Anda di halaman 1dari 7

AMALI 4

TAJUK: BULAN

TUJUAN:

Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan sertan waktu terbit dan terbenamnya bulan.

PENGENALAN:

Bulan adalah satelit bumi. Ia juga merupakan objek langit yang paling dekat dengan bumi
kerana jarak antara bulan dan bumi adalah 384,403 km. Oleh itu, bulan paling dilihat di bumi
dengan mata kasar. Sebagai satelit, bulan melakukan tiga jenis pergerakan iaitu berputar pada
paksinya sendiri, beredar mengelilingi bumi dan beredar bersama dengan bumi mengelilingi
matahari.

Rajah 1: Bumi dan bulan beredar mengelilingi mahatari

Fasa bulan merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang dan dapat dilihat dari
bumi. Fasa bulan berubah mengikut kitarannya apabila bulan mengelilingi bumi dan mengikut
perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh daripada permukaan bulan sentiasa
dipancar dengan cahaya matahari kecuali berlaku gerhana bulan dimana cahaya matahari
dihalang sepenuhnya oleh bumi dan bayang-bayang bumi meliputi kawasan bulan tersebut.. Hal
ini demikian kerana bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri seperti matahari. Bulan
memantulkan cahaya matahari ke bumi dan menyebabkan kita dapat melihat bulan berada di
langit.

Untuk melengkapkan satu siri fasa bulan akan mengambil masa lebih kurang 29 hari.
Bentuk bulan yang dibentuk setiap malam akan sentiasa berubah-ubah kerana sudut antara
matahari, bulan dan bumi selalu berubah. Fasa-fasa bulan terdiri daripada anak bulan, bulan
sabit, bulan separa dan bulan purnama. Setiap fasa bulan adalah bermula dengan anak bulan,
bulan sabit baru, bulan separa, purnama baru, bulan purnama, purnama lama, bulan separa dan
yang terakhirnya adalah bulan sabit lama.
Rajah 2: Fasa-fasa bulan

Fasa anak bulan berlaku apabila gerakan orbit bulan berada di antara bumi dan matahari
dan berada sebaris atau bersilangan dengan matahari. Pada masa ini, bahagian yang gelap
bagi permukaan bulan akan menghadap ke arah bumi dan kita tidak dapat melihat melalui mata
kasar. Anak bulan menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwin hijrah.
Selepas anak bulan ialah fasa bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil
permukaan kanan bulan yang diterangi oleh cahaya matahari menghadap ke arah permukaan
bumi. Semakin lama, semakin besar permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya matahari
yang menghadap bumi. Jadi fasa bulan beransur-ansur beralih ke bulan separa, purnama baru
dan akhir sekali bulan purnama. Dengan ini, bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari bumi
disebabkan seluruh permukaan bulan disinari cahaya matahari dan menghadap ke bumi.

Semakin lama, semakin kecil permukaan bulan yang diterangi cahaya matahari
menghadap Bumi. Jadi fasa bulan beralih ke purnama lama, bulan separa dan bulan sabit lama.
Purnama lama adalah fasa dimana lebih daripada separuh bulan pada sebelah kiri diterangi
cahaya matahari. Bulan separa merupakan suku akhir bagi fasa-fasa bulan dan separuh
daripada bahagian kiri diterangi dengan cahaya matahari manakala bahagian bulan sabit lama
yang diterangi cahaya matahari adalah kurang daripada separuh.

HIPOTESIS:

Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan.

ALAT RADAS:

Kamera, kertas catatan, pensel


PROSEDUR:

1. Maklumat mengenai fasa-fasa bulan serta waktu terbit dan terbenamnya bulan telah dicari
daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet.

2. Lokasi yang sesuai dipilih dan arah timur dan barat langit telah dikenalpasti.

3. Pemerhatian dijalankan setiap hari.

4. Masa pemerhatian yang sesuai dipilih mengikut waktu terbit dan terbenamnya bulan.

5. Bulan diperhatikan setiap hari selama satu minggu.

6. Tarikh, masa, fasa bulan serta darjah kedudukan bulan direkod dari ufuk timur pada setiap
kali pemerhatian.

7. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.

DAPATAN:

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap kedudukan bulan terbit dan terbenam
selama satu minggu.

Tarikh mula : 24 Mac 2016

Tarikh Akhir : 30 Mac 2016

Lokasi : Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (Kawasan kediaman)

Masa Azimut
Tarikh Fasa bulan Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam Terbit Terbenam
24/3/2016

Bulan Sabit 11.05 a.m. 11.35 p.m. 83 279 86.8 25.8%

25/3/2016

Bulan
3.05 p.m. 2.55 a.m. 71 289 76.9 75.6%
Separa
26/3/2016

Bulan
Separa 4.41 p.m. 4.31 a.m. 71 289 76.9 89.9%
Purnama

27/3/2016

Bulan
7.45 p.m. 7.29 a.m. 83 279 85 99.8%
Purnama

28/3/2016

Bulan
Separa 10.50 a.m. 10.19 a.m. 100 262 77 86.4
Lama

29/3/2016

Bulan
Separa 1.27 a.m. 1.39 p.m. 108 251 65.1 47.3%
Lama

30/3/2016

Bulan Sabit
5.19 a.m. 5.35 p.m. 104 257 70.2 7.2%
Lama
PERBINCANGAN:

Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang


tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang
pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Hanya sebahagian permukaan
bulan dapat dilihat dari permukaan bumi kerana bulan berputar mengelilingi bumi. Pemerhatian
terhadap fasa-fasa bulan dibuat daripada 24 Mac 2016 hingga 30 Mac 2016. Kebanyakan
gambar diambil di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Bermula daripada 24 Mac
hingga 30 Mac, perubahan fasa-fasa bulan adalah bulan sabit, bulan separa, bulan separa
purnama, bulan purnama, bulan separa lama dan bulan sabit lama.

Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Cahaya yang dilihat
daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Bentuk dan ukuran cahaya
bulan berubah-ubah dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi dari hari ke hari. Ketika
bulan bergerak mengelilingi bumi, sebahagian bulan menerima cahaya matahari dan
menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini
yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal
awal bulan. Ini terjadi pada 24 Mac 2016.

Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang dapat
dilihat pada permukaan bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan separa dan bulan separa
purnama. Contoh yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 25 Mac hingga 26 Mac 2016.
Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang
menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan
purnama. Ini dapat dilihat pada 27 Mac. Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama pada
29 Mac dan kemudian bulan sabit lama pada 30 Mac 2016.

Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Masa terbit dan terbenam bagi bulan tidak
sama pada setiap hari. Oleh itu, kadang kala kita tidak boleh melihat bulan setiap malam
walaupun langit bersih tanpa awan. Sebenarnya, setiap hari bulan selalu terbit dan terbenam
secara teratur namun jika kita melihat bulan pada waktu yang salah pada malam hari, maka kita
tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut. Hal ini demikian kerana setiap
malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Sebagai
contoh, jika anak bulan muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana
terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari.

Bulan boleh dilihat hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada
cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik ataupun
tidak. Bulan tidak dapat dilihat pada waktu siang apabila berlakunya bulan penuh iaitu bulan
purnama, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru.

Bulan juga boleh dilihat pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama
iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa
kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya
matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada
waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan pada waktu malam. Oleh
itu, pada 24 Mac hingga 30 Mac bulan dapat dilihat pada waktu malam kecuali pada tarikh fasa
bulan baru. Setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam semakin hari semakin lewat daripada
malam sebelumnya.

Kecerahan bulan bertambah dari 24 Mac hingga 27 Mac dan semakin berkurang dari 27
Mac hinggan 30 Mac. Faktor yang menyebabkan kecerahan bulan adalah pengaruh cuaca
sama ada hujan, berawan dan sebagainya. Dari 27 Mac hingga 30 Mac, kecerahan bulan
semakin berkurang kerana langit semakin berawan dan menyebabkan kecerahan bulan
dihalang oleh awan. Sebagai contoh, pada 30 Mac kecerahan bulan adalah lebih kurang
mungkin disebabkan terdapat awan yang meliputi bulan dan menyebabkan bulan tidak dapat
dilihat dengan jelas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

1. Pastikan pemerhatian dibuat pada setiap hari.

2. Rujuk jadual terbit dan terbenam bulan sebelum melaksanakan amali.

3. Kamera yang digunakan hendaklah lebih canggih.

4. Pemerhatian dibuat pada waktu terbitnya bulan supaya gambar fasa bulan dapat diambil.

KESIMPULAN:

Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumI kerana jaraknya yang terdekat paling
mudah dilihat dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun kita
tidak boleh melihat bulan setiap malam walaupun langit bersih tanpa awan. Persamaan masa
putaran bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi bumi adalah disebabkan
oeh bentuk bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti bumi
mempengaruhi putaran bulan atas paksinya dan memaksa paksi bulan menyusun selari
mengikut arahan bumi-bulan.
Oleh sebab putaran bulan mengelilingi bumi, bulan sentiasa bertukar kedudukan dan ini
menyebabkan bahagian cerahnya juga bertukar. Dengan ini, perubahan hari mempengaruhi
fasa-fasa bulan dapat dilihat dari anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan separa purnama,
bulan purnama, bulan separa lama dan bulan sabit lama. Fasa bulan purnama akan terjadi
apabila bumi berada di antara matahari dan bulan. Selain itu, waktu terbit dan terbenam bulan
pada setiap hari juga tidak sama.

Melalui pemerhatian waktu terbit dan terbenam bulan semakin melewat bagi setiap
malam yang seterusnya. Tambahan pula, kecerahan bulan juga tidak sama pada setiap malam.
Kadang kala bulan sangat cerah manakala kadang kala kecerahan bulan tidak dapat dilihat
dengan jelas disebabkan kecerahan bulan dihalang oleh awan yang tebal dan juga mungkin
disebabkan cuaca itu berhujan. Kewujudan dan perubahan fasa-fasa bulan juga memberi
banyak kepentingan kepada manusia dalam kehidupan seharian mereka. Secara ringkasnya,
dengan wujudnya bula di langit serta kitaran fasanya telah menjadikan bulan sebagai pengaruh
penting dalam kehidupan manusia dan fenomena semula jadi bumi seperti pasang surut air laut.

RUJUKAN:

Ahmad Shahir.(2013). Fasa-fasa bulan. Dimuat turun dari


http://shahircikgusains.blogspot.my/2013/08/2.html

Anneke Veenstra. (1989). The solar system. Melbourne: The Macmillan Company of Australia
PTY LTD.

Barbara Taylor. (1998). Cuaca dan iklim. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Sdn. Bhd.

Isaac Asimov. (1993). Bima sakit dan galaksi lain. Selangor: Federal Publication Sdn. Bhd.

Tenom Kgau. (2012). Bumi, bulan dan matahari. Dimuat turun dari http://kump-
kami.blogspot.my/2012/05/bumi-bulan-dan-matahari.html