Anda di halaman 1dari 3

Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN PELAJAR


TAHUN 2015

1.0 RASIONAL

Kepimpinan pelajar diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan


oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga
dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar.

Pengawas sekolah merupakan kumpulan pelajar yang dihormati,


disamping mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan yang terpuji
dari aspek akademik, sahsiah, mahupun kokurikulum.

Sebagai tanda pengiktirafan terhadap tugas baru yang


diamanahkan kepada Badan Pengawas baru yang dilantik bagi sesi
2015/2016, majlis ini wajar diadakan. Pihak sekolah berharap agar
amanah yang digalas dapat melatih bakal pemimpin masa depan
negara ini akan menjadi pemimpin yang berkesan dan
bertanggungjawab. Semoga dengan majlis ini akan menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis
pemimpin negara yang berketerampil seterusnya.

2.0 OBJEKTIF
1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Badan Pengawas sesi
2015/2016 supaya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab serta telus.
2. Memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain supaya mencontohi
bakal pemimpin yang bakal memimpin sekolah.

3. Semoga dengan perlantikan ini, bakal pemimpin kecil sekolah yang


telah dilantik akan dapat menggalas dan menyempurnakan
tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah.

3.0 TARIKH

23 25 Oktober 2015

4.0 TEMPAT

Star Fresh Agro Park, Bukit Putus, Negeri Sembilan.

5.0 SASARAN

80 orang pelajar yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bayaran Konsultan Luar

BIL. PERKARA KOS/UNIT JUMLAH


Perkhidmatan 3 hari + 2 malam ( 80 pelajar
1 RM13,239.40
Menyewa Tapak Latihan dan 8 guru )

2 Bas Sewa 2 bas + 2 hari pergi dan balik RM2,400.00

3 T-Shirt Pengawas 80 pelajar x RM30.00 RM2,400.00

10 trofi + 80 medal + 10
4 Hadiah RM1,000.00
hampers

5 Ubat-ubatan First Aid Kit + Ubat RM480.30

Kertas Mahjung, Pen, Pen


6 Alat Tulis RM480.30
Markers, Seletop.
JUMLAH RM20,000.00

7.0 SUMBER KEWANGAN - Peruntukan Khas SGE RM20,000.00

8.0 TENTATIF PROGRAM- Seperti yang dilampiran.

9.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan serta


memenuhi objektif yang ditetapkan dengan sokongan, kerjasama serta
komitmen daripada semua pihak. Diharapkan program ini dapat
memberi manafaat yang berguna kepada semua pemimpin pelajar
Kolej Tunku Kurshiah.

Disahkan oleh,
Disediakan oleh,

NORAFIQAH RIFHAN RAMLAN HAMIZAN A. HAMID


Guru Penasihat Badan Pengawas 1 Pengetua
Kolej Tunku Kurshiah Kolej Tunku Kurshiah
Seremban Seremban

Disemak oleh,

CHE ROMAS BINTI NOOR


Penolong Kanan Hem
Kolej Tunku Kurshiah
Seremban

Anda mungkin juga menyukai