Anda di halaman 1dari 13

NISBAH GALAS CALIFORNIA

(CALIFORNIA BEARING RATIO-CBR)


Pendahuluan
Tanah lapis bawah adalah salah satu lapisan yang terpenting dalam strukturjalan. Oleh itu,
beberapa ujian perlu dilakukan untuk menguji kekuatan tanahtersebut bagi mengelakkan
mudahnya berlaku kerosakan. Antara ujian yangboleh dilakukan ke atas tanah lapis bawah
ialah ujian kehilangan akibatnyalaan(LOI), ujian had cecair(LL) dan ujian had plastik(PL),
ujianpemadatan, dan juga ujian nisbah galas California(CBR). Namun, dalamujikaji ini hanya
menekankan kepada ujian nisbah galas California.
Tujuan
Untuk menentukan nilai kekuatan tanah lapis bawah (subgrade soil) dalammereka bentuk
struktur turapan jalan raya dan landasan kapal terbang.
Teori Ujian Nisbah Galas California (CBR) dikelaskan dalam ujian penusukan yangdireka
khusus untuk menentukan nilai kekuatan tanah lapis bawah. UjianCBR adalah ghalib
(empirical) dan keputusan yang diperolehi dalam ujian initidak boleh dikaitkan dengan tepat
terhadap sebarang sifat asasi kekuatantanah. Walau bagaimanapun, perubahan bentuk
terhadap contoh tanah lapisbawah yang diuji merupakan perubahan bentuk jenis ricih, oleh
itu ujian CBRbolehlah dianggapkan sebagai satu cara mengukur kekuatan ricih secaratidak
langsung.Dalam ujian CBR. contoh tanah lapis bawah dimuatkan ke dalan acuan CBRpiawai,
acuan tersebut berupa silinder dengan ukuran garispusat dalam 152rnm.(6 inci) dan ukuran
tinggi acuan 127 mm (5 inci).Semasa ujian CBR dijalankan, sebatang pelacak silinder
(cylindrical plunger)akan menelus masuk ke dalam contoh apabila tekanan beban
dilancarkanpada kadar 1.25 mm/minit. Nilai beban untuk penusukan 2.5 mm dan 5 mmperlu
dicatatkan. Dalam menentukan nilai CBR, kedua-dua nilai beban tersebut hendaklah
dibandingkan dengan nilai bebad piawai dalam unitperatusan.
RALAT DAN PENYELESAIAN
1)Mampatan atau hentaman yang dilakukan tidak sekata.
Hentaman hendaklah dilakukan secara konsisten dan sama ratapada permukaan tanah.

1)Tanah yang digaul bersama air tidak sama rata.


Terdapat sebahagian tanah yang tidak digaul rata bersama air.Air yang
dicampurkan mestilah digaul rata bersama tanah.Pastikan setiap bahagian tanah
terkena air.

1)Semasa memasukkan contoh tanah ke dalam acuan CBR, terdapatlebihan tanah yang
terkeluar dari acuan.
Berhati-hati semasa masukkan contoh tanah ke dalam acuansupaya tidak banyak berlaku
lebihan tanah.

1)Tanah yang dibahagikan kepada 5 bahagian tidak sama rata.


Ukur dan timbang berat setiap bahagian tanah tersebut supayalebih sekata.
OBJEKTIF
Untuk menyukat rintangan piston berukuran piawai yang bergerak pada kadar 1mm/minit
daripada menusuki spesimen tanah yang nilai Nisbah Galas California (NGC) ingin
ditentukan. Daya yang diperlukan untuk sesuatu penusukan kemudiannya dinyatakan dalam
peratusan daripada daya yang diperlukan untuk mencapai penusukan yang sama pada suatu
sampel piawai. Ujikaji ini dilakukan terhadap tanah yang melepasi ayak bersaiz 20 mm. Nilai
NGC yang diperolehi digunakan dalam mereka bentuk ketebalan sesuatu turapan.
Tatacara

1. Plat dasar dipasangkan pada acuan dan berat (M1) dicatatkan.

2. Tanah seberat 7.5 kg ditimbang.

3. Tanah tersebut digaulkan dengan sedikit air. Kandungan air yang dicampurkan dari satu sampel
ke satu sampel.

4. Tanah tersebut dimasukkan ke dalam acuan secukupnya supaya apabila dipadatkan nanti ianya
memenuhi lebih kurang satu pertiga daripada isipadu acuan. Tanah tersebut dipadatkan dengan
menggunakan pelantak berberat 2.5 kg sebanyak 62 hentakan.

5. Lapisan kedua dan ketiga dipadatkan dengan kaedah yang sama. Ketebalan akhir tanah terpadat
hendaklah melebihi 5 hingga 10 mm di bahagian atas acuan.

6. Relang ditanggalkan dan diratakan permukaan atas dengan menggunakan sisi lurus.

7. Acuan yang berisi tanah terpadat di timbangkan (M2).

8. Beban tambahan yang berkadaran dengan berat turapan diletakkan di atas sampel. Setiap unit
beban tambahan berkadaran dengan berat setebal 63.5 mm turapan boleh lentur.

9. Acuan dan sampel diletakkan di atas plat bawah mesin ujian nisbah California.

10. Piston yang menanggung beban 50 N (NGCkurang 30%) atau 250 N (NGC lebih
30%)diletakkan di atas permukaan sampel.

11. Kedua-dua tolok disetkan ke sifar.

12. Kemudian ia dipesongkan supaya piston menusuk ke dalam sampel pada kadar 1mm/minit.

13. Catatkan bacaan pada tolok dial setiap julat penusukan 0.25mm. penusukan akhir tidak
lebih 7.5mm.

14. Selepas ujian penusukan tamat, ambil lebih kurang 350g sampel tanah di bawah piston dan
tentukan kandungan lembapannya.

15. Ujian kedua dijalankan pada bahagian bawah sampel dan tatacara di atas diulangi.

16. Graf daya piston melawan penusukan bagi setiap sampel diplotkan. Lengkung dipinda jika
perlu.

17. Tentukan nilai NGC bagi setiap penentuan mengunakan persamaan berikut :

NGC1 = daya pada penusukan 2.5 mm(kN) x 100/


13.24 kN (daya piawai)

NGC1 = daya pada penusukan 5.0 mm(kN) x 100/


19.96 kN (daya piawai)

Nilai nisbah galas California dilaporkan sebagai nilai yang terbesar

Pengiraan
2.5 mm (top) = [4.20 x 100/13.24] = 31.8%

2.5 mm (bottom) = [2.643x 100/13.24] = 19.96%

5.0 mm (top) = [9.03 x 100/19.96] = 45.2%

5.0 mm (bottom) = [3.866 x 100/19.96 ]= 19.36%

Nilai NGC = 45.2% (nilai dari pengiraan di atas


yang paling maksimum

Jisim acuan kosong (M1) = 5103.1g


Jisim acuan + tanah (M2) = 9077.2g

Jisim tanah (M2 M1) = 9077.2 5103.1


= 3974.1g

Ketumpatan Pukal = Dw = (M2 M1)/2305


= 1.72g/cm3

Untuk sampel A1,

Jisim kontena kosong (M3) = 7.4g

Jisim kontena + tanah (M4) = 12.9g


Jisim kontena + tanah (oven-dried) (M5) =12.5g

Jisim air = (M4 M5)


= 12.9 -12.5
= 0.4g

Jisim tanah kering (oven-dried) = (M5 M3)


= 12.5 7.4
= 5.1g

Kandungan lembapan, m = (M4 M5)/(M5 M3)


100
= ( 0.4/5.1) 100
= 7.84%

Ketumpatan Pukal , Dw = 1.72g/cm3


Kandungan Lembapan Purata, m = 4.85

Ketumpatan Kering, Dd = (100Dw)/(100 + m)


= (100 1.72)/(100 + 4.85)
= 1.64g/cm3

Perbincangan

Nilai NGC merupakan nilai gambaran kekuatan subgred turapan selepas kerja-kerja
pemadatan dilakukan. Ia boleh juga dikenali sebagai darjah kebolehpadatan suatu subgred.
Dalam teori pemadatan, diketahuai bahawa kerja-kerja pemadatan adalah paling efektif pada
suatu kandungan air optimum, dan nilai kandungan air ini boleh diperolehi daripada ujian
Proctor ke atas tanah pada kandungan air yang berlainan.

Setaraf dengan nilai NGC, nilai kandungan air ini juga boleh menggambarkan darjah
pemadatan yang paling optimum bagi suatu subgred untuk mencapai NGC tertinggi.
Disebabkan pengaruh secara tak langsung kandungan air subgred kepada nilai NGCnya, nilai
reka bentuk NGC yang biasanya dipilih harus mempertimbangkan faktor kelembapan
subgred yang dikerjakan. Dengan itu, nilai NGC untuk subgred kandungan air optimum akan
menghasilkan kerja-kerja pemadatan di tapak bina dengan lebih berkesan. Dalam penentuan
nilai NGC ini, plotan ketumpatan kering lawan kandungan air dapat diubahsuai untuk
mempertimbangkan nilai NGC, supaya nilai NGC optimum dapat diperolehi daripada plotan
ini. Nilai NGC pada kandungan air optimum merupakan nilai NGC optimum reka bentuk
yang akan digunakan.

Pemberat tambahan, atau surchage, dikenakan supaya keadaan bebanan sebenar dapat
diperagakan. Pemberat tambahan ini menggambarkan bebanan turapan jalan raya ke atas
subgred, manakala daya yang dikenakan oleh pelocok memperagakan daya-daya yang
dikenakan oleh bebanan tayar kenderaan.

Semasa menjalani ujikaji ini, didapati terdapat beberapa ralat yang tidak dapat dielakkan.
Antaranya adalah seperti yang disenaraikan berikut :

1. Bacaan tolok sukar dilakukan kerana terlalu pantas dan pembaca kadang-kala gagal
mencatat nilai-nilai yang dibaca.

2. Kegiatan pemadatan tanah yang kurang sempurna dan tidak bertabur putaran seragam juga
menghasilkan sampel tanah padat yang amat berbeza kelok daya pelocok lawan penusukan.

Anda mungkin juga menyukai