Anda di halaman 1dari 2

ESEI

Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang
patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenap
lapisan masyarakat. Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah
saluran yang paling berkesan untuk melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai
dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.

Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu. Permainan
sukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain. Oleh itu, sikap
bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam
memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat mewujudkan perasaan muhibah atau
semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini biasanya akan dihadiri oleh
pelbagai bangsa.

Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal batas kaum, daerah, negeri mahupun negara.
Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara dalam peringkat antarabangsa, akan
disemai perasaan sedia berkorban untuk bangsa dan negara serta bertanggungjawab
untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Setiap orang daripada pelbagai lapisan
masyarakat juga boleh menjadi penyokong pasukan negara untuk melahirkan rasa cinta
akan bangsa dan negara Malaysia.

Di samping itu, sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan
menjadi satu pembelajaran teras. Dengan cara bermain, secara tidak langsung pelajar
akan dididik untuk bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan bertimbang rasa.
Konklusinya, melalui sukan dan permainan, setiap modal insan yang patriotik dapat
dibentuk.
Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui aktiviti
sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau telah
mewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita. Sebagai rakyat
Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya
mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut
meningkatkan martabat negara kita.

Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang


terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untuk
melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.

Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal
ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan
kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikap
tolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau.

Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri
kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan
wau.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang
yang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin.
Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah
negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri bagi
pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan
itu.

Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa
mengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk
dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang
canggih dan moden dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh
masyarakat hari ini. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan
permainan dapat melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik