Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT.

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad bin Omar

Guru besar sk lktp jengka 25

Yang Dihormati Pn Noor Hayati bt Md Noor

Guru penolong kanan pentadbiran

En. Abd razak b. Abd aziz

Guru penolong kanan Hem

En Zamri bin hassan

Guru penolong kanan kokurikulum

Barisan panel hakim,

Guru-guru seterusnya para peserta Majlis Tadarus Alquran peringkat Zon Pedah
2017

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zulkifli B. Awang Kechik untuk memimpin
bacaan doa.

Amin Ya Robbal Alamin....terima kasih atas Bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah Rahmat dan Izin Kasih-Nya pada tengah hari ini kita telahpun
berjaya melaksanakan Majlis Tilawah Al-Quran Zon Pedah bagi kategori lelaki
dan perempuan .

Pertandingan ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memilih wakil dari Zon
Pedah ke Peringkat Daerah Jerantut.Bagi pihak jawatankuasa pengelola, majlis
mengalu-alukan kehadiran Barisan Panel Hakim, guru-guru pengiring dan para
peserta sekalian.
Hadirin hadirat yang dihormati

Tanpa membuang masa, majlis dengan ini menjemput ketua Hakim Ustaz Zulfakir
Bin Mad Sood untuk menyampaikan Ulasan berkenaan pertandingan Tilawah
yang telah diadakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ustaz Zulfakir Bin Mad Sood atas ulasan
sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji Ahmad bin Omar, Guru
Besar SK lktp jengka 25 untuk menyampaikan ucapan penutupan majlis pada hari
ini. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Haji Ahmad bin Omar atas
ucapan sebentar tadi.

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman keputusan


dan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji Ahmad bin Omar iiringi
oleh En Zamri B. Hassan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

(MC membaca keputusan)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Haji Ahmad bin Omar . Dengan
berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka Majlis kita sudah
sampai ke penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para
pemenang dan diharapkan kejayaan ini akan terus berpanjangan di peringkat
Daerah nanti.
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung Majlis

Gugur menguning buah kuini,

Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaaf

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak Jawatnkuasa tuan rumah MTQ Zon Pedah mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufk walhidayah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai