Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MEMBINA WAU DAN LAYANG-LAYANG

22 September - Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid Tahun 6 selepas


berakhirnya Peperiksaan UPSR. Salah satunya adalah Pertandingan Membina Wau dan
Layang-layang. Murid diberi pilihan sama ada ingin membina wau atau layang-layang dan
mereka perlu menyiapkannya secara berkumpulan. Terdapat tiga kumpulan yang membina
wau dan tiga kumpulan yang menghasilkan layang-layang telah dipilih sebagai pemenang.
Pemenang dipilih berdasarkan kriteria seperti kekemasan dan ketinggian wau atau layang-
layang itu dimainkan.

KARNIVAL HARI KANTIN 2016

24 September - Bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, diadakan Hari Kantin 2016.
Karnival telah menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelajar sekolah.
Antara aktiviti yang disediakan adalah Pertandingan Masterchef, Explorace, Pertandingan
Mewarna, Sukaneka dan Choral Speaking. Sekolah Kebangsaan Beseri telah menjuarai dalam
Pertandingan Choral Speaking dan Sukaneka manakala Pertandingan Masterchef mendapat
tempat ke-2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.

KEM BESTARI SOLAT

26 September - Bertempat di Dewan SK Beseri, melibatkan semua murid beragama Islam


Tahap 1. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan murid-murid
dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Objektif utama
dalam pelaksanaan Kem Bestari Solat ini adalah supaya murid-murid dapat mengetahui cara-
cara berwuduk dengan sempurna, mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan
dan perbuatan , dapat membaca dengan betul dan lancar bagi setiap bacaan dalam solat serta
murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

KEM CEMERLANG JAWI

29 September - Melibatkan semua murid beragama Islam yang berada di Tahap 2. Kem
Cemerlang Jawi ini dilaksanakan bertujuan agar semua murid dapat menyambung huruf serta
menulis jawi dengan sempurna. Aktiviti yang dijalankan adalah teknik menyambung huruf
dan cara menjawab soalan kefahaman jawi. Semoga dengan adanya Kem Cemerlang Jawi ini
dapatlah mempertingkatkan lagi kelemahan murid dan menjadikan Pelajaran Jawi sebagai
satu mata pelajaran yang sangat diminati oleh setiap murid sekolah.
FARADILAH BINTI HAMZAH

Anda mungkin juga menyukai