Anda di halaman 1dari 2

PERANAN TEKNOLOGI AUTOMASI DAN MAKLUMAT SEBAGAI EJEN PERUBAHAN

DUNIA KORPORAT

Kemunculan pelbagai jenis syarikat yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan
telah mewujudkan satu persaingan yang berterusan dan memberikan tekanan terhadap
mereka untuk mencari jalan supaya terus kekal bersaing dalam bidang masing-masing.
Salah satu cara bagi memastikan syarikat terus kekal adalah melalui peningkatan kualiti dan
kuantiti terhadap produk dengan menggunakan teknologi yang terkini. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), automasi bermaksud suatu sistem pelaksanaan tugas serta
alat automatik yang pada keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja
dilakukan dengan sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia. Hal ini
bermaksud automasi adalah suatu teknologi yang memanfaatkan aplikasi mekanikal,
elektronik dan sistem komputer untuk menjalankan operasi pengeluaran dengan lebih cekap
serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber buruh.

Teknologi automasi ini telah mencipta suatu paradigma baharu dalam dunia
perniagaan dengan kemunculan perdagangan elektronik (e dagang) yang menggunakan
internet sepenuhnya. E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang menggunakan
kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. Teknologi automasi
dan maklumat ini penting bagi seseorang usahawan dalam memastikan perniagaan yang
dijalankan dapat berkembang dengan baik dan teratur. Oleh itu, terdapat banyak peranan
teknologi automasi dan maklumat sebagai ejen perubahan dalam dunia korporat.

Pertama, peranan teknologi automasi ini boleh dilihat dari sudut seorang usahawan
itu sendiri yang mana dapat membantu mereka dalam mengembangkan perniagaan serta
meningkatkan produktiviti syarikat yang dijalankan. Hal ini adalah kerana urusniaga dan
perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah tidak kira masa dan tempat yang
berada. Segala pesanan dan pembayaran boleh dijalankan secara atas talian sahaja tanpa
memerlukan usahawan untuk bergerak ke sesuatu tempat dengan kerap. Contohnya,
usahawan dapat membuat perbincangan secara langsung dengan rakan kongsi secara atas
talian sahaja apabila ingin membuat sesuatu keputusan yang melibatkan ahli lembaga
pengarah syarikat. Perkara ini akan memberikan implikasi yang positif kepada usahawan
apabila mereka dapat memudahkan dan mempercepatkan sesuatu urus niaga yang
dijalankan. Justeru, jelaslah bahawa teknologi automasi dan maklumat sangat memainkan
peranan dalam dunia korporat.
Selain itu, peranan teknologi automasi ini juga dapat dilihat dalam aspek produk
yang dihasilkan. Produk yang dihasilkan dapat ditingkatkan dari segi kuantiti dan kualiti serta
boleh dipasarkan secara meluas. Hal ini kerana adalah tiada sempadan yang boleh
menghalang perniagaan dijalankan walaupun berbeza negara dan bahasa pertuturan.
Produk yang dihasilkan juga dapat dibuat penambahbaikkan nilai dengan membuat
penyelidikan dan pembangunan supaya ianya menjadi pilihan utama pengguna yang ada.
Implikasi yang boleh dilihat dengan jelas ialah keuntungan bagi produk tersebut dapat
ditingkatkan dan kos pengeluaran dapat diminimumkan. Justeru, jelaslah bahawa teknologi
automasi dan maklumat sangat memainkan peranan dalam dunia korporat.

Akhir sekali, teknologi automasi juga berperanan dalam meningkatkan kemajuan


prestasi kerja sumber buruh yang digunakan. Perkara ini dapat dilihat apabila sumber buruh
digunakan secara maksimum dan dibayar dengan gaji yang setimpal. Hal ini akan
mendorong kepada kualiti kerja yang terbaik bagi seorang pekerja yang berwibawa
seterusnya dapat memperbaiki keadaan kerja hubungan dan sikap sumber buruh yang
digunakan. Kesannya ialah kebajikan sumber buruh akan terpelihara dalam membantu
merancakkan ekonomi negara. Justeru, jelaslah bahawa teknologi automasi dan maklumat
sangat memainkan peranan dalam dunia korporat.