Anda di halaman 1dari 10

3.

0 DEFINISI PENDERAAN

Merujuk sumber Wikipedia Bahasa Melayu (2012), Penderaan kanak-kanak


bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan
kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18
tahun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dera bermaksud pukulan,
mendera, seksa, denda dan hukuman. Manakala penderaan pula merujuk kepada
perbuatan mendera terhadap kanak-kanak.

Peters dalam bukunya yang bertajuk Ethics and Education (1966) dan The Logic of
Education (1970) telah mendefinisikan denda sebagai mengenakan kesakitan
dengan sengaja oleh orang yang berautoriti ke atas seseorang yang melanggar
peraturan dan ke atas sesorang yang melakukan sesuatu yang tidak
menyenangkan. Oleh itu, dalam konteks isu yang dibincangkan ini, guru tersebut
telah melakukan penderaan terhadap muridnya sebagai hukuman terhadap
kesalahan yang dilakukan bagi membentuk disiplin murid tersebut. Namun begitu,
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa setiap sekolah termasuklah sekolah
agama rakyat perlu mempunyai kaedah standard dalam menguruskan soal disiplin
pelajar.

Penderaan berlaku kerana si pendera adalah lebih kuat dan bertenaga secara fizikal
serta lebih berkuasa secara mental dan psikologi daripada yang didera. Murid yang
menjadi mangsa terhadap penderaan yang dilakukan oleh guru sekolah agama
tersebut adalah dikategorikan sebagai kanak-kanak kerana umurnya belum
menjangkau 18 tahun dan ke atas. Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan
kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan
seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi
(Malaysia 1991).

4.0 JENIS-JENIS PENDERAAN

4.1 Penderaan Fizikal

Pakar perubatan mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh


menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam
yang teruk (Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal
(Camerin 1972), retak dan patah tulang (ONeil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et
al. 1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson 1974).
Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang digunakan untuk mendera
selain memukul menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair
panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk,
dirantai, diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak,
diterajang, dicubit, dikepit atau dipulas dan sebagainya.

4.1 Penderaan Seksual

Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan
memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara,
filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan
seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya,
dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan
bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah
apabila dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam
apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman,
filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi
seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

4.2 Penderaan Pengabaian Penjagaan

Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secara rumusan daripada Akta


Perlindungan Kanak-kanak sebagai kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan
asas anak seperti pemberian makanan, pakaian, kediaman, rawatan perubatan,
tidak memberi penyeliaan atau pengawalan anak daripada terlibatnya dengan
kumpulan jahat atau bahaya moral dan tidak melindungi mereka daripada bahaya
sehingga kanak-kanak terpaksa menjaga diri sendiri dan menjadi pengemis.
Pengabaian kanak-kanak merujuk pada pengabaian terhadap penjagaan kanak-
kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat,
pendidikan, rawatan emosi dan fizikal (Ammerman & Hersen, 1990:28).

4.3 Penderaan Emosi

Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama daripada


segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga atau
individu yang paling hampir dengan kanak-kanak tersebut. Emosi adalah rasa
dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit
dan sebagainya (lihat Kieran O Hagan, 1993:22). Penderaan emosi merangkumi
tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut,
kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat
misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering
dimarahi, ditengking, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-
kanak.

Oleh itu, ternyatalah di sini bahawa kes penderaan yang dibincangkan ini
adalah jenis penderaan fizikal. Terdapat kesan-kesan melecet pada tangan akibat
diikat seperti yang dilaporkan dan ini menyebabkan mangsa koma selepas dipukul
oleh guru berkenaan.

5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENDERAAN

5.1 Tekanan Bebanan Kerja

Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau
paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala Kamus Oxford Advanced Learners
(1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai
pressure; condition causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yan
pertama menggunakan terma tekanan mendefinisikannya sebagai satu set fizikal
dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang
sebaliknya. Manakala Kamus Behavioral Science medefinisikan tekanan sebagai
satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam
sistem saraf autonomi.

Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan
sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan
serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru.
Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat
mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan
sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar
menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat.

Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu
mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa
melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga
mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Oleh itu, kadangkala mereka
akan bertindak diluar jangkaan semata-mata untuk memuaskan kehendak dalaman
mereka yang selama ini tidak dapat dipenuhi berikutan bebanan kerja yang terlalu
banyak.

5.2 Kurang Memahami Etika Perguruan

Selain itu, punca berlakunya kes penderaan yang melibatkan guru ini adalah
disebabkan guru tersebut kurang memahami etika keguruan yang telah digariskan.
Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak untuk melakukan
perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Hal ini berbeza pula dengan
kes yang telah berlaku kepada guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru
yang telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran
bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah
termaktub di dalam kod etika guru.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan
bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan
kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai guru. Berdasarkan kod
etika perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru
sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh
dilakukan sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah
sebaliknya.

5.3 Tiada Kesedaran Agama

Tiada kesedaran agama juga boleh membawa kepada gejala penderaan guru
terhadap anak muridnya sepertimana yang berlaku terhadap guru tersebut. Guru
tidak menghayati apa yang diajarkandalam agama. Agama Islam contohnya
menganjurkan agar umatnya bekerja dengan ikhlas, amanah dan penuh
bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di antara guru yang bekerja
tetapi tidak bersungguh-sungguh dan tidak amanah.

Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari
dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang
mana betul dan yang mana salah. Oleh itu hal ini akan menyebabkan berlakunya
kes penderaan seperti yang telah dilakukan oleh guru tersebut terhadap anak
muridnya. Walaupun kes yang dibincangkan ini melibatkan guru sekolah agama,
namun di sini jelas menunjukkan perbuatan guru tersebut bukan mencerminkan
beliau sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika
difikirkan secara logiknya, mana mungkin kes seperti ini akan berlaku kepada
seorang guru sekolah agama yang telah kita sedia maklum mempunyai
pengetahuan agama yang tinggi.

5.4 Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu punca berlakunya kes penderaan di


sekolah yang melibatkan guru dan murid. Guru yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran
dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka sendiri dan telah hilang
matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah manakala emosi
mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat
dengan penyalahgunaan dadah mereka akan mudah dihimpit dengan pelbagai
masalah lain.

Kesan penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perubahan sikap individu


tersebut. Mereka akan mudah menjadi panas baran oleh sebab kitaran darah dalam
badan mereka bergerak dengan cepat. Maka, tidak hairanlah sekiranya dikatakan
guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan mudah melakukan
penderaan terhadap anak muridnya.

6.0 IMPLIKASI KES PENDERAAN FIZIKAL

Sekiranya masalah penderaan fizikal yang melibatkan guru dan murid sekolah ini
tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah ini akan menular dengan lebih
teruk lagi. Kesan dan akibat daripada perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini
bukan sahaja akan memberi kesan kepada guru tersebut sahaja, namun kesannya
akan turut dirasai oleh mangsa penderaan itu sendiri, guru-guru lain, sekolah,
masyarakat dan sebagainya.

6.1 Terhadap Guru

Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi
semakin renggang di mana semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu
dengan guru tersebut. Dalam situasi ini, murid akan berasa tidak selamat untuk
meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dengan rakan
sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai
guru tersebut selepas sekali melakukan perbuatan mendera anak muridnya.
Akibatnya, guru tersebut akan mengalami tekanan emosi dan konflik jiwa yang
serius. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan
gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan
masalah keluarga.

6.2 Terhadap Murid

Murid-murid yang didera akan mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian


tubuh badan dan kesan penderaan ini dapat dilihat oleh penglihatan. Malah ia juga
akan menyebabkan pertumbuhan murid-murid yang didera ini terjejas. Malah,
kesan penderaan terhadap murid juga boleh menyebabkan kematian seperti kes
yang dibincangkan ini. Malah, guru yang bersikap suka mendera dan memukul ini
akan memberi kesan atau mempengaruhi murid-murid lain untuk melakukan
perbuatan yang sama kepada rakan-rakan mereka yang lemah kerana guru
merupakan role-model kepada murid-murid. Menurut Mahathir (1999), guru-guru
dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh murid dan
masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu. Sahsiah yang dipamerkan oleh
guru ini akan menjadi panduan dan diteladani oleh murid-murid di sekolah. Maka,
hal ini akan sekaligus menjejaskan sistem pendidikan yang terdapat di negara kita.
6.3 Terhadap Profesion Perguruan

Isu penderaan ini hanya dilakukan oleh segelintir guru sahaja, tetapi seperti kata
pepatah Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kesan daripada tingkah laku
segelintir guru ini akan merosak dan mencemarkan imej profesion perguruan.
Tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru akan menyebabkan profesion
perguruan ini dipandang rendah oleh lapisan masyarakat. Masyarakat lebih
cenderung melihat dan menilai sesuatu yang negatif berbanding perkara yang
positif. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama
ibu bapa dan murid-murid.

Selain itu, gejala penderaan yang berlaku ini juga memberi kesan kepada profesion
perguruan yang menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi
guru dan ini akan mengakibatkan profesion ini kekurangan generasi muda yang
berbakat untuk mendidik anak bangsa. Kesannya kerajaan tidak dapat melahirkan
guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi
muda yang ingin menceburi bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998),
penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan
profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

6.4 Terhadap Sekolah

Apabila isu penderaan ini memberi kesan kepada guru dan murid, secara tidak
langsung isu ini juga akan memberi kesan kepada sekolah. Dengan berlakunya kes-
kes penderaan ini, reputasi dan imej sekolah akan jatuh. Sekolah adalah sebagai
sebuah organisasi formal yang mempunyai matlamat tertentu. Menurut Abu Bakar
dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang mempunyai budaya
tersendiri.

Sekiranya budaya penderaan diamalkan di sesebuah sekolah dan tidak dibendung


dengan kadar segera, masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah sebagai sebuah
institusi yang selamat untuk mereka menghantar anak mereka mendapatkan
pendidikan di sekolah tersebut. Hal ini juga akan menyebabkan sekolah tidak lagi
dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan berkualiti kepada
murid-murid.

6.5 Terhadap Ibu Bapa dan Masyarakat

Isu penderaan yang berlaku ini turut memberi kesan kepada ibu bapa dan
masyarakat. Hubungan yang terjalin di antara guru dan ibu bapa akan menjadi
renggang disebabkan ibu bapa tidak lagi mempercayai kredibiliti guru-guru tersebut
untuk mendidik anak-anak mereka. Kebajikan dan keselamatan yang seharusnya
dititikberatkan oleh guru akhirnya terancam disebabkan oleh guru sendiri. Hal ini
akan merisaukan pihak ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Kesannya ada di antara ibu bapa yang membawa isu penderaan ini kepada pihak
atasan seperti polis dan peguam bagi mendapatkan keadilan bagi pihak anak
mereka. Di samping itu juga, masyarakat akan turut memandang serong kepada
semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah kerana tidak
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

7.0 CADANGAN / LANGKAH MENGATASI ISU PENDERAAN

Penderaan fizikal yang berlaku kepada murid ini merupakan salah satu isu yang
sangat dipandang serius oleh lapisan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa
kebanyakan guru menghukum murid di atas kesalahan atau kenakalan yang
dilakukan oleh murid itu sendiri. Namun begitu, penderaan bukanlah langkah yang
terbaik untuk menghukum seseorang murid yang melakukan kesalahan. Tingkah
laku negatif seperti mendera yang dilakukan oleh guru tersebut hendaklah
dibendung dengan kadar segera. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku
adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.

7.1 Tingkatkan Kesedaran Agama Dalam Diri

Antara langkah untuk mengatasi isu tersebut ialah dengan meningkatkan kesedaran
agama. Setiap guru hendaklah mendalami ilmu agama supaya setiap tingkah laku
yang dilakukan adalah berlandaskan kepada pegangan agama. Dengan mendalami
ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk
menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Menurut INTAN (1994), ikhlas
merupakan salah satu etika yang perlu diamalkan dalam pekerjaan. Ini bermaksud
setiap penjawat awam hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas
dalam kerjanya, ia akan menjalankan tugas tersebut dengan sempurna dan
menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan.

7.2 Wujudkan Khidmat Kaunseling Khas Untuk Guru

Selain itu, di setiap sekolah hendaklah diwujudkan khidmat bimbingan dan


kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu penderaan fizikal
terhadap murid di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam
masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan
guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka
terlibat atau mengalami masalah gangguan emosi yang boleh mengakibatkan
mereka bertindak di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981) menyatakan
bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang
memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

7.3 Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang adalah merupakan langkah yang patut


diambil oleh kerajaan bagi mengatasi isu berkaitan dengan penderaan. Merujuk
kepada rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2001, Dr.
Rais Yatim menyatakan bahawa undang-undang adalah peraturan hidup yang
berkata-kata. Undang-undang berkata-kata melalui bahasanya yang tersendiri iaitu
bahasa undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan,
hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa. Mana-mana guru yang terlibat dengan tindakan undang-
undang boleh dilucutkan jawatannya sebagai seorang guru. Ini dapat memberi
pengajaran kepada guru lain supaya tidak melakukan perkara yang sama berkaitan
isu penderaan ini.

7.4 Melantik Guru yang Berkelayakan

Kerajaan hendaklah melantik guru-guru yang berkelayakan untuk menjawat


profesion sebagai seorang pendidik. Hal ini disebabkan, guru yang berkelayakan
telah diberi latihan yang secukupnya untuk menjadi seorang guru. Program-
program dan kursus-kursus yang telah dijalani oleh individu ini sedikit sebanyak
membantu mereka memahami etika keguruan yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia contohnya seperti Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP).

8.0 RUMUSAN

Pandangan saya berkaitan dengan isu guru agama memukul anak muridnya
sehingga menyebabkan kematian ini adalah tidak wajar berlaku. Hal ini kerana
tugas guru adalah sebagai seorang pendidik dan pembimbing dan bukan sebagai
pengancam keselamatan murid-murid. Persoalan yang timbul ialah adakah perlu
seorang guru membelasah muridnya sedemikian rupa? Lebih-lebih lagi mangsa
hanya berumur 7 tahun. Tidak sepadan langsung dengan suspek yang berumur 26
tahun. Sekiranya memang benar bahawa murid tersebut melakukan kesalahan
mencuri, tindakan membelasah murid berkenaan secara melulu bukanlah jalan
yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Terdapat pelbagai cara yang lebih efektif dan berkesan yang boleh
digunakan. Guru tersebut tidak boleh bertindak tanpa alasan dan bukti yang kukuh.
Tambahan pula sekiranya dakwaan yang mengatakan bahawa murid tersebut
mencuri adalah daripada percakapan murid-murid yang lain. Dalam erti kata yang
lain ialah hanya syak. Tindakan memukul dan membelasah murid tersebut bagi
saya adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lebih-lebih lagi bagi
seorang guru yang mempunyai pendidikan agama. Mencabut nyawa seseorang
dengan tangan sendiri hanya kerana syak dan wasangka, adalah tindakan yang
paling dangkal sekali yang dibuat oleh seorang manusia lebih-lebih lagi digelar
seorang guru.

Menurut Abu Bakar Nordin (2003), peribadi dan sahsiah seorang guru akan
menentukan kedudukannya di mata masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki sifat
profesionalisme yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh
dan teladan kepada para murid dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik
menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Etika dan tatasusila profesion
perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan
diamalkan. Dengan mengamalkan etika keguruan yang telah digariskan, isu
berkaitan dengan penderaan seperti yang dibincangkan akan dapat dibendung dan
diatasi dengan berkesan.

9.0 REFLEKSI

Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang
berkaitan dengan guru dan keguruan sering dibincangkan melalui media massa.
Berdasarkan tugasan projek yang telah diberikan ini, pelbagai manfaat telah saya
perolehi. Dengan menjalankan tugasan projek ini, saya dapat meningkatkan
kefahaman tentang ruang lingkup kerjaya sebagai seorang guru pada masa
hadapan. Isu-isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan merupakan topik yang
sering mendapat liputan menyeluruh oleh semua pihak. Hal ini dapat memberi
pendedahan kepada saya untuk lebih matang dalam menempuhi isu-isu yang bakal
berlaku apabila menjadi seorang guru pada masa hadapan.

Tugasan projek ini juga mengkehendaki saya menganalisis, mengulas dan


mengutarakan pendapat berkaitan isu yang berkait dengan guru dan keguruan. Hal
ini sekaligus akan dapat mempengaruhi tindakan saya pada masa hadapan
sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan. Sekiranya saya berada di dalam
mana-mana situasi yang melibatkan isu guru dan keguruan seperti yang berlaku
pada masa kini, saya hendaklah bertindak secara matang. Tindakan yang saya
ambil hendaklah berlandaskan kepada profesionalisme sebagai seorang guru tanpa
mengikut hawa nafsu semata-mata.

Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif dan
kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan, bertindak
tanpa berfikir akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri.
Jadi, setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan sekiranya saya dapat
berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian.
Tambahan pula, saya dapat mempelajari kemahiran baharu dengan adanya
penerapan unsur ICT semasa menjalankan tugasan projek ini. Tugasan ini
memerlukan saya membina sebuah blog laman ilmu secara berkumpulan. Hal ini
memberi pengetahuan kepada saya tentang penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan. Kemahiran ini juga dapat digunakan pada masa
hadapan kerana sistem pendidikan pada masa kini amat mementingkan
penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai