Anda di halaman 1dari 2

Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru

Cemerlang PJPK
Salah satu saluran dan agen terpenting untuk mencapai matlamat pendidikan
dan cita-cita Negara adalah melalui penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan-
kegiatan jasmani, sukan dan permainan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (PJK) dipertanggungjawabkan membentuk perkembangan tingkah laku
yang diterima masyarakat melalui proses sosialisasi yang ketara. Sebagai satu
disiplin serta sumber ilmu yang informal, PJK merupakan media yang amat berkesan
bagi mencapai Matlamat Pendidikan Negara amnya.
Secara rasional, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK)
adalah penting dan diperlukan bagi mempelajari kemahiran-kemahiran pergerakan
harian dalam sukan, gaya hidup sihat dan amalan kesihatan yang baik, ini dapat
membantu seseorang mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. PJK juga dapat
membimbing tingkah laku seseorang supaya berfungsi sebagai seorang yang bijak.
Ia boleh menyedarkan orang ramai bahawa PJK dapat memberi sumbangan kepada
nilai kemasyarakatan. Bidang PJK mempunyai matlamat yang bersangkut-paut
dengan matlamat pendidikan iaitu untuk mendidik seseorang pelajar secara
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Terbentuknya Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK)
SMK Setapak Indah ini, berfungsi dan berperanan untuk membantu memantapkan
pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum sekolah. Keupayaan Ketua Panitia dan
semua ahli panitia PJK untuk memikul tanggungjawab masing-masing dengan cekap
dan komitmen akan turut membantu pentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat
yang telah dikenalpasti
Dengan terhasilnya blue print ini, Ketua Panitia PJK dan pihak-pihak yang
terbabit boleh menggunakannya sebagai garis panduan untuk menyelia, mengawal,
memimpin dan seterusnya membimbing ahli-ahli panitia bergerak senada dan
seiring dengan Misi dan Visi SMK Setapak Indah.

Tuesday, 16 October 2012

Usaha bagi meningkatan tahap profesionalisme dalam


pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran / bidang

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti
fizikal dan amalan kecergasan manakala Pendidikan Kesihatan pula bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan
gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) boleh dicapai seiring dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan merupakan suatu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai guru PJK matlamat utama
yang perlu dicapainya adalah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan
berkesan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Pelajaran PJK yang menjadi bahan rujukan
utama.

Dalam usaha menyusun Rancangan Pelajaran Tahunan PJK banyak elemen yang harus
dititikberatkan seperti bilangan murid setiap tingkatan, kemudahan serta bilangan alatan dan bahan
pengajaran dan tempat atau kawasan PJ yang akan dijalankan. Waktu PJK diperuntukkan adalah dua
waktu dalam masa 1 jam 20 minit, berbanding pada suatu masa dahulu ada empat waktu dan
dikurangkan lagi menjadi tiga waktu, dengan pengurangan waktu PJK menjadi dua waktu ini agak
sukar untuk guru PJK memuaskan hati pelajar hanya dengan main saja tanpa memberi ilmu
pengetahuan tentang PJK. Oleh yang demikian, Rancangan Pelajaran Tahunan PJK perlu disusun
dengan menggabungkan PJ dan PK atau dua waktu pengajaran dan pembelajaran PJ dan dua waktu
pengajaran dan pembelajaran PK. PJ dimulakan dengan memanaskan badan kemudian diajar
kemahiran permainan dan permainan kecil, sebagai penutup boleh dilakukancooling down dengan
membuat refleksi tentang kemahiran permainan tadi atau selitkan tajuk PK.

Pada awal tahun guru PJK perlu memberi pengetahuan tentang kecergasan fizikal dengan
memperkenalkan seberapa banyak senaman dan diuji dengan Ujian SEGAK. Murid perlu melakukan
latihan-latihan kecergasan dengan bimbingan guru PJK dan mengetahui tahap kecergasan mereka
dengan mengambil bilangan kadar nadi latihan (KNL) murid. KNL ini boleh digunakan
sebagai indicator kepada guru PJK untuk mengajar kemahiran-kemahiran permainan yang lain.
Silibus PK boleh diajar dalam bulan puasa seperti p&p mata pelajaran lain dengan teknik dan kaedah
yang menyeronokkan dan berkesan.

Semasa pengajaran PJ guru PJK perlu mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan
berkebolehan tinggi dalam permainan untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah dan perlu memberi
peluang kepada semua murid untuk menyertai aktiviti PJ yang diajar. Pengesanan bakat murid ini
akan membantu menaikkan nama sekolah jika berjaya dalam pertandingan peringkat zon. Bagi
murid-murid yang mendapat ilmu dari pengajaran PJ yang berkesan tadi, mereka boleh gunakan
aktiviti senaman bagi memenuhi masa lapang dengan berfaedah seperti bermain bola sepak, bola
jaring, badminton, berjoging, senamrobik dengan kawan-kawan disekitar perumahan mereka.
Pengajaran dan pembelajaran PJK yang berkesan boleh dicapai sekiranya semua murid mengambil
bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran PJK, murid pula akan berasa puas hati sekiranya
mereka dapat memegang, menyepak, menyentuh alatan sukan walau sekejap pun pada masa PJK.

Penyelenggaraan alatan mengajar PJK ini perlulah lebih sistematik dengan mengambil kira
bilangan, keselamatan dan saiz alatan yang digunakan. Ketua Panitia PJK perlu mengenalpasti kualiti
dan kuantiti alatan agar semua murid dapat menggunakan alatan secara maksimum semasa PJ.
Pengurusan bilik penyimpanan alatan sukan ini perlu dirancang dari segi penyusunan alatan, buku
pinjaman, stok alatan, alatan kegunaan harian dan keselamatan. Bilik sukan ini sudah tidak sesuai
dipanggil sebagai stor sukan kerana penggunaannya perlulah bersifat professional dan sistematik, di
SMK Setapak Indah ia dinamakan sebagai Bilik Pengurusan Sukan.

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran PJK untuk
tingkatan 1 yang bermula pada tahun ini dapat meningkatkan profesionalisme Pendidikan Jasmani
Kesihatan dan menjadi sama penting dengan mata pelajaran lain. Dalam usaha merealisasikan PBS
PJK ini, taklimat khas PBS PJK telah disampaikan kepada semua ahli panitia PJK. Modul Pentaksiran
PJK telah disusun dengan sistematik mengikut bab dalam buku teks PJK tingkatan satu. Penghasilan
Modul Pentaksiran PJK ini dapat membantu guru PJK yang bukan opsyen menjalankan pengajaran
dan pembelajaran serta pentaksiksiran dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai