Anda di halaman 1dari 14

Anaslisi Semiotik Sudawil Kadazandusun

PUAN ROSLIAH KITING

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sudawil adalah salah satu bentuk puisi rakyat yang juga dikenali sebagai tradisi lisan dalam
kesusasteraan masyarakat Kadazandusun. Ia merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai
yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat ini yang dikatakan dicipta untuk menyampaikan mesej
moral yang sarat dengan nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial. Kata-katanya disusun
dan diolah dengan rapi serta indah di samping mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam
serta menjadi wadah penyebaran nilai-nilai luhur tersebut dalam kalangan masyarakat Kadazandusun
yang kemudiannya diwariskan kepada anak cucu secara lisan. Setiap susunan ungkapan bukan sahaja
memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun dengan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang
digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis, memaparkan kebijaksaan masyarakat pada
suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran pada masa tersebut.
Masyarakat ini yang sentiasa berpegang akan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan air
muka dan adab sopan telah menjadikan sudawil sebagai alat yang amat berkesan melalui pemilihan
kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara tidak langsung memainkan peranan mendidik
masyarakat dengan cara yang halus. Namun demikian khazanah ini semakin dipinggirkan oleh generasi
muda memandangkan generasi ini lebih cenderung kepada bentuk-bentuk bahan bacaan mahupun hiburan
yang datang daripada barat. Bahan-bahan daripada barat ini lebih mudah diperolehi melalui akses
internet, dalam media seperti televisyen dan juga dalam bentuk bahan bercetak. Bahan-bahan bacaan
terutama sekali kesusteraan masyarakat Kadazandusun sangat sedikit yang didokumentasikan dalam
bentuk bahan bercetak. Kebanyakkannya masih diwariskan secara lisan. Alasan lain yang diutarakan
oleh generasi muda adalah sukar memahami bahan ini memandangkan genre ini menggunakan bahasa
Kadazandusun yang klasik. Oleh itu makalah ini akan cuba menganalisis beberapa sudawil
Kadazandusun dengan menggunakan teori semiotik dengan memfokuskan kepada pemaknaan lambang-
lambang yang terdapat dalam sudawil masyarakat ini. Adalah diharapkan agar penulisan ini akan
membantu pembaca memahami keindahan dan makna yang tersurat mahupun tersirat dalam genre sastera
tradisi masyarakat Kadazandusun.

Pengenalan

Masyarakat Kadazandusun merupakan masyarakat tertua yang menetap di Negeri Sabah. Hal ini
dinyatakan oleh Arena Wati (1978) dalam kajiannya yang mendapati masyarakat Kadazandusun telah pun

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


menetap di negeri ini sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Begitu juga dengan dapatan Rutter (1929)
dalam Yap Beng Ling (1993) turut menyatakan bahawa orang Kadazandusun adalah orang yang mula-
mula sekali menduduki negeri Sabah. Ini disokong dengan pendapat Mahatir Bin Mohammad, The
Malay Dilemma (m.s. 126 -127) dalam Herman J. Luping (1994) dengan mengatakan bahawa
Kadazandusun merupakan penduduk pribumi Sabah yang terbesar iaitu satu pertiga daripada jumlah
penduduk Sabah. Hj Ismaily Hj. Bungsu (1995) pula mengatakan mengenai etnik ini yang merupakan
komuniti yang berjaya memelihara budaya tradisinya. Alasan beliau adalah dikaitkan dengan kejayaan
masyarakat Kadazandusun dalam usaha menyesuaikan nilai-nilai budayanya supaya terus hidup di
samping tidak merosakkan struktur sosialisasinya. Contohnya nilai budaya seperti pesta Kaamatan
merupakan pesta budaya pribumi Sabah paling besar dan berjaya memelihara nilai-nilai tradisional
seterusnya membantu proses sosialisasi. Pesta ini sekaligus menjadi pemangkin kepada pewarisan genre-
genre sastera yang meliputi sastera tradisi dan sastera moden. Antara sastera tradisi dalam masyarakat ini
adalah puisi yang meliputi sundait (teka-teki), poinukadan (peribahasa), sudawil (pantun) selain daripada
pelbagai jenis nyanyian rakyat. Fokus dalam penulisan makalah ini adalah sudawil.

Sudawil bermakna pantun dalam Bahasa Melayu. Dalam penulisan ini istilah sudawil digunakan
memandangkan fokus adalah kepada pantun-pantun yang terdapat dalam dalam masyarakat
Kadazandusun. Sudawil merupakan satu daripada warisan hiis (puisi) yang masih terdapat dalam
masyarakat Kadazandusun. Meskipun bentuknya kelihatan sederhana tetapi kaitan antara struktur,
makna, nilai dan budaya bangsa Kadazandusun masih terpancar dalam genre ini. Sudawil hadir dalam
pelbagai sudut ruang hidup masyarakat Kadazandusun. Kewujudan karya sastera ini yang diwarisi secara
lisan dari generasi ke generasi seterusnya menggambarkan betapa masyarakat kadazandusun merupakan
bangsa yang mencintai seni. Sudawil juga kaya dengan keindahan bahasa, mempunyai pengajaran,
humor dan sindiran serta nilai-nilai leluhur. .

Pernyataan Masalah

Kegiatan berpantun adalah kegiatan berbahasa. Menurut Sapir (1949:162) dunia sebenar (the
real world) suatu masyarakat dibina berdasarkan kebiasaan berbahasa masyarakat itu. Setiap penutur
bahasa berkomunikasi dan membangunkan konsep dengan cara tersendiri. Oleh itu dapat dirumuskan
bahawa ada hubungan yang erat antara cara berbahasa dengan cara berpikir dan cara bertindak suatu
suku bangsa. Oleh itu bagi sastera tradisi pribumi Kadazandusun, Raymond Bion Tambong (1994:3)
menyarankan agar setiap orang Dusun harus memanafaatkan orang tua-tua sebagai aset untuk menimba
pengetahuan berkaitan kebudayaan terutama sekali warisan budaya lisan yang sangat berharga,
pembentuk pemikiran dan perwatakan bangsa Dusun. Beliau juga menegaskan apabila orang tua-tua ini

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


meninggal dunia pengetahuan mereka mengenai kebudayaan masyarakat Dusun akan dibawa pergi buat
selama-lamanya. Kehilangan seperti ini adalah kehilangan yang tragik dan berkekalan. Pengkaji
antropologi orang Rungus Appell (1992) juga melahirkan kebimbangan mengenai kepupusan warisan
lisan ini seandainya tidak ada usaha yang dilakukan untuk melestarikannya. Begitu juga dengan
pendapat Jamdin Buyong (1974) yang menyatakan kebimbangannya mengenai sastera rakyat Sabah
terjejas oleh nilai-nilai modenisasi tanpa terakam dan tidak dapat dipersambungkan dengan nilai-nilai
tradisionalnya. Fenomena ini sekaligus akan menutup peluang untuk mengkaji tradisi budaya dengan
mendalam akan tertutup dengan kehilangan pakar-pakar tradisi lisan atau tukang-tukang cerita pada suatu
hari nanti.
Ding Choo Ming (2010:148) turut menegaskan bahawa kerja mentranliterasi dan menterjemah
pantun daerah perlu dipergiatkan untuk menyelamatkan sebanyak yang mungkin terutamanya yang
masih diperedarkan dalam tradisi lisan selain mempopularkannya. Beliau turut memanjangkan harapan
agar semakin lama semakin banyak pantun daerah dimasukkan ke dalam koleksi pantun yang besar
seperti Karya Agung dan diberi tempat dalam siaran massa media elektronik termasuk radio dan
televisyen. Mohd Taib Osman (1987:5) turut menegaskan bahawa pengumpulan bahan ini penting dan
sangat berguna kepada generasi akan datang untuk mengetahui bagaimanakah nenek moyang mereka
telah mencorakkan hidup mereka terutama dari segi pemikiran, keindahan dan ketatasusilaan.

Menyedari akan kepentingan sudawil dari segi memahami makna dan nilai-nilai yang terdapat
dalam genre ini maka penulisan ini akan mengetengahkan koleksi sudawil yang terdapat dalam
masyarakat Kadazandusun dengan menganalisis sudawil tersebut menggunakan teori semitok untuk
merungkai makna yang tersurat dan tersirat melalui susunan perkataan yang merupakan lambang bahasa.

Ojektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengumpul sudawil masyarakat Kadazandusun melalui kerja
lapangan. Sudawil tersebut akan dirakam kemudian akan ditranskripsikan dalam bentuk teks. Sudawil
kemudiannya akan diterjemah. Penterjemahan dalam bahasa Melayu bukanlah secara perkataan demi
perkataan tetapi lebih mementingkan idea yang dapat menggantikan makna yang sama atau hampir sama
secara keseluruhan serangkap sudawil. Seterusnya sudawil tersebut akan dianalisis menggunakan teori
semiotik dengan memfokuskan kepada pemaknaan terhadap lambang-lambang bahasa yang terdapat
dalam rangkap sudawil.

Teori Kajian

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


Pelbagai toeri yang boleh digunakan untuk mengkaji sastera sama ada sastera tradisi mahupun
sastera moden. Dalam kajian ini, penulis memetik teori-teori yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-
pengkaji terdahulu yang besesuaian dan akan digunakan dalam kajian ini. Teori yang dipilih dalam
kajian ini adalah teori semiotik. Teori ini dibina oleh de Fredinand Saussure (1857-1913) yang
mengutamakan pembacaan, kajian dan analisis merujuk kepada tanda-tanda yang wujud dalam teks-teks
sastera. Menurut Saussure (1983:24), perkataan semiotik berasal daripada perkataan Greek iaitu kata akar
semeion yang bermakna tanda atau sign yang membawa maksud sains umum yang mengkaji sistem
perlambangan. Saussure (1983:16) menambah bahawa teori ini diciptakan sebagai memahami tanda-
tanda dan lambang dalam budaya manusia itu. Saussure juga mengatakan bahawa kajian terhadap bahasa
haruslah berbentuk saintifik dan bukannya sebagai andaian dan hipotesis semata-mata. Dengan mengkaji
bahasa atau komunikasi melalui tanda-tanda bahasa maka akhirnya akan memperolehi makna. Ini
disokong oleh Kristeva (1990:3) dengan menegaskan bahawa semiotik mempunyai kaedah analisis yang
cukup ideal dan mempunyai cara yang cukup khusus lagi berfungsi bagi menyelesaikan sebarang konsep
pertandaan. Oleh itu Mana Sikana (2012: 35) membuat kesimpulan bahasa semiotik adalah satu ilmu
yang sangat luas sifatnya dan digunakan untuk sebarang bidang kajian.

Seorang lagi pengkaji yang menggunakan istilah semiotik dalah Charles Sander Pierce. Beliau
menganggap semiotik merupakan satu cabang epistemology saintifik yang meletakkan logisme dalam
analisisnya. Semiotik Pierce didefinisikannya sebagai toeri umum untuk tanda yang seakan-akan
mengambil kira semua lapangan yang mempunyai signifikasi sama ada satu cara atau cara lain digunakan
untuk menginterpretasikan sesuatu melalui bahasa yang digunakan. Semiotik Pierce juga menekankan
kepada falsafah tanda, kalsifikasi tanda, singifikasi, erti dan fungsi tanda. Beliau turut menegaskan
bahawa menurut teori ini, sebuah tanda membawa makna tetapi ia tertakluk kepada orang yang
menafsirkannya, makna boleh berubah-ubah dan inilah yang beliau maksudkan sebagai signifikasi tanda
itu.

Untuk menganalisis sesebuah karya dengan menggunakan analisis semiotik Saussure , teori ini
mementingkan tanda, penanda dan petanda. Suasurre menyatakan dalam sistem bahasa sesuatu penanda
seperti bunyi atau kata adalah membawa makna atau konsep yang dinamakannya petanda. Ini
menunjukkan penanda membawa petanda. Penanda dan petanda itu pula akan membentuk suatu lambang
atau simbol. Lambang atau simbol itulah yang akan digunakan dalam bahasa yang diproses untuk
mencapai erti dan signifikasinya.

Kaedah analisis semiotik Pierce pula bermula dengan pembacaan. Selepas pembacaan disusuli
dengan mengumpulkan sejumlah kata-kata, ungkapan, konsep, alogeri dan sebagainya yang dianggap

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


sebagai tanda. Cara-cara untuk mengenal tanda pula adalah sering diulang oleh pengarang, menjadi teras
teks, terasa mengandung makna yang berbeza, berlapis,bersifat polivalensik dan sebagainya. Seterusnya
tanda yang sudah dikumpul itu diklasifikasikan atau dikategorikan mengikut jenisnya iaitu ikon, indeks
atau simbol. Menurut Pierce (1983:123-128), ikon adalah tanda yang merujuk terus kepada objek yang
digambarkan atau yang dibawa oleh objek dengan subjek. Indeks pula adalah tanda yang merujuk kepada
sesuatu benda yang mengumpulkan satu atau beberapa fenomena, sebab-musebab, simpton isyarat, ikatan
dan sebagainya. Simbol pula adalah penjenisan lambang-lambang yang merujuk kepada objek asal
dengan kawalan undang-undang khusus. Simbol merujuk kepada sebuah tanda yang dibawa oleh
penanda dengan memberi petanda erti, makna atau konsep yang mewakili sesuatu. Langkah seterusnya
yang paling penting sekali setelah berhasil mengenalpasti tanda, mengelompokkan segala penanda adalah
untuk memproses petandanya. Proses ini melibatkan kerja akal dalam menanggapi makna atau
signifikasinya. Ini bergantung kepada pengalaman, pendidikan, intelektual dan kemahiran berfikir
seseorang pengkaji. Menurut Mana Sikana (2012:41), keistimewaan teori semiotik adalah membenarkan
polimakna atau polisignifikasi

Mana Sikana (2012:39) merumuskan teori semiotik kepada beberapa prinsip. Prinsip pertama
adalah teori ini merupakan teori yang paling baik untuk menganalisis sesebuah hasil karya iaitu dengan
berlandaskan kepada peri adanya sistem dalam setiap karya yang ingin dikaji. Menurut beliau lagi, ada
beberapa cara untuk memahami sistem tersebut seperti paradox dan kontradiksi penggunaan stail di mana
setiap stail itu pula terikat dengan kodnya. Prinsip kedua adalah semiotik cuba menghubungkan sistem
karya itu dengan sistem yang di luar karya. Sistem di luar karya adalah segala perkara yang membawa
lahirnya sesebuah karya itu. Ini meliputi sistem hidup atau lebih tepat lagi kebudayaan seluruh
masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan tersebut. Seterusnya prinsip yang ketiga adalah
semiotik menganggap apa sahaja yang dituliskan oleh pengarang boleh memainkan peranan yang amat
penting dalam pembinaan sebuah karya. Pencerakinan terhadap sesuatu karya itu perlu dilakukan dengan
berhati-hati dan penuh perhatian kerana unsur-unsur inilah yang akan membina karya itu. Pendekatan ini
seolah-olah menghargai pengarang kerana setiap kata-kata yang digunakan oleh pengarang dalam karya
mereka mempunyai pengertian yang tersendiri. Prinsip yang keempat adalah teori ini melihat setiap
genre sastera ada nilainya yang tersendiri dengan melihat sudut konteksnya tanpa membuat perbandingan
dengan karya lain. Berdasarkan kepada semiotik yang dikemukan oleh Mana Sikana ini maka dapat
disimpulkan bahawa melalui teori ini, sudawil sebagai karya sastera dapat dapat difahami secara paradoks
dan kontradiksi. Menurut Hashim Awang (1987:69) paradoks merupakan pandangan atau kenyataan
yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum tetapi benar. Menurut Kamus Melayu Inggeris
Dewan (2012:807) kontradiksi merupakan perbezaan atau pertentangan antara dua perkara seperti

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


kontradiksi antara teori dan amalan. Oleh itu dalam sudawil unsur-unsur paradoks dan kontradiksi
meliputi bentuk dan ragam bahasa yang terselit dalam rangkap-rangkapnya. Teori ini juga dapat
menganalisis hubungan sudawil dengan kebudayaan masyarakat Kadazandusun sebagai pemilik dan
pencipta karya ini. Aspek ini meliputi fungsi sudawil dalam masyarakat pendukungnya. Seterusnya teori
ini akan dapat mentafsir nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sudawil Kadazandusun kerana teori
ini memandang setiap kata-kata yang digunakan dalam sesebuah karya mempunyai pengertian dan
nilainya yang tersendiri. Teori semiotik oleh de Fredinand Saussure (1857-1913) yang mengutamakan
pembacaan, kajian dan analisis merujuk kepada tanda-tanda yang wujud dalam teks-teks sastera turut
digunakan dalam kajian ini. Saussure (1983:16) menyatakan bahawa teori ini diciptakan sebagai
memahami tanda-tanda dan lambang dalam budaya manusia itu. Saussure juga mengatakan bahawa
kajian terhadap bahasa haruslah berbentuk saintifik dan bukannya sebagai andaian dan hipotesis semata-
mata. Dengan mengkaji bahasa atau komunikasi melalui tanda-tanda bahasa maka akhirnya akan
memperolehi makna. Ini disokong oleh Kristeva (1990:3) dengan menegaskan bahawa semiotik
mempunyai kaedah analisis yang cukup ideal dan mempunyai cara yang cukup khusus lagi berfungsi bagi
menyelesaikan sebarang konsep pertandaan. Oleh itu tanda-tanda dan lambang-lambang yang wujud
dalam sudawil Kadazandusun dapat digunakan untuk menghuraikan makna-makna sebagai gambaran
budaya, pemikiran dan corak kehidupan masyarakat ini. Sistem-sistem, adat, tokoh-tokoh dan latar
merupakan tanda-tanda yang mempunyai makna. Pemaknaan terhadap lambang bahasa tertumpu kepada
makna kata yang telah mengalami perubahan terhadap makna dasarnya yang sebagai disebut makna
konotatif atau makna tambahan. Ini sesuai dengan pendapat Mana Sikana (2012:41), keistimewaan teori
semiotik adalah membenarkan polimakna atau polisignifikasi. Oleh itu, melalui pemaknaan konotatif
terhadap lambang atau simbol sudawil Kadazandusun akan dapat merungkaikan makna perkataan-
perkataan yang mempunyai erti yang tersirat dan bukannya erti perkataan menurut kamus atau dalam
perbualan seharian.

Dapatan kajian

Kajian untuk mengumpul dan menganalisis sudawil dengan mengaplikasikan teori semiotik ini berjaya
mengumpul sudawil yang masih diwarisi secara lisan oleh orang tua-tua di kampung yang majority
diduduki oleh masyarakat Kadazandusun. Dalam kajian ini didapati informan yang boleh mengutarakan
sudawil berumur tiga puluh tahun ke atas. Namun demikian golongan yang berumur enam puluh tahun ke
atas boleh menyampaikan sudawil dengan nada nyanyian sama ada dengan iringan muzik dan tanpa
iringan muzik. Penganalisisan semiotik dalam kajian ini menumpukan kepada pemaknaan iaitu makna

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


denotatif iaitu makna secara harafiah dan juga makna konotatif iaitu makna yang tersurat dan tersirat.
Berikut adalah contoh-contoh sudawil yang dihuraikan secara analasis semiotik dengan memberikan
makna kepada lambang atau simbol-simbol sesuai dengan kehidupan dan budaya masyarakat
Kadazandusun.

Kotu- kotu lomiding

Kotuo om longkiado

Uridingon ku ih romou

Tantad kito do mitongkiad

Terjemahan

Petik-petik lomiding

Petik dan pisahkan

Ku lapkan air mata

Saat kita berpisah

Lomiding adalah lambang yang bermakna sejenis tumbuhan di hutan yang boleh dijadikan sayur ketika
daunnya masih muda dan berwarna kemerah-merahan. Kotu-kotu lomiding, kotuo om longkiado
bermakna pucuk lomiding di petik dari hutan, apabila sampai di rumah daun akan dipisahkan daripada
batangnya kerana hanya daun dan pucuk yang paling muda dan masih lembut boleh dijadikan sayur.
Batangnya akan dibuang. Pemisahan antara daun muda daripada batangnya ini dijadikan sebagai
gambaran perpisahan antara sepasang kekasih yang sangat menyakitkan di mana mereka mengalirkan air
mata kerana kesedihan

Rubat di tongkungon ku,

Ruya di sundatang ku,

Natandai ku do momuhus,

Noundar ku do mongirus.

Nolihuan ku do poopi,

Noolingan ku do pouwat,
Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


Noindamaan no do gorum,

Nadalaan no do bidu.

Sundung tinan nu natalup,

Mulong loting nu noluku no,

Nga gulionku do mongombit,

Tolimboguon ku do pouni.

Tu langadon oku di rolou nu,

Soolokon oku di tuni nu,

Ih kotohirik do ginawo,

Kotompulut do pomusarahan.

Terjemahan dalam Bahasa Melayu

Sayangnya tongkungon ku,

Sayangnya sundatang ku,

Ku buat dengan halus,

Sudahku susun nadanya,

Ku lupa menyimpannya,

Ku lupa letakkan di atas,

Diserang kulat,

Dipenuhi anai-anai,

Walaupun badanmu pudar,

Walaupun talimu telah putus,

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


Ku tetap kembali memainkanmu,

Ku ulangi membunyikanmu.

Sebabku merindukan iramamu,

Kumenggemari bunyimu,

Menghiburkan hatiku,

Menenangkan pemikiran

Tongkungon merupakan salah satu alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bambu jenis poring

Sudawil mengenai tongkungon ini menceritakan sebuah tongkungon buatan sendiri. Tongkungon ini telah
beliau buat dengan penuh teliti dan bunyinya telah diselaraskan dengan hati-hati hingga memainkan
muzik yang sangat merdu. Namun, oleh kerana kelalaian si pemilik dengan tidak menyimpan dan
menjaganya menjaganya dengan baik maka tongkungon tersebut telah rosak. Tongkungon tersebut telah
ditumbuhi kulat (tongkungon diperbuat daripada buluh) dan telah di jadikan sarang anai-anai. Oleh kerana
tongkungon tersebut mempunyai bunyi yang merdu maka si pemilik merinduinya lalu telah
membunyikannya kembali. Ternyata tongkungon tersebut menghiburkan dan menenangkan hati si
pemiliknya. Maksud tersirat sudawil ini adalah gambaran oleh perasaan seorang teruna terhadap
kekasihnya yang telah lama tidak dipedulikannya. Setelah menyedari kesilapan, orang yang dikasihi
telahpun musnah oleh kekecewaan seperti diserang penyakit ataupun gila. Keadaan seperti ini akhirnya
menyebabkan keremukkan hati yang sukar diperbaiki lagi seperti tongkungon yang telah hancur diserang
anai-anai dan ulat.

Gumu poh ih kaambalagan,

Sapou poh ih koompidukan,

Tombolog poh do bulai tinduk,

Buntata poh om buliatan.

Ko haro kasawit do kirai,

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


Suul om kosokot do kirop,

Kalambai no do oruhai,

Om atagak no kotilombus.

Modosi oinsamakan,

Mongilag do orubaan,

Mato atarom ko barambang,

Munung nga alawis ko ramok.

Iso poh daa koombologo,

Tanak poh do kologiou,

Nga aiso koguntama,

Momuruk do taparak,

Mongimumui do abalayung

Terjemahan dalam Bahasa Melayu

Walaupun banyak burung,

Walaupun banyak burung,

burung yang mengeluarkan paruh,

yang dewasa dan tua.

Tiada yang tersangkut di kening,

Apa lagi terlekat di bulu mata,

Muncul hanya seketika,

Kemudian hilang selamanya.

Takut bila didekati,

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


Mengelak apabila terserempak,

Mata lebih tajam daripada duri,

Bibir lebih muncung daripada mata panah.

Hanya tinggal satu burung,

Anak burung murai,

Tetapi tiada kesanggupan,

Menghabiskan duit syiling,

Menghabiskan duit tabungan

Sudawil ini mengisahkan hasrat hati seorang pemuda yang telah bertemu dengan ramai gadis dalam
kehidupannya. Namun, dalam sepanjang pergaulannya dengan gadis-gadis dia asyik menjumpai gadis
yang sombong dan tidak peramah. Hal ini menyebabkan pemuda tersebut tidak menyukai mana-mana
gadis tersebut kerana sikap mereka yang tidak ramah.

Walaubagaimanapun, pemuda ini akhirnya telah menemui seorang gadis yang benar-benar telah
menarik hatinya iaitu seorang gadis yang peramah dan mesra. Namun, apabila pemuda ini telah
menjumpai apa yang dia idam-idamkan terdapat satu lagi halangan yang membantutkan hasratnya untuk
bersama dengan gadis itu iaitu dia tidak mempunyai wang untuk meminang gadis tersebut

Tamadun Kadazandusun terawal yang dikatakan menghuni Nunuk Ragang hidup dalam keadaan
harmoni, bersatupadu, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi daripada hutan
mahupun daripasa sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Semua keperluan hidup ini diperolehi
dengan mudah daripada sekeliling perrkampungan Nunuk Ragang. Menurut Rayner F. Udong (2006: 26)
mengatakan kehidupan mereka yang aman dan damai dan sejahtera ini disertai dengan amalan-amalan
nilai-nilai murni seperti mogitabang-tabang, moogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod,
aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obinlangasan,
otuyu, obingompi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opuhawang, obulun dan
onitinginawo.

Nilai adalah suatu ukuran di mana para ahlinya menentukan apa yang mereka kehendaki dan apa yang
tidak dihendaki, baik atau buruk, cantik ataupun hodoh. Fokus ini tertumpu kepada nilai yang menjadi
ukuran dan pengadilan dari segi kebudayaan tentang apa yang diingini. Menurut Rayner F. Udong

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


(2001:38-45) masyarakat Kadazandusun berkongsi sepuluh nilai yang terkandung di dalam
kebudayaannya. Nilai-nilai tersebut adalah peluang yang samarata, pencapaian dan kejayaan, aktiviti dan
kerja, keseronokan kebendaan, kesesuaian dan keberkesanan, kemajuan, sains, demokrasi, kebebasan dan
perkauman serta kedudukan tinggi kumpulan (group superiority). Nilai peluang samarata adalah
tanggapan mengenai kesaksamaan mendapat peluang untuk terus mara ke hadapan manakala nilai
peluang dan kejayaan pula menggalakkan persaingan dan pertandingan dalam kehidupan di mana
seseorang yang berjaya mencapai kejayaan adalah orang yang berharga dan menjadi pemenang.
Seterusnya nilai aktiviti dan kerja pula berkaitan dengan budaya masyarakat ini yang menghargai
tindakan mengatasi khayalan dan menerima kerja kuat untuk mengawal kejadian daripada hanya
bergantung kepada nasib semata-mata. Nilai keseronokan kebendaan pula adalah seolah-olah sindiran
ahli masyarakat ini yang mengatakan bahawa wang tidak dapat membeli kebahagiaan tetapi dalam masa
yang sama ramai yang ingin mencari kekayaan dan kemewahan serta perhiasan. Nilai kesesuaian dan
keberkesanan merupakan satu bentuk inovasi dalam menggunakan sumber secara minimum tetapi
mengutamakan kualiti. Contohnya membina perangkap tikus dengan lebih berkesan tetapi dengan kos
yang murah. Masyarakat Kadazandusun juga mempunyai nilai kemajuan di mana masyarakat ini
memandang bahawa ahli masyarakat mempercayai bahawa keadaan masa kini adalah lebih baik daripada
keadaan masa lampau. Dari segi nilai sains pula, berkaitan dengan anggapan bahawa sifat-sifat rasional,
kecenderungan budaya, nilai emosi dan intuisi sebagai sumber pengetahuan. Dalam sistem politik,
masyarakat Kadazandusun berpegang teguh kepada nilai demokrasi iaitu kebebasan dalam pilihanraya di
masa semua orang dewasa haruslah menunaikan tanggungjawab menjadi penggundi sebagai hak mereka.
Berkait rapat dengan nilai demokrasi adalah nilai kebebasan iaitu ibarat budaya yang menilai dan
merestui initsiatif individu ke atas persetujuan bersama. Sementara itu, masyarakat ini juga menerima
dan menghargai bahawa semua orang mempunyai tanggungjawab ke atas orang lain, bebas mencapai
matlamat sendiri tanpa campur tangan dari sesiapa. Sementara mendakwa iltizam penuh terhadap nilai-
nilai kesamarataan dan kebebasan, masyarakat ini juga memikirkan harga diri di dalam kelas, bangsa,
keetnikan dan jantina. Nilai ini berkaitan dengan perkauman dan kedudukan tinggi kumpulan. Budaya
dalam masyarakat ini menilai lelaki lebih tinggi daripada wanita, orang yang kaya lebih dihormati
daripada yang miskin dan terpinggir. Namun demikian, menurut pengkaji ini, nilai-nilai ini turut berubah
dalam jangka masa yang panjang sama ada buat beberapa ketika atau hanya menjadi trend ataupun akan
menjadi satu orientasi yang berkekalan

1. Penerapan nilai berkaitan politik dan kewarganegaraan seperti menghormati keluhuran


perlembagaan, menghormati raja dan lambang-lambang kedaulatan kerajaan, menghormati hak
dan keistimewaan sesuatu kaum, bersikap kritis terhadap dakyah dan fitnah, berautonomi, adil,
Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


demokratik dan bertanggungjawab bertujuan membentuk para pelajar bersemangat patriotik,
mempunyai kesedaran sivik, setia dan cinta akan keamanan negara dan berpengetahuan tentang
amalan-amalan demokrasi.
Contoh pantun
Komolohingan pogulu abantug om osiou
Mogihum koposion ongounsikou
Kadazandusun baino lumansan di Huguan Siou
Nunu pangangat tonudon dikoyu
(Sundawil Kadazandusun doid Bunduliwan no. 64 m.s. 9)

Terjemahan dalam Bahasa Melayu


Orang tua dahulu mulia dan berani
mencari kehidupan dengan kesyukuran
Kadazandusun kini menaruh harapan kepada Huguan Siou
Segala arahan sila turutkan
2. Nilai-nilai murni berkaitan dengan keintelektualan seperti pemikiran logik, pemikiran saintifik,
pemikiran rasional dan pemikiran kritis bertujuan membolehkan para pelajar mengikut arus
perkembangan ilmu pengetahuan dan tamadun manusia serta untuk membolehkan individu
berkenaan berupaya menyelesaikan konflik dan masalah dengan bijaksana.

Ingkuro-kuro po tokou ontok kikosusaan


wosion tokou pogiobpinayan di mogipulau
Songkuro po lisih tokou montok koupusan
Koposion tokou Kinoingan o poinsanganu
(Sundawil Kadazandusun doid Bunduliwan no. 179 m.s. 21)

Terjemahan dalam Bahasa Melayu


Bagaimanapun keadaan kita ketika menghadapi kesusahan
Peliharalah ikatan persaudaraan
Bagaimanapun kita mengasihi kekasih
Hidup kita Tuhan yang punya

Penutup

Budaya misudawil (berpantun) merupakan salah satu budaya dalam masyarakat Kadazandusun.
Seperti juga penggunaan pantun dalam masyarakat Melayu sebagaimana yang pernah digambarkan oleh
Profesor Mohd Taib Osman (1968) bahawa genre ini digunakan secara luas, menyentuh berbagai-bagai
aspek penghidupan orang Melayu daripada bergurau senda sampai kepada alam magis, demikian juga
dalam masyarakat Kadazandusun. Ini disebabkan sudawil mempunyai fungsi yang tertentu sebagai genre
sastera lama yang terus mengalir dan hidup dalam jiwa bangsa pemiliknya. Tambahan pula sudawil
menjadi alat bukan sekadar menyampai maksud seseorang pada orang-orang lain tetapi memberikan rasa
puas dan penerimaannya yang baik kepada orang-orang di sekeliling. Penggunaan sudawil dalam
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan pelajar

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta


tetapi juga dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Kadazandusun memandangkan karya sudawil kaya
dengan kosa kasa.

Rujukan

Abdul Rahman Abdul Aziz, 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Benedict Topin & Partick Guritom, (2009). Sundawil Kadazandusun Doid Bunduliwan. Kota Kinabalu,
Sabah : Kadazandusun Cultural Assosiation.

Harun Mat Piah (ed), 2001. Karya Agung Pantun Melayu Bingkisan Permata. Kuala Lumpur : Yayasan
Karyawan.

Harun Mat Piah , 2003. Nilai Budaya Pantun Melayu dlm Nilai-nilai Peradaban Melayu. Kuala
Lumpur: Institut Peradaban Melayu.

Koisaan Koubasanan Kadazandusun Sabah. Lamai Kaamatan KDCA-Huguan Siou 2000 (Open House) ,
Mei 2000. Kota Kinabalu Sabah: Kadazandusun Cultural Assosiation, Sabah.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2009). Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi
kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Saidatul Nornis Hj. Mahali (ed), 2007. Pluraliti Etnik Dan Budaya Di Sabah. Kota KInabalu, Sabah:
Universiti Malaysia Sabah.

Dibentangkan dalam International Seminar on Education, Language, Literature, and Culture"

Held on Jakarta, July 12nd 2013, Universitas Negeri Jakarta