Anda di halaman 1dari 3

KBAT ABAD KE 21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan
masa lampau.

Jika suatu ketika dahulu, komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid sudah memadai, namun
tahap pendidikan masa kini menuntut kemahiran berfikir di luar kotak, kehendak jawapan pula
memerlukan cara berfikir aras tinggi.

Justeru, dalam memenuhi tujuan itu, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
20132025 telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk melahirkan
golongan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, serta penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

Transformasi pendidikan kepada KBAT adalah sesuai dengan keadaan semasa kerana guru-guru
juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu.

Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan
mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam.

Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan menyeluruh dan sistematik yang
merangkumi tujuh elemen, terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pentaksiran dan
pedagogi serta empat elemen sokongan seperti kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta,
sumber dan bina upaya.

Ikuti pandangan guru-guru dalam menjayakan tuntutan pendidikan negara ke arah melahirkan murid
dan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif.

roses pembelajaran di sekolah bukan sekadar interaksi di antara guru dan pelajar. Seharusnya
pemahaman itu perlu melibatkan proses berfikir.

Bagaimanapun, boleh dikatakan kebanyakan pelajar sebenarnya menghafal atau rote learning
dalam pembelajaran.

Ini boleh dikategorikan sebagai kemahiran berfikir aras rendah. Sebagai contoh kemahiran ini hanya
memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh
guru.

Ini terjadi kerana masa kini orang memandang kepada berapakah bilangan A yang diperoleh.

Bukan kepada sejauh manakah kita memahami atau mendapatkan input dalam proses
pembelajaran. Sehinggakan di penghujung harinya, keputusan cemerlang itu hanyalah sekadar nilai
sekeping kertas kosong.

Justeru itu, dalam usaha mampu bersaing sebaris dengan negara termaju, sistem pendidikan
negara perlu berupaya melahirkan generasi muda berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.
Maka, aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025.

Aplikasi KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Ia memerlukan seseorang itu berfikir
sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

Pembelajaran bukan lagi satu arah Menurut Mohamad Khamidon Sadi, 47, perlaksanaan KBAT itu
dapat diaplikasikan sekiranya guru diberikan persediaan yang rapi ke arah itu.

Secara umumnya semua guru telah pun disediakan dengan ilmu KBAT sejak dalam pengajian
pendidikan.

Kerana KBAT lebih terarah menterjemahkan konsep pendidikan dalam taksonomi bloom iaitu
merangkumi pembelajaran dari aras rendah ke aras tinggi iaitu pelajar mampu mengingat,
memahami, mengaplikasikan, analisa, membuat penilaian dan menghasilkan produk/menyelesaikan
masalah, katanya.

Beliau yang sudah mengajar selama 24 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen
16 Shah Alam itu menjelaskan pendidik perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, di samping
prasarana yang sesuai dan kondusif bagi menterjemahkan KBAT dalam pembelajaran.

Namun masih terlalu banyak kekangan dan kelemahan yang agak ketara dalam memastikan
perlaksanaan berjalan dengan baik dalam membentuk kemenjadian diri pelajar. Seperti yang
terdapat dalam enam aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Bagaimanapun, dengan adanya KBAT pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan.Tidak
lagi spoon feeding atau satu arah. Mereka dilihat menjadi lebih pro aktif, kreatif dan masa sama
sikap malu di dalam kelas semakin berkurangan kerana pelajar diberi pendedahan untuk bercakap
dan memberi pendapat sama rata, jelasnya.

Namun hakikat yang perlu diterima ialah ketidakjelasan terhadap KBAT itu sendiri, sokongan dari
segi prasarana di dalam bilik darjah, perbezaan tahap pelajar yang sangat ketara, kekangan
kewangan dan sokongan ibu bapa di rumah sering kali menjadi batas bagi pelaksanaan KBAT
secara menyeluruh.

Sementara, kejayaan pencapaian peratusan dalam peperiksaan utama sekolah seperti Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesebuah sekolah yang sering
digemburkan pihak tertentu juga sebenarnya sedikit sebanyak masih lagi membantutkan usaha
KBAT.

Kerana ia tetap menyebabkan exam oriented masih dikekalkan dan justeru, pelajar dan guru akan
lebih tertumpu untuk mengejar silibus berbanding perlaksanaan pembelajaran secara lebih
terbuka, ujarnya.

Mampu membuat keputusan sendiri Pada masa yang sama guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Jaffry Jaafar, 32, berpendapat soalan berbentuk objektif yang digunakan sebelum ini
menyebabkan murid yang lemah akan memilih secara rawak serta tidak membaca soalan yang
diberikan.
"Ini menyebabkan murid menjawab sambil lewa dan siap menjawab kertas soalan tidak sampai lima
minit. Melalui format baru kertas soalan berdasarkan KBAT, murid perlu menulis serta berfikir untuk
mendapatkan jawapan.

Pelajar yang lemah tidak ada pilihan lain untuk menjawab soalan," katanya.Ujarnya, setiap murid
mempunyai tahap pemikiran berbeza. Kepelbagaian soalan dapat membantu murid memahami
sesuatu perkara dengan mudah.

"Kesan positif melalui KBAT, murid yakin memberi pendapat dan mampu membuat keputusan
sendiri. Kita boleh lihat dahulu murid dapat keputusan cemerlang 10A, belum tentu akan dapat
pekerjaan yang memerlukan kemahiran.

Melalui pendekatan KBAT, elemen aplikasi dan mencipta dapat membantu murid proaktif serta
berdaya saing dengan orang sekeliling.

"Pelaksanaan KBAT tidak mudah. KBAT memerlukan inisiatif pelajar itu sendiri untuk berubah
daripada pemikiran biasa kepada pemikiran yang kritis," jelasnya.

Pelaksanaan KBAT juga diteruskan pada peringkat pra sekolah menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Guru Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Peel, Kuala Lumpur, Tuan Maizura Tuan Mat
berkata, untuk murid-murid peringkat pra sekolah, teknik mengajar mesti diselitkan dengan elemen
seronok, belajar sambil bermain satu kemestian, unsur permainan juga diterapkan menggunakan
pendekatan bertema menggunakan alatan sukan, alat muzik, dan alat permainan tradisional.

"Bermain adalah pengalaman penting murid kerana mereka berpeluang belajar dalam suasana
bebas, selamat, gembira dan bermakna," katanya.

Dalam meningkatkan bina upaya KBAT secara berterusan, guru juga menggunakan pendekatan
tersendiri.

"Di dalam kelas saya menggunakan teknik menyelesaikan masalah contohnya mengadakan aktiviti
melibatkan nombor, perkataan teka-teki silang kata yang sesuai dengan tahap mereka, hasilnya
mereka mula meneroka, memahami dan dapat mempelajari masalah yang timbul," katanya.

Tambah Tuan Maizura, dalam menimbulkan mood seronok juga, dia mengaplikasikan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran.

"Selalunya saya guna bahan maujud dalam pengajaran agar murid boleh sentuh, lihat dan rasa. Jika
ada keperluan, disertakan juga tayangkan video, cd, slide show."Usaha meningkatkan KBAT juga
adalah melalui guru yang sentiasa perlu kreatif dalam merancang aktiviti. Salah satu daripadanya
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik, selesa dan sesuai, kelas dihias dengan warna
ceria dan bersih," katanya.

Anda mungkin juga menyukai