan


perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran
di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal,
atur cara pelayaran dan perniagaan, bidang kuasa
nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan
jenayah.

3:

Jawapan:

- Penyajak meminta kita mengenang semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu


Melaka pada abad ke-15.
- Pada masa itu Melaka terkenal kerana kemajuan perdagangan entrepotnya, mempunyai
pemerintah dan pentadbir yang bijaksana dan empayarnya begitu luas sehingga berjaya
menjalin hubungan diplomatik dengan China.

LATIHAN & AKTIVITI III (m.s 89 )

1. Apakah persamaan dan perbezaan antara undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun
1895 dengan undang-undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911?

Jawapan:

Persamaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undang-
undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911.

Syarat menjadi Sultan Berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan berketurunan
pemerintah

Tanggungjawab Sultan dan Sultan dan Menteri-menteri dilarang menyerahkan negeri


Menteri kepada kuasa lain.

Agama Islam Agama Islam menjadi agama negeri.

Pelantikan Menteri Besar Raja berhak memilih Menteri Besar manakala jawatan Naib
Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri

Syarat menjadi Menteri Berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat
raja.

Perbezaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undang-
undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911

Johor Unsur Perbezaan Terengganu


Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor Nama Perlembagaan Ittiqan ilmuluk bi-tadil ilsuluk

Tahun 1895 Tahun Diperkenalkan Tahun 1911

Sultan Abu Bakar Tokoh yang Sultan Zainal Abidin II


memperkenalkannya

2.Huraikan sistam pentadbiran jemaah Menteri di Kelantan

Jawapan:
Jemaah Menteri Bidang Tugas
Jemaah Penasihat Raja Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan
rahsia.
Jemaah Menteri Istana Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di
seluruh negeri Kelantan.

Jemaah Menteri Keadilan dan Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan
Kehakiman kehakiman.

Jemaah Menteri Dalam Negeri Menjaga keamanan negeri

Jemaah Menteri Luar Mengendalikan dasar dan hal ehwal luar negeri

Jemaah Menteri Perbendaharaan Menegndalikan harta benda da hal mahsul

Jemaah Menteri Peperangan Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.

Jemaah Menteri Pentadbiran dan Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri


Pengimarahan Negeri

1. Sistem pentadbiran dalam persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur


demokrasi. Jelaskan perlaksanaan sistem tersebut.

Jawapan:
- Sistem pemilihan pemimpin bersifat demokrasi.
- Keputusan dibuat secara muafakat dan mengunakan suara majoriti.
- Rakyat berhak memilih pemimpin mengikut kriteria yang tertentu.
- Pelantikan pemimpin dibuat melaui peringkat paling bawah, iaitu:

Anak Buah memilih Buapak


Buapak memilih Lembaga
Lembaga memilih Undang
Undang memilih yang Dipertuan Besar
Yang Dipertuan Besar menerajui Negeri Sembilan

4. Senaraikan unsur-unsur penting warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negeri-
negeri Melayu sehingga hari ini.

Jawapan:
- Gelaran pemerintah Semua raja kecuali Raja Perlis dan Negeri Sembilan
menggunakan gelaran Sultan.
- Jurai keturunan Dikira daripada sebelah bapa.
- Sistem Pembesar Empat Lipatan Terdapat empat lapisan golongan pembesar yang
dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Walau bagaimanapun wujud adaptasi
dan penyesuaian antara satu negeri dengan negeri yang lain berdasarkan budaya
tempatan.
- Kitab Undang-undang yang teratur Setiap negeri mempunyai undang-undangnya
sendiri Contohnya, Perak (Undang-0undang 99 Perak), Johor (Udang-undang Laut
Johor), Pahang(Undang-undang Pahang).
- Bahasa, sastera, peralatan budaya, adat istiadat, gelaran pemerintah dan gelaran
pembesar di negeri Melayu yang beraja mempunyai banyak persamaan dengan
Kesultanan Melayu Melaka.
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 102)

1. Nyatakan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union.

Jawapan:
- Jawapan boleh didapati daripada tajuk kecil Ciri-ciri Malayan Union 1946, iaitu:
Semua Negeri Melayu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri
Sembilan, Perak dan Selangor) serta Negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka
diletakkan di bawah sebuah pentadbiran pusat.
Gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malaya
Union .
Singapura tidak termasuk dalam Malayan Union.
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli diguna pakai.
Gabenor Malayan Union menjadi Pengerusi Majlis Raja- Raja Melayu. Raja-Raja
Melayu menjadi ahli dalam majlis ini yang hanya membincangkan adat-istiadat dan
agama Islam.
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri dan sebuah Majlis Mesyuarat
Negeri ditubuhkan sebagai jentera pembuat dasar negeri.

2. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union.

Jawapan:
Dato Onn bin Jaafar
Dato Nik Ahmed Kamil
Dato Panglima Bukit Gantang
Zaba
dan lain-lain lagi termasuklah Raja-Raja Melayu

3. Huraikan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union.

Jawapan:
Ugutan Sir Harold MacMichael terhadap Raja-Raja Melayu bahawa baginda semua akan
diturunkan daripada takhta jika tidak menyokong Malayan Union.
Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.
Pemberian kerakyatan yang terlalu liberal kepada orang dagang.
Kehilangan warisan tamadun Melayu yang gemilang daripada Kesultanan Melayu
Melaka.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 110)

1. Senaraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Jawapan:
Pembentukkan sebuah persekutuan dengan gabungan 11 buah negeri.
Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Beliau dibantu oleh dua buah majlis, iaitu Majlis Eksekutif Persekutuan Tanah Melayu
dan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu.
Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan hal ehwal Raja-Raja
Melayu dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu secara umum.
Pentadbiran negeri diuruskan oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Majlis Eksekutif
Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.
Pelindungan khas orang Melayu diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British
Pewujudan Konsep Raja Berpelembagaan .
Pewujudan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
Pemberain kewarganegaraan diketatkan.

2. Nyatakan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Jawapan:
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union .
Perpaduan orang Melayu telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan.
Sokongan bekas pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua.
Sokongan daripada pegawai-pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir
Edward Gent dan L.D. Gammans.
Sikap politik orang Melayu yang sederhana dalam menentang Malayan Union .
UMNO tidak menuntut kemerdekaan daripada British.

LATIHAN & AKTIVITI III (m.s 112)

1. Senaraikan ciri-ciri perlembagaan 1941

Jawapan:
Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak.
Vyner Brooke berjanji melalui perlembagaan ini, Sarawak akan mempunyai kerajaan
sendiri.
Kuasa mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri.

2. Jelaskan rukun tiga belas

Jawapan:
Sebuah pakatan kaum terpelajar dan orang muda Sarawak.
Satu tindak balas terhadap tekanan politik British.
Kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
Dianggotai oleh golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.
BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 119 )

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ahli ?


- Suatu sistem yang melatih pemduduk tempatan menerajui pentadbiran
Tanah Melayu.
- Dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar.
- British menyetujuinya sebagai satu dasar dekolonisasi.
- Disokong oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

2. Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli.


- Satu sistem kabinet bayangan.
- Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli.
- Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan
Majlis Raja-Raja Melayu.
- Sistem ini dianggotai sembilan orang ahli (4 pegawai British,3 Melayu,
1Cina, 1 India). Ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British.
3. Bincangkan kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara.
- Asas bagi melatih orang tempatan untuk berkerajaan sendiri.
- Gabungan kaum-kaum dalam pentadbiran negara.
- Asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai akan
dapat didukung oleh seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 125 )

1. Apakah makna pakatan murni ?


- Diertikan sebagai semua pihak atau kaum yang ada di Tanah Melayu ini
berganding bahu untuk menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik
melalui rundingan.

2. Huraikan langkah-langkah DatoOnn Jaafar untuk melaksanakan pakatan murni.


-- Mendokong Jawatankuasa Hubungan Kaum (JHK) atau Communities Liaison
Committee(CLC).
- Menerima kerakyatan jus soli bersyarat bagi bukan Melayu.
- Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial
Development Authority (RIDA).
- Mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu.
- Menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP).
- Menyokong penubuhan Persidangan Kebangsaan.

3. Bincangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni.


- Mengadakan kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor
dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
- Kerjasama UMNO-MCA mebawa kemenangan kepada Parti Perikatan dalam
pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama di Tanah Melayu.
- Gabungan UMNO-MCA membawa kemenangan parti dalam pilihan raya negeri
pada tahun 1954.
- Menubuhkan Parti Perikatan secara rasmi menjelang pilihan raya MPP pada
tahun 1955 dengan menerima kemasukan MIC.
- Mewakili tiga kaum terbesar Melayu, Cina, dan India melalui Perikatan.
- Mengadakan manifesto yang umum.
- Memenangi pilihan raya MPP dengan menguasai 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan.

LATIHAN & AKTIVITI III (m.s 132 )

1. Nyatakan peranan Suruhanjaya Reid.


- Membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
- Menimbangkan beberapa isu penting dalam perlembagaan seperti pembentukan sebuah
Kerajaan Persekutuan yang kuat , mengadakan kuasa autonomi negeri, kedudukan khas
Raja-Raja Melayu, hak istimewa Melayu dan pewujudan satu rupa bangsa Persekutuan
Tanah Melayu.

2. Huraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.


- Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
- Pemisahan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui Senarai
Persekutuan
dan Senarai Negeri.
- Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara
naturalisasi.
- Hak istimewa Melayu dikekalkan.
- Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan .
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan .
- Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
- Perdana Menteri sebagai pengurus pentadbiran negara.
- Pentadbiran negara adalah bersifat demokrasi berparlimen.
- Pada peringkat negeri, pentadbiran dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan bantuan
Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

3. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

(a) Pemimpin Perikatan


-Tunku Abdul Rahman
-Tunku Abdul Razak
-Tun V.T. Sambanthan
- Tun H.S. Lee

(b) Bagi pihak Raja-Raja Melayu pula ialah;


- Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan juga
merupakan Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama.

(c) Pemimpin terdahulu;


- Dato Onn Jaafar
- Dato Panglima Bukit Gantang

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 140 )

1.Galurkan secara ringkas cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia.


Jawapan.
Pihak Penjajah Britain.
- Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara pada tahun 1887 mencadangkan
gabungan antara Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat.
- Sir Malcolm Mac Donald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952), pada tahun
1948 mencadangkan gabungan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan
Tanah Melayu.
Pemimpin Singapura.
- David Marshall(1955)
- Lee Kuan Yew(1959)
Pemimpin Tanah Melayu
- Dato Onn Jafar(1956)
- Tunku Abdul Rahman(1961)

2.Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Malaysia

Jawapan.
Faktor politik.
- Masalah keselamatan.
- Pengaruh Barisan Sosialis di Singapura
- Pengaruh Komunis di Persekutuan Tanah Melayu dan Sarawak.
- Usaha-usaha mendapatkan kemerdekaan secara automatik Sarawak, Sabah dan Singapura.

Faktor ekonomi.
- Kerjasam ekonomi.
- Keuntungan kepada semua pihak kerana hasil mahsul Negeri-Negeri Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Brunei sekiranya dijana bersama dapat
menyediakan pasaran yang luas dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi.
Faktor social.
-Menyeimbangkan jumlah penduduk Melayu dan bukan Melayu.
LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 148 )

1.Nyatakan faktor yang menyebabkan Indonesia dan Filipina menentang pembentukan gagasan
Malaysia.

Jawapan.
Indonesia
- Pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru yang mengancam
Indonesia, di samping penggaruh Parti Komunis Indonesia yang menentang
cadangan pembentukan ini.

Filipina.
- Menetang pembentukan Malaysia kerana mereka menuntu hak terhadap Sabah yang
didakwa oleh mereka merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

2.Huraikan reaksi Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.

Jawapan.
- Pada peringkat awal, kedua-dua buah negeri menolak cadangan pembentukan
Malaysia kerana belum begitu yakin untuk berkerajaan sendiri.
- Kemudian, kedua-dua buah negeri menyokong cadangan ini.Contohnya di Sarawak,
Parti Sarawak United Front yang terdiri daripada Parti PANAS, SNAP, BERJASA,
SCA, dan PESAKA telah memberikan sokongan terhadap cadangan ini. Di Sabah
pula, lahir parti-parti politik yang menyokong pembentukan Malaysia seperti Parti
USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu, dan Parti Demokratik yang seterusnya
mengikat kerjasama melalui penubuhan Parti Perikatan.

LATIHAN & AKTIVITI I II (m.s 153 )


1.Jelaskan secara ringkas peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Cobbold.

Jawapan.
- Membuat tinjauan terhadap pendapat penduduk Sarawak dan Sabah berhubung
dengan cadangan pembentukan Malaysia, membuat penilaian terhadap cadangan
tersebut dan mengemukakan cadangan.
- Membuat tinjauan dengan mendengar pandangan rakyat kedua-dua buah negeri
berkenaan berhubung cadangan pembentukan Malaysia, disamping menerima
memorandum daripada pelbagai pertubuhan.
Menilai cadangan pembentukan itu yang memperlihatkan:
- 1/3 daripada rakyat kedua-dua negeri menyokong cadangan ini.
- 1/3 lagi menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dijaga.
- 1/3 lagi menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
Mengemukakan cadangan
- Perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Dasar imigresen ditentukan sendiri oleh Sarawak dan Sabah.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Hak istimewa rakyat bumiputera dipelihara.
- Nama Malaysia digunakan untuk penggabungan negeri-negeri berkenaan.
- Tarikh penubuhan Malaysia.

2.Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani penetangan Indonesia dan Filipina
terhadap pembentukan Malaysia?

Jawapan.
Indonesia dan Filipina menentang gagasan Malaysia dan penentangan yang lebih serius
datangnya daripada Indonesia.Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia ialah:
- Mendapatkan bantuan tentera Komanwel.
- Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain.
- Menghantar bantahan rasmi kepada PBB.
- Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke negara Dunia Ke-3
bagi menjelaskan permasalahan antara Indonesia dengan Malaysia.
- Menubuhkan MAPHILINDO.

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 156 )


1.Huraikan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Jawapan.
- Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
- Parlimen British meluluskan Akta Malaysia dan akta ini diperkenankan oleh Ratu
Elizabeth II.
- Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, serta Majlis Perundangan
Sarawak dan Sabah meluluskan Perjanjian Malaysia pada bulan Ogos 1963.
- Pada 26 Ogos 1963, Yang di Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.
- 19 September 1963 Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi.

2.Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia?

Jawapan
- Akta Malaysia merujuk pada akta yang telah menggabungkan negeri-negeri anggota-
Malaysia.
- Akta ini kemudian memberikan cadangan-cadangan penting yang harus
dipertimbankan untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia demi
kepentingan negeri-negeri anggota.
- Antaranya termasuklah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, serta kedudukan
agama Islam, bahasa Melayu, dan bumiputera.

Soalan esei halaman 158

1.Jelaskan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan
penubuhan Malaysia.
Jawapan.
- Lawatan menteri-menteri Persekutuan ke negeri-negeri terbabit bagi menerangkan
konsep dan tujuan penubuhan Malaysia.
- Rundingan dan mesyuarat antara para pegawai Persekutuan dengan pegawai-
pegawai British di Sarawak, Sabah, dan Singapura menghasilkan penubuhan
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum(JPPK).
- JPPK yang terdiri daripada wakil-wakil negeri yang terlibat ditugaskan untuk
memberikan penerangan kepada rakyat dan mengumpulkan/mencatatkan semua
reaksi mereka.
- Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau dan menilai pendapat rakyat serta
mengemukakan cadangan tentang pembentuka Malaysia.
- Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) memberikan penerangan kepada rakyat
Sarawak dan Sabah tentang penubuhan Malaysia.

2.Huraikan cirri-ciri penting Perkara 20 yang memelihara kepentingan Sarawak dan Sabah.
Jawapan.
- Manifesto yang dikemukan oleh Parti Perikatan sabah mengandungi 20 perkara yang
dituntut supaya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia bagi menjaga
kepentingan rakyat Sabah. Perkara 20 ini kemudiannya telah dipersetujui oleh
Sarawak juga.
- Antara tuntutan penting itu termasuklah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, kedudukan agama Islam dan kedudukan bumiputera Sarawak dan
Sabah.
-Tuntutan ini menjadi asas penbahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah dengan
negeri-negeri di Semenanjung yang dkenali sebagai Hak Wilayah Asingan.

3.Senaraikan perkara-perkara penting yang dicadangkan oleh Akta Malaysia.


Jawapan.
-Hal ehwal luar negara merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
-Agama Islam ialah agama rasmi dan agama-agama lain bebas diamalkan.
-Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa-bahasa lain masih terus digunakan.
-Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
masing-masing.
-Kewarganegaraan bagi penduduk Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura adalah secara
automatik.
-Peribumi Sarawak dan Sabah diberikan taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan
Tanah Melayu.

BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA


LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 166)

1. Apakah maksud perlembagaan?


- Perlembagaan merupakan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan
undang-undang tertinggi atau luhur yang menjadi rujukan kepada kerajaan untuk
memerintah dan mentadbir sebuah Negara moden.
- Secara umum, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip asas yang
mengasaskan sesebuah Negara.
- Perlembagaan memastikan bagaimana sesuatu keputusan kerajaan dibuat dan
bagaimana kuasa antara institusi kerajaan diagih-agihkan.
- Perlembagaan dikatakan luhur kerana kekukuhan undang-undang dasarnya
memandu arah kepimpinan, menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial
sesebuah Negara.

2. Jelaskan kepentingan perlembagaan.


- Perlembagaan Malaysia menjamin kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada Negara. Rakyat berpegang kepada satu matlamat yang sama supaya
semangat patriotisme dapat dibentuk.
- Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai
kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraanya.
- Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Tujuannya supaya
rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan
identity Negara dan bangsa Malaysia.
- Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara
ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti
kebebasan berhimpun, kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan,
kebebasan beragama, kebebasan memiliki harta, kebebasan menerbitkan
akhbar, dan kebebasan daripada menjadi abdi atau melakukan kerja paksa.
Rakyat berkepentingan untuk mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang.
- Perlembagaan juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekututan dengan Kerajaan Negeri.
Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan.
- Pembahagian ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan menjadi rujukan
utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri.
3. Huraikan perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia.
- Pindaan perlembagaan telah dibuat bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan
secara umum. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan dan yang tidak boleh
dipersoalkan ialah pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan bahasa
Melayu, serta hak istimewa orang Melayu.
- Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan
seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga
menyentuh perkara yang sensitif kerana perkara tersebut boleh menimbulkan
kebencian atau perbalahan kaum di Negara ini. Tujuannya untuk memelihara
keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di
Negara kita.

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 171)

1. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?


- Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Sultan daripada
sembilan buah Negeri Melayu secara begilir-gilir.
- Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia.
- Pemilihan ini dilakukan secara sulit dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu.
- Kaedah pemilihan seperti ini bertujuan memberiakn peluang kepada setiap Raja
Melayu yang berkelayakan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.
- Setiap Raja atau Sultan layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali
baginda tidak cukup umur, tidak mahu dipilih, atau Majlis Raja-raja Melayu
memikirkan baginda tidak sesuai kerana sebab tertentu.
- Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan selama lima tahun.
- Walau bagaimanapun, baginda boleh meletakkan jawatan sebelum tamat
tempoh perkhidmatannya dan baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh
Majlis Raja-raja Melayu.

2. Huraikan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.


- Sebagai Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan
atau bahagian kerajaan, iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pelaksana
(Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)
- Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu daripada tiga unsure Parlimen.
Baginda mempunyai kuasa menerima atau menolak permintaan untuk
memanggil dan membubarkan Parlimen.
- Baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata persekutuan Malaysia
dan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. Baginda berkuasa
meringankan hukuman dan melengahkan hukuman berkaitan dengan kesalahan
yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
- Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu
hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera atau
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
- Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Selain itu, baginda boleh menitahkan Majlis Raja-raja
Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,
kedudukan, kehormatan, dan kemuliaan Raja-raja Melayu. Baginda merupakan
ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
- Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah
Menteri dan Timbalannya setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
- Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah
undang-undang X (10) jika mendapati keselamatan Negara terancam.
- Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi tertentu dalam perkhidmatan awam
dan tertakluk kepada undang-undang Persekutuan. Baginda boleh mengawal
selia kelayakan pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi pekerja dalam
perkhidmatan awam.
- Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli
Perkhidmatan Kehakiman serta Penegrusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggugjawab melantik Peguam Negara dan
seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong juga
merupakan kuasa tertinggi yang mentauliahkan duta-duta Negara kita.

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 176)

1. Terangkan perbezaan fungsi antara Badan Perundangan dengan Badan Pelaksana


sesebuah kerajaan.
- Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang
dipertanggugjawabkan oleh perlembagaan.
- Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang
bertanggugjawab menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan bagi
Malaysia apabila pilihan raya diadakan kecuali dipilih semula dalam pilihan raya.
- Tugas utama Dwan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang
pada peringkat Dewan Rakyat. Rang undang-undang di Dewan Rakyat
dibahagikan kepada empat jenis, iaitu rang undang-undang awam yang
melibatkan undang-undang tentang dasar awam, rang undang-undang
persendirian yang melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan.
Rang undang-undang ahli persendirian yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen
daripada parti pembangkang dan rang undang-undang hybrid, iaitu rang undang-
undang yang dibentangkan oleh parti pemerintah atau pembangkang yang
difikirkan mempunyai kepentingan tertentu.
- Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamaiAkta dan undang-undang
yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen dan di Sarawak
dan Sabah dinamai Ordinan.
- Jemaah Menteri atau Karbinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam
semua dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberikan arahan kepada
jentera kerajaan pada peringkat Persekutuan untuk melaksanakan dasar
tersebut.
- Perdana Menteri merupakan jawatang paling penting dalam sebuah system
politik bersifat demokrasi berpalimen dan Raja Berperlembagaan. Sebagai
Perdana Menteri, seseorang itu juga merupakan Ketua Jemaah Menteri.
- Beliau boleh mencalonkan sesiapa sahaja untuk diperkenankan oleh Yang di-
Pertuan Agong untuk menyertai kabinetnya. Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri juga biasanya mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian
yang penting.

2. Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman.


- Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil
dan jenayah.
- Badan kehakimanboleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat
oleh badan perundangan dan badan eksekutif. Badan kehakiman juga berkuasa
mentasir Perlembagaan Perekutun dan Perlembagaan Negeri.
- Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
untuk melaksanakan tugas kehakiman di Negara ini. Mahkamah mempunyai
kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan badan eksekutif.
- Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan Negara, undan-
undang, mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau
negeri, serta berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di
sisi undang-undang.
- Pihak mahkamah melaksanakan undang-undang. Mahlamah tidak boleh
meminda undang-undang kerana kuasa itu merupakan kuasa badan
perundangan atau parlimen.
- Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada Mahkamah Agung, Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan Kehakiamn di Malaysia diketuai oleh
Hakim Besar Malaya bagi Semenanjung dan Hakim Besar Borneo bagi Sabah
dan Sarawak.
- Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat perdana
Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan perlucutan jawatan terletak
di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. Bincangkan ciri-ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


- Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara
kita.
- Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Keahliannya dibahagikan kepada
tiga kumpulan iaitu dua orang ahli yang dipilih oleh setiap Dewan Undangan
Negeri. Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang anggota mewakili Wilayah Persekutuan
Labuan.
- Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong seramai 40 orang. Keahlian
Dewan Negara terdiri daipada pelbagai peringkat dan golongan. Ahlinya terdiri
daripada pelbagai peringkat dan golongan. Ahlinya terdiri daripada ahli politik,
orang awam dan individu yang mempunyai penaglaman dalam pelbagai bidang.
- Ahli Dewan Negara digelar Senator. Senator mewakili setiap negeri dan dilantik
tanpa bertanding dalam pilihan raya. Seorang Senator memegang jawatan
dalam tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30
tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlemen. Mereka boleh dilantik menjadi
ahli Jemaah Menteri.
- Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri
daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang-bidang tertentu seperti
perniagaan, perusahaan, pertnian, kesenian, dan kebajikan atau mewakili
sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
- Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahli-ahlinya dipilih oleh
rakyat dalam pilihan raya umum.
- Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan
pilihan raya di seluruh Negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat
ialah liam tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalh menggubal dan meluluskan
undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 184)

1. Bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya.


- Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan
raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
- Tiga fungsi utama SPR ialah mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan
raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan menjalankan pilihan raya sama ada
pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
- SPR mengendalikan dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan
raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih Ahli Dewan Rakyat dan
semua Ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Malaysia. Di
Sarawak dan Sabah pula, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
- Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku
mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, perletakan jawatan dan
perlucutan jawatan oleh anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan
Negeri.
- Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

2. Proses pilihan raya.

Pegawai Pilihan Raya mengumumkan keputusan pilihan raya.

Pengiraan Undi

Pengundi akan memangkah calon yang dipilih pada kertas undi dan memasukkan kertas undi dalam peti undi

Di tempat mengundi, pengundi diberikan kertas undian yang mengandungi lambang parti calon yang perlu dipilihnya.

SPR mengumumkan tempat mengundi dan tempat pengiraan undi

Kempen pilihan raya

Parti yang bertanding menyiapkan manifesto.

Penamaan calon

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menetapkan tarikh penamaan


calon dan hari mengundi.

3. Syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi.


- Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya
didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
- Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang
berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana
kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, boleh
mengundi dalam pilihan raya tersebut.
- Seseorang pengundi boleh mengundi dalam satu kawasan pilihan raya sahaja.
- Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar
negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui
pos dengan syarat nama mereka didaftarkan sebagai pengundi.

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 187)

1. Maksud Kerajaan Persekutuan?


- Persekutuan bermaksud persatuan beberapa buah negeri yang mempunyai
sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.

2. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.


- Senarai Persekutuan (I) menyenaraikan bidang kuasa Kerajaa Persekutuan,
iaitu Kerajaan Persekutuan sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
- Senarai Negeri (II) menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada
negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.

Senarai Kerajaan Pusat Senarai Kerajaan Negeri


Hal ehwal luar negeri (hubungan luar) Undang-undang Islam
Pertahanan Tanah
Keselamatan dalam negeri Pertanian dan perhutanan
Pentadbiran dan keadilan Kerajaan tempatan
Kerakyatan negara Perkhidmatan tempatan
Pilihan raya negara Kerajaan negeri
Kewangan Hari cuti negeri
Perniagaan, perdagangan dan perusahaan Undang-undang negeri
Perkapalan, pelayaran dan perikanan
Perhubungan dan pengangkutan
Jabatan ukur, penyelidikan
Kerja raya dan tenaga pusat
Pelajaran
Kesihatan
Keselamatan buruh dan sosial
Orang Asli
Hal-hal lain

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 192)

2. Maksud jata negara.


- Jata negara ialah lambang kemegahan penduduk sesebuah negara.
- Setiap lambang pada jata negara mempunyai maksud tertentu.

3. Kepentingan Jalur Gemilang.


- Jalur Gemilang dapat menimbulkan rasa bangga dan patriotik terhadap negara
kita.
- Jalur Gemilang ialah simbol perpaduan, kebanggaan dan kadaulatan penduduk
Malaysia.
- Jalur Gemilang berperanan untuk membangkitkan semangat perjuangan.

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 206)

1. Apakah matlamat rancangan Malaya pertama dan rancangan Malaya kedua

Pembangunan kawasan luar bandar;


-merapatkan jurang perbezaan antara bandar dengan
luar bandar
-mengurangkan kadar kemiskinan
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi.
Mempelbagaikan sumber pendapatan.

2. Nyatakan objektif dasar ekonomi baru.

Membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum.


Menyusun semula masyarakat.

3. Jelaskan fungsi agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan luar Bandar.

i. FELDA,FELCRA
membuka tanah pertanian.
menyediakan petempatan baru.
menyediakan peluang pekerjaan
menyediakan kemudahan infrastuktur.

ii. RIDA
memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil.
membantu pemasaran hasil keluaran pertanian.
menggalakkan penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perniagaan.
melaksanakan pembangunan ekonomi, social, dan infrastuktur.

iii. FAMA
merupakan agensi khidmat sokongan pemasaran pertanian.
menyelaraskan pemasaran hasil pertanian.
membangunkan pasaran hasil pertanian.
memajukan pengurusan perusahaan pertanian.

iv. MARDI
menjalankan penyelidikan pertanian.
memperkenalkan teknologi baru bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian.

v. Bank Bumiputrera
menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan
perdagangan.
LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 209)
1. Nyatakan matlamat dasar pertanian negara.
Meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi
pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan.
Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dengan menggunakan segala sumber
yang ada.
Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport dengan menyediakan
perkhidmatan sokongan dan penyelidikan.

2. Apakah rasionalnya dasar kependudukan negara terhadap kemajuan negara


Penduduk sebagai sumber penting dalam pembangunan negara.
Pertambahan penduduk memastikan bekalan tenaga kerja. Pertambahan penduduk
meningkatkan produktiviti.
Pertambahan penduduk meluaskan pasaran.

3. Huraikan kelebihan dasar penswastaan.


Memberikan peluang kepada sektor swasta membuat pelaburan, mengeluarkan
produk dan menyediakan perkhidmatan.
Dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Meningkatkan produktiviti.
Meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan.
Mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor
swasta.

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 219)


1. Huraikan prinsip-prinsip rukun negara.

i. Kepercayaan kepada Tuhan


Agama mendorong kebaikan.
Rakyat yang beragama mudah untuk menjadi warganegara yang baik.

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
Penderhakaan merupakan kesalahan besar terhadap Raja dan negara.

iii. Keluhuran Perlembagaan


Meletakkan perlembagaan di tempat yang tinggi, agung dan suci.
Rakyat perlu menerima dan mempertahankan perlembagaan.

iv. Kedaulatan Undang-undang


Rakyat perlu menghormati dan tidak melanggar undang-undang.
Rakyat bertanggungjawab mendaulatkan undang-undang.

v. Kesopanan dan Kesusilaan


Sopan santun dan tatasusila perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan
harian.

2.Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan dasar pendidikan kebangsaan.


- Laporan Barnes 1950
- Laporan Fenn-Wu 1951
- Ordinan Pelajaran 1952
- Penyata Razak 1956
- Ordinan Pelajaran 1957
- Kaporan Rahman Talib 1960
- Akta Pelajaran 1961
- Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
3. Nyatakan kepentingan dasar kebudayaan kebangsaan.
Sebagai panduan dalam membentuk dan mengekalkan identity negara.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
Memperkukuh perpaduan.
Mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan.
Mempertingkatkan kerohaniahan yang seimbang.

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 223)


1. Apakah yang di maksudkan dengan wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju secara
bersepadu mengikut acuan sendiri dalam semua bidang.

2. Jelaskan sembilan cabaran wawasan 2020


Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Memupuk dan membina masyarakat makmur.

3. Huraikan tanggungjawab murid dalam merealisasikan wawasan 2020.


Menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.
Menjauhi segala gejala yang tidak mendatangkan faedah atau yang merugikan.
Menghayati hasrat pemimpin-pemimpin negara.
Menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal ke arah wawasan 2020.
BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 236)

1.Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Pertama?


Jawapan:
- Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan negara-negara yang ingin membuktikan kekuasaan
masing-masing dengan memperluas tanah jajahan mereka.
- Persaingan imperialisme dan ekonomi telah menyebabkan negara-negara berkenaan mula bersaing
untuk memperluas pengaruh masing-masing.
- Persaingan tersebut menyebabkan beberapa negara yang membentuk sistem pakatan akhirnya
telah mewujudkan dua pakatan yang bermusuhan antara satu sama lain, iaitu Pakatan Bertiga Kuasa
Bersekutu dan Perikatan Kuasa Tengah.

2. Bagaimanakah Perang Dunia Pertama membawa kepada berlakunya


Perang Dunia Kedua?
Jawapan:
- Perang Dunia Kedua telah melibatkan dua pihak, iaitu pihak Bersekutu yang terdiri daripada
negara Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union dengan pihak Paksi yang terdiri
daripada negara Jerman, Jepun dan Itali. Apabila Perang Dunia Pertama tamat, rundingan
perdamaian yang dibuat berakhir dengan kegagalan Perjanjian Versailles.
- Perjanjian Versailles gagal menyelesaikan masalah perang dengan baik disebabkan:
- Timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan rakyat Jerman yang kemudian
melanggar Perjanjian Versailles ini dan menjadi factor penting tercetusnya Perang Dunia
Kedua.
- Liga Bangsa yang ditubuhkan hasil daripada Perjanjian ini juga gagal memainkan
peranannya.
- Kemelesetan ekonomi yang berlaku akhir pada tahun 1929 dan pada awal tahun 1930-an
merupakan akibat perbelanjaan yang besar bagi Perang Dunia Pertama.

3.Jelaskan maksud blok dunia dan factor-faktor yang membawa kepada pembentukannya?
Jawapan:
- Blok dunia merupakan pembahagian dunia kepada dua buah blok yang berasaskan pegangan dan
fahaman politik serta amalan sistem ekonomi negara-negara berkenaan.
- Dalam hal ini, dunia terbahagi kepada Blok Komunis yang diterajui olehSoviet Union dan Blok
Kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Kedua-dua blok ini telah mewujudkan pertelingkahan
dalam usaha mengembangkan pengaruh masing-masing
- Blok dunia ini terbentuk kerana wujudnya prasangka antara satu sama lain dan masing-masing
menganggap pegangan dan amalan mereka adalah yang terbaik.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s264)

1. Nyatakan factor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan Dasar Luar Malaysia

Jawapan:

Faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia adalah seperti berikut:
- Faktor ekonomi
- Berbaik-baik dengan negara-negara yang boleh membantu dalam usaha meningkatkan
taraf ekonomi negara sama ada dari segi bantuan teknikal ataupun pasaran barangan
keluaran negara.
- Faktor geografi
- Sebagai sebuah negara yang terletak di tempat yang strategik yang menjadi laluan kapal
dagangan antarabangsa, usaha berbaik-baik dengan negara-negara jiran dan tidak
menyebelahi mana-mana blok dunia dapat menjamin keselamatan negara.
- Faktor demografi
- Disebabkan majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang beragama Islam, maka
dasar berbaik-baik dengan negara-negara Islam dilaksanakan sama ada secara langsung
dengan negara berkenaan ataupun melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

2. Mengapakah pertubuhan ASA dan MAPHILINDO gagal?

Jawapan:
- Pandangan negara di dunia terhadap Malaysia begitu tinggi dengan kedaulatan negara
yang memperjuangkan isu-isu dunia seperti keamanan, hak asasi manusia dan hak
sesebuah negara di dunia tanpa mengira saiz dan kekuatan negara berkenaan.
- PBB tempat menyelesaikan sebarang perselisihan dan pertentangan antara negara-
negara di dunia. Semasa proses penubuhan Malaysia, PBB telah memainkan peranan
mendapatkan pandangan rakyat tempatan. Selain itu juga PBB terlibat dalam
penyelesaian tuntutan bersama antara Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Sipadan
dan Pulau Ligitan yang telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (organisasi di
bawah PBB) untuk mencari penyelesaiannya.
- Beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO, WHO dan UNESCO telah memberikan
kerjasama dan bantuan di bidang pertanian, makanan, perubatan, serta sains dan
teknologi.

3. Huraikan faedah yang diperolehi Malaysia sebagai ahli dalam Pertubuhan


Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Jawapan:
- ASA terdiri daripada negara Malaysia, Thailand dan Filipina
- Kegagalan ASA adalah kerana kerjasama yang wujud sangat longgar dan juga
pertubuhan ini dianggap sebagai sebuah pertubuhan yang menentang Indonesia yang
merupakan jiran kepada negara-negara anggotanya.
- MAPHILDO teridir daripada negara Malaysia, Filipina dan Indonesia.
- Kegagalan MAPHILDO adalah kerana semangat kerjasama, semangat kejiranan dan
semangat berbaik-baik masih longgar di kalangan negara-negara anggota. Ini dapat
dilihat apabila Indonesia dan Filipina masih terus menentang usaha-usaha penubuhan
Malaysia walaupun dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Keadaan ini berlaku disebabkan MAPHILDO ditubuhkan dalam masa yang singkat tetapi
mempunyai matlamat yang tinggi. Penyelesaian sesuatu konflik tidak akan dapat
diselesaikan dengan serta-merta tanpa sikap bertolak ansur.

Anda mungkin juga menyukai